bab 20

Adventure Completed 11557

Aku masih bingung.

"Tadi Nay dekat kilang buruk, bila masanya pulak Nay pergi hospital?"

"Nay pengsan. Jadi kitaorang bawaklah Nay pergi hospital.." jawab Syameel.

Mulut aku membentuk 'o' sambil mengangguk kepala.

"Kak Mira, kak Syameel mana?" Soalku.

Syameel memandangku terkejut. Bulu keningnya bersambung.

"Nay, yang tengah Nay ni Kak Syameel! Syamira dia pergi kafe kejap. Nak beli breakfast lagipun Nay belum makan kan?" Katanya.

Aku mengangguk sambil tersengih.

"Nay..." Panggilnya.

"Ermm?"

"Ingat, muka ni kak Syameel. Bukan Syamira tau!" Pesannya lalu kembali menghadap telefon.

Aku ketawa. "Kak Meel.."

"Ape?"

"Mana kak Meel dengan kak Mira tahu Nay ada dekat kilang tu?" Soalku.

"Yang tu kau tanya Mira. Aku ikut je apa dia suruh, lagipun dia tak pandai drive." Jelasnya.

Aku mengangguk lagi. Baru aku cuba untuk membaringkan diri, Syamira masuk ke dalam bilik.

"Meel kau nak Americano kan?" Soal Syamira tanpa menyedari aku yang sedang memandangnya.

Syameel mengangguk kepala lalu bibirnya menunjuk ke arah aku. Terus Syamira mendekati aku sebaik sahaja dia melihatku.

"Nay okay? Ada sakit kat mana-mana tak?" Soalnya risau.

Aku tersenyum lalu menggeleng kepala.

"Nay okay... Ermm kak Mira, Nay nak tanya sikit boleh?" Dia mengangguk.

"Macam mana kak Mira tahu Nay ada dekat kilang buruk tu?" Soalku.

Dia tersenyum lalu mula bercerita.

Pagi tadi...

Raziq yang berpura-pura naik ke bilik dan tinggalkan aku seketika telah menghantar mesej kepada Syamira.

Personal Whatsapp:

Assalamualaikum kak Mira. Raziq nak mintak tolong sikit ni. Kejap lagi kak Mira dengan kak Meel pergi ke tempat kilang buruk. Nanti akak jumpa Naylia, akak bawak dia pergi jauh dari sini. Tolong;)

Setelah membaca pesanan dari Raziq terus Syamira dengan Syameel cepat-cepat pergi ke kilang dan tunggu dekat situ sampailah aku muncul.
. .
"Macam tulah ceritanya. Awal pagi dia mesej akak." Katanya. Aku mengangguk faham.

"Nay, bukan Mira ada bagi nombor dia dekat kau? Asal kau tak call or whatsapp je Mira?" Soalnya.

Aku terdiam seketika.

"Nay... Dah buang nombor kak Mira." Nada suara aku semakin kecil.

Mereka berdua terkejut besar. Syameel pula menepuk dahi kuat. Tiba-tiba dia bangun dan mendekati aku.

"Nay... Kau tahu tak orang lain berebut nak dapatkan nombor Mira. Tapi kau! Kau buang! Kau memang berani matilah Nay." Katanya.

Aku keliru dan mengerutkan dahi.

"Berani mati dah kenape!?" Soalku selamba lalu menjelingnya.

Syamira cuba menenangkan kami tapi gagal.

"Kau tahu tak..."

"Tak!"

Syameel merengus geram. Tiba-tiba sahaja dia menolak kepala aku. Aku memandangnya marah.

"Hey sibuk nak main kepala aku! Kau tak ada kepala ke!?" Marahku dengan suara yang lantang.

"Hey budak! Kau tahu tak tempat tu bukan tempat biasa. Banyak aktiviti haram diorang buat dekat situ! Kau kata je ape semua ada. Rogol! Pelacur! Dadah semua ada!" Katanya pantas .

Aku cuba bersabar.

"Tapi kau cukup bertuah dapat keluar! Budak lain merayu nak keluar tapi akhirnya diorang kena bunuh!" Sambungnya lagi.

"Kau cakap macam kau pernah tinggal dekat sana je!" Sampuk ku dengan nada sinis.

"Memang aku pernah tinggal sana! Aku kena seksa dekat sana kau tahu ape!? Kau kata kau menderita tinggal dengan mak saudara kau kan? Tapi kau tak tahu, tinggal dengan samseng tu lagi teruk!!" Balasnya marah.

Semua orang yang lalu lalang asyik memandang kami.

"Dah lah!! Meel kau kata tak nak bukak cerita tu lagi kan? Dah-dah lah tu!" Arah Syamira.

Syameel memandangnya marah dan dengan perlahan dia reda.

"Aku takkan ingat kalau budak ni tak bukak cerita dulu!" Terus Syameel mengambil beg galasnya lalu keluar dari bilik aku.

Syamira cuba mengikuti Syameel tapi aku memegang tangannya. Dia menoleh.

"Kak Meel tinggal dekat sana?" Soalku hairan.

Dia tidak menjawab lalu melepaskan pegangan aku lalu berlari mendapatkan Syameel. Aku berasa serba salah tapi...

"Bukan salah aku pun. Macamlah aku tahu apa yang jadi dekat diorang tu. Lantaklah nak jadi ape pun!" Kataku lalu menyelimuti tubuhku.

"Meel! Meel kejap! Syameel!" Panggil Syamira. Syameel mengeluh lalu berpaling memandangnya.

"Kau nak ape?"

"Chill lah. Budak tu bukan tahu apa-apa pasal kita. Dahlah. Lagipun aku rasa dia tak maksudkan semua tu." Pujuk Syamira.

Syameel sekadar memandangnya lama.

"Kau nak bawak dia balik rumah kita ke, balik rumah anak yatim kita?" Soal Syameel.

Syamira tersenyum lalu memeluk dan mencium pipi Syameel.

"Eh ape kau ni main kiss-kiss pulak?" Marah Syameel sambil mengelap pipinya menggunakan belakang telapak tangan.

"Dah lah.. kau cakap dekat Nay tu, kemas barang dia. Aku nak pergi bayar bil jap, dan satu lagi, jangan sesekali suruh dia sebut pasal samseng tu depan aku okay?." Katanya dengan wajah serius.

"Okay!" Balas Syamira.

***

Bang! Bang!

Dua peluru pistol tepat mengena pada kedua-dua belah betis salah Sham, budak suruhan Boss, ketua samseng.

"Bodoh! Budak pun terlepas. Bodoh!" Marah Boss.

Kesemua anak buahnya menundukkan kepala. Tiada seorang pun berani menjawab.

Boss berjalan mendekati Sham yang terduduk sambil memegang kedua-dua belah betisnya yang ditembak.

Boss mengeluarkan sebilah pisau yang diletakkan di tepi kasutnya lalu meletakkannya di dagu Sham.

Sham mula ketakutan. Matanya tertumpu pada pisau yang berada di dagunya.

"Sham... Kau kata dengan aku tadi, ada perempuan yang tolong budak tu! Siape dia?" Soalnya ingin tahu.

"Aku tak pasti. Tapi, yang aku tahu salah seorang dari diorang ialah Syamira..." Katanya perlahan.

"Syamira? Kalau ada Syamira mesti ada Syameel kan? Aku nak kau siasat tentang diorang. Semuanya." Kata Boss lalu melukakan dagu Sham.

"Agrhh.."

"Kau boleh buat kerja ni?" Soalnya. Sham mengangguk laju.

"Aku akan suruh anak buah aku siasat tentang diorang. Aku janji akan bawak diorang menghadap kau." Balas Sham yakin.

"Bagus! Macam ni lah. Tapi... Kau tahu apa akibat kalau kau mungkir janji? Kau akan dapat lebih teruk dari ni..." Boss menarik picu pistol lalu menembak tepat di dahi Sham.

Semua budak suruhannya tak terkata. Hanya mulut yang yang ternganga dan mata yang membulat. Tetapi mereka masih menundukkan kepala.

"Korang berdua, tanam mayat ni. Kamil, aku rasa kau dengar dengan jelas arahan aku tadi, aku nak kau arahkan budak-budak kau siasat tentang diorang. Kalau kau gagal, kau akan terima nasib serupa dengan Sham. Ingat!" Arahnya.

Kamil mengangguk lalu keluar dari pejabat boss. Mereka yang lain juga keluar dari pejabat tersebut termasuklah mayat Sham.

"Syamira, Syameel... Lama aku cari korang. Tapi tak sangka, kau ada dekat sini..." Katanya angkuh lalu ketawa besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience