bab 39

Adventure Completed 11557

Aku menarik mereka bertiga ke depan tangga tingkat atas. Aku mengeluh, penat.

"Kenapelah aku bodoh sangat? Daripada aku angkat bawak turun baik aku..." Terus aku menendang mereka seperti bola.

Mereka bergolek jatuh ke tingkat bawah. Sesekali mereka terkena di dinding dan kembali bergolek. Aku ketawa kepuasan. Aku melangkah turun. Mereka terbaring dan dari wajah mereka, aku dapat tahu mereka bertiga pening.

Satu kotak lilin dan satu pemetik api aku ambil dari dapur dan membawanya ke ruang tamu. Aku bercekak pinggang dan mengerling CCTV yang masih terpasang. Aku tahu mereka sudah membuat laporan polis. Aku harus cepat.

Aku tarik mereka ke tengah ruang tamu dan mengatur mereka supaya berada di dalam posisi duduk. Aku menjerit kecil sambil tersenyum. Lilin yang berbentuk bulat tersebut aku susun sekeliling mereka lalu menyalakannya menggunakan pemetik api.

Aku lihat mayat Malik yang sudah biru di hujung dinding dan aku membawa beberapa biji lilin dan pemetik api. Mayatnya sudah berbau. Aku susun lilin di atas badannya lalu menyalakannya. Aku mendekatkan telinganya dengan bibir ku.

"Tidurlah dulu. Tak lama lagi mak kau akan jumpa kau eh?" Kata ku lalu kembali memandang mereka bertiga yang sudah seharian tidak makan.

Aku melangkah ke dapur lagi untuk mengambil minyak tanah dan membawanya ke hadapan mereka bertiga. Mereka mula ketakutan. Nak bergerak tidak dapat sebab sekeliling ada lilin. Aku mengenyit mata kepada mereka.

***

Beberapa buah kereta polis dan ambulan sedang menuju ke rumah aku. Mereka terima laporan mengenai aku dari Mukhriz dan Akim.

"Kami akan tiba dalam masa 30 minit lagi. Mohon jangan buat apa-apa yang gila. Cukuplah laporan yang gila tu!" Balas seorang polis melalui telefon pintarnya.

"Hahh!? 30 minit? Tak boleh laju lagi ke Tuan?" Soal Mukhriz.

"Awak nak laju? Baiklah! Kami akan sampai dalam masa 15 minit!" Terus polis tersebut mematikan panggilan.

Hampir semua polis yang berada di dalam kereta tersebut memandangnya. 15 minit? Si pemandu pula terus menekan minyak dengan kuat sehingga mereka mencecah 180/km.

Mukhriz dan Akim sudah berada di hadapan rumah aku. Mereka sedang menanti kehadiran pihak polis. Kalau nak diikutkan hati, mau sahaja mereka dan menyelamatkan ibu mereka. Akim yang paling tak senang duduk. Mukhriz tidak mahu berkata apa-apa, takut tersilap kata dia pula kena marah.

Tiba-tiba...

"Mukhriz? Akim?" Kata Tuan Rizman.

Mereka berdua berdiri apabila melihat kehadiran Tuan Rizman bersama ahli keluarganya yang lain.

"Korang buat ape dekat sini?" Soal Akim.

"Err... Zia. Dia nak jumpa Nay." Balas Faris.

"Apa Zia pulak. Firra lah!" Marah Ziara.

"Nay ada dekat dalam dengan mak kitaorang. Kitaorang tengah tunggu polis sampai." Balas Akim.

"Polis?" Soal Afirra dan Ziara serentak. Mereka berdua menekup mulut.

"Kenape?" Soal Tuan Rizman.

"Nay pernah kata, pada hari terakhir dia dan mak diorang, akan ada polis. Polis akan bunuh dia. Kan?" Kata Ziara. Afirra mengangguk.

"Maksud kau hari terakhir tu, mak aku akan mati?" Soal Akim dengan nada tinggi. Ziara mengangguk.

"Jangan sikit mulut kau tu!?" Marah Akim.

"Kau ni sabar boleh tak. Bukan mak kau sorang je ada dalam tu! Mak aku pun adalah!" Marah Mukhriz.

Akim terus terdiam dan duduk di kerusi yang tersedia di luar rumah.

"Kalau Nay mati, Nasuha macam mana?" Soal Afiq.

Afirra dan Ziara memandang Mukhriz tanpa bersuara. Mukhriz mengerutkan dahi melihat mereka berdua.

***

"Megat jom! Mark jom!" Jerit Boss lalu melangkah masuk ke dalam kereta mewahnya.

"Kita ada benda baik!" Sambung Boss lagi.

Tiga buah kereta Mercedes keluar dari kawasan hutan tersebut dan menuju ke alamat yang Nay bagi. Mereka memandu dengan pantas sekali. Sudah seperti angin. Boss masih tidak tahu apa yang menunggunya di sana.

***

Aku meneliti pisau panjang yang Malik guna untuk membunuh diri. Masih berada tapi kering. Aku turun ke lantai lalu duduk bersila di atas lantai sambil memandang tiga beradik.

"Aku ada, bawah merah, bawang putih dan bawang besar. Cuma tunggu nak di hiris-hiris je. Lepas tu kita bakar. Ermm sedap!" Ujar ku lalu tertawa.

"Nay tolonglah. Nay tak kesihan ke dekat mak Su? Tolonglah Nay. Lepaskan kami. Akim masih perlukan mak Su... Mukhriz masih perlukan Mukhriz. Mak Su merayu ni nay. Kalau Nay nak mak Su melutut, mak Su buat." Ujarnya dengan nada sayu.

"Betul tu Nay. Mak ngah sanggup cium kaki Nay kalau itu yang Nay nak." Sambung mak ngah.

"Nay... Biarlah mak long tengok Malik dikebumikan. Tolonglah. Mak long merayu dekat Nay. Mak long menyesal dekat apa yang mak long, mak ngah dengan mak Su dah buat dekat Nay. Ampunkan kami nay..." Rayu mak long.

Beserta dengan air mata mereka merayu kepada. Aku buat muka kesian terhadap mereka.

"Nay minyaklah apa pun. Mak long janji mak long akan tunaikan..." Ujarnya lagi.

Kata-katanya membuatkan aku teruja. Aku melompat lalu mencangkung di hadapan Mak long. Aku berfikir sejenak.

"Kalau Nay mintak mama dengan papa? Boleh?" Ujar ku.

"Nay... Kita tak boleh hidupkan orang yang dah pergi." Balas mak long. Aku mengangguk.

"Tapi aku boleh matikan orang yang bunuh keluarga aku!" Dengan segera pisau di tangan aku baling ke dahi mak long.

Dia sudah tidak bergerak. Mak ngah dengan mak Su memanggil-manggil namanya sambil air mata bercucuran keluar. Aku beralih je arah mak Su lalu menumbuknya seperti menumbuk punching bag.

Kini aku beralih kepada mak ngah. Pisau aku bermain pada dagunya. Aku bangun lalu mencampak pisau tersebut dan membuka penutup tong yang berisi minyak tanah.

"Aku ingat lagi, keluarga aku mati dalam kebakaran kereta. Tapi aku tak ada kereta nak bakar kau!"

Terus aku menyimbah minyak tanah kepada mak ngah, mak long dan mak Su. Puas. Mereka sudah basah lencun. Air mata tidak berhenti mengalir. Ia membuatkan aku tertarik. Tangan aku memegang pemetik api.

Boom!

Pintu dipecahkan oleh pihak polis. Aku tersenyum lebar mendengar kehadiran mereka. Aku sedang membelakangi mereka.

"Cik berhenti berbuat apa-apa. Sila pusing dan menghadap kami!" Arahnya tegas.

"Jangan tembak dia..." Arah Mukhriz.

Aku mendengar arahnya tetapi tangan aku masih menggenggam pemetik api. Aku nampak Mukhriz, Akim, Ziara, Afirra dan keluarga Tuan Rizman yang lain serta banyak polis.

"Lepaskan genggaman cik!" Arahnya lagi. Aku tersenyum sinis.

Aku menghidupkan pemetik api tersebut lalu aku lempar ke belakang, ke arah mereka bertiga. Mukhriz dan Akim menjerit. Serentak dengan itu...

Pang! Pang! Pang!

Tiga das tembakan tepat mengena pada dada aku. Ziara dan Afirra menjerit memanggil namaku. Semasa aku rebah, wajah si kecil Nasuha bermain di mata aku.

Wajahnya yang mulus dan gebu. Senyuman masih terlebih gula. Suaranya yang menenangkan dan panggilan 'mummy' kepada aku. Mummy rindu Nasuha.

Ziara dan Afirra mendekati aku dan meletakkan kepala aku di aras peha Zia. Dalam pandangan yang kabur, aku nampak mereka menangis. Aku tersenyum.

"Aku. Minta. Maaf. Aku. Sayang. Kau. Jaga. Nasuha. Untuk. Aku." Kata ku putus-putus.

Air mata mengalir dan mataku pejam, buat selama-lamanya. Hembusan nafas terakhir aku lepaskan. Selamat tinggal, Putri Nasuha.

***

Boss dan budak-budaknya sampai di depan rumah aku beserta dengan pistol dan senjata, sebaik sahaja melihat polis mereka cuba melarikan diri tetapi ada beberapa buah kereta polis mengelilingi mereka.

"Sial!" Marah Boss.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja Boss pergi, White Shark telah diserbu oleh pihak polis. Semua kanak-kanak di selamatkan dan dibawa ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience