"Ini semua salah budak pembawa malang ni. Sejak dia lahir asyik menyusahkan kita!" jerit mak su sambil jarinya menunding ke arah aku.
"Su, ini bukan salah Nay. Ni ketentuan. Mungkin Allah hantar Nay untuk menguji kita" balas mak ngah lembutkan.
Aku tak terkata apa-apa, hanya duduk bersandar dinding.
"Menguji? Menguji ke menyusahkan!? Aku tak akan sesekali jaga kau!" kali ni mak long menarik rambut aku lalu ditolaknya aku ke dinding.
"Aww sakit.." kataku perlahan.
Aku memandang wajah mak Long dan Mak Su yang dingin. Hati aku dah sakit, telinga aku panas mendengar cacian dari mulut mereka berdua. Betul ke kalau aku tak jadi anak papa dan mama, diorang takkan mati?
***
14 tahun lalu
"wekk..wekk..wekk" bunyi tangisan bayi yang kuat keluar dari dalam bilik wad bersalin.
"Alhamdulillah.." ucap Adam. Nadira yang berusia 6 tahun melompat gembira mendengar tangisan bayi tersebut. Seorang doktor keluar dari wad tersebut.
"Doktor macam mana keadaan isteri dan anak saya?" soal Adam. Doktor tersebut tersenyum.
"Alhamdulillah puan Hawa dalam keadaan stabil dan dia selamat melahirkan bayi perempuan" balas doktor tersebut. Adam meraup wajahnya, bersyukur isteri dan anaknya selamat.
"Yeaa..dapat adik perempuan" kata Nadira teruja. Keterujaan Nadira tidak dapat disimpan.
"Boleh saya jumpa isteri dengan anak saya?" soal Adam.
Doktor tersebut mengangguk. Terus Adam masuk ke dalam wad sambil mendukung Nadira.
"Hi mama!" sapa Nadira.
Hawa kelihatan sangat penat maklumlah lepas bersalin.
"Nak tengok adik.." kata Nadira teruja.
"Kejap lagi doktor masuk bawak adik" balas Hawa sambil mengusap pipi Nadira.
"Awak okay?" soal Adam. Hawa membalas dengan jelingan tajam.
"Okay awak, penat" balasnya takut-takut. Hawa tertawa kecil.
Dalam masa yang sama, seorang doktor melangkah masuk ke dalam bilik wad Hawa sambil membawa bayi. Doktor tersebut menyerahkan bayi tersebut kepada Adam untuk diazankan.
"Nak tengok adik" rengek Nadira apabila Adam membawa adiknya ke satu sudut.
"Tunggulah kejap sayang, papa nak azankan adik. Lepastu Nad mainlah dengan adik sepuas hati..okay?" pujuk Hawa perlahan. Nadira mengangguk perlahan.
"Kenape papa perlu azankan adik?" soal Nadira sambil mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan jari.
"Bukan adik je, Nad pun papa pernah azankan tau" sampuk Adam.
Sebaik Nadira melihat adiknya, terus dia meminta untuk mendukung adiknya. Perlahan-lahan Adam meletakan bayi tersebut di tangan Nadira.
"Elok-elok tau.." pesan Adam.
Nadira mengangguk perlahan. Matanya tidak berkelip melihat wajah gebu adiknya. Tangannya juga tidak berhenti bermain dengan pipi pau adiknya.
"Adik comel.." puji Nadira.
"Yeaa! Nad pun dah ada adik macam abang Akim!" jeritnya teruja.
Serentak Hawa dan Adam meletakan jari dimulut dan membuat bunyi "shhhh". Nadira turut melakukannya juga. Bayi tersebut bergerak-gerak akibat jeritan Nadira tadi.
"Seronok ke dapat adik?" tanya Hawa. Nadira mengangguk laju.
"Mama apa nama adik? Takkan nama dia adik je?" soal Nadira seolah-olah berbisik . Hawa berpura-pura berfikir.
"Mama tak tahulah. Cuba tanya papa" balas Hawa. Nadira memandang ke arah Adam.
"Papa..." panggil Nadira perlahan. Adam membongkok sedikit
"Tadi dekat luar, Nad kata kalau dapat adik perempuan Nad nak namakan dia. Ni adik perempuan, Nad bagilah nama dekat dia" balas Adam.
Nadira tersenyum lebar sambil menunjuk giginya yang rongak.
"Kalau macam tu Nad nak namakan dia Naylia. Nanti mama dengan papa ada Nad dengan Naylia" balas Nadira dengan suaranya yang comel.
"Salah tu.." sampuk Hawa sambil menggoyangkan jari telunjuknya. Adam dan Nadira memandangnya serentak.
"Apa yang salah?" soal Adam.
"Sepatutnya Nad dan Nay.." balas Hawa. Mereka berdua masih diam. Hawa mengeluh.
"Nay untuk Naylia lah. Apalah korang dua ni" perli Hawa.
Nadira dan Adam mengangguk sambil memandang antara satu sama lain.
"Hi adik Nay" kata Nadira sambil memeluknya.
Adam mencubit pipi Nadira. Nadira memandangnya dengan wajah masam.
"Abang.." panggil Hawa perlahan. Adam memandangnya lalu mengangkat kening.
"Ye sayang?" balasnya sambil mengusap kepala Hawa.
"Abang rasa betul ke apa yang keluarga abang bagitau kita?" soalnya perlahan.
"Pasal tak boleh ada anak lebih dari satu tu ke?" soal Adam kembali.
Hawa mengangguk. Adam mengambil nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya.
"Abang percaya semua tu kerja Tuhan. Abang tak kisah kalau abang perlu pergi demi pewaris abang. Kalau itu yang sedang menanti, abang terima seadanya" balasnya perlahan.
Hawa mengusap lembut lengan Adam.
"Terima kasih abang.." ucap Hawa.
Adam mengangguk. Hawa mengesat air mata yang hampir jatuh.
"Eh ape ni jangan la menangis" pujuk Adam lalu mencium ubun-ubun Hawa.
"Nad pun nak papa cium" sampuk Nadira. Adam tersenyum.
Terus bibir Adam turun ke ubun-ubun serta bibir Nadira.
"Nak lagi?" Soal Adam.
"Nak dekat hidung" balasnya. Adam menciumnya.
"Lagi?" soal Adam lagi. "Mata" balas Nadira. Adam menciumnya lagi.
"Ada lagi ke?" soal Adam lagi. "Adik Nay pulak.." balas Nadira.
Bibir Adam turun ke dahi si kecil Naylia. Lama Adam menciumnya. Nadira ketawa besar melihat papanya.
"Bila saya boleh keluar?" soal Hawa sambil memegang tangan Adam. "Esok lusa. Bergantung kepada keadaan awaklah" balas Adam.
Hawa mengeluh.
"Kena tinggal dekat hospital lah ni.." rungut Hawa.
"Takpe kitaorang teman awak malam ni, okay?" balasnya.
Hawa mengangguk sambil memuncungkan bibirnya. Adam menggelengkan kepala.
***
Tiga hari kemudian..
"Yeaa!! Mama dengan adik dah balik. Kak Linda tolong papa angkat barang mama dengan adik" arahnya.
Linda mengangguk lalu berjalan mendapatkan beg Hawa dan Naylia.
"Ahh.. Assalamualaikum" ucapan Hawa.
"Waalaikumussalam" jawab Nadira dan disambung dengan beberapa orang di ruang tamu.
Hawa tersenyum nipis melihat mereka. Safiyah, Sarimah dan Suraya atau dengan nama panggilan mereka, mak long, mak ngah dan mak Su. Mak ngah mendekati Hawa.
"Meh sini kak ngah tolong bawak Nay naik" terus Hawa menyerahkan Naylia kepada mak ngah.
"Bawak naik bilik saya eh.." pesan Hawa.
Mak ngah mengangguk. Baru sahaja dia ingin menuju ke bilik Hawa, mak long berbunyi.
"Hai Mah oii. Kau tak takut ke kena tempias budak pembawa malang tu?" katanya seolah-olah ingin menyakiti hati Hawa.
"Betul tu" sokong mak Su.
Hawa sekadar diam. Kedengaran dari belakang Adam menghempas pintu kuat. Adam masuk dengan muka dinginnya.
"Hawa awak naik bilik, rehat" arahnya.
Hawa mengangguk. Perlahan-lahan Hawa melangkah naik.
"Nad ikut mama" arahnya lagi. Nadira mengangguk laju lalu mengambil cawan mainan miliknya.
"Nad nak papa suruh kak Linda bawak naik mainan ke?" Soalnya.
"Tak..Nad bukan nak main" balasnya.
"Dah tu?" soal Adam hairan.
Terus Nadira membaling cawan tersebut ke arah mak long lalu berlari mendapatkan Hawa. Adam tertawa.
"Eh budak Nad ni.. mesti Hawa yang ajar dia buat macam tu" marah mak long.
"Kak long!"jerit
.
Share this novel