Aku sekadar duduk disatu sudut padahal orang lain duduk berdekatan dengan jenazah. Allahuakbar.
Aku langsung tak bersuara. Sekadar mendengar bacaan Yassin dan menyalahkan diri sendiri sebab bagi aku, aku lah punca keluarga aku hancur.
"Nay nak ikut kami ke kubur ke?" Soal mak ngah.
Aku menggeleng kepala perlahan lalu memeluk lulut dan membenamkan wajahku.
"Okay.."
Seseorang menolak aku. Aku memandangnya. Mak long berdiri di hadapan aku dengan wajah merah menahan marah.
Aku tahu apa yang sedang menanti. Aku berdiri berhadapan dengannya. Hati penuh berdebar-debar.
Papp!
Aku terjatuh apabila mak long menampar kuat pipi aku. Aku mengerutkan dahi. Aku menahan geram. Sabar Naylia.
"Ini semua salah budak pembawa malang ni. Sejak dia lahir asyik menyusahkan kita!" jerit mak su sambil jarinya menunding ke arah aku.
"Su, ini bukan salah Nay. Ni ketentuan. Mungkin Allah hantar Nay untuk menguji kita" balas mak ngah lembut.
Aku tak terkata apa-apa, hanya duduk bersandar dinding.
"Menguji? Menguji ke menyusahkan!? Aku tak akan sesekali jaga kau!" kali ni mak long menarik rambut aku lalu ditolaknya aku ke dinding.
"Aww sakit.."
Aku memandang wajah mak Long dan Mak Su yang dingin. Hati aku dah sakit, telinga aku panas mendengar cacian dari mulut mereka berdua.
Aku bangun dan menolak mak Su sehingga dia terjatuh.
"Jahanam punya budak. Sakit kau tahu tak!?"
"Dah tu? Kau fikir aku tak sakit ke? Dengar kau caci aku! Kakak kau ni tolak aku! Kau ingat tak rasa ape-ape ke?" Soalku bertubi-tubi.
Mereka tak terkata. Mak Su mendekati aku lalu menggenggam erat tangan aku. Aku memutarkan tangannya.
"Aww!!" Jerit mak Su.
Aku tersengih.
"Tu ada tetamu. Nak biarkan diorang tengok agenda ni ke?" Soal ku.
Terus mereka menoleh lalu mendekati para tetamu. Tah sape datang. Aku kembali duduk dan membenamkan wajahku lagi.
"Nay.."
"Hishh sape pulak kacau ni?" Kataku.
Aku mengangkat kepala. Aku tergamam melihatnya.
"Faris?" Kataku hairan.
Dia mengangguk dan mengenyit matanya kepada aku.
"Faris datang dengan siape?"
Dia sekadar menunjuk jari ke arah Tuan Rizman dan Puan Lisa. Aku mengangguk.
"Faris ada nak pape ke?" Soalku.
Dia mengangguk. Aku mengerutkan dahi. Tiba-tiba dia menarik tangan aku dan membawa aku keluar ikut pintu ke taman.
"Kita nak ke mana?"
Soalan aku dibiarkan tidak menjawab dan akhirnya kami berhenti dihadapan gym. Dia memandangku.
"Bukak. Abang tak tahu kata laluan" katanya.
Aku terkejut. Dia gelar diri dia sebagai abang? Dah kenape. Aku melangkah lalu memasukkan tarikh hari lahir aku.
Pintu terbuka. Kami melangkah masuk. Aku menghidupkan lampu. Aku mendekatinya.
"Kita nak buat ape?"
Dia menunjukkan punching bag milikku.
"Tumbuk. Lepas kan geram yang ada dalama hati tu. Nay tak bersalah. Kalau Nay rasa Nay bersalah, tumbuk beg tu. Anggap itu diri Nay" katanya.
Terus aku mengerutkan wajah menumbuk sekuat hati aku. Dengan berjubah dan berselendang nya, aku menumbuk punching bag sekuat sekuat hati.
Faris mengundur kebelakang apabila melihat beg tersebut tiba-tiba terpelanting. Dia memandangku terkejut.
Aku memandangnya dan tersenyum. Terus aku membawanya keluar dari gym dan mengajaknya duduk ditaman.
"Ini taman arwah mama Nay eh?"
Aku mengangguk. Aku menghelakan nafas berat. Faris memandang ku.
"Dan..dekat sini jugak lah, kali terakhir kak Nad peluk Nay" kataku.
"Nak abang tolong peluk ke?"
Aku memandangnya serius lalu ketawa.
"Nay.."
"Hrumm.."
"Ingat, Nay kena kuat"
Aku mengangguk laju. Lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
***
Aku duduk di tingkap seperti yang aku selalu buat. Angin malam yang sejuk menampar pipi aku. Nafas berat aku helakan.
Tok tok..
Aku menoleh. Susuk tubuh mak long berada dihadapan pintu bilik ku. Aku mengangkat kening. Dia melangkah mendekati aku di tingkap.
"Kau buat ape? Nak terjun? Bunuh diri? Nak ikut mama papa kau!? Hahh!?"
Aku mengerutkan dahi. Terus aku berdiri menghadapnya.
"Mak long nak marah-marah kenape? Saya buat salah ke!?"
Papp!
Laju tangan mak long mendarat di pipi aku. Aku memandangnya bengang.
Mak long menarik rambut aku yang panjang sambil menunding jari ke arah aku.
"Hey! Mulai hari ni, kau dah jadi tanggungjawab aku! Jadi kau kena dengar kata aku sampailah penghormatan mama papa dan kakak kau tamat"
Aku melepaskan tangan nya dari menarik rambut ku.
"Only 100 day right? I agree. Lepas tu, saya tak kan dengar kata mak long lagi" balasku geram.
Dia mengangguk. "Your most beautiful day will start tomorrow honey"
Aku merengus geram. Setelah mak long keluar terus aku menghempas pintu kuat.
"Arghh sial!" Marahku.
Aku menghempas diri diatas katil sambil tangan ku membaling bantal dan selimut. Aku mengambil beberapa keping gambar mak long dan mak Su.
Terus aku lekatkan dekat belakang pintu. Aku mengambil pen lalu aku menconteng gambar mereka.
"Kau boleh buli aku sekarang. Tapi kau akan menyesal nanti" kataku seorang diri.
***
"Today is the most beautiful day right? Beautiful lah sangat" kataku menyampah.
Klak..
Aku membuka pintu bilik dan kak Linda berada dihadapan pintu bilik ku. Aku mengangkat kening.
Dia menghulurkan sehelai pakaian berwarna hitam merah. Aku tahu baju apa itu. Aku mengeluh.
"Seriuslah dia suruh kak Linda bagi Nay baju ni?"
Kak Linda mengangguk. Aku juga turut mengangguk.
"Kak Linda turun dululah. Nanti saya datang" kataku lalu menutup pintu.
Aku mengeluh besar.
"Melampau! Baju orang gaji dia kasi" marahku.
Terus aku ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Aku melihat tubuh aku yang disarung dengan pakaian berwarna hitam merah.
"Okaylah.." terus aku keluar dari bilik dan menuju ke meja makan.
"Amboi!! Duduk dekat kerusi arwah papa aku! Takpe.." kataku perlahan.
Aku melangkah mendekati mereka. "Morning" ucapku.
Mak long, mak ngah dan mak Su memandang aku dari atas ke bawah. Aku menjeling mereka.
"Jom makan. Hari ni aku benarkan kau duduk makan sama tapi tomorrow, kau kena makan selepas kitorang" pesannya.
Aku mengangguk dan duduk disebelah mak ngah.
***
Aku duduk sebentar. Penat. Aku lihat mak long dengan yang lain duduk sambil goyang kaki dekat ruang tamu.
"Huhh. Rumah aku, aku jugaklah pembantu. Takpe Naylia, only 100 day" kataku.
"Hahh! Duduk ape tu! Cepat potong rumput. Dah panjang sangat tu oh satu lagi. Jangan guna mesin. Guna tangan"
Aku terkejut besar. Guna tangan? Apa guna mama papa aku beli mesin mahal- mahal tapi akhirnya, kena guna tangan.
"Okay.."
Aku mengetap bibir lalu mencangkung lalu menggenggam rumput lalu menariknya keluar.
"Argh panas" rungut ku.
Aku membaringkan tubuh ku diatas tanah. Badan aku rasa macam terbakar.
"Oii!!"
Share this novel