EPISODE 70

Family Series 439762

Mikael Lutfi membawa Medina ke sebuah tempat terpencil di tepi gunung ganang, ia mahu honeymoon sekali lagi dengan Medina.

Tetapi kali ini berempat bersama anak-anak di dalam perut isteri.

Ia mengupah orang untuk memandu kereta selama dua hari berturut-turut.

Medina terdiam seketika dengan keindahan alam semulajadi yang ada di tepi pergunungan itu.

Ia melihat sekeliling alam maha luas dengan teruja.

"Sayang suka.?" Mikael memeluk tubuh Medina dari belakang.

"Sayang suke, Hubby tengok tu kabus tebal betul cantiknya suasana pagi ni.."

"Sebab tu Hubby bawa sayang datang sini." Mikael Lutfi yang berada di belakang Medina tergelak lucu.

Mereka masih berada di dalam kereta, mereka tak keluar pun kerana di luar sana cuaca agak sejuk.

"Gunung tu memang tinggi ye Hubby." Medina menunjuk ke arah kiri.

"Ya, sayang. Itu orang panggil gunung ibu mengandung."

"Serius lah.." Mulut Medina sedikit ternganga dengan teruja.

"Insha-Allah sesiapa yang nak mengandung tu boleh datang sini, boleh minum air bukit tu." Terang ia lagi.

"Wah. Sayang nak minum air bukit tu Hubby, boleh lah ye."

"Sejuk air dia sayang. Nanti saja lah kita ke sana boleh.?"

"Boleh. Kite balik ke hotel dulu lepas tu ambil baju tebal kite datang sini."

"Jom balik Hubby kite ambil pakaian tebal."

"Jom lah Hubby.."

"Jom lah Hubby.." Medina sudah merengek gedik.

"Sayang. Kita ada drive be have please." Mikael Lutfi menggeleng kepala.

Nasib mereka bertiga, kalau berdua bergoyang teruk kereta di buatnya.

"Ops.. hihi sayang terlupa.." Ia terus memeluk tubuh Mikael dengan riang.

Mikael Lutfi dan Medina Atalia ke hotel semula untuk mengambil pakaian tebal mereka.

Sebenarnya ia hanya mahu bawa isteri berlegar-legar di kawasan pergunungan itu saja.

Dia mendengar khabar dari rakan-rakan kerja nya mengatakan tempat yang mereka lawati ini boleh memanjangkan umur pasangan.

Jadi dengan itu ia mengambil cuti dua hari dan membawa Medina ke sini.

"Hubby look.."

"Ya sayang hati-hati jalan tu licin."

"Hihi.. sayang tak sabar nak turun bawah tu Hubby."

"Ya. Sabar.." Mikael Lutfi terus mendukung Medina ke bawah dengan berhati-hati.

Usia kandungan sudah mencecah lapan bulan pun Medina masih aktif sana sini.

"Okay, hati-hati sayang." Mikael memimpin tangan Medina ke tebing sungai dengan berhati-hati.

"Wah, sejuknye air ni Hubby." Ia menghirup sedikit air bukit dengan telapak tangan.

"Awas sejuk sangat air tu, nanti sayang tak boleh tidur, Mikael Lutfi terus duduk di depan Medina.

Ia berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling sambil memegang kayu tebal.

"Hurmm manis.."

"I like it's.."

"Sayang, boleh Hubby tanya sikit soalan."

"Tanye lah Hubby sayang boleh jawab soalan dari Hubby tu."

"Um.. kenapa sayang marah Maria dengan Datin Sri datang ke rumah kita minggu lepas.?"

Medina terdiam sendiri.

"Sayang tengah mengandung ni, tak elok marah-marah. Walaupun Maria berperangai teruk tetapi dia masih tetap isteri Hubby juga."

"Siapa cakap sayang marah Puan Maria dengan Datin Sri.?" Medina melihat ke dalam anak mata Mikael.

"Zara."

"Makcik Zara maksud Hubby.?"

"Hm ya.." Mikael Lutfi mengangguk kepala.

"Ye sayang memang marahkan Puan Maria dengan Datin Sri, mereka berdua tak layak pun datang ke rumah kite. Hubby."

"Sayang kenapa ni.?"

"Sayang tak nak sifat negatif mereka terkena pada anak-anak Hubby nanti."

"Tapi rumah tu..."

"Maaf Hubby, sayang nak naik dulu sejuk ni." Ia cuba untuk bangun dari batu-batu besar itu.

Mikael Lutfi cuba mengapai tangan Medina tetapi isterinya menempis dengan kuat.

"Sayang."

"Sayang, tunggu dulu Hubby tahu sayang marahkan Hubby."

"Hubby minta maaf."

"Sayang !!"

"Lepas !!! Hubby pergi lah honeymoon dengan Puan Maria tu. Kenapa perlu bawa Medina kesini."

"Puan Maria tu isteri pertama Hubby, saya ni isteri kedua awak Mikael Lutfi." Ia menentang habis-habisan dengan suami.

"Sayang !! Kau jangan biadap dengan aku. Aku suami kau sayang." Mikael Lutfi terus mendukung Medina naik ke atas semula dengan menaiki tangga.

PLAK

Medina Atalia terus menampar pipi Mikael dengan kuat.

Akhir-akhir ini moodnya mudah swing ke bulan, adakah ia baik-baik saja nanti.

"Medina Atalia. !!!"

"Awak dengan keluarga awak sama saja suke buat saye makan hati, awak sedar tak dalam perut ni anak awak bukan anak orang lain."

"Medina !!! Diam."

"What.?!!! Awak tu yang diam Mikael Lutfi." Ia berjalan pergi meninggalkan kereta.

Mikael Lutfi membawa Medina pergi jauh dari tempat tadi. Kini mereka bermasam muka masing-masing tidak bersuara satu pun.

Mikael Lutfi membuka beberapa surah pemagar diri di dalam kereta.

Ia benar-benar terkejut dengan tindakan Medina yang selama ini berlemah lembut dengannya.

Mungkin ini pembawaan kembar.

"Ehem.. I'm sorry my dear." Mikael Lutfi melihat ke seat sebelah.

Rupanya Medina sudah ketiduran.

"Ya Allah, kau peliharalah kami, kau kuatkanlah semangat aku dan Medina. Aku sayangkan dia."

Medina Atalia turun dari bilik hotel seorang dirinya tanpa di temani oleh Mikael.

Dia dan Mikael masih perang dingin.

TING

TING

Medina mengambil fhone dari purse ia melihat ada dua mesej masuk serentak.

[Hi Atalia sayang, kau pergi ke mana huh. Jangan lama-lama nanti aku rindu.]

[Boleh aku teka kau ada di mana sekarang ni.? Hahaha kalau kau nak tahu, hati kita tak pernah jauh. Aku sentiasa rindukan kau, wangian perfume kau sayang.]

"Argh !!!! Hubby.." Ia segera membuang handphone ke atas lantai.

"Hubby.. tolong."

"Sayang. !!!" Ia segera mendapatkan Medina di depan pintu lift.

Sebenarnya dia mengikuti langkah Medina sejak di dalam bilik hotel lagi.

"Tu.. tu orang yang ganggu sayang selama ni, Hubby tolong."

"Baik. Mari kita bangun, kotor ni sayang."

"Tak nak."

"Argh !!!! Hubby.."

"Sayang.!! Bawa mengucap banyak-banyak, sayang."

"Hubby dia nak bunuh sayang. !!"

"Tolong."

"Astaghfirullah hal azim.. sayang bawa mengucap."

KRAK

Mikael terpaksa memangsankan Medina, dia tak mahu timbul kekecohan di lantai hotel itu.

Medina terus pengsan di dalam dakapan Mikael. Airmatanya tak henti-henti mengalir kerana lelaki misteri itu.

Sorry lambat update, busy healing hihi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience