bab 40

Adventure Completed 11557

Afirra dan Ziara keluar dari perut kereta sambil mendukung Nasuha. Mereka bertiga berada di Tanah Perkuburan Islam. Kelihatan dari jauh sudah boleh nampak Akim, Mukhriz, Faris dan Afiq. Syamira dan Syameel juga tidak ketinggalan.

Mereka bertiga melangkah mendekati Akim di bawah pokok. Ziara menyentuh bahu Akim, apabila dia menoleh, matanya merah dan air mata tidak berhenti mengalir. Dengan spontan, Akim menarik Ziara ke dalam pelukannya lalu menangis sepuas hati. Afirra pula mendekati Faris.

"Eh Firra... Nak jenguk kubur Nay ke?" Afirra mengangguk lalu menyerahkan Nasuha kepada Faris.

Faris melutut sambil mengatur rambut Nasuha. Dahi Nasuha dikucup. Nasuha tersenyum.

"Mana papa Mukhriz?" Soal Nasuha.

Faris mengerutkan dahi lalu berdiri. Nama Mukhriz dia laung. Mukhriz masih menangis di batu nisan emaknya. Mukhriz bangun sambil menyeka air mata dan menuju ke arah Faris. Faris membuatkan isyarat menggunakan kepala tentang Nasuha. Mukhriz yang faham lalu mencangkung sambil memegang kedua-dua belah lengan Nasuha.

"Adik cari siape?" Soal Mukhriz.

"Papa Mukhriz..." Balasnya.

Mukhriz melihat Faris seketika lalu kembali memandang Nasuha.

"Saya Mukhriz. Awak siape?" Balas Mukhriz.

Nasuha membuka beg galasnya lalu mengeluarkan sepucuk surat lalu menyerahkan kepada Mukhriz.

"Mummy suruh bagi..." Ujarnya lagi.

"Mummy?"

"Mummy Nay..."

Mukhriz terpana. Dia memandang Faris lagi dan kali ini Faris mengangguk kepala. Dia buka surat tersebut lalu membacanya.

Hi,

Terkejut? Tak payah terkejut sangat. Perkenalan itu anak aku. Putri Nasuha. Dia anak hasil dari aku dipaksa jadi pelacur dulu. Umur dia 3 tahun tau!
Untuk Akim, Zia dengan Firra, aku nak korang bekerja sama untuk uruskan Adam Hawa Insurans. Aku tak sempat nak uruskan semuanya. Jangan risau, syarikat tu memang sudah tertera nama korang.
Mukhriz, aku minta maaf untuk apa yang aku dah buat selama ni. Dendam aku dah terbalas. Putri Nasuha, ini je permintaan terakhir aku terhadap kau. Jadi papa dia. Jaga dia, jangan bagi dia menderita, jangan bagi dia merana dan jangan biar dia jadi macam aku. Aku dah tak dapat nak jaga dia malah nak cium dia pun tak dapat.
Aku tahu, aku dah bunuh orang termasuk mak kau, tapi please. Jangan sakitkan Nasuha. Bagi dia kasih sayang sepenuhnya. Aku dah takde disamping korang, jadi Tuhan gantikan Nasuha untuk korang.
Kalau dia tanya mana mummy dia, bagi tau mummy dia sentiasa ada dalam hati dia. Sentiasa ada dengan dia dan sentiasa tengok dia. Aku sayang dia. Bagitau dia, mummy love you forever. Bye sayang!

Selamat tinggal,
NAYLIA

Mukhriz menggenggam surat tersebut lalu menarik Nasuha ke dalam pelukannya. Nasuha membalas pelukannya.

"Ini papa. Panggil papa ye sayang?" Katanya sambil teresak esak.

"Papa..."

Nasuha mengangkat bebola matanya dan ternampak bayangan aku. Aku melambai ke arahnya. Nasuha membalas lambaian aku.

'Aku rasa aku memang pembawa sial dekat semua orang. Aku rasa, tapi aku tak percaya.'

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience