bab 7

Adventure Completed 11557

Inilah harinya. Hari yang ditunggu oleh keluarga aku. Tetapi bukan aku. Aku sekadar duduk di bangku dekat taman bunga mama.

Berfikir dengan apa yang bakal terjadi nanti. This is the day. Hari yang lelaki tua itu maksudkan. Aku menampar pipi aku berkali kali.

"Adik.." panggil Nadira perlahan.

Aku menoleh dan tersenyum. Nadira melangkah lalu duduk bersebelahan dengan aku.

Aku memusingkan badanku mengadap Nadira. Aku menghelakan nafas berat. Tangan ku menggenggam erat tangan Nadira.

"Akak janji dengan adik, takkan sesekali tinggalkan adik tau" pintaku sayu.

Dia memandangku aneh lalu membelai rambut aku.

"Adik cakap ape ni? Akak nak pergi mana?" Soal lembut. Aku tak tahu, mata aku dah berair.

"Adik.. Adik tak nak jadi macam dalam cerita Hilang tu" balasku perlahan. Nadira ketawakan aku.

"Akak jangan lah ketawa. Adik serius ni" marahku. Dia mengangguk.

"Akak janji takkan sesekali tinggalkan adik seorang diri walau bagaimanapun sekali pun. Okay?" Katanya. Aku mengangguk lalu memeluknya.

"Hai anak papa ni dah kenape. Kita nak pergi trip pun nak sedih-sedih ke?" Tiba-tiba sahaja papa muncul.

"Jom. Kita bertolak sekarang" arah papa.

Aku dan Nadira mengangguk. Tiba-tiba wajah lelaki tersebut bermain didalam fikiran aku.

"Akak pergi dulu. Kejap lagi adik datang" kataku.

Nadira mengangguk perlahan. Aku terduduk di bangku tadi. Suara lelaki tersebut bermain di fikiran aku.

"Itu cuma khayalan aku. It's not true. Everything will be okay" aku cuba menenangkan hati sendiri.

Terus aku bangun dan menuju ke arah kereta kami. Hati aku berdebar kencang. Nak je aku kunci pagar supaya kitaorang tak pergi.

"Tapi kalau kitaorang kemalangan, mesti aku pun akan ikut diorang same" bisik hatiku.

"Nay jom" panggil Nadira. Aku mengangguk lalu mendekatinya.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Kereta kami keluar dari perkarangan rumah dan terus meluncur laju.

Perjalanan kami nampak tak ada apa-apa yang akan berlaku tapi hati aku tetap berdebar debar. Kereta papa berhenti apabila melihat lampu isyarat berwarna merah.

"Sayang anak papa ketat-ketat" kata papa tiba-tiba. Nadira tertawa mendengarnya.

Aku pula terkejut mendengar nya.

"Kenape tiba-tiba" soalku hairan. Yelah tak pernah papa cakap macam tu.

Positif Nay. Jangan fikir yang bukan bukan. Sebaik lampu isyarat bertukar menjadi hijau dan terus papa meneruskan perjalanan. Tiba-tiba...

Pin!!...

"Papa!" Jeritku.

"Allahuakbar!!" Jerit mama.

Sebuah lori balak melanggar kereta kami kuat. Kereta kami terpelanting jauh. Kereta kami juga berpusing banyak kali.

Cermin di sebelah ku pecah dan aku terpelanting keluar. Aku bergolek dan kepalaku terhantuk kuat. Aku cuba bangun tapi kaki aku terseliuh.

"Mama.." panggilku perlahan.

Aku melihat kayu-kayu balak tersebut bergolek merata dan menghempap kereta kami.

"No!!!" Jeritku lagi. Air mata mula mengalir darah dari luka aku mengalir keluar. Aku tidak bermaya.

Dari pandangan kabur ku, aku melihat orang ramai mendekati kereta kami dan ada yang membantu aku.

"Jangan bantu aku. Tolong keluarkan keluarga aku dari situ" pintaku lemah.

Aku kekurangan tenaga. Ramai yang cuba membantu mama , papa dan Nadira tetapi.. Semasa mereka mendekati kereta itu terus meletup besar.

Orang yang berada berdekatan terpelanting. Aku tergamam. Aku menggeleng kepala. Aku tak percaya apa yang aku lihat

"Ma, pa..akak!!!" Jeritku kuat. Air mata setia mengalir.

Aku cuba mendekati tetapi dihalang. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Hampir semua orang memandang ke arah aku.

"Korang tengok ape!!? Tolonglah parents aku.. Tolonglah!!" Marahku. Aku teresak-esak didalam pelukan seseorang yang aku tidak kenali.

"Kak Nad!!" Kataku sambil mengetap bibir.

"Akak dah janji takkan tinggalkan Nay.." kataku lagi.

Dengan serta merta seluruh pandangan ku gelap.

"Nay..Naylia sayang. Bangunlah" panggil seseorang. Perlahan-lahan aku membuka mata.

***

Dalam pandanganku yang kabur, aku melihat ada perempuan yang berada jauh dari aku. Dia cantik, macam mama.

"Mama!?" Kataku sebaik sahaja pandangan aku tidak kabur lagi.

Mama tersenyum. Aku cuba mendekati tetapi kaki aku dirantai. Aku mula sebak.

"Mama rantai apa ni?" Jeritku.

Mama sekadar tersenyum. Mama berjalan beberapa langkah ke hadapan.

"Nay.. Ingat pesan kak Nad. Walaupun kitaorang dah takde disamping Nay, tapi kitaorang sentiasa ada disudut hati Nay" katanya lalu menangis teresak esak.

"Mama takde boleh jaga Nay lagi. Tapi kami tetap tunggu Nay sampai bila-bila. Okay sayang?" Katanya bersertakan esakan.

Aku turut mengalirkan air mata. Aku menggeleng laju.

"Mama kena ada dengan Nay. Nay perlukan mama! Nay nak mama! Janganlah tinggalkan Nay!!" Jeritku.

Mama tersenyum lalu melambai ke arah aku. Aku menggeleng.

"Nay nak ikut mama! Tolonglah bukak rantai ni ma!" Pintaku. Aku terduduk dan memukul rantai tersebut.

"Nay ingat tak pesan kakak?" Suara Nadira muncul dari satu sudut.

"Kakak!?" Panggil ku.

Kelibat Nadira muncul betul-betul dihadapanku.

"Ini semua kerja Tuhan. Nay tak boleh nak halang. Lagipun dah sampai masa untuk kami pergi.. Nay jaga diri. Love you" kata Nadira.

Aku menundukkan kepala. Apabila aku mengangkat kepala mereka sudah tiada. Air mata mula bergenang. Aku memukul lantai berkali kali.

"Aku dah kata dekat kau! Halang! Tapi kau bodoh biarkan diorang! Kau tahu diorang akan mati!!" Marah lelaki tua itu.

Entah bila masa dia datang aku pun tak tahu. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Kau siape sebenarnya? Kenape kau cari aku? Kenape? Kau kenal aku ke!?" Soalku bertubi tubi.

"Kau tak perlu tahu siape aku. Kau hanya perlu tahu 2 perkara" katanya perlahan.

Aku mengangkat muka.

"2 perkara? Apa dia?" Soalku.

"Pertama, aku sentiasa ada untuk tolong kau. Kedua, mak ngah kau tak seperti yang kau sangkakan" katanya.

Aku mengerutkan dahi tak faham.

"Kami tunggu kau Naylia" balasnya lalu hilang dari pandangan.

"Ahh.." perlahan lahan aku cuba membuka mata. Rasa berat sangat. Aku melihat tangan ku berbalut.

Aku memegang kepalaku, berbalut. Aku bangun lalu menuju ke tandas. Aku melihat wajah ku. Aku terkejut.

"Aku sangka itu cuma khayalan. No. Ia memang khayalan. Diorang masih ada. Ada. Diorang dekat ICU. Diorang terok tapi masih hidup" kataku sekadar ingin mengubat hati.

Tapi aku tak boleh halang air mata aku. Aku membasuh wajah aku.

"Kenape kau nak nangis Nay!?  Diorang masih ada dekat sini.." kataku lalu terduduk.

Aku memeluk lulut lalu membenamkan wajahku.

Tok.. tok.. tok..

"Nay ada dekat dalam ke?" Soal mak ngah. Aku bangun lalu membuka pintu.

Wajahku suram. Aku melangkah perlahan-lahan disebabkan kaki aku sakit. Aku duduk di atas katil hospital.

"Mak ngah.. diorang masih ada kan dengan kita" kataku.

Mak ngah terdiam.

"Diorang memang ada. Sentiasa, dalam hati kita" balas mak ngah perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience