bab 35

Adventure Completed 11557

Mereka cuba lari tapi gagal. Pintu tingkap aku sudah kunci semuanya. Tak ada jalan keluar lain. Mak Su mendekati aku. Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kenape Nay nak hukum mak Su? Bukan kita dah berbaik?" Persoalan yang mak Su lemparkan membuatkan aku geli hati.

"Berbaik? Yes kita berbaik. Tapi dendam Nay belum baik lagi. Mak Su. Walaupun mak Su dan minta maaf dan Nay maafkan, takkan mak Su tak ingat dulu. Siapa yang bersekongkol dengan mak long? Ke nak Nay ingatkan balik, Mak Su kan?" Aku mengatakannya dengan penuh perasaan marah yang masih di bawah kawalan.

"Tapi itu dulu. Mak Su dah berubah sayang!" Katanya perlahan.

Aku buat mimik muka geli.

"Tak payahlah nak bersayang bagai! Geli! Tapi kan, yang lama itulah yang menyakitkan. Menyakitkan hidup aku. Semua yang korang buat, masih terbayang dalam otak aku!" Aku menolaknya sehingga terjatuh.

Mak long, mak ngah serta Malik sempat menyambutnya. Malik memandang aku dengan pandangan marah.

"Kau takde hak nak marah dekat aku! Kau patut marah dengan tiga tenuk ni!"

Aku membuka langkah naik ke bilik yang sudah lama aku tinggalkan. Apa khabar bilik aku tu agaknya. Malik memanggil aku berkali-kali tapi aku buat pekak je.

Klak!

Aku memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya aku. Semua gambar aku, mama, papa dan Nadira berada di dalam. Aku kembali menurut pintu.

"Ini bilik ke, stor?" Soal ku.

Dengan kacanya yang pecah sana sini. Dengan air entah dari mana datangnya. Semua tilam, almari yang aku tinggalkan dulu sudah tiada lagi. Mungkin sudah di buang.

Aku melangkah ke arah sebuah kerusi yang berada di hujung bilik. Sebelum duduk aku menekan kerusi tersebut menggunakan tangan.

Kerusi tersebut roboh. Aku menggelengkan kepala. Aku berjalan mendekati sebuah cermin yang berdebu. Aku mengelap cermin tersebut menggunakan telapak tangan. Muncul diri aku di dalamnya. Aku tersenyum.

"Bilik ni penuh dengan kenangan. Kenangan manis dan pahit. Di bilik ini aku di dera. Aku dikurung. Tak di beri makan. Ade ke orang nak jadi macam aku?" Aku bercakap dengan pantulan diri di dalam cermin.

"Dalam masa tiga hari, aku akan buat diorang terseksa! Aku akan buat diorang merana! Diorang tak patut bahagia semasa aku menderita!" Ujar ku lagi.

"Nasuha, mummy takkan dapat jumpa Nasuha untuk kali terakhir. Nanti Nasuha tinggal dengan papa Mukhriz. Dia akan jadi papa Nasuha. Jangan pernah lupakan mummy." Ujar ku dengan air mata yang mengalir keluar.

"Nasuha, jangan jadi macam mummy tau!" Ujar ku lagi sebelum menangis teresak-esak.

Aku terduduk dan memeluk lutut. Aku biarkan air mata mengalir keluar. Ini sahaja masanya untuk aku menangis. Dengan bilik yang hanya disinari cahaya matahari, aku menangis sepuas hati sebelum tangan aku menyeksa orang.

***

"Zia... Kau rasa apa yang akan terjadi dekat Nay?" Soal Afirra.

Ziara membalas dengan mengangkat bahu.

"Nak tak kalau kita ambik Nasuha? Sekurang-kurangnya kita boleh rasa yang Naylia ada sama-sama dengan kita." Cadang Afirra.

Kali ini Ziara mengangguk setuju. Terus Afirra membuka telefonnya lalu mendail nombor Syameel.

"Hello? Hi kak Meel? Sebenarnya Firra nak ambik Nasuha. Nay yang suruh kami jaga. Takpe lagipun Nay yang suruh ambil dia. Esok okay? Okay thanks kak."

Afirra menamatkan panggilan. Dia yakin Putri Nasuha akan lebih selamat dengan mereka.

Tok! Tok! Tok!

Tuan Rizman melangkah masuk ke dalam bilik Afirra. Mereka berdua hanya memandang Tuan Rizman yang sedang mendekati mereka berdua. Tuan Rizman duduk di hujung katil. Faris dan Afiq juga turut masuk ke dalam biliknya.

Afirra dan Ziara menundukkan kepala, rasa bersalah. Lagi-lagi Ziara. Dia sudah di kira lari dari rumah sebab tiada sesiapa pun tahu dia keluar kecuali Afirra.

Tanpa menunggu lama, terus Tuan Rizman menarik mereka berdua ke dalam pelukannya. Sudah lama, dia mencari si kembar ini dan sudah lama juga, dia tidak mengalirkan air mata begini.

Faris dan Afiq juga tidak ketinggalan. Dia juga turut memeluk kedua-dua adik tirinya.

Sebenarnya, Tuan Rizman berkahwin tiga. Isteri pertama adalah mama kepada Faris dan Afiq. Kedua, mama Afirra dan Ziara dan ketiga tiada anak. Entah kenape, isteri Tuan Rizman yang ke tiga sangat benci kepada anak-anak Tuan Rizman dan isteri pertama dan kedua.

"Papa minta maaf. Sebab papa abaikan Firra, papa buat banyak salah. Papa- "

Dengan segera Afirra meletakkan jarinya di bibir Tuan Rizman. Afirra menayangkan senyuman yang semestinya di rindui oleh Tuan Rizman.

"Tak payah minta maaf. Firra dah lama maafkan semuanya. Sekarang, kita kena mula hidup baru. Esok, kita ada tetamu istimewa. Kan Zia?" Katanya.

Zia mengangguk sambil menggoyangkan jari telunjuknya. Tuan Rizman dan abang-abangnya kehairanan.

"Siape?" Soal mereka bertiga serentak.

***

Dari atas aku sudah dapat melihat mereka berempat sedang makan di meja utama. Tanpa teragak-agak aku mengangkat sebaldi air lalu ku buang ke bawah. Bunyi pinggan mangkuk pecah, bunyi mereka menjerit sambil memaki aku. Wah indahnya!

Aku melangkah turun seperti seorang puteri kayangan. Aku merapati mereka. Masing-masing sedang memandang aku. Maya aku berakhir pada mak long. Aku membongkok sedikit.

"Ops! Dah pecah! Dah basah! Tunggu ape lagi? Kemas semua ni! Lepas tu..." Mata aku beralih ke arah mak ngah.

"Mak ngah, lap semua air ni!" Mata aku beralih ke arah mak Su pula.

"Mak Su... Masak!" Arah ku.

Malik yang nampaknya sudah tidak dapat menahan marah terus menolak aku dan membaling baldi tadi ke arah aku. Aku hanya tertawa. Aku bangun macam zombi yang cuba untuk bangun. Aku memandangnya.

"Kenapa? Dah tak tahan ke? Kalau aku boleh tahan dengan apa Yang mak kau buat, kanape kau tak boleh tahan dengan apa yang sepupu kau yang lemah ni boleh buat?" Soal aku dengan nada sinis.

"Kau seksa mak aku! Kau tak seksa aku pun!" Matahnya. Tapi aku hanya mencebik sedikit.

"Tapi aku belom selesai bagi arahan lagi tadi. Kenape kau tak sabar nak tunggu arahan aku? Giliran kau, kau tahu berapa kotornya bilik aku tu, kemas! Cat, letak barangan budak dalam tu. Hias jadi macam bilik budak kecik, perempuan. Okay?" Arah ku.

Semua mereka hairan dengan kata-kata aku. Bilik budak? Kenapa nak jadi bilik budak pulak?

"Tunggu ape lagi? Buatlah kerja masing-masing. Jangan! Tolong! Sesama sendiri!" Tegas ku.

Terus aku duduk di sofa. Tiba-tiba ada pesanan masuk. Peguam Aiman? Butang hijau aku tekan.

"Hello?"

"Nay! Kenape Nay buat macam tu?"

Aku melihat ke atas, ada CCTV. Okay maksudnya diorang tengok aku buat buat macam ni. Bagus!

"Baguslah kalau boleh tengok. Kalau nak report polis, report lusa. Hari ni dan esok jangan. Kalau tak Nay pecat abang!"

Aku mematikan panggilan lalu mengeluarkan SIM kad dan bateri dari telefon pintar. Aku melihat CCTV sambil memegang telefon aku. Aku balik dengan kuat, berkecai. Aku tersenyum ke arah kamera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience