bab 11

Adventure Completed 11557

Aku dengan perlahan cuba berdiri tapi tak boleh. Kaki aku terseliuh dan aku terduduk kembali.

Aku menghulurkan tangan meminta fail tersebut. Mak long mengerutkan dahi.

"Kau ingat aku nak tolong? Memang tak lah!" Kata mak long.

Semua orang disitu ketawakan aku. Dah kenape? Sakai?

"Bila masa Nay mintak tolong? Nay mintak fail tu! Nak tengok!"

Riak wajah mak long berubah jadi merah padam. Kali ini mereka yang lain ketawakan mak long. Hampir ketawa aku dibuatnya. Mak long menyerahkan fail itu dengab kasar.

Aku bukak satu persatu kertas dalam tu. Mata aku tertarik pada satu surat berwarna coklat muda.

'Dengan ini, saya, Naylia binti Adam menyerahkan rumah milik saya kepada Safiyah binti Kamal'

Di akhir surat tersebut terdapat satu cap jari dan nama aku. Aku melihat jari-jemari aku, tak ada pun yang hitam.

"Itu bukan jari kau! Tu jari Malik" kata mak long selamba.

"Mula-mula rumah lepas ni apa pulak?" Soalku bengang.

"Adam Hawa Insurans.." balasnya.

Mereka yang berada disitu bersetuju dengan kata-kata mak long.

"Tak takut ke balasan makan duit anak yatim?" Sampuk seseorang.

"Hey Akim! Sejak bila anak ibu jadi macam ni?" Soal mak Su.

Akim? Anak mak Su? Semua orang memandangnya. Akim berjalan mendekati aku lalu meletakkan lengan ku di belakang lehernya dan membantu aku untuk berdiri.

"Hey Akim! Buat apa tolong si pembawa sial tu? Nanti kamu kena tempias jugak!" Arah mak Su.

Akim mengendahkan kata-kata ibunya sendiri demi membantu aku. Dia membantu untuk membawa aku keluar tapi aku lupa cakap sesuatu dekat mak long.

"Adam Hawa Insurans bukan atas nama Naylia binti Adam. Tapi atas nama Tuan Rizman! Tata.." kataku lalu melangkah keluar bersama Akim.

Mak long nampak terkejut dan ketawa dengan tiba-tiba. Mungkin masih berfikir aku menipunya.

***

"Baik..Tuan Rizman setuju tak untuk menerima Adam Hawa Insurans ni?" Soal peguam Aiman.

Tuan Rizman menyandar di kerusi dan berfikir. Mungkin berat baginya untuk memikul tanggungjawab yang aku bagi.

"Aiman.. saya terima. Demi Naylia" balasnya.

Peguam Aiman tersenyum lebar lalu menghulurkan sehelai kertas atau surat perjanjian.

Tuan Rizman membaca terlebih dahulu sebelum menandatangani surat perjanjian tersebut.

"Saya janji akan pulangkannya semula kepada Naylia apabila dia bersedia" katanya.

Peguam Aiman mengangguk.

***

"Aduuu!!" Jeritku apabila Akim memicit kaki ku kuat. Sakit.

Akim ketawa melihat gelagat aku yang tak tahan bila dia urut kaki aku. Kalau ikutkan hati, nak je aku sepak dia ni.

"Abang, mana abang Alif? Takde pun Nay tengok dia.." soalku.

Bebola mata Akim naik memandang aku kemudian dia menggeleng.

"Ibu tak suruh dia balik. Kasihan dia tadi. Menangis nak ikut balik tapi ibu tak kasi. Apa boleh buat"

Aku hairan Alif kan nak dia takkan tak sayang. Takkan sebab Alif anak nombor dua terus dia buat macam tu.

"Tapi abang Alif tu anak dia. Seteruk mana pun dia tetap anak mak Su"

"Alif bukan anak kandung ibu.. dia cuma adik beradik susuan abang je. Kebetulan dulu mak abah dia meninggal jadi ibu ambik dia jadi anak angkat"

Mulut aku berbentuk 'o'

"Patutlah mak long tak marah dengan mak Su sebab ada anak dua. Rupanya abang Alif anak angkat" kataku sambil mengangguk.

Dengan sengaja, Alif memicit kaki aku kuat.

"Aduhh!!" Jeritku kuat.

Aku memukul tanganya sambil mengetap bibir. Tiba-tiba mak Su mendekati kami berdua.

"Alah jatuh sikit je pun" katanya.

"Ibu.." kata Akim.

"Ape!? Hey Nay. Kau pergi dapur cuci semua pinggan mangkuk kotor tu!" Arahnya tegas.

"Ibu kaki dia terseliuh kut. Ibu je lah buat. Tak pun biar Akim yang buat" pinta Akim.

Aku memegang tangan Akim lalu menggeleng kepala.

"Kejap lagi Nay buat.." terus aku melangkah turun dari pondok lalu berjalan perlahan-lahan ke dapur.

"Ibu ni kenape? Kasihan dia" katanya lalu cuba menuju ke dapur tetapi dihalang oleh mak Su.

"Tak payah!" Marahnya.

Akim menolak tangan mak Su lalu berlari mendapatkan aku. Dia meletakkan tangan aku lagi dibelakang lehernya.

Mak Su yang memandang tiba-tiba tersenyum.

"Kenape aku tak macam Akim. Baik walaupun tahu Nay tu pembawa sial." Katanya lalu tersenyum lebar.

Tanpa dia sedar, satu perasaan hadir dalam hatinya. Rasa sayang. Terus mak Su melangkah masuk ke dalam ruang tamu mengikut pintu tengah.

***

"Hahh penat" kat Akim sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa. Aku tersenyum.

"Itu lah Nay dah kata biar Nay yang buat tapi abang degil. Nak tolong jugak" kataku.

Akim ketawa besar sambil mengusap kepala aku.

"Nay selalu ke buat semua ni?" Soalnya lembut. Aku menggeleng laju.

Dia nampak curiga. Pandang lama dan serius membuatkan aku mengeluh.

"Sebenarnya, tadi pagi Nay janji dengan mak Su nak buat kerja. Maybe sebab yu diorang suruh Nay buat" tipu ku.

Dia nampak langsung tak percayakan aku.

"Betul ke ni?"

"Betul"

Dia mengangguk. Tiba-tiba dia memegang tangan aku. Dah kenape.

"Tak payah tipu lah Nay. Nat ingat abang Akim tak tahu ke? Abang tahu semuanya" katanya tiba-tiba.

Aku rasa serba-salah. Takkan aku nak aibkan mak dia.  Terus aku mengalih tangan aku dan meletakkannya diatas tangannya.

"Nay okay. Tak ada apa pun. Jangan risau. Nay naik bilik dulu" pamit ku.

"Eh boleh jalan ke tu?" Soal Akim.

Aku mengangguk lalu berjalan terhincut-hincut. Akim menggeleng kepala melihat ku.

***

"What!? Company tu dah sah jadi milik Tuan Rizman? No no no! Kau check balik lepas tu bagitahu aku balik! Faham!?" Arah mak long kepada pembantunya di telefon.

Terus mak long tamatkan panggilan.

"Ibu? Nape ni?" Soal Malik.

Mak long mengeluh lalu memegang kedua-dua belah lengan Malik.

"Company tu. Dah jadi milik Tuan Rizman" ngadu Mak long. Malik nampak terkejut.

"Takkan lah. Siape yang bagi kat dia! Dia bukan keluarga kita pun, dia orang luar" bantah Malik.

"Itu lah.. Siape lah bagi" soal mak long pada dirinya sendiri.

"Nay yang bagi dekat Tuan Rizman" s sampuk satu suara.

Mak long dan Malik memandang serentak. Muncul wajah mak Su yang keluar dari bahagian bilik yang tidak terkena cahaya.

"Kau kata apa Su? Nay?" Soal mak long lagi. Mak Su mengangguk.

"Aku terdengar perbualan Nay dengan Akim petang tadi"

Petang tadi...

"Nay.."

"Hurmm.."

"Betul ke apa yang Nay cakap yang Adam Hawa Insurans bukan atas nama Nay lagi?" Soalnya.

Aku mengangguk. Dia nampak terkejut.

"Tapi macam mana?" Soalnya lagi.

"Nay yang bagi.."

"Kenape Nay bagi dekat dia?" Soalnya lagi.

"Ada 3 sebab. Sebab pertama, Nay baru 14. Belum layak nak pimpin syarikat tu. Sebab kedua, Tuan Rizman antara orang kepercayaan papa dan Nay" jelasku.

"Yang ketiga?"

Aku tersenyum.

"Ketiga.. Nay nak serah dekat family sendiri tapi Nay tak percaya diorang. Abang pun tahulah perangai mak long, mak ngah dan mak Su." Kataku perlahan.

Kut-kut lah dia marah aku mengata pasal mak dia. Dia mengangguk.

"Bukan Nay percaya mak ngah ke?"

"Nay dah kurang percaya dekat dia sejak.. Nay hilang semuanya" jelasku lagi.

"Apa kaitan?" Soalnya lagi.

Banyak betul soalan dia ni.

"Nanti abang sendiri tahulah.. " kataku.

Dia mempercayai aku dan mengurut kaki aku.

Back to real..

"What! Dia tak percaya family sendiri? Shit lah" marah Malik.

"Dia boleh je bagi dekat kita tapi sibuk nak bagi dekat orang tua tu. Kau tunggu Nay" terus mak long dan Malik melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut.

Mak Su menggeleng kepala dan mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience