bab 2

Adventure Completed 11557

Mak long memandang Adam dengan jelingan tajam. "Adam! Ni kak long, kakak sulung kita. Kenape nak tengking-tengking macam tu!?" marah mak Su.

"Tolonglah, Hawa baru lepas bersalin jagalah emosi dia sikit! Susah sangat ke kak!?" soal Adam.

"Kenape kau nak marah-marah pulak. Betulah, anak selepas anak pertama memang pembawa sial dalam keluarga kita!!" Jerit mak long.

Mak Su asyik mengangguk, setuju dengan kata-kata kak long manakala mak ngah masih menemani Hawa diatas.

"Kak.. Adam bukan nak kurang ajar dengan akak. Tapi ni urusan keluarga Adam. Biaralah Allah nak cabut nyawa Adam asalkan pewaris Adam selamat" jelasnya. Kak Su menggeleng kepala. "Kau gila Adam.." kata mak Su.

Adam mengangguk laju. "Memang aku gila, aku gila sebab korang berdua. Asyik-asyik dengan sumpah tu" marah Adam.

"Kalau kau tak percaya cuba kau tengok sedara kita yang lain. Semua mati laki sebab ada anak lebih dari satu. Tahun depan kau akan..mati" balas mak long dengan nada sayu.

"Tu kerja Tuhan. Lagipun kau penilik nasib ke nak kata aku mati tahun depan?" balas Adam.

Terus Adam melangkah naik. Kakinya terhenti seketika dan berpaling ke arah mak long dan mak Su.

"Kalau asyik nak menilai apa yang jadi dekat keluarga Adam, pintu tu sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak keluar" terus Adam meneruskan langkahnya yang terhenti seketika.

Adam melangkah masuk ke dalam bilik. Hanya ada Hawa dan Naylia di dalam bilik. "Nad dengan kak ngah mana?" soal Adam.

"Nad ajak kak ngah main dalam bilik dia" jelas Hawa. Adam mengangguk lalu mencium pipi Naylia. "Hai sweet candy" kata Adam.

Hawa mengerutkan dahi. "Sweet candy?" tanya Hawa hairan. Adam mengangguk. "Nadira kan cupcake, jadi Naylia sweet candy lah" terang Adam.

Tertawa Hawa dibuatnya. "Abang.." panggil Hawa perlahan. "Tak payahlah nak marah-marah kak long sampai macam tu sekali.. kesian dia" pinta Hawa.

Adam memandangnya lama. "Kenapelah awak ni baik sangat sayang? Dah macam-macam kak long maki pasal Naylia. Tapi awak..awak buat tak tahu je" balas Adam. Hawa sekadar tersenyum. Terus Adam mendekati telinga Naylia.

"Sweet candy, nanti dah besar jangan sesekali biarkan mak long dengan mak Su buli Nay tau" pesannya lalu mengucup dahi Naylia. Hawa memukul lengan Adam.

"Ape cakap macam tu?" soal Hawa sambil menggeleng kepala. "Nadira dah baik macam awak, biarlah kali ni Naylia jadi macam saya..okay?" pintanya lalu ketawa. Hawa mencebik.

"Mak ngah Nad nak tanye sikit" pinta Nadira. Kak ngah menoleh ke arah Nadira. "Tanya banyak pun mak ngah tak kisah sayang" balasnya. "Kenapa mak long dan mak Su tak suka dekat adik? Apa salah adik?" soalnya.

Baru mak ngah nak menjawab, mak long dan mak Su masuk ke dalam bilik Nadira.

"Sebab Naylia akan rampas mama dengan papa dari Nadira. Nay akan bawak mama papa pergi jaaauhhhh dari Nadira tau" katanya.

Nadira tidak bersuara dan sekadar mengerutkan dahi. "Kak long! Ape ni? Cakap dengan budak macam ni" marah mak ngah.

"Kau diam ngah!" Larang kak long. "Kau yang patut diam long!" tengking Adam dari depan pintu.

"Tolonglah long. Aku dah cakap aku tak kisah apa akan jadi sekali pun. Kalau boleh, aku nak ada anak lebih dari dua. Kalau boleh aku nak lima." kata Adam sambil menunjuk lima jarinya.

Mak Su mendekati Adam. Terus telapak tangannya mendarat di pipi Adam.

"Kenape kau kurang ajar sangat dengan kitaorang. Kitaorang cuma nak selamatkan kau je!" marah mak Su. "Kau nak suruh aku buat ape!?" Tengking Adam lagi. "Bunuh Naylia!!" balas mak Su dan mak long serentak.

"No!! Nay adik Nad. Mak long dengan mak Su tak ada hak nak bunuh adik!!" jerit Nadira lalu menangis.

"Nad mari kat papa" panggil Adam. Terus si kecil tu berlari mendapatkan Adam lalu memeluknya erat. Mata Adam kekal di wajah mak long.

"Aku tak sangka kau macam ni kak! Aku tak sangka kau nak hancurkan keluarga aku! Baik kau keluar dari rumah ni lah kak!!" katanya lalu membawa Nadira keluar. "Kita tak boleh biarkan Adam halau kita" kata mak long.

"Aku ada idea.." balas kak Su. Kak long tersenyum. "Ngah.. kau ikut sekali" arah mam long.

"Asal pulak?" soalnya. Terus mak long memandangnya marah.

Hawa dan Adam menemani Nadira dan Naylia bermain di ruang tamu. Si kecil Nadira asyik mengusik adiknya sampai ketawa besar Naylia, atau aku.

Hawa memandang ke arah tangga lalu tangannya mencubit lengan Adam. "Aduh.. kenape cubit abang?" soalnya. Mata Hawa masih tidak beralih dari tangga.

"Tu kakak awak.." katanya sambil menunjuk ke arah mereka bertiga. Adam menoleh dan keningnya terangkat.

"Aii..abang halau diaorang 3 bulan lepas, hari ni baru keluar ke?" bisik Adam. Hawa sekadar mengangkat bahu. Kak long berjalan perlahan-lahan sambik membawa bagasinya yang besar.

"Kak long ni lambatlah!" marah mak Su dan dengan sengaja mak Su menolak mak long. "Allah!!" kata kak long lalu jatuh bergolek. "Kak long!?" kata mereka semua.

"hahahah mak long jatuh lah Nay.." gelak Nadira. "Hey tak baik cakap macam tu.." larang Hawa.

"Mama pun nak ketawa kan? Hahahha.." gelaknya lagi. Hawa tersenyum lebar. "Kak long okay tak?" soal Adam. Terus mak Su menampar lengan Adam.

"Dah kalau tergolek macam tu takkan okay Adam oii!!" marah mak Su. Mak ngah sekadar buat tak tahu. "Bilalah kau nak bertaubat kak.." kata kak ngah perlahan.

"Apa kau cakap ngah!?" marahnya. Kak ngah mencebik. "Aduii sakit betul kaki kak long ni. Mau patah tak nyeee, aduuiii!!" ngadu mak long.

"Takpe kejap lagi Adam call Grab suruh datang. Nanti korang pergi klinik lepas tu balik kampung" arah Adam.

"Takpelah. Kak long duduk sini dulu. Lagipun macam teruk je kaki kak long tu" kata Hawa. Laju Adam menoleh memandangnya.

Hawa tersenyum. "sayang.." panggilnya perlahan. "Abang..." balasnya bersertakan jelingan. Adam mengangguk.

"Yelah yelah..kak long dok sini seminggu. Seminggu je tau!" balasnya lalu meninggalkan mereka bertiga dan mendekati Nadira dan Naylia. "Mission complete" kata mak Su perlahan. Mak long mengangguk.

"Ye memang jadi, tapi kaki aku ni sakit betul-betul!!" bisiknya marah.

Mak Su tersengih.

***

Seminggu kemudian..

Mak long dan mak ngah balik rumah mereka sendiri kecuali..mak Su. Sebenarnya mak Su takde rumah sebab nak bayar hutang arwah laki dia.

Dulu abang Su banyak hutang dengan Along. Akim dengan Alif mak Su hantar dekat rumah anak yatim sebab mak Su dah tak nak jaga diaorang lagi.

Dah puas Adam dengan Hawa pujuk tapi dia tetap tak nak.

13 tahun kemudian...

"Alaa papa..kalau Nad masuk asrama, sape nak jaga Nay dari mak su dengan mak long?" soal Nadira.

Adam mengangkat kening. "Nay boleh je jaga diri.." balasku dengan senyuman.

Terus Nadira membongkok sedikit. "ingat jangan kasi mak long dengan mak Su buli adik tau!!" arahnya.

Aku mengangguk lalu mendekatkan bibirku ke telinga Nadira. "Kita tengok, diaorang yang buli Nay ke, atau Nay yang buli diaorang" balasku.

Nadira tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience