bab 14

Adventure Completed 11557

Hati berdebar-debar. Beg aku sudah berada di belakang badan. Tangan masih terketar-ketar untuk memusing tombol pintu.

Tangan aku memandang tombol pintu. Aku menoleh. Rasa sebak hadir. Tempat aku membesar. Tempat aku merasa kasih sayang dan tempat aku merasa penderitaan.

Aku hampir tak percaya aku akan meninggalkan tempat ini, rumah istana ku.

"Aku akan kembali dengan dendam yang sama" kataku.

Klakk..

Pintu terbuka. Aku terkejut apabila pintu tiba-tiba terbuka. Aku melihat mak ngah di depan pintu. Aku tergamam.

Dia melihatku dari atas ke bawah. Keningnya bercantum.

"Nay nak pergi mana?" Soalnya.

Aku memandangnya lalu berjalan turun. Aku lihat di bawah, semua orang memandang aku aneh.

Akim dengan Mukhriz berdiri dan menghampiri aku. Langkah aku terhenti. Menunggu kata-kata dari mereka.

"Nay! Pakai macam ni bawak beg. Nay nak gi mana?" Soal Mukhriz risau. Aku sekadar tersenyum.

"Nay! Takkan Nay nak keluar dari rumah sendiri kut!?" Marah Akim.

"Ni bukan rumah Nay. Ini rumah mak long kan? Lagipun Nay... Tak nak menumpang dekat sini. Nanti Nay kena balas jasa diorang pulak." kataku.

Mereka semakin terkejut. Mak ngah mendekati aku lalu mencengkam tangan ku. Aku melihatnya.

"Nay tak boleh tinggalkan rumah ni!" Larangnya. Aku ketawa sambil menggeleng kepala.

"Kenape? Kalau Nay keluar, barulah korang semua boleh merasa semua ni. Merasa semua kemewahan. Mak long, takde lagi orang yang akan sakitkan hati mak long lepas ni!" Kataku.

Mak long mendekati aku. Dia menolak aku keluar. Aku tunjuk wajah kagum.

"Kan betul apa yang Nay cakap. Mesti ada yang nak suka Nay keluar kan? Lagipun... Harta ni tak lama. Lepas duit papa habis, no more money. Adam Hawa Insurans dah takde. So, pandai-pandailah anak raja mak long tu kerja" kataku.

Dia tersenyum sinis. "Bapak kau tu kaya, tujuh keturunan pun tak habis. So, kita tengok sama ada kau tahan ke tak duduk dekat dunia luar!" Sampuk Malik.

Aku mengangguk. Mak ngah langsung tak berbunyi. Mak Su berlari anak mendapatkan aku.

"Nay tak payah lah keluar!" Larangnya . Aku menggeleng.

"it's my decision. Nay will still leave this house" kataku. Mak Su menggeleng.

"Mak Su, Nay nak cakap sikit. Lepas Nay keluar, Nay cadangkan mak Su keluar dari rumah ni kalau tak. Ada benda buruk menanti" kataku.

Dia mengerutkan dahi mendengarnya. Aku memeriksa jam di tangan.

"I'll be back. Pada tarikh dan masa aku keluar dari rumah ni" kataku.

Mak long dan Malik melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tersenyum. Kini mata aku bersilih ganti melihat mereka yang berada dihadapan aku.

"Stay safe. Pastikan Nay dapat jumpa korang bila Nay kembali. Assalamualaikum" kataku lalu melangkah keluar dari rumah.

Mereka tergamam malah aku tersenyum lebar melangkah keluar.

***

Mak ngah duduk di dalam biliknya.

"Kenape Nay nak keluar dari rumah ni?" Soal mak ngah sendiri.

Mukhriz yang sedang berjalan di beranda rumah tiba-tiba berhenti didepan bilik mak ngah.

"Nay cakap dia akan kembali dengan dendam yang sama? Dendam dekat aku ke? Dia dah tahu ke yang aku bunuh mak bapak dia?" Katanya perlahan.

Mukhriz membulatkan matanya. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Mukhriz menggelengkan kepala. Dia percaya dia salah dengar.

"Tak mungkin mak buat macam tu. Tak mungkin." Katanya.

Tiba-tiba ada tangan menariknya masuk. Mak ngah dengan wajah bengangnya berdiri di hadapan Mukhriz.

"Kau dengar ke apa yang aku cakap tadi!?" Marahnya. Mukhriz mengangguk.

"Mak bunuh, keluarga Naylia?" Soal Mukhriz takut. Tiba-tiba mak ngah tersenyum. Dia mengangguk.

Wajah mak ngah berubah lagi. Dia memandang Mukhriz terkejut. Terus dia memegang wajah Mukhriz.

"Dia akan kembali. Untuk bunuh mak! Macam mana ni? Macam mana ni!!?" Katanya marah.

Mukhriz terkaku. Wajahnya masih terkejut. Mukhriz memegang bahu mak ngah.

"Kenape mak hancurkan keluarga Naylia!? Kenape mak bunuh pak su dengan mak su!!" Soalnya sambil menggoncang badan mak ngah.

"Sebab Mukhriz.." katanya. Mukhriz mengerutkan dahi. "Apa maksud mak?"

"Mak kasihan tengok Mukhriz. Naylia dengan Nadira dapat apa yang diorang nak. Tapi Mukhriz, apa pun mak tak mampu nak bagi." Mukhriz masih tidak faham dengan kata-kata mak ngah.

"Jadi mak ingat kalau diorang semua mati, mak akan dapat harta. Dan mak dapat tunaikan semua yang Mukhriz nak" katanya sayu dan tiba-tiba tersenyum.

"Itu dulu mak. Yes Mukhriz mengaku Mukhriz cemburu dekat Nadira dengan Naylia. Memang Mukhriz pernah mintak macam-macam dekat mak untuk penuhi permintaan Mukhriz. Tapi Mukhriz tak mintak mak untuk hancurkan hidup orang lain!" Marah Mukhriz.

Mak ngah terkejut.

"Mak, Mukhriz kecewa dengan mak" terus Mukhriz melangkah keluar dari bilik tersebut. Mak ngah tidak terkata.

Tanpa mereka berdua sedari, ada yang mendengar segala perbualan mereka berdua.

"Ya Allah mak ngah.. apa yang mak ngah dah buat!" Marah seseorang.

***

Hujan lebat sedang membasahi bumi. Aku duduk sambil memeluk lulut di hadapan sebuah kedai makan. Perut aku asyik berbunyi. Aku melihat sekeliling, gelap.

Aku tengok jam. Dah pukul 11 malam. Patut dah tak ada kedai buka. Aku mengeluh. Dekat sini pun tak orang lalu lalang.

Tiba-tiba aku melihat ada kedai memulakan perniagaan. Dari jauh aku nampak nombor tujuh.

"Sejak bila 7 Eleven pandai tutup? Padahal 24 hours kut. Lantak lah" aku berdiri dan menuruni tangga.

Aku melihat sekeliling tiada kereta. Terus aku berlari menyeberangi jalan. Ada cahaya disebelah aku.

Maksudnya, ada kereta. Tapi aku berlari dengan lebih laju. Akhirnya aku dapat lepasi jalan tersenyum.

"Ahh syukur.." kataku.

Pin!!

"Giler ke? Melintas time hujan macam!" Marah pemandu tersebut lalu teruskan perjalanannya.

Aku mencebik. Aku melangkah masuk ke dalam kedai 7 Eleven tersebut. Penjaga kaunter tersenyum melihatku. Aku mengambil dua botol air mineral, tiga roti krim dan dua air berkarbonat.

Selepas dibayar, aku masukkan ke dalam beg kecuali satu roti dan satu air mineral. Lapar.

Terus aku melangkah berjalan mencari tempat tidur. Aku nampak masjid terus aku berjalan menuju ke sana.

Aku meninjau kawasan masjid.

"Tak ada orang" kataku. Aku duduk di luar masjid sambil makan roti krim. Mata pun semakin berat dan aku tertidur.

***

Ada seseorang menepuk lenganku kuat. Terus aku terbangun. Aku melihat ada seorang lelaki tua. Wajahnya nampak garang.

Aku duduk bersila.

"Kamu tahu kamu dekat mana sekarang ni!?" Soalnya garang. Aku mengangguk.

"Dekat masjid.." jawab ku perlahan.

"Tahu pun!! Masjid ni tempat orang beribadah, bukan tempat tinggal gelandangan!!" Marahnya aku.

Aku mengangguk faham.

"Dah pergi dari sini!" Halaunya. Aku mengangguk lalu mengemas barang-barang ku.

"Budak-budak zaman sekarang asyik nak lari dari rumah je kerja. Lepas tu tidur masjid, kotorkan masjid!" Rungutnya sambil berjalan menuju ke arah mikrofon.

"Pak cik! Tahu tak.. tak guna jaga solat 5 waktu tapi mulut tak pandai jaga! Dah lah dosa mengumpat orang tu lebih besar dari membunuh!!" Kataku lalu berlari meninggalkan masjid.

Pak cik tersebut bercekak pinggang. "Ini lah budak-budak zaman sekarang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience