bab 6

Adventure Completed 11557

Seperti yang aku cakap dekat papa tadi, aku pun pusinglah dua tiga rounds  taman ni. Dalam aku jogging ada satu tangan yang menarik tangan aku sambil menekup mulut aku.

Hati berdebar-debar tak menentu. Bila aku pusing kepala, aku terkejut lalu terjatuh.

Seorang lelaki mungkin dalam lingkungan 50-an macam. Baju dia kotor, koyak sana sini.

Dia mendekati aku lalu membelai rambut aku. Aku cuba menepis tetapi dia terus mencengkam muka aku menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Aku semakin takut, malah aku tidak tahu dimana lokasi aku sekarang. 

"Jangan" katanya.

"Jangan ape?" Soalku

"Jangan pergi. Jangan suruh keluarga kau pergi!" balasnya marah.

"Nanti kau hilang segalanya! Jangan pergi!" Marahnya lagi.

Aku ketakutan. Terus tangan aku menolaknya kuat. Aku bangun dan dengan tiba-tiba aku terjatuh.

"Aduh.." adu ku.

Apabila aku angkat muka, aku bukan lagi berada ditempat tadi. Aku melihat sekeliling seperti orang sesat.

"Nay.." panggil seorang perempuan.

Aku terkejut lalu mengundur ke belakang.

"Nay okay tak ni? Tu tapak tangan tu kenape luka" katanya risau.

Aku melihat telapak tangan aku, betullah, luka. Aku memegang tangannya.

"Ermm akak ada nampak tak lelaki tua dekat dengan Nay tadi?" Soalku takut.

Dia menggeleng. Aku mengerutkan dahi. Biar betul?

"Sure akak tak nampak?" Soalku lagi.

"Kenape?" Soalnya.

"Takde apa. Thanks sebab tolong Nay" ucapku lalu tersenyum. Terus aku bangkit lalu melangkah meninggalkan tempat tersebut.

***

Kami sekeluarga duduk untuk makan malam seperti biasa. Telinga aku tiba-tiba mendengar sesuatu.

"Jangan pergi. Jangan suruh keluarga kau pergi!"

"Nanti kau hilang segalanya! Jangan pergi!"

Suara lelaki tua itu masih bermain difikiran aku. Aku menggelengkan kepalaku dan meletakkan kedua-dua tangan ditelinga. Mata aku pejam.

"Nay? Nay? Naylia!?" Panggilan papa aku langsung tidak dengar.

Suara itu seperti menguasai pendengaranku.  Nadira menyentuh bahu aku. Serta merta mata aku terbuka.

Aku melihat sekeliling. Semua yang berada di meja makan memandangku sambil mengerutkan dahi.  Mungkin hairan melihatku seperti ini.

"Nay okay ke tak ni?" Soal mama perlahan.

Aku tidak memberi sebarang respon. Aku mula terfikir sesuatu.

"Papa!" Panggilku mengejut.

Tersedak papa dibuatnya. Papa melihatku. Aku agak takut untuk menyatakannya sebab perjalanan kami minggu depan.

"Boleh tak kalau kita tangguhkan perjalanan ke Lata Pelangi?" Soalku gugup.

Papa melihatku tak beriak. Mama mengeluh. Papa menggeleng.

"Papa dah tempah resort  dan mintak diorang sediakan bermacam-macam aktiviti Nay. Jadi jawapan papa, No" tegasnya.

Aku terdiam dengan wajah sayu. Aku mengetap bibir.

"Khayalan tak jadi betul-betul kan?"

Soalan ku membuatkan mereka semua terkejut. Mak long naik angin.

"Kau dah kenape Nay? Mula-mula nak batalkan trip korang, ni tanya khayalan tu real  ke tak pulak" marah mak long.

Aku buat tak endah dan menunduk kepala.

"Dah Nay, orang lain dah nak habis makan. Nay belum sentuh sebutir nasi pun. Makan" arah mama.

Aku mengangguk lalu menghabiskan makanan aku. Mama papa saling berpandangan.

***

"Naylia! Sebab kau tak ikut kata-kata aku keluarga kau musnah! Kau hilang keluarga kau!" Kata lelaki itu. 

Aku di ikat dan pakaian penuh darah dan koyak sana sini. Aku takut, nafas tak menentu membuatkan kepala aku agak pening. Aku melihat sekeliling. Ada mayat. Aku kembali memandang lelaki tersebut.

"Kau, kau nak bunuh aku sama macam kau bunuh mayat tu ke?" Soalku perlahan.

Nafasku sesak membuatkan sukar untuk bercakap. Dia ketawa besar. Apa yang lawaknya? Aku cuba melepaskan ikatan tetapi semakin aku mencuba, badan aku semakin berasa lemah.

"Kenape kau ketawa?" Soalku lemah.

"Bukan aku yang bunuh diorang. Kau yang bunuh!" Balasnya dengan suara yang kuat.

Aku tergamam dan tak percaya. Lelaki itu memetik jarinya dan tiba-tiba, mayat-mayat tersebut meluncur laju ke arah kerusi aku. Aku menjerit kecil dan terkaku melihat wajah mayat tersebut.

Bibir aku tergetar-getar. Aku melihat wajah lelaki tersebut tetapi dia telah hilang.

"Woi mana kau!?" Jeritku mencari lelaki tersebut.

Suara aku semakin serak. Air mata mula bergenang.

"Mama, papa, kak Nad" kataku sayu.

Air mata mula mengalir keluar. Aku tidak dapat menyentuh malah membelai wajah mereka. Ikatan ini terlalu ketat.

"Mama!!" Panggil ku kuat.

"Bangunlah! Jangan lah macam ni.." aku menangis teresak esak.

Air mata aku mengalir laju.

"Argghh!!" Jerit ku kuat. 

"Papa..mama.." panggilku lagi.

Mereka tetap tidak berganjak. Tetap, tetap terbaring dan dipenuhi darah dan kesan melecur.

Wajah mereka penuh dengan luka. Kenapa?

"Apa yang dah jadi!!" Jeritku lagi.

"Kau bunuh dia Naylia. Kau biarkan diorang mati dan dijilat api. Kau pembunuh Nay" marah lelaki itu.

Tetapi aku tidak melihatnya. Aku sekadar menunduk dan menggeleng kepala menafikan kata-katanya.

"Kau pembunuh Nay! Kau hancurkan keluarga sendiri. Kau biarkan diorang mati! Kau bersalah Nay!" Katanya lagi.

Aku tetap menggeleng dan menangis. Dalam menangis, aku merasa sakit. Sakit sangat. Aku tak tahu kenapa.

"Pandang depan.." kata suatu suara.

Tapi itu bukan suara lelaki tadi. Aku mengikut arahannya dan aku terkejut.  Mama, papa dan Nadira berdiri tegak di hadapanku.

"Mama, jangan pergi. Jangan tinggalkan Nay sorang-sorang!" Jeritku.

Pinn!!!

Tiba-tiba datang satu lori entah dari mana melanggar mereka bertiga.

"No!!" Jeritku kuat.

Darah terpercik ke muka aku dan mengalir laju ke atas lantai. Aku menggeleng sambil menangis.

"Mama.. papa!!" Kataku sambil teresak esak menangis.

"Naylia pembunuh!!" Jerit lelaki tadi.

"No!!" Kataku.

Aku melihat sekeliling. Aku di bilik bacaan rumahku. Aku tertidur ke? Bisik hatiku. Aku meraup muka dan pipi aku basah.  Mataku turun ke buku yang berada di meja.

"Hilang? Karya Mellisa Adrian?" Kataku.

Aku membaca muka surat yang terbuka. Satu-persatu aku baca.

'Aku hilang segalanya angkara suatu tragedi buruk. Aku hilang keluarga yang ku sayang. Aku kini sendiri, tanpa mereka yang ku sayang. Kenapa Tuhan biarkan sendiri!?'

Marah si watak. Aku terbayang situasi sebentar tadi. Situasi yang aku keliru antara mimpi atau masa hadapan.

Tiba-tiba seseorang membuka pintu. Mataku menanti siapa yang bakal muncul. Setelah pintu terbuka luas, tiada sesiapa yang masuk.

Takkan angin tolak pintu pula. Nadira melangkah masuk. Aku terkejut dan mengeluh.

"Eh adik? Tak tidur lagi ke? Dah pukul 12 ni. Buat ape?" soalnya.

"Takde tadi tengah syok baca buku ni" kataku.

"Buku ape?" Soalnya.

"Novel. Hilang karya Mellisa Adrian" balasku.

Terus dia berlari anak lalu duduk berhadapan dengan aku.

"Kakak ada baca buku tu. Sedih betul sampai banyak tisu akak pakai nak lap air mata dengan hingus" katanya lalu tertawa.

Aku pun turut tertawa.

"Memang sedih. Basah baju adik kena air mata" balasku lagi.

"Macam manalah kalau adik jadi macam watak dalam ni. Tak boleh bayanglah" kataku.

"Kalau adik jadi macam tu, jangan mempersoalkan semua tu. Itu semua kerja Tuhan. Ada sebab dia buat. Dan, adik kena kuat, jangan menyerah bila kitaorang dah takde dengan adik. Sebab kitaorang sentiasa berada dalam hati dan hidup adik tau" pesannya.

Kata-katanya membuatkan aku berasa sebak. Nak je air mata ni mengalir lagi.

"Kenape cakap macam tu? Janganlah tinggalkan adik" rengek ku.

Nadira tersenyum dan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience