bab 25

Adventure Completed 11557

"Kau jumpa ada ape-ape tak?" Soal Megat.

Jamal menggeleng.

"Kau jumpa?" Soal Megat lagi.

Kasim mengangguk perlahan sambil tersenyum sinis. Kasim menyerahkan sekeping foto kepada Megat.

Megat meneliti foto tersebut lalu bebola matanya naik memandang Kasim yang sedang berpeluk tubuh.

"Ape yang ada dalam gambar ni?"

Kasim menapak ke hadapan Megat lalu menunjukkan satu papan tanda di dalam foto tersebut.

"Rumah Anak Yatim Indah Muslimah? Jadi?" Soal Megat blur.

Kasim menghembus nafas geram.

"Maksudnya kemungkinan besar, Mira dengan Meel ada dekat sana bangang! Macam mana boleh jadi ketua tapi bangang macam ni!" Soal Jamal dengan nada perli.

"Kau diam! Kasim aku nak kau cari lokasi rumah anak yatim ni dan laporkan dekat aku! ASAP!" Arah Megat.

"ASAP?"

"As Soon As Possible! Kau cakap Megat bangang tapi kau pun sama." Marah Kasim.

***

"Naylia Adam!!" Jerit Afirra.

Aku yang sedang duduk dekat bawah pokok kelapa terkejut mendengar jeritan si Afirra.

Dia melabuhkan punggung di sebelah ku sambil memeluk lutut. Dia menoleh ke arah aku.

"Macam mana kau boleh lalui semua yang kau hadap sebelum ni. Kalau aku memang tak lah..." Katanya.

"Ada sebab kenapa aku kena tahan dan aku kena lalui semua benda ni. Tiap-tiap hari aku nangis, luka tak payah tanya. Sentiasa lekat dekat tubuh aku ni." Balas ku.

"Kau dengan Zia, macam mana boleh ada dekat rumah anak yatim ni?" Soal ku kembali.

Afirra sekadar senyum sambil jarinya mengoyak daun kering.

"Aku... Bunuh mak tiri aku. Mama pulak dah meninggal. Sejak dari tu, papa layan Zia macam anak raja tapi aku, macam hamba abdi dia. Tapi Zia tak pernah lupakan aku. Dia mesti akan back-up aku. Sampailah aku buat keputusan untuk tinggalkan rumah agam kami. Papa siap bukakan pintu lagi. Zia, dia curi-curi keluar sebab nak ikut aku." Katanya.

Mulutku membulat sambil menganggukkan kepala.

"Kitaorang pernah kena tangkap dengan sindiket dadah. Jadi orang suruhan. Tapi aku dengan Zia dapat lari sampai lah kitaorang kena langgar dengan van rumah ni. Sejak tu Ummi dengan Abi rawat kitaorang." Terangnya lagi.

"Masa tu umur korang berdua berapa?" Soal ku lagi.

"Dua belas..." Katanya.

Mulut ku ternganga mendengarnya. Diorang baru 12 masih tahan lalui semua tu, aku ni. Umur 14 tak dapat tahan nak hadap semua tu.

"Tapikan... Asal kau bunuh mak tiri kau?"

"Sebab dia kejam!" Sampuk Ziara. Dia duduk berhadapan dengan aku dan Afirra sambil membawa air kotak.

"Depan papa dia baik dengan kitaorang. Tapi belakang, dia bagi kitaorang makan sisa makanan dia. Orang gaji semua takut dengan dia sebab bini majikan lah katakan." Sambung Ziara

"Dasar pelacur!" Marah Ziara.

Aku mengerutkan dahi.

"Pelacur?" Soal ku.

Ziara dan Afirra mengangguk serentak.

"Dia tu pelacur dekat lorong, aku dengan Zia pernah nampak sekali. Lepas tu papa bawak balik dia. Papa kata nak kahwin dengan dia. Terkejut beruk aku dengan Zia wei!" Jelas Afirra.

"Habis tu takkan korang tak bagitau papa korang yang dia pelacur?"

"Papa tahu. Dia kata semua orang ada sejarah silam masing-masing."

"Tapi papa tak tahu, walaupun dia dah kahwin dengan papa, dia masih jadi pelacur, layan jantan lain."

Aku terdiam dan hanya mendengar kisah silam mereka berdua.

"Tapi, sejak aku bunuh mak tiri aku, kan pada dah kurang layan aku. Aku cakaplah, setiap orang ada sejarah silam masing-masing. Terus... Terus... Papa tampar pipi aku." Kata Afirra sebak.

Aku yang menyedari dia mula sebak terus memeluk bahu Afirra. Ziara yang tidak mahu ketinggalan turut memeluk bersama.

"Hey guys... Ada dramalah dekat sini. Sedih-sedih, peluk-peluk. Kenape ni adik junior ku sayang..." Kata Tasha yang datang entah dari mana.

Aku berdiri sambil menunjukkan wajah bengis. Tasha ketawa sedikit lalu mencubit pipi aku.

"Aww comellah bila awak marah..."

Aku menepis tangannya. Dia bukan cubit macam cubit pipi bayi, dia cubit guna kuku wei!!

"Aww dia maki marah. Dah lah, jom kita blah. Kang nanti ada kayu yang terbang." Ajak Tasha.

Aku sekadar mengecilkan mata ku. Nak rasa kayu terbang betul-betul ke? Soal hati aku.

***

Mukhriz sedang duduk di hujung katilnya dengan suasana bilik yang gelap tanpa cahaya.

Tap... Tap... Tap...

Ada seseorang yang sedang menuju ke arahnya. Malik.

Tanda disuruh, terus Malik melabuhkan punggung di sebelah Mukhriz.

"Luka kau masih belum kering ke?"

Mukhriz menggeleng.

"Mak ngah tu gila..."

"Aku tahu mak aku seksa aku, tapi tak bermaksud kau boleh kata dia gila!" Mendatar je suara Mukhriz.

Malik ketawa besar lalu menghulurkan sekeping kertas putih kepada Mukhriz. Dengan senang Mukhriz menyambutnya.

Terbuntang mata Mukhriz sebaik sahaja membaca isi kandungan surat tersebut. Dia menoleh ke arah Malik dengan wajah tak percaya.

"Itu, tahun lepas punya. Ibu dah puas pujuk mak kau suruh tinggal kat rumah bahagia tapi mak kau tak nak lepas tu dia ugut nak bunuh mak bapak Nay." Terangnya.

Mukhriz hanya terdiam.

"Dan... Mak kau kotakan apa yang dia kata. Bunuh mak bapak Nay." Sambung Malik lagi.

Dengan cepat Mukhriz  mencengkam leher Malik sehingga terbaring Malik dibuatnya.

"Mana kau tahu tentang semua ni? Apa lagi yang kau tahu pasal mak aku!?" Soal Mukhriz garang.

"Aku... Tak... Boleh... Ber... Nafas..." Kata Malik sambil memukul-mukul tangan sasa Mukhriz.

Mukhriz melepaskan leher Malik dari cengkamannya. Malik tercungap-cungap sambil memandang Mukhriz dengan wajah cuak.

"Kalau kau nak tahu lebih, tanya ibu aku. Tanya mak kau! Itu je yang aku tahu." Kata Malik.

Tanpa melengahkan masa, Mukhriz menapak masuk ke dalam bilik mak long.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience