"Aku suruh buat kerja bukan tido!!" Marah mak Su.
Serta merta aku mencangkung dan kembali mencabut rumput. Mak Su tersengih lalu menolak aku sehingga aku terjatuh ke depan.
Dahi aku terhantuk batu hiasan. Nadira je lah ni, suka sangat letak batu. Aku mengurut dahi ku dan ada rasa pedih.
Aku melihat tanganku.
"Hrumm, darah" kataku perlahan.
Mak Su yang terdengar kata-kata aku terus memusing badan aku 180 darjah. Dia melihat kesan luka lalu menolak dahi ku.
"Eleh, luka sikit je. Itu pun nak merungut. Sambung. Selagi tak siap, jangan masuk rumah! Faham!?"
Aku mengangguk faham.
Terus aku kembali mencabut rumput. Aku menyentuh lukaku lalu menjilatnya. Badan aku seperti terkena renjatan elektrik selepas rasa darah sendiri.
"Macam ni rasa darah rupanya.. bluekk" kataku.
***
Aku baring ke penataan diatas sofa. Siapa yang tak penat kalau cabut rumput 2 jam? Aduii..
Papp!!
"Adu!!" Jeritku apabila mak long melibas aku menggunakan tali pinggang.
"Kenape mak long libas Nay?"
"Ada aku suruh kau baring atas sofa!?"
Aku tidak memberi sebarang komen. Dia libas sekali lagi. Aku menjerit lagi kuat. Dah lah libas dekat tempat sama.
"Aku tanya sekali lagi! Ada aku suruh kau baring dekat sofa ni ke!?"
Aku menggeleng sambil memegang belakang badanku yang sakit teramat.
"Jadi kau tunggu apa lagi? Pergilah. Ke kau nak aku duduk atas kau!?"
Terus aku membuka langkah naik ke bilik. Pintu bilik aku hempas kuat-kuat. Biarlah dia nak cakap apa sekali pun.
"Aduhh!" Kataku apabila aku baring menggunakan belakang badanku.
Jadi, aku terpaksa meniarap atas katil. Aku memegang belakangku. Setiap sentuhan berasa pedih, macam hidup aku sekarang ni. Pedih.
"Mama.. Nay rindu mama. Papa back-up lah Nay. Kak Nad, bulilah mak long balik" pintaku.
Tetapi tiada gunanya meminta pertolongan dari mereka yang sudah kembali ke penciptanya- fikirku.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik mandi sambil membawa gunting. Aku kunci tandas dari dalam. Aku membelai rambut panjang ku sehingga hujung.
"Papa, Nay minta maaf. Nay kena buat" kataku sambil melihat kembar ku didalam cermin.
Aku membelai rambut ku disehingga leher lalu aku menggenggamnya. Aku menutup mata sebentar. Apabila aku membuka mata, terus tangan aku mencapai gunting.
"Sorry pa.."
Terus aku menggunting rambut aku sehingga paras leher. Pendek? Yes pendek. Aku mengemaskan lagi rambutku.
Rambut yang ku gunting aku letak dalam plastik hitam lalu diikat. Aku melihat rupa ku yang baru.
Berambut pendek, berbaju pembantu rumah. Kena sangat. Aku melangkah keluar dari bilik air lalu ke katil.
"Aku harap 100 hari ni cepat berlalu"
***
3 minggu kemudian..
"Kau dah beli semua barang yang aku suruh?" Soal mak Su.
Aku mengangguk.
"Dah lipat semua baju?" Soal mak long pula.
Aku menggeleng. Dia terus berdiri dan mengambil tali pinggang yang sudah tersedia di sebelahnya lalu melibas lengan aku. Aku terduduk.
"Sampai bila mak long?" Soalku.
"Kan kita dah deal 100 hari. So seratus lah. Ni baru 21 hari. Kau ada lagi 79 hari" balasnya.
Aku merengus kecil.
" Tapi kita tak deal main libas-libas macam ni?" Balasku.
"Ehh kau ni.. Linda! Linda!"
"Ye mem.."
"Kau sumbat pembawa sial ni dalam stor sekarang!!"
Aku membulatkan mata memandang mak long.
Kak Linda mengangguk dan aku menggeleng memandangnya. Tidak berkesan. Dia menarik aku masuk ke dalam stor.
"Nay..kak Linda minta maaf. Kak Linda tak mampu nak tolong Nay. Nay bersama ehh" pesannya.
Aku tidak membalas sebarang jawapan.
"Nay jangan buat kak Linda macam ni. Kak Linda perlukan duit untuk sara hidup. Nay jangan macam ni.." rayu Kak Linda
"Takpe. Akak pergi je. Nanti diorang nampak, habis akak nanti"
"Akak minta maaf sekali lagi Nay"
Aku biarkan dia. Aku melihat sekeliling stor yang penuh dengan barang.
"Ape yang mak long simpan dalam stor ni? Dulu aku boleh main sorok-sorok dalam ni. Sekarang nak baring pun susah" bebelku.
***
"Long, kau tak kesian ke dekat si Nay tu? Dah lah ni rumah dia, kita buat dia macam tu pulak" soal mak ngah.
Mak long memandang mak ngah lama.
"Kau kena ingat ngah, kau punya lagi teruk daripada apa yang aku buat sekarang ni"
"Huhh! Apa yang aku buat?"
"Kau hancurkan keluarga sendiri! Kau buat Nay hilang segalanya. Kau bunuh adik kita.."
Mak ngah mengerutkan dahi. Dia mendekatkan diri dengan mak long.
"Apa yang kau cakap ni long? Kau gila ke? Takkan aku nak bunuh adik sendiri"
Mak long ketawa besar lalu mendekatkan jarak antara wajah mereka.
"Jangan nak berdalih dengan aku. Aku tahu semua. Aku tahu semua yang adik-adik aku buat. Kau sendiri pun nak harta Adam kan? Kau, tak ada beza dekat kitaorang ngah"
"Ada bezanya.."
"Ape?"
"Beza kita, kau dengan Su buruk di mata Nay. Tapi aku, bagaikan malaikat dekat mata dia"
Mak long mengerutkan dahi dan tersengih.
"Mimpi je lah. Nay tak percayakan kau sepenuhnya.."
"Kau terlalu yakin dengan kata-kata kau long"
Terus mak ngah berlalu meninggalkan mak long diruang tamu dan menuju ke dapur. Disebalik dinding diantara ruang tamu dengan dapur, ada seseorang curi-curi dengar.
"Kau buat ape Su?"
Terkejut mak Su dibuatnya. Bibir mak Su terketar-ketar. Takut.
"Betul ke ape yang aku dengar tadi?"
"Apa yang kau dengar?"
"Aaa.. takde papelah. Aku bak gi jumpa Along jap"
Belum sempat mak Su melarikan diri dari mak ngah, mak ngah mencengkam tanganya lalu dibawa ke taman.
"Kau jangan sesekali mengadu dekat Nay benda ni"
"Jadi betullah angah yang bunuh Adam?"
"Hey shhh!"
Mak ngah menunding jari kepada mak Su.
"Dia takkan percayakan kau dengan along. Sebab dekat mata dia, korang berdua buruk. Dan aku, bagaikan intan permata"
Mak Su sedaya upaya cuba melepaskan genggaman tangan mak ngah tapi gagal. Mak ngah menggengam tangannya terlalu kuat.
Dengan sengaja, mak ngah menolak mak Su masuk ke dalam kolam dan beredar dari situ.
"along!!" Jerit mak Su meminta pertolongan.
Mak Su tak reti berenang. Dengan segera, mak long sampai dan menyelamatkan mak Su.
"Su!! Kau okay tak"
Mak Su terbatuk-batuk.
"Angah lebih jahat dari kita.."
Mak long terdiam dan mengangguk. Dia mengusap belakang badan mak Su perlahan-lahan.
***
Klak..
Ada seseorang membuka pintu bilik stor. Takkan kak Linda. Mau kena tibai dengan mak long dia nanti.
Tekaan aku salah. Rupanya mak ngah berada di depan pintu. Dan dia menyuruh ku keluar.
"Nay naik bilik, mandi, pakai baju cantik-cantik. Peguam papa nak datang" katanya lembut.
Aku mengangguk lalu membuka langkah naik ke bilik.
"Dia lebih percayakan aku dari tenuk dua ekor tu"
Share this novel