bab 27

Adventure Completed 11557

Aku masih temankan Afirra duduk sambil makan buah rambutan. Buah jambu air tadi semua dah masuk dalam perut kami.

Aku memasukkan tangan ke dalam poket seluar untuk mengambil iPhone milik ku.

Aku membuka aplikasi yang semestinya di kenali semua orang, whatsapp messenger. Nombor Peguam Aiman ditekan.

Aku mula menaip.

Personal Whatsapp:

Hi abang Aiman!

Peguam Aiman
Eh Nay! Hi, Nay apa khabar?

Baik je :-)

Peguam Aiman
Ni mesej abang mesti ada hajat. Apa dia?

Eh abang tahu lah ;-p

Peguam Aiman
Opkoslah! Apa dia?

Block semua kad kredit dengan kad debit family Nay dan bekukan semua akuan bank kami. Termasuk yang Nay punya.

P

eguam Aiman
Hahh!? Serius ke ni?

Yup! Please;(

Peguam Aiman
Hrumm ye lah. Kejap lagi abang suruh Tuan Faizal block semua kad kredit dengan kad debit family Nay dan bekukan semua akuan bank korang, okay?

Okay! Thanks tau

Peguam Aiman
Btw, Nay ada dekat mana sekarang ni?

Melihat persoalan Peguam Aiman, terus aku tutup rangkaian internet telefon aku. Aku tak nak dia tahu lokasi aku.

Aku menyiku Afirra yang sedang hanyut dengan buah rambutannya. Dia menoleh.

"Zia, Laila dengan Bad mana eh?" Soal ku.

"Diorang pergi tolong Kak Mira dengan kak Meel kemaskan makanan untuk minum petang jap lagi." Balas Afirra.

"Asal kau makan buah ni dah kalau kau tahu kejap lagi ada minum petang?"

"Snek dia tak sedap. Sekurang-kurangnya, aku ada alasan untuk tak makan snek tu. Sebab aku dah kenyang melantak buah-buah ni."

Aku buat mimik muka sambil menggaru pipi sendiri.

***

Peguam Aiman berjalan mendekati pejabat Tuan Faizal. Sebaik berada di hadapan pintu pejabat Tuan Faizal, peguam Aiman mengetuk beberapa kali.

Tuan Faizal melihat sekilas ke arah pintu.

"Masuk" arahnya.

Tanpa melengahkan masa, peguam Aiman menolak pintu kaca tersebut lalu berjalan ke hadapan meja Tuan Faizal.

Tuan Faizal adalah orang suruhan papa untuk menguruskan segala tentang kewangan keluarga, syarikat dan bank.

Tuan Faizal memberi isyarat agar peguam Aiman duduk. Tuan Faizal menutup hujung pen lalu meletakkannya di tepi. Dia bertongkat dagu melihat peguam Aiman.

"Yes Aiman? Anything I can help you?" Soal Tuan Faizal perlahan.

"Tadi Nay hantar pesanan kepada saya, dia suruh block semua kad kredit dengan kad debit family dia." Jelas peguam Aiman.

Mendengar kata-kata peguam Aiman membuatkan Tuan Faizal agak terkejut. Dia juga turut mengerut dahi lalu memeluk tubuh.

"Awak serius ke Aiman?" Soal Tuan Faizal meminta kepastian.

Peguam Aiman mengeluh.

"See, saya dah agak Tuan Faizal memang tak akan percaya dengan apa yang saya sampaikan." Balasnya.

Tuan Faizal mengangguk setuju.

"Kalau betul itu yang Nay harapkan, baiklah saya akan bekukan dan block semua kad kredit dengan kad debit dia." Sambung Tuan Faizal.

"Oh lagi satu Aiman, awak tahu Naylia ada dekat mana sekarang?" Soal Tuan Faizal.

Peguam Aiman sekadar menggeleng kepala sebagai jawapan. Kedengaran Tuan Faizal mengeluh.

"Saya tak fahamlah kenape dia kena lari dari rumah dan... Kenape Puan Safiyah yang jaga Nay langsung tak buat laporan tentang Naylia." Ujar peguam Aiman.

"What!? Mana awak tahu ni?" Soal Tuan Faizal lagi.

"Haritu saya adalah hubungi balai polis berdekatan dengan rumah Naylia. Saya tanya ada tak laporan tentang budak hilang nama dia Naylia binti Adam."

"Lepas tu? Apa polis tu balas?"

"Dia kata nama budak hilang memang banyak tapi nama Naylia tak ada. Saya dah suruh dia check balik, tapi tetap tak ada."

Mereka kembali diam. Bermacam-macam berada di dalam kepala.

"Eh kejap, banyak budak hilang? Berapa?" Soal Tuan Faizal.

"Urmm dalam 30, 40 orang macam tu." Balas peguam Aiman.

"Banyaknya!"

"Dan... 23 dari diorang perempuan dan selebihnya lelaki." Balas peguam Aiman lagi.

Tuan Faizal berfikir lagi.

"Kenape?" Soal peguam Aiman.

"Entahlah, saya dapat rasakan yang Naylia ada sama-sama dengan budak-budak yang hilang tu."

"Tapi nama Naylia tak ada dalam laporan."

"Betul jugak. Pernah dengar tentang White Shark? " soal Tuan Faizal.

Peguam Aiman memaparkan wajah terkejut.

"Takkanlah Naylia ada sama-sama dengan syaitan tu? Tak mungkinlah!" Nafi peguam Aiman.

"Boleh jadi kemungkinan. Ingat Raziq?" Soal Tuan Faizal lagi.

Peguam Aiman mengeluh.

"Raziq mana pulak ni?"

"Raziq boyfriend Nadira"

Mulut peguam Aiman membulat dan dia mengangguk kepala.

"Raziq pernah dilaporkan hilang dan mayat dia dijumpai dengan beberapa das tembakan dan, nombor siri dekat dada dia." Jelas Tuan Faizal.

"Ooo saya tahu pasal tu. Besar kemungkinan dia ditahan dekat sana. Sebab sebelum ni ada kes kematian budak dan, dia pun ada nombor siri dekat dada. Dipercayai, dibunuh dekat White Shark." Sambung peguam Aiman.

"Kita kena cari Naylia dekat sana!" Kata mereka serentak.

"Tapi macam mana nak masuk?" Soal peguam Aiman.

"Sana kan ada jual perempuan, kita cakaplah yang kita nak cari budak untuk jadi orang gaji. Lepastu kita periksa satu persatu." Balas Tuan Faizal.

Peguam Aiman mengangguk setuju dengan cadangan Tuan Faizal.

***

Tok! Tok! Tok!

Megat mengetuk pintu utama rumah anak yatim tersebut. Pistol dan pisau disembunyikan di pinggang dan betis.

Pintu di buka...

Muncul wajah Syamira di hadapan pintu.

"Yee? Encik berdua cari siapa?" Soal Syamira.

"Kami cari, Syamira dengan Syameel..." Balas Kamil bersertakan senyuman sinisnya.

Syamira melihat mereka berdua dari atas ke bawah. Jantung berdegup dengan laju. Mata Syamira menangkap sepucuk pistol yang di sembunyikan di pinggang Megat.

"Maaf. Tak ada sesiapa yang bernama Syamira dengan Syameel di rumah ni. Maaf ya!"

Syamira cuba menutup pintu dengan pantas tetapi Kamil sempat menahan pintu tersebut.

"Nama cik siape?" Soal Kamil.

"Akila..."

"Oo... Cik Akila, kami datang dengan cara baik, jadi layanlah dengan baik. Kami tahu Syamira ada dekat sini. Kami cuma mahu sampai pesanan je." Kata Kamil dengan nada sinis.

"Masalahnya memang tak ada orang bernama Syamira dengan Syameel dekat sini!"

"Ehh perempuan ni nak guna cara kasar jugak!!" Terus Megat menendang pintu tersebut.

Terpelanting Syamira dibuatnya. Syamira berlari dan mendekati satu butang merah di hujung dinding.

Satu bunyi siren keluar menandakan ada bahaya. Apabila butang tersebut ditekan, semua orang perlu berlari ke tempat yang selamat. Serentak dengan itu, semua budak-budak Kamil keluar mengepung rumah anak yatim tersebut.

Ummi dan Abi yang mendengar bunyi siren terus keluar dari pejabat. Syameel pula berlari mencari Syamira kerana... Tidak ada orang lain yang akan menekan butang merah tersebut melainkan Syamira dan... Itu juga bermaksud, Syamira berada dalam bahaya.

Aku dan Afirra pula berhenti makan buah rambutan tersebut. Afirra yang cuba berlari ke arah rumah tersebut di tarik oleh aku. Aku menariknya menuju ke pantai.

***

Afirra melepaskan genggaman tangan aku dengan kasar. Wajahnya sudah merah padam.

"Kenape kau tarik aku ke sini!?"

"Dah tu kau nak ke rumah tu!?"

"Ye lah!"

"Kenape kau nak ke sana!?"

"Sebab Zia ada dekat sana!!!"

Aku terdiam.

"Dia adik beradik aku. Dia je yang tinggal sekarang. Dan sekarang ni, kau nak buat aku hilang satu-satunya keluarga aku yang tinggal!!" Jerit Afirra lantang.

"Ye aku tahu tapi nyawa kau lagi penting!"

"Tak! Zia lagi penting."

Afirra cuba melarikan diri tapi aku berjaya menahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience