Syameel dan Nasuha tiba di rumah Tuan Rizman. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Syameel mendukung Nasuha lalu membawanya ke hadapan rumah Tuan Rizman.
Syameel mencangkung lalu mengelap wajah kecil Nasuha dan bajunya.
"Kita dekat mana? Rumah mummy ke?" Soal Nasuha.
"Bukan. Ini bukan rumah mummy. Ini rumah mama Firra dengan mama Zia." Balas Syameel.
Nasuha menunjukkan bibir sedepanya, dia rindu sangat dengan mummy dia atau dengan kata lain, aku. Syameel tersenyum lalu bangun dan meneka bell rumah Tuan Rizman. Selepas beberapa saat muncul wajah Ziara di hadapan pintu.
Tanpa melengahkan masa, terus Ziara menarik Nasuha ke dalam pelukannya. Nasuha juga membalas pelukan Ziara. Ziara mendukungnya.
"Kak Meel, masuklah dulu. Lagipun hujan ni. Bahayalah drive masa hujan lebat macam ni..." Ujar Ziara.
Syameel yang tersipu malu akhirnya mengangguk juga. Dia membuka kasutnya dan mengambil beg pakaian Nasuha dan di bawa masuk bersama.
Syameel kagum melihat ruang tamu rumah Tuan Rizman yang cantik dan besar. Zia meletakkan Nasuha di atas kerusi. Dia melutut memandang Nasuha.
"Mama Zia naik dulu nak panggil mama Firra. Urmm, Nas nak ais krim?" Tiba-tiba Syameel menyampuk.
"Eh Zia oii! Dia kan alah dengan benda sejuk. Nanti tiba-tiba dia menggigil tak tentu pasal." Larang Syameel.
Ziara menepuk dahi. Dia hampir terlupa pasal tu. Nasuha memang tak boleh makan benda sejuk macam ais krim.
"Kalau macam tu, mama Zia ambilkan biskut eh? Oh kak Meel buatlah macam rumah sendiri. Kejap lagi Zia suruh mak Kiah buat air..." Ujarnya.
Syameel tersenyum sambil mengangguk. Ziara bangun lalu menuju ke dapur. Dia arahkan mak Kiah seperti apa yang dia kata tadi lalu naik ke bilik Afirra.
Tok! Tok! Tok!
Afirra bukan berseorangan, Faris dan Afiq turut berada di situ. Ziara bersandar di dinding sambil memeluk tubuh.
"Firra... Tetamu istimewa dah sampai. Korang dua jomlah turun tengok siapa tetamu istimewa tu." Ajak Ziara.
Afirra yang mendengarnya terus berlari ke bawah manakala yang dua tu masih tertanya-tanya tetapi tetap melangkah turun bersama Ziara.
"Nas!!" Jerit Afirra lalu menarik Nasuha ke dalam pelukannya.
Pipi gebu Nasuha di picit-picit. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia menggigit pau yang tidak di makan itu.
"Hi kak Meel. I miss you!" Sapa Afirra.
Syameel ketawa kecil mendengarnya. Faris dan Afiq mendekati Nasuha lalu bermain dengan pipinya juga. Geram tengok!
"Anak siape ni? Anak kakak ke?" Soal Afiq kepada Syameel.
Laju Syameel, Afirra dan Ziara menggeleng kepala. Mereka berdua terkejut lagi. Tak kan anak Afirra atau Ziara pula.
"Ni si kecik pau ni, nama dia Putri Nasuha Abdullah. Anak kepada Naylia Adam." Penerangan Afirra membuatkan dua lelaki tersebut semakin terkejut.
"Tak lawak lah Firra!" Marah Faris.
"Kau fikir aku buat lawak ke? Ni memang anak Naylia. Tak percaya kau tanya dia." Arah Afirra.
"Nasuha, ape nama mama?" Soal Afiq.
"Bukan mama. Mummy lah. Nama mummy Naylia, kenape nak pikat mummy kita ke?" Jawapan Nasuha membuatkan Afirra dan Syameel tertawa.
Mereka berdua betul-betul terkejut. Tapi macam mana?
***
Aku keliling rumah sambil membawa rotan kecil. Dia melihat sekeliling rumah tapi dia masih belum naik ke bilik untuk melihat keadaan di atas.
Aku meletakkan jari di atas televisyen lalu menarik jari. Mata aku terbeliak. Aku mengeluh.
"Mak long!" Jerit ku.
Dengan segera mak long datang dan berdiri di hadapan aku dan menundukkan kepala. Dia tahu apa yang menantinya. Aku meronta lengannya beberapa kali, seperti apa yang dia lakukan terhadap aku dulu.
"Kau tak nampak ke tv ni masih berdebu! Itu pun susah sangat ke nak bersihkan?" Marah ku.
Dia sekadar menundukkan kepala. Langsung tidak bersuara. Padan muka! Siape suruh dera aku dulu. Dengan segera mak long mengambil kain lalu mengelap televisyen tersebut.
Aku melangkah naik ke bilik. Sejurus tiba dia tingkat dua, kelihatan Malik sedang mengerut dahi sambil memandang aku.
"Perlu ke kau buat ibu aku sampai macam tu sekali?" Soalnya.
Aku mengangguk lalu berjalan menuju ke bilik. Aku terpana dengan hiasan di dalam bilik tersebut. Cantik, dinding berwarna merah jambu dan putih. Katil queen, almari berwarna coklat dan beberapa anak patung. Tidak lupa juga kapal kertas yang digantungkan. Aku suka.
"Aku dah buat macam apa yang kau nak, sekarang kau lepaskan ibu aku!"
Mendengar kata-katanya membuatkan aku menoleh dan berpura-pura terperanjat.
"Tak semudah itu lagipun aku tak kata yang ada orang boleh lepas apabila satu kerja siap. Kan?" Ujar ku.
Malik betul-betul dah hilang sabar dengan aku dia cuba melangkah ke arah aku tetapi kata-kata aku memberhentikannya.
"Kau sayang ibu kau?" Soal ku.
"Siape tak sayang ibu sendiri!" Marahnya dengan nada tinggi.
"Kan... Tapi ibu yang kau sayang tu dah bersubahat untuk bunuh mama yang aku sayang!"
"Tapi bukan ibu aku yang bunuh!"
"Memang tapi ibu kau bersubahat sama dengan mak ngah. Bayangkan kalau mama aku ada dekat tempat ibu kau dan ibu kau ada dekat tempat mama aku. Apa kau rasa?"
Dia terdiam. Tidak tahu nak balas apa pada persoalan aku. Matanya hanya memandang aku. Aku tersengih macam kerang busuk.
"Mesti kau buat lebih dari semua ni! Kan!"
Dia memilih untuk beredar dari situ. Aku tersenyum lebar sambil menggeleng kepala. Aku kembali melihat bilik tersebut.
"Nanti Nasuha tinggal dekat sini tau dengan papa." Ujar ku.
***
Afirra dan Ziara menceritakan semua tentang aku kepada Faris dan Afiq termasuk tentang Nasuha. Syameel dah balik sebab hujan sudah berhenti.
"Kalau betul Nay jadi pelacur yang tak rela, takkan satu je anak dia?" Soal Afiq.
"Sebelum ni Nay dah aku pernah mengandung sebanyak... 4 kali termasuk Nasuha 5 kali." Ujar Afirra.
"Mana lagi empat?" Soal Faris pula.
"Dia terpaksa gugurkan sebab masa dia mengandung umur dia bawah 18 tahun. Ni pun dia mengandung Nasuha masa umur 18 tahun." Jelas Ziara.
"Korang berdua tak pernah mengandung ke? Kan korang sama jugak dengan Naylia." Soal Faris lagi.
Mereka berdua terdiam dan memandang sesama sendiri lalu mengangguk.
"Mana berapa kali? Mana anak korang?" Soal Afiq.
"Semua mati masa dalam perut, tapi Zia pernah melahirkan tapi lepas seminggu dia meninggal." Terang Ziara.
Faris dan Afiq bersimpati terhadap apa yang mereka lalui selama ini. Dah lah kena rogol, mati anak pulak.
"Sekarang ni, anak Naylia ni jelah yang jadi anak kitaorang." Kata Afirra dengan nada sayu.
Share this novel