bab 3

Adventure Completed 11328

"Naylia!!" Jerit mak long. Aku mengeluh mendengar jeritannya. Lantas kaki aku melangkah menuju ke ruang tamu. Setibanya di depan tangga, aku melihat mak long sedang berdiri sambil bercekak pinggang. Acah-acah nak jadi puan besarlah tu.

Aku mengangkat kening. "Mak long nak ape?" Soalku. "Kau masuk bilik aku, ambil beg silang aku" arahnya. Aku mengerutkan dahi. "Kenape nak suruh Nay? Mak long boleh je ambil sendiri tak pun suruh kak Linda" balasku.

Terus tangannya mencubit lengan aku. "Adu!!" Kataku sambil menarik tangan mak long lalu menolaknya. Dia berundur beberapa langkah dan hampir terjatuh akibat ditolak oleh aku. "Kalau mak long jatuh tadi aku bagi tau mama kau. Biar padan muka kau kena marah." marahnya. Aku menjelirkan lidah.

"Aku memang selalu kena marah dengan mama sebab ingkar arahan mak long dengan mak Su tapi aku tak kisah sebab papa dengan kak Nadira selalu sokong aku.." kataku selamba. Mak long dah mula marah. "Kurang ajar betul kau dengan mak saudara sendiri!? Tak pandai nak hormat orang tua!" marahnya lagi.

Aku sekadar mengangguk. "Mak long pernah ke hormat saya sebagai anak saudara. Eh kejap. Mak long dengan mak Su mana pernah ada anak saudara yang bernama Naylia binti Adam kan? Naylia kan cuma pembawa sial kan bagi korang.." terus aku berpaling lalu menaiki tangga.

Aku baru teringat sesuatu lalu menoleh memandangnya. "Mak long .. Saya bukan Naylia yang mak long boleh buli macam dulu tau.. ingat!" Pesanku. Terus mak long mengambil majalah di rak buku lalu membalingnya.

"Takpe Nay takpe. Kau buat aku macam ni. Aku akan balas balik nanti. Lebih teruk dari ni!" marahnya sambil mengetap gigi. "Assalamualaikum!!" ucap Nadira sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Mak long yang menyedari kedatangan Nadira terus mendekatinya di hadapan pintu masuk.

"Ha Nadira. Aku nak kau tolong aku sikit" pintanya. Mendengar perkataan 'tolong' terus Nadira mengeluh. "Mak long nak apa? Nad baru je balik dari asrama.." jelasnya. Mak long mengangguk. "Mak long tahu.. Mak long nak minta tolong kau untuk ape tu, untuk nasihatkan si Nay tu. Kurang ajar sangat dengan orang tua.. Dia punya rasa hormat dah takde" pintanya

Nadira mengeluh malas. "Mak long.. Mak long sendiri tak reti nak hormat hidup adik mak long sendiri apatah lagi nak hormat si Nay tu. Memang tak lah. Kalaulah Nad yang dapat gelaran pembawa sial tu, dah lama mak long Nadira kerjakan.." katanya lalu melepasi mak long.

"Kau tak nak kerjakan aku sebab panggil adik kau macam tu?" soalnya. Nadira berdecit sedikit. "Kalau nak diikutkan hati, dah lama Nad ambil tali, lepas tu ikat mak long dengan mak Su dan tolak korang berdua masuk dalam kolam sana tu. Biar lemas mati padan muka!" marahnya.

"Kak Linda! Tolong angkat beg Nadira bawak masuk bilik Nadira. Nadira nak pergi jumpa Naylia kejap" arahnya. "Baik neng Nadira.." balas Kak Linda. Nadira menaiki tangga sambil memanggil namaku. "Naylia..Naylia.." panggilnya.

"Tak guna punya adik beradik. Semua ikut perangai Adam, takde satu pun ikut perangai Hawa" rungutnya. Terus Nadira melangkah masuk ke dalam bilik aku. Aku sedang duduk ditingkap sambil memakai fon kepala. Aku langsung tidak menyedari kehadirannya.

Perlahan-lahan Nadira mendekati aku. "Nay!!" kejutnya. Terkejut aku di buatnya. Terus aku menampar lengannya yang terdedah. Aku mengalihkan fon kepala lalu membalingnya ke atas katil. "Kakak!!" terus aku memeluknya erat. "Rindunya.. Dah sebulan tak jumpa kakak" kataku sayu.

"Eleh.. Yelah tu. Eh bukan selalunya petang-petang macam ni adik selalu pergi home gym ke?" Soalnya. Aku tersenyum. "Nantilah.. Tapi kalau akak nak pergi, adik on je" kataku teruja. Dia tersengih dan mengangguk. "Dik, tadi kau buat hal eh dengan mak long ?" soalnya berserta kan pandangan tajam.

Aku mengangguk. "Tapi akak pun tahulah kenape adik buat macam tu. Eh dah lah. Akak pergi tukar baju kita pergi gym terus" arahku. Dia mengangguk lalu jari telunjuknya menuju ke arah aku.

"Adik pakai baju ni pun dah okay" balasku. Aku selalu mengenakan singlet berwarna berserta kan seluar ketat berwarna hitam. Senang, kalau nak keluar aku ambil je jaket dari almari.

Aku dengan Nadira berjalan menuju ke gym bawah rumah. Gym cuma ada satu jalan iaitu melalui taman bunga mama. Dalam perjalanan ke sana kami terdengar bunyi yang menuju ke arah kami. Terus aku menarik Nadira ke dalam semak.

Dia ingin bersuara tetapi aku terlebih dahulu menutup mulutnya. Kelihatan mak long dengan mak Su sambil membawa pisau dan alat untuk memotong besi berjalan melepasi kami.

Tiba-tiba mereka berhenti seketika. "Kau dah kunci ke gym tu?" soalnya. Mak Su mengangguk. "Okay jom" ajaknya.

Setelah memastikan mereka berdua telah pergi, terus aku dan Nadira keluar dari semak. "Adik rasa diorang pergi gym ke?" soal Nadira. "Hish akak ni.. Ni je jalan untuk ke gym. Lagipun diorang ada sebut perkataan 'gym' tadi" jelasku.

Dia mengangguk perlahan. "Apa lah yang diorang buat agaknya" soalku. "Jom kita periksa dekat gym" ajakku. Kami berdua perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam gym lalu aku menuju ke sebelah kiri untuk membuka lampu. "Takde pape pun.." kataku.

"Adik.. apa kata adik tengok sebelah ni kejap" katanya perlahan. "Apa di- " kata-kata ku putus dan digantikan dengan mata yang membulat berserta kan hembusan nafas marah.

"Punching bag kesayangan akuuu!!" Jerit ku. Aku dan Nadira mendekati punching bag tersebut. Rantainya diputuskan, beg dia pula dikoyak dan isinya di campak merata-rata tempat. "Penat-penat aku kumpul duit untuk beli benda ni!" Marahku.

Aku menutup matanya seketika lalu membukanya luas. Aku berdiri lalu mengambil segenggam isi dari punching bag tersebut. Nadira dah mula tak senang duduk. "Mak long!!! Mak Su!!!" jerit ku lalu berlari keluar dari gym. Nadira mengikuti ku.

" Assalamualaikum. Kami dah balik" ucap papa. Mereka berdua melangkah masuk dengan senyuman lalu menyapa mak long dengan mak Su yang berada di ruang tamu. Belum sempat mereka berdua menyapa papa dan mama, aku masuk dengan wajah bengang sambil memegang isi dari punching bag tadi.

"Nay pegang ape tu?" soal mama. Aku sekadar memandangnya sekilas lalu membaling isi dari punching bag tadi. "Kau dah kenape ni Nay baling barang dekat mak Su?" soalnya. Aku tidak menjawab sepatah pun.

Tiba-tiba Nadira masuk dan terkejut melihat mama dan papa berada di situ juga. "Mama.. papa.. tolong" katanya ketakutan sambil menunjuk ke arah aku yang sedang marah.

"Nad, cerita dekat papa apa yang dah jadi.." katanya lembut. Nadira teragak agak untuk menceritakan. "Cerita je kak.." arahku. "Papa. Mama.. sebenarnya tadi Nadira dengan Naylia nak pergi gym.." belum sempat Nadira menghabiskan ceritanya, aku menyambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience