bab 22

Adventure Completed 11557

"Kak Mira ni kenape? Macam kena kejar je?" Soalku hairan.

Dia memberi isyarat kepada Syameel supaya mengikutnya ke bawah. Syameel menurut arahan Syamira. Aku sekadar mengangkat kening, aneh betul dua beradik ni.

"Kau ni dah kenape? Macam ada urgent je aku tengok..." Soal Syameel sambil memeluk tubuh.

"Memang urgent. Tadi masa aku nak tutup pagar, aku perasan ada satu kereta merah dekat depan rumah Salleh. Aku rasa dia macam tengah perhatikan aku. So... Aku pun datanglah dekat dia."

"Kau jangan nak cakap kau pergi dekat kereta tu then kau ketuk cermin kuat-kuat macam dulu."

Syamira mengangguk perlahan sambil tersengih.

"Lepastu apa jadi?" Soal Syameel.

"Aku tanya buat apa dekat sini dia kata ada urusan. Bila aku tanya urusan ape terus dia blah... Pelik!"

"Apa yang peliknya. Mungkin urusan dengan bini dia ke. Takkan nak bagitau orang. Kau ni boleh tak kalu kurangkan sikit kau punya penyibuk tu..." Kata Syameel lalu melangkah naik ke bilik.

"Wei Meel!!"

"Apa lagi?"

"Kita tinggal dekat rumah Ummi seminggu dua jom! Aku rasa tak sedap hati."

"Mana-mana kau lah Mira oii."

Syamira tersenyum lalu mengambil telefonnya dari poket. Nombor Ummi dia dail.

"Haa assalamualaikum Ummi! Ni Mira nak bagitau, Mira dengan Meel nak dok rumah yatim tu dua tiga minggu. Boleh? Alhamdulillah! Ohh lagi satu, kitaorang bawak tamu tau.. Haa yelah, Assalamualaikum."

***

Malik berada di kedai emas bersama dengan mak long, apa lagi shopping . Mentang-mentanglah harta papa aku banyak.

"Ibu lama lagi ke? Malik dah penat menunggu ibu ni..." Rungut Malik.

"Shhh! Kejap lagi ibu belilah kereta yang Malik nak tu. Biarlah ibu shopping dulu." Balas mak long.

Malik mengeluh. Tiba-tiba Malik melihat susuk tubuh seseorang yang sudah lama dicarinya.

Malik memegang bahu mak long lalu menggoncangnya.

"Eh Malik ni! Kan ibu kata kejap! Ala yang susah sangat nak faham hahh!?"

Malik menunjukkan ke arah susuk Tuan Rizman yang sedang berjalan-jalan bersama Faris.

Mak long yang melihat mereka terus melangkah mendekati mereka berdua di seberang sana.

"Eh orang tua ni. Tadi sibuk nak tengok tu tengok ni, last-last  tak beli apa-apa pun. Buang masa aku je!" Marah si penjual sambil menyimpan semua barang kemas tersebut.

"Tuan Rizman! Tuan Rizman!!" Sebaik Tuan Rizman menoleh terus Malik menumbuk tepi bibir Tuan Rizman.

Tuan Rizman terjatuh tapi Faris sempat menyambutnya. Faris mendekati Malik lalu menolak bahunya.

"Kau ni siape? Datang-datang nak tumbuk orang! Kau siape!?" Malik menarik kolar baju Faris.

"Aku, pewaris harta Tuan Adam! Dan, bapak kau ni dah ambil separuh dari harta aku." Marahnya.

"Apa yang papa aku ambil?"

"Adam Hawa Insurans!!" Tengkingnya lantang.

"Hey budak! Kau tu dah kaya, hidup mewah. Kenapa bapak kau perlu ambik harta kami!!" Soal mak long sambil menunding jari ke arah Faris.

Faris terkejut. Tangannya naik ke pinggang.

"Bukan Kitaorang ambik. Kitaorang cuma jaga untuk Naylia!" Balas Faris.

"Nay dah mati kau tahu tak!?" Balas mak long.

"Hahh!!"Tuan Rizman dan Faris terkejut. Mereka memandang mak long dengan Malik tak percaya.

"Kalau tak pernah percaya, kitaorang boleh tolong bawak korang berdua, ke kubur dia..." Balas mak long dengan nada sinis.

Walaupun mereka berusaha untuk menipu Tuan Rizman dan Faris, mereka tetap gagal.

"Kau tahu tak... Nay pernah call aku, dia kata andai kata dia pergi dulu sebelum sempat menguruskan syarikat tersebut, dia serahkannya dekat... Faris." Tipu Tuan Rizman balik.

Mulut mereka ternganga dan mata terbuka. Barang-barang yang berada di tangan Malik dia lepaskan.

Malik cuba melangkah mendekati Tuan Rizman tetapi Faris menghalang laluannya. Faris tersengih.

Tuan Rizman pula menunjukkan wajahnya yang berlagak sambil mengatur tali lehernya.

Segera Malik menarik tangan mak long lalu beredar dari situ fan meninggalkan barang-barangnya.

"Padan muka. Nak tipu aku konon. Balik-balik dia sendiri kena tipu. Dasar mata duitan." Marah Tuan Rizman.

"Pa.. apa yang papa cakap tadi tak betulkan?"

"Tak... Takkanlah Nay nak bagi Adam Hawa Insurans dekat papa macam tu je. Kalau dia dah takde pun, papa pasti semua harta Nay, keluarga dia takkan dapat satu sen pun..."

"Dah tu kalau bukan family dia yang dapat, siapelah?"

"Anak-anak yatim atau... Kalau dia dah kahwin, ada anak, semua harta dia anak laki dia punyalah. Mudahan laki dia bukan mata duitan." Jelasnya.

Mulut Faris berbentuk 'o' sambil kepalanya terangguk-angguk.

"Barang ni macam mana pa?" Soal Faris sambil menunjukkan barang yang ditanggalkan tadi.

"Letak atas bangku tu. Kalau diorang tak ambik, biarlah orang yang lebih perlukan ambik. Jom balik." Balas Tuan Rizman.

***

Aku keluar dari perut kereta. Mataku melihat sekeliling rumah anak yatim tersebut. Cantik, luas.

Aku menghirup udara segar lalu menghembusnya. Aku tersenyum sambil menutup mata seketika.

Aku lihat sekeliling, ada yang berpurdah, bertudung biasa dan ada juga yang tidak bertudung. Yang paling aku tak sangka, ada yang mengandung.

Ni rumah anak yatim ke rumah budak bermasalah?

Aku menarik baju Syamira sedikit. Dia menoleh lalu tersenyum.

"Ini ke rumah tempat kak Mira dengan kak Meel tinggal dulu?" Soalku.

Dia mengangguk lalu mencangkung sedikit. Jarinya menunjukkan seorang wanita yang sedang menuju ke arah kami.

"Itulah Ummi Hafidah. Yang jaga kita dulu..." Katanya teruja.

Syamira berlari anak mendapatkan Ummi lalu memeluknya. Begitu juga dengan Syameel.

Aku pula terpaku. Hanya memerhati mereka. Aku melihat sekeliling, semua perempuan di sini memandangku aneh. Ada yhanh berbisik-bisik dan ada yang melambai kepada aku.

"Nay jom!" Panggil Syameel.

Kami duduk di dalam bilik kerja Ummi. Ummi perlahan-lahan duduk di hadapan kami.

"Ni mana siape?"

"Nama saya Naylia binti Adam. Boleh panggil Nay je."

"Kalau Ummi panggil Lia boleh?"

Aku dengan ikhlas mengangguk dan tersenyum lebar.

"Kalau aku dengan Mira nak panggil kau Lia boleh ke?" Soal Syameel

Aku sekadar ketawa.

"Sukahati. Janji bukan Jenap dan yang sewaktu dengannya." Jawabku ceria.

Aku melihat gambar Ummi dan seorang lelaki di atas meja.

"Itu... Suami Ummi eh? Apa nama dia tadi? Abi Mustapha?" Ummi mengangguk.

"Mana dia?" Soalku lagi.

"Ada... Dekat dalam hati Ummi. Setiap hari setiap masa. Tak pernah hilang." Jawabnya.

Aku faham maksudnya. Aku cuba senyum dan mengangguk faham.

"Eh kejap... Tadi Nay kata, nama Nay Naylia binti Adam kan? Maksudnya Nay pemilik Adam Hawa Insuran tu ke?" Soal Syamira tiba-tiba.

"Ha'ah." Aku mengangguk perlahan.

"Nay anak Tuan Adam dengan Puan Hawa ke?" Soal Syameel tiba-tiba.

"Ha'ah." Aku mengangguk lagi.

Aku memandang Ummi yang sedang terkejut. Tangannya berada di bibir. Aku tak faham situasi ni. Apa kena dengan diorang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience