bab 10

Adventure Completed 11557

Masa aku sampai dekat tingkat atas, aku nampak mak Su ulang alik didepan bilik aku. Macam ada yang tak kena.

"Mak Su?"

Dia menoleh.

"Kenape mak Su basah lencun?" Soalku.

"Takde pape. Sebenarnya mak Su ada benda nak bagitau ni"

Aku mengangguk.

"Apa dia? Tentang ape?"

"Tentang- "

Tiba-tiba sahaja kata-katanya terhenti lalu berjalan masuk ke biliknya. Aku menggaru kepala.

"Nay.."

Aku terkejut. Mak ngah rupanya.

"Pergi masuk mandi.." arahnya.

Aku mengangguk lalu masuk ke dalam bilik. Aku rasa benda yang tak kena. Kenape dengan mak Su tadi?

"Arghh lantaklah.."

***

"Baiklah saya minta maaf kerana terlewat untuk membaca wasiat ini. Untuk pengetahuan semua, arwah- " tiba-tiba aku menyampuk.

"Tak payah berarwah bagai. Panggil je lah Tuan Adam"

Dia terdiam seketika.

"Baiklah maafkan saya. Wasiat ini telah ditulis sendiri oleh Tuan Adam beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia"

Kami semua mendiamkan diri.

"Baiklah kalau diikutkan yang tertulis, Tuan Adam mewasiatkan kepada kedua-dua puterinya 50% setiap seorang. Ini bermakna, rumah, harta dan syarikat Adam Hawa insurans adalah milik Cik Nadira dan Cik Naylia"

Dia berhenti seketika untuk meminum air.

"Oleh kerana Cik Nadira telah meninggal dunia, maka, Cik Naylia mendapat kesemua harta. 100%" sambungnya.

Aku mengangguk tak bersuara.

Mak long tiba-tiba menolak kerusi ke belakang dan berdiri dengan wajah dinginnya.

"Takkan kami bertiga tak dapat apa-apa? Kami kakak dia!" Marahnya.

"Sabar long. Mungkin ada lagi dekat bawah tu" pujuk mak Su.

"Maafkan saya. Kita berada di pengakhiran wasiat" sampuk peguam Aiman.

Mereka terkejut besar manakala aku, berfikir apa yang aku nak buat dengan semua tu? Serabut kepala memikirkannya.

"Encik Aiman.." panggil aku perlahan.

"Panggil abang Aiman je"

Aku mengangguk.

"Urmm.. siapa yang papa paling percaya dekat Adam Hawa Insurans?"

Dia berfikir sejenak.

"Tuan Rizman. Share partner Tuan Adam"Jelasnya.

Aku mengangguk. Terus aku dekatkan bibir ku ke telinganya.

"Nanti malam Nay Whatsapp abang. Ada benda nak bincang" bisikku.

Dia mengangguk perlahan.

"Baiklah kalau tak ada apa-apa lagi. Saya balik dulu" pamitnya.

Kami berempat serentak berdiri. Sebaik peguam Aiman balik, terus mak long menutup pintu lalu menarik tangan aku. Dia menolak tubuhku kasar ke atas sofa.

Aku mengerutkan dahi bingung.

"Mak long dah kenape?"

"Aku tahu"

Tahu ape pulak?"

"Kau tukar surat wasiat tu kan? Adam ada letak nama kami bertiga tapi kau dengki kau tukar surat wasiat tun kan? Tak payah nak berdalih lagi lah Naylia!"

Aku buat mimik muka menyampah.

"Nay tak gilakan harta macam mak long lah!"

Laju je tangan mak long menarik rambut pendek aku.

"Arghh!!" Jeritku.

"Kenapa? Rasa menyesal potong rambut? Padan dengan muka kau"

Aku cuba menolaknya, tetapi dia terlebih dahulu menolak aku.

"Ahh sial!"

"Aku tak kira, aku nak kau letak nama kami bertiga dalam wasiat!"

Aku memandangnya hairan. Dasar gila harta. Aku berdiri menghadapnya.

"Letak nama korang? Nay belum mati! Dan Nay akan pastikan, sebelum Nay mati, korang menderita!"

Aku membuka langkah seribu naik. Pintu aku kunci dari dalam. Aku melihat bilik ku yang, kosong. Cuma ada tilam, almari dan tikar mengkuang.

"Gilalah mak long! Semua barang aku kau nak ambik!"

Aku teringat dekat seseorang. Terus aku memeluk lutut sambil memandang siling.

"Papa.. Nay nak keluar dari rumah ni!" Kataku sayu.

"Kenape 100 hari lama sangat!"

"Sebab kau bodoh!" Kata satu suara tepat di telinga aku.

Aku terkejut lalu bangun menuju ke tilam. Aku melihat sekeliling macam orang gila.

"Boleh tak kalau kau tak payah nak muncul hilang muncul hilang? Datang je lah!" Marahku.

Dengan sekelip mata lelaki tua tersebut duduk berhadapan dengan aku. Aku mengerutkan dahi melihatnya.

"Kenape kau cakap aku bodoh?" Soalku.

"Bodoh sebab kau ikut cakap mak cik kau tu!" Balasnya marah.

"We have deal! Aku terpaksa akur.."

"Tapi dia tak kisah pasal deal kau dengan dia kan? Dia buat benda yang tak ada dalam deal korang kan!"

Aku terdiam lalu menutup telinga.

"Kau penghasut, macam syaitan! Jangan ganggu aku!" Jeritku.

"Syaitan pulak.." rungut orang tua tersebut.

Tiba-tiba lelaki tersebut hilang. Entah pergi mana dia tu. Tak lama lepas tu, terus aku capai telefon aku di bawah tilam.

Ni kalau mak long tahu, mesti dia baling dalam kolam. Takut aku telefon polis atau minta bantuan orang luar agaknya.

Aku membuka aplikasi Whatsapp lalu mencari nama Peguam Aiman.

Personal Whatsapp:

Assalamualaikum

Peguam
Waalaikumussalam, ye Nay?

Nay nak mintak tolong abang boleh?

Peguam
Apa dia?

Kan abang kata, Tuan Rizman adalah orang yang paling papa percaya kan?

Peguam
Ha'ah..kenape?

Nay nak abang letak nama Tuan Rizman sebagai CEO Adam Hawa Insurans..

Peguam
Nay serius ke ni? Kenape nak suruh Tuan Rizman pulak?

Abang.. Nay baru 14. Nanti sampai masa Nay akan ambil alih semula

Peguam
Untuk berapa lama?

Seberapa lama yang Nay nak. Please? Tukar nama pemilik syarikat tu

Peguam
Nay pasti?

100% pasti!

Peguam
Nanti abang datang bawak surat then Nay tandatangan. Okay?

Okay!

*****

Aku meletakan telefon bimbit aku di atas tilam.

"Company settel!" Kataku.

Aku bangun dan mendekati tingkap. Aku mengeluh. Aku melihat sekeliling rumah dari luar tingkap.

"Bunga dekat taman mama dah berkurang" kataku.

Aku mengetap bibir.

"Selepas lima minggu, aku akan keluar dari sini. Tak kira habis ke tak 100 hari tu.." nekad ku.

***

Dari atas aku dapat dengar bunyi bising dari bawah. Ada zoo ke apa? Laju kaki menuruni tangga.

Mata aku membulat, mulut aku ternganga melihat situasi seolah-olah zoo. Tapi bukan haiwan, manusia yang serupa dengan haiwan.

"Ape ni?" Suara aku tidak kedengaran kerana terlalu banyak orang.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Ape semua ni!!" Jeritku lantang.

Mereka semua serta merta berhenti. Seorang lelaki mendekati aku. Aku kenal dia. Malik, anak mak long.

"Hi Naylia. Rileks lah. Kitaorang buat parti rumah baru je pun.. lek ahh" katanya selamba.

"Suka suki kau je kan! Suruh diorang balik" arahku. Mereka yang mendengar kata-kata aku semua memasamkan muka marah.

Semua mereka membantah. Malik tersengih sambil bercekak pinggang.

"Ni rumah mak aku! Yang kau sibuk dah kenape!?" Marahnya. Aku terkejut.

"Cantik muka mak kau! Rumah ni atas nama aku! Atas nama aku!" Kataku lantang.

Seseorang menolak aku dari belakang dan membuatkan aku terjatuh.

"Arghh!!" Kataku. Aku menoleh dan melihat mak long dengan mak Su di atas tangga.

"Shit!" Sejak ni, mulut aku asyik mencarut tak tentu pasal.

"Rumah ni atas nama aku!" Kata mak long angkuh sambil menunjukkan sebuah fail berwarna hijau.

"It's not your house! Sekarang ni kau kira menumpang dekat rumah aku!" Katanya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience