bab 32

Adventure Completed 11557

Syamira dengan Syameel disuruh melutut di hadapan Boss yang sedang berpaling arah.

"Kau boss ke? Kenape kau nak tangkap kitaorang lagi! Kau tak puas ke seksa kami dulu!?" Soal Syamira dengan nada tinggi.

"Aku bukan tak puas seksa korang berdua..."

Suara tu... Macam... Boss memusingkan badannya dan melihat mereka yang sedang melutut. Cermin mata hitam dibuka. Alangkah terkejutnya mereka berdua. Orang yang paling mereka sayang menjadi ketua kumpulan syaitan ni?

"Aku tak puas luang masa bersama dengan korang berdua. Waris aku. Anak perempuan aku." Ujar Boss.

"Ayah?" Kata Syamira dan Syameel serentak apabila melihat wajah si Boss.

Mereka berdua seakan-akan tidak percaya dengan apa berada di hadapan mereka. Ayah mereka sendiri.

"Ke- Kenape ayah jadi macam ni? Kenape ayah pulak yang jadi ketua untuk syaitan-syaitan ni!!" Soal Syameel marah.

"Hey Meel! Kau tak payah nak soal aku macam wartawan. Kau sendiri pun pernah tinggal dekat sini! Kau pernah kerja dekat sini dan aku pun sama! Jadi apa salahnya kalau aku jadi ketua kumpulan ni! Aku jadi kaya! Aku nak kau dengan Mira tinggal dengan aku dekat sini!" Maranya.

"Kenape pulak?"

"Sebab aku ayah korang! Korang berdua kena dengar cakap aku aku! Korang tak boleh ingkar! Nak jadi anak derhaka?"

Syameel mendecit. Dia tidak mahu sejarah gelap berulang kembali kepada dia dan Syamira.

"Ayah nak Meel dengan Mira jadi pelacur lagi ke? Sampai hati ayah!" Ujar Syamira.

Boss menggeleng kepala.

"Aku tak nak anak aku dirosakkan lagi. Aku cuma nak luangkan masa-masa terakhir aku dengan korang berdua."

"Huhh! Tak nak anak kau dirosakkan? Kitaorang memang dah rosak!" Tengking Syameel.

"Meel!" Jerit Syamira.

"Ape!?"

"Walaupun teruk macam mana pun dia, dia tetap ayah kita."

"Kenapa kau ni baik sangat. Dengan orang tua macam ni pun kau mak baik lagi ke? Mira entah berapa banyak perempuan yang tempat ni rosakkan kita pun tak tahu! Kalau dia jadi ketua tapi dia tutup tempat ni aku tak kisah tapi dia jadi sebijik macam syaitan dekat sini!"

"Meel... Kau dah melampau!" Jerit Syamira.

Boss dan konco-konconya sekadar melihat pertengkaran antara Syamira dan Syameel.

"Asal? Kau nak jadi macam dulu balik ke?"

"Gila kalau aku kata aku nak!"

"Dah tu!?"

"Tapi aku akan gila, kalau aku tak nak ada sama-sama dengan orang yang kita sayang, ayah!" Ujar Syamira.

Syameel terdiam.

"Memang dia teruk! Tapi dia tetap ayah! Kau bukan sebab dia kita tak ada dekat sini. Kita takkan dapat keluar dari sini dulu! Kau tak rindu ayah ke?" Ujar Syamira lagi.

"Dia rindu ke dekat kita?" Soal Syameel dengan nada menyindir.

"Kalau bapak kau tak rindu korang berdua, dia takkan upah kitaorang untuk jaga korang dari jauh. Dia takkan upah kitaorang untuk cari korang dan bawak jumpa dengan dia. Kalau kau nak tahu, dia tak pernah sentuh mana-mana perempuan selain mak kau!" Sampuk satu suara garau.

"Mana kau tahu?" Soal Syameel.

"Mana aku? Dia sentiasa muncul dalam CCTV." Balas lelaki tersebut.

"Meel... Kau jangan risau, budak-budak dekat rumah anak yatim tu selamat!" Sambung lelaki tersebut.

"Kitaorang cuma ambik korang." Sambungnya lagi.

Syameel terdiam. Boss melutut di hadapan mereka. Syameel dan Syamira kehairanan melihat Boss.

"Sudi tak korang berdua tinggal dengan ayah untuk hari-hari terakhir ayah. Ayah... Ada kanser paru-paru tahap empat. Tolong..." Rayuan.

Syameel dan Syamira terkejut besar apabila mendengarnya. Syamira memandang Syameel lalu mengangguk perlahan. Syameel kembali memandang Boss.

"Walaupun macam mana sekalipun..." Ujar Syameel dengan nada sinis. Air mata mula bergenang.

"Ayah tetap ayah!" Suaranya berubah menjadi sayu lalu memeluk boss dengan erat. Syamira juga tidak ketinggalan.

***

Bilik tersebut di terangi dengan lampu cermin dan chandelier. Kiri kanan ada banyak baju seksi yang bergantung. Dia meja solek pula, semestinya pelbagai barangan make-up. Dia menolak aku ke sofa.

Dia melangkah ke arah baju-baju yang 100% seksi di hadapan aku. Janganlah dia yang pilihkan untuk aku. Dia memandang aku.

"Aku ambik, kau pilih nak guna ke tak. Okay?" Aku mengangguk.

Pertama, baju hitam panjang tapi bila di pusing ke belakang, jarang dia lain macam. Dari atas ke bawah. Aku menggeleng tanda tidak. Dia mencebik lalu membaling baju tersebut ke tepi.

Kedua, gaun tanpa lengan dan panjangnya hanya cukup untuk menutupi bahagian bawah. Aku menggeleng lagi. Dia membaling baju tersebut.

Ketiga, baju yang sepertinya hanya menggunakan tali. So sexy! Aku menggeleng lagi. Dia mengeluh lalu menjatuhkan baju tersebut. Kakinya melangkah mendekati aku dengan kening yang bercantum.

"Kau ni kan, aku pilih kau pakai. Jangan memilih. Kalau nak diikutkan hati kau, satu pun kau tak nak!" Katanya sambil menunding jari ke arah aku.

Aku menelan air liur. Semasa dia sibuk mencari baju aku melontarkan beberapa soalan kepadanya.

"Kenape kau macam suka kerja dekat sini? Kau tak takut ke? Kau tak kesah diorang sentuh kau?"

Tanganya yang tadi leka mencari baju berhenti lalu memandang aku sambil berpeluk tubuh.

"Memang aku suka.."

"Kenape?"

"Sebab, senang nak dapat duit."

"Hahh!?"

"Kau bayangkan eh, satu jantan kau dapat mintak berapa je kau nak. Bayangkan kau mintak 4 ribu. Banyak tu. Kau cuma perlu bayar dekat boss 500 je. Selebihnya kau simpan. Masyuk!"

Biar betul? Dia suka jadi pelacur sebab nak dapat banyak duit.

"Aku perlu buat ke?" Soal ku lagi.

Dia mengangguk perlahan. Aku terkejut. Dia mengambil satu baju berwarna merah jambu lalu menarik aku ke dalam bilik persalinan. Baju tersebut dia gantung di tepi cermin lalu mengunci pintu dari luar. Aku tergamam. Nak pakai ke?

"Cepat!" Arahnya.

Perlahan-lahan aku menanggalkan pakaian aku dan menyarung gaun merah jambu tersebut ke tubuh. Wei! Ketat gila! Baju merah jambu tersebut sangat nipis dan jarang! Pintu aku ketuk beberapa kali dan...

"Aku dah siap!" Kata ku.

Klak!

Pintu dibuka dan perempuan tersebut menarik aku ke tengah bilik. Dia memandang aku dari atas ke bawah, dari depan ke belakang. Dia mengangguk sambil mencebik.

"Dah sedia?" Aku menggeleng. Dia tersengih macam kerang busuk.

"Kau sedia ke tak, kau tetap kena sedia eh..."

Dengan segera dia menarik aku keluar dari bilik dan menuju ke salah satu bilik yang lain. Semua lelaki yang memandang aku semua nampak macam singa kelaparan. Gerun!

Dia tolak aku ke arah hadapan seorang lelaki. Terus aku ditarik dalam pelukannya.

"Enjoy your first job!" Ucap perempuan tersebut lalu beredar dari situ.

Aku memberanikan diri untuk angkat muka memandang wajah sang lelaki. Rupanya dia juga sedang memandang aku. Aku ditolak ke atas katil dengan kasar.

Dia sekadar duduk di hujung katil sambil memandang aku lama..

"Kau... First time?"

Aku langsung tidak memberikan sebarang respon dan hanya mengetap bibir. Dia masih menantikan jawapan aku.

"Aku tak nak buat!" Kata-kata aku membuatkannya ketawa kecil. Apa yang lawaknya? Gila ke?

"Aku dah bayar untuk kau! Takkan nak biar kau lepas macam tu je..." Katanya dengan suara yang mendatar.

Aku menelan air liur apabila mendengar ayatnya. Perlahan-lahan dia mendekati aku dan aku juga perlahan-lahan mengundurkan diri ke belakang sehingga kepala katil. Aduh!!

"Aaaa!!" Aku menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience