6 tahun kemudian...
"Nay... Betul ke kau nak keluar?" Soal Ziara. Aku mengangguk perlahan.
"Takkan aku nak tipu pulak... Aku serius dan aku nak korang berdua ikut aku." Ujar ku lagi.
Mereka berdua nampak terkejut.
"Nasuha macam mana? Kau nak ambik dia dekat rumah Ummi?" Soal Ziara. Aku menggeleng.
"Aku tak nak dia tengok aku jadi jahat. Aku dah suruh kak Meel jagakan dan... Lepas lima hari, hantar dia dekat rumah aku." Balas ku.
Mereka mengangguk faham. Putri Nasuha. Apabila teringatkan nama si kecil tersebut, boleh membuatkan aku tersenyum.
"Macam mana nak lepas? Kau rasa diorang bagi ke?" Soal Ziara lagi.
"Bagi kut. Sebab tak salah aku, kita kena bayar dengan duit baru boleh keluar." Balas ku.
"Cuba je lah. Belum cuba belum tahu, kalau tak dapat, kita tanya kak Mira dengan kak Meel." Balas Afirra.
Ziara mengeluh. Syamira dengan Syameel masih ada dekat sini, tapi sini bukan lagi seperti 6 tahun lalu. Tempat ni tak banyak berubah. Banyak rumah kecil yang dibina untuk sesiapa yang bekerja di sini. Kerja apa? Kerja yang dululah. Rak berubah pun.
Aku ni walaupun bawah umur, tetap kena kerja jugak. Belajar? Boss sponser aku, Afirra, Ziara, Bad dengan Laila. Tapi sekarang cuma tinggal aku, Ziara dengan Afirra. Mana Laila dengan Bad? Dah kena beli. Laila kena beli dengan Tan Sri dengan Puan Sri yang tak ada anak dan Bad, kena beli dengan kakak dia. Jadi yang tinggal cuma kami bertiga.
Tok! Tok! Tok!
Aku menolak pintu lalu kami mengatur langkah masuk ke dalam pejabat Boss. Kelihatan dia sedang duduk sambil menghisap paipnya. Dah tua pun masih nak hisap rokok. Panjang jugak umur dia.
Semua pengawal yang berada di dalam pejabat tersebut memandang kami bertiga. Langsung tidak beralih. Kami berdiri di hadapan Boss.
Dia memandang aku hairan. Baru sahaja aku mahu buka mulut, dia sudah bercakap terlebih dahulu.
"Kau dengan diorang nak keluar?"
Aku mengangguk.
"Kenape? Tak cukup ke hasil yang korang dapat?"
Aku tidak membalas. Sekadar merenungnya. Boss mengeluh.
"Aku tak nak panjang cerita, cukuplah kau lepaskan kami." Aku meletakkan sampul surat yang berisi wang bernilai MYR 200,000. Boleh beli rumah sebiji oo!
"Kau ingat, nak keluar dari sini, kau perlu bayar duit ke? Kau salah!" Ujarnya lalu ketawa besar.
Semua pengawal di dalam bilik tersebut juga turut ketawa. Jahanam! Boss mengangkat tangan bermaksud menyuruh mereka berhenti ketawa. Dia kembali merenung aku.
"Kau... Nak tahu macm mana nak keluar?" Aku menggeleng.
"Nyawa." Ujarnya ringkas.
"Nyawa? Nak bunuh orang ke? Dasar tak guna! Kau dah rampas dara orang, lepas tu kau nak aku cari nyawa untuk dikorbankan?" Soal ku bertubi-tubi.
"Ada calon ke?" Soalnya lagi. Aku berfikir sejenak. Tiba-tiba aku mendapat idea.
"Kalau yang tua kau nak tak?" Dia mula bertongkat dagu.
"Takde masalah, asalkan masih hidup. Siape?"
"Aku bagi alamat tapi, kau kena dalam selepas lima hari. Amacam?" Dia mengangguk perlahan.
"Tapi kau kena ingat, kalau takde..." Di akhirnya dia membuat isyarat potong kepala. Aku mengangguk dengan beraninya.
"Amer, kau boleh tunjukkan jalan untuk 3 bidadari kita ni..." Arah Boss.
Lelaki tegap yang bergelar Amer mendekati aku dan yang lain lalu membawa kami ke jalan keluar.
Satu pintu gerbang besar berada betul-betul di hadapan kami. Hanya dengan satu butang, pintu tersebut perlahan-lahan terbuka. Cahaya matahari mula menerangi hutan tersebut. Aku, Ziara dan Afirra melangkah keluar sambil dari hutan jahanam tersebut.
"Aku kembali, selepas 6 tahun..." Kata ku teruja.
"Kita nak pergi rumah kau ke?" Soal Ziara.
"No! Kita pergi mall dulu, tukar baju, kemaskan diri. Baru kita tunjuk diri kita yang sebenarnya."
Mereka berdua mengangguk setuju dengan cadangan aku. Aku mahu kami kelihatan kemas dan bergaya sebelum kami bertemu dengan keluarga masing-masing. Aku dengar rumah aku ada buat parti dan papa Ziara dan Afirra turut berada di sana. Mari, kita buat kejutan.
Kami shopping sakan. Macam-macam yang kami ambil, asalkan cantik bergaya, kami sapu. Aku mengenakan gaun panjang berwarna merah jambu dan kasut tumit tinggi. Afirra pula mengenakan gaun pendek berwarna hitam dan digabungkan dengan beg silang berwarna emas. Ziara juga mengenakan gaun panjang berwarna hitam dan pelbagai perhiasan. Cantik!
Kami bertiga juga turut mendandan rambut. Rambut panjang jadi senang untuk digayakan, sama seperti Ziara. Afirra memotong rambutnya sehingga paras bahu dan mewarnakannya.
"Ada nak pergi mana-mana lagi?" Soal ku.
Mereka berdua menggeleng kepala. Kami mengambil keputusan untuk menempah Grab, tak payah sibuk nak sewa rumah, sewa hotel. Rumah aku kan banyak bilik.
***
Malik dan Mukhriz sibuk melayan tetamu yang hadir di taman. Beberapa meja bulat berlapikkan kain putih dan pasu bunga di atasnya serta dikelilingi kerusi mewah. Pelbagai makanan enak disajikan oleh chef terbaik dari hotel lima bintang. Wow!!
Mak long, mak ngah serta mak Su sekadar duduk dan memerhati para tetamu. Akim? Dia tak datang sibuk dengan kerja. Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumah besar milik ku, Grab akulah.
"Berapa eh?" Soal ku.
"MYR 35." Balas si pemandu Grab.
"Keep the rest.." Ujar ku sambil menghulurkan duit kertas bernilai MYR 50. Dia mengangguk lalu tersenyum dan mengucap terima kasih.
Kami bertiga keluar dari perut kereta bagaikan anak Tan Sri. Keluar dengan wajah penuh berlagak. Aku membuka cermin mata hitam lalu melihat sekeliling rumah, tak banyak yang berubah. Tapi aku sedar sesuatu, diorang dah tukar warna rumah dari kelabu ke putih dan emas.
Pengawal yang di upah untuk menjaga pintu pagar melihat aku dengan wajah terkejut. Kenape? Tak pernah tengok Naylia ke? Aku melangkah mendekatinya. Dia betul-betul menunjukkan reaksi terkejut.
"Boleh, Nay masuk?" Soal ku perlahan. Dia tidak membalas dan hanya memandang aku dari atas ke bawah dengan mulutnya yang terbuka.
"Am kau- " Seorang lelaki mendekati pengawal tersebut juga mati kata-kata sebaik sahaja melihat aku yang sedang memaparkan senyuman di wajah.
"Naylia? A-Anak arwah Tuan Adam?" Katanya hairan.
"Kenape diorang terkejut sangat bila nampak Nay?" Bisik Ziara kepada Afirra.
"Mungkin sebab Nay dah lama menghilangkan diri. Kut." Afirra membalas bisikkan Ziara.
Manakala aku masih melihat dua hamba Allah yang masih terkejut memandang aku. Rasanya lah macam mana keadaan yang dekat dalam bila tengok aku? Jangan je ada yang arwah.
"Boleh aku dengan kawan-kawan aku masuk?" Ujar ku dengan nada lembut.
Mereka berdua mengangguk perlahan, macam orang kena pukau. Aku mengangguk lalu melangkah masuk bersama Afirra dan Ziara. Afirra sempat mengenyit mata ke arah pengawal tersebut. Beberapa orang yang sedang berjalan menghentikan langkahnya sebaik sahaja melihat kehadiran aku dan yang lain.
Bunyi kasut tumit tinggi kami bertiga membuatkan semua orang di sana berasa ingin tahu. Semua mereka berhenti membuat apa yang sedang dilakukan dan melihat kami bertiga. Ada yang paling terkejut. Mak ngah, mak Su dan semestinya mak long.
"Hai!"
Share this novel