bab 34

Adventure Completed 11557

Semua orang berkumpul di sekeliling kami bertiga. Ahli keluarga aku berada paling hadapan dan sememangnya yang mulutnya ternganga paling luas. Suasana yang tadinya meriah dan ceria berubah sekelip mata menjadi sunyi sepi tanpa bunyi. Mata Ziara dan Afirra meliar mencari papa mereka, Tuan Rizman.

Tapi yang aku adalah, manusia di hadapan aku. Bukan itu sahaja, semua pekerja papa ada di sini, wartawan dan semua kenalan papa termasuk Tuan Rizman. Aku memaparkan senyuman sinis kepada mak long.

"Do you miss me? Just like what I say six years ago, i'll be back. Now, I'm here. Come back for an old revenge." Semasa aku mengungkapkan kata-kata tersebut, senyuman sinis tidak lekang dari bibir.

"Kejap!" Satu suara menyapa kesunyian di dalam rumah.

Aku menoleh. Tuan Rizman. Dia nampak gementar untuk menyampaikan apa yang dia ingin katakan.

"Tak pa Tuan Rizman, cakap je. Nay tak akan bunuh Tuan Rizman." Arah ku.

Semua mereka yang berkumpul terkejut mendengar perkataan 'bunuh'. Masing-masing sedang berbisik sesama mereka. Ku lihat Tuan Rizman sedang menarik nafas sedalam-dalamnya.

"5 tahun lepas, puan Safiyah dan Puan Sarimah dah tunjukkan sijil... Sijil kematian Naylia. Binti. Adam." Ujarnya putus-putus.

Mereka yang lain mengangguk tanda setuju dengan apa yang Tuan Rizman katakan. Aku tersenyum hambar dan mengangguk-angguk kepala. Ziara dan Afirra terkejut.

"Kalau betul Nay dah mati, siapa dekat depan korang? Hantu? Aku belum mati. Selagi semua dendam yang terbuku di hati tak terbalas, aku tak akan mati. Lebih baik aku balas dendam semasa masih bernafas daripada aku balas dendam dengan jadi hantu!" Ujar ku.

"Kau jangan nak peningkan kepala semua orang dekat sini! Kau penyamar kan!" Jerit mak long dengan nada menggigil.

"Ha'ah memang aku penyamar. Sebab aku bukan Naylia yang kau boleh dera macam dulu. Aku takut." Ujar ku.

"Takut?" Soal Afirra.

"Takut diorang yang aku dera tanpa belas kasihan. Lebih teruk dari apa yang aku rasa!" Kata ku sambil mengetap gigi.

"Kau musnahkan hidup aku! Kau hancurkan segalanya! Kau buat aku menderita! Kau tahu kenape aku pakai gaun warna merah jambu? Sebab dengan warna merah jambu, maruah aku hilang! Aku dah tak suci! Semua sebab korang! Apa salah aku sampai korang kejam sangat dekat aku! Aku tak ganggu hidup korang! Tapi kau musnahkan segalanya! Sebab ape? Sebab tamakkan harta, tamakkan kuasa! Pentingkan diri, sampai aku terseksa! Aku merana hidup dekat luar! Sebab ape? Sebab korang!!" Tengking ku lantang.

Aku tak kisah apa yang orang nak kata. Asalkan diorang tahu, apa yang aku lalui. Sebab ape aku menghilang. Sebab ape, aku jadi macam ni! Air mata kemarahan mula mengalir perlahan. Mata sudah merah menahan marah.

"Nay... Ka- kalau kau nak tahu, mak ngah kau lagi teruk dari aku." Ujar mak long dengan suara bergetar.

Mak ngah terkejut apabila namanya disebut. Aku memandang mak ngah lama. Dia tidak berani menatap wajah aku. Dia ada buat salah ke?

"Apa yang mak ngah dah buat?" Soal ku perlahan.

Mak ngah tidak menjawab. Sebaliknya ada orang lain yang menjawab bagi pihaknya. Mukhriz. Mukhriz berdiri betul-betul di hadapan aku. Terdapat parut di wajahnya. Apa dah jadi dekat dia? Kemalangan?

"Kau nak tahu apa yang mak aku dah buat dekat keluarga kau?" Soal Mukhriz.

Aku mengangguk, siape tak nak tahukah. Mukhriz menoleh memandang mak ngah seketika sebelum membuka semua cerita.

"Mak aku, yang rancang kematian aunty Hawa dengan uncle Adam dengan Nadira..." Ujarnya perlahan.

Mata aku yang tadinya sekadar memandang ke arah lain kini perlahan-lahan naik memandang wajah Mukhriz. Apa? Nafas aku sudah turun naik.

"Mak kau, rancang semuanya..." Kata ku.

"Ha'ah dia- "

"Diam!" Aku memotong kata-katanya.

Aku menolak Mukhriz ke tepi dan sekarang mata aku tidak beralih dari memandang wajah si pesalah mak ngah. Dia menundukkan kepala. Semua manusia di situ mula berbisik-bisik lagi, tertanya-tanya dengan apa yang baru Mukhriz ungkapkan.

"Mak ngah..." Panggil ku dengan nada marah.

Aku tidak dapat mengawal nafas sendiri. Bebola mata mak ngah naik memandang aku dan kembali turun ke lantai. Aku tersenyum dan tiba-tiba ketawa sambil menggelengkan kepala. Macam orang gila, memang aku gila! Aku menapak ke hadapannya.

"Korang ni... 6 tahun aku tunggu korang mengaku. Aku tah tahu lama. Cuma aku tunggu, tunggu, tunggu dan tunggu orang bagitau aku. Tapi sayang, takde sorang pun. Ni baru ada, lepas 6 tahun!" Marahku.

Flash back 6 tahun lepas.

Semasa mak ngah dan mak bertengkar di kolam renang dan mak Su berkata dia akan memberitahu aku segalanya tentang apa yang mak ngah sudah lakukan. Aku dengar semuanya.

Diorang ingat stor tu kecik sangat ke? Belakang tu ada je ruang lain cuma diorang. Aku dapat dengar pertengkaran antara mak ngah dengan mak Su. Bukan itu sahaja, masa mak long dengan mak ngah bertengkar pun aku dengar. Aku tak adalah bodoh sangat!

Habis Flash back.

Mereka semua terkejut mendengarnya. Aku mengeluh perlahan sambil memandang wajah mak ngah.

"Kau rasalah, kalau kau tak bunuh mama papa, aku akan jadi macam ni tak!? Kau rasa aku akan hilang maruah tak!? Aku perlu tak jalani semua ni kalau kau tak bunuh mama papa!? Sebenarnya, bukan aku pembawa sial tu. Tapi kau, mak long dan mak Su!" Marah ku.

"Kau bunuh keluarga aku! Kau bunuh orang yang tak bersalah. Niat kau ape? Kau nak aku, mama dengan kak Nad yang mati, bukan adik kau kan! Tapi semuanya terbalik. Adik kau mati, adik ipar kau mati, Nadira mati, tapi aku masih hidup! Kan!? Itu yang kau nak kan!? Kau tak fikir ke apa yang akan jadi bila aku tahu apa yang kau buat!?" Jerit aku lantang.

Tiada seorang pun berani bersuara. Semua mendiamkan diri. Aku mendekatkan muka aku ke muka mak ngah. Aku meleret senyuman ke kiri.

"Kalau kau dah bunuh keluarga adik kau sendiri, tak salah kalau aku bunuh kakak dia. Biar adil. Biar kau jumpa diorang!" Kata ku kuat walaupun sedang mengetap gigi.

Mereka yang lain mula mengundurkan diri. Aku melihat Afirra menggunakan ekor mata.

"Firra, Zia... Pergi jumpa papa kau, Tuan Rizman. Dan, tolong keluarkan orang tak ada kaitan dengan semua dari rumah neraka ni!" Arah ku.

Mereka berdua mengangguk lalu mendekati Tuan Rizman dan mengarahkan para tetamu untuk beredar dari situ. Aku lihat masih ada tidak berganjak. Aku merengus.

"Kau nak balik ke nak... Aku bunuh korang?"

Dengan segera, mereka terus beredar dari situ. Panggilan mak long dan mak ngah yang meminta bantuan tidak dilayan. Aku beralih memandang Mukhriz dia juga turut memandang aku.

"Pergilah Mukhriz! Pergilah Malik! Korang tak diperlukan dekat sini!" Arah ku.

Mereka berdua teragak-agak, Mukhriz memilih untuk pergi. Sekarang tinggal Malik. Dia menggeleng memandang aku.

"Aku pun bersalah! Biar aku dengan ibu aku!" Jeritnya.

"Suka hati kau... Pintu, kunci!!" Terus Afirra yang terakhir keluar mengunci pintu dari luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience