EPISODE 43

Family Series 439762

Dalam keterpaksaan Medina harus membawa Mikael kepada kedua ibubapanya untuk berjumpa pertama kali nya.

Mikael bercekak pinggang sambil mengecilkan matanya, Ingat dia tak tahu apa-apa lagi tentang Medina bakal isterinya nanti.

"Jemput masuk Tuan.." Medina melangkah dahulu sebelum lelaki itu.

"Apalagi Medina..? sampai bila kau nak tutup semua ni!."

"Hm aku akan tunggu penjelasan dari kau nanti." Ia juga melangkah mengikuti jejak Medina sudah sampai di depan rumah.

"Assalamualaikum.. Pakcik.. Makcik.." Sempat ia bersalam dengan mereka.

"Waalaikumussalam.. Tuan silakan masuk ke dalam.." Pelawa Dafizan ramah

ia juga orang pejabat jadi dia tahu bagaimana mahu melayan tetamu.

"Terima kasih.." ekor matanya melihat Medina masih di luar sedang mendail seseorang.

(Hm !!! Nasib baik depan mak ayah kau, Medina. Kalau tak memang teruk aku gomol bibir kau tu puas-puas..) Hatinya sedikit rasa cemburu.

"Kejap lagi kita makan tengahari ye, Makcik dengan Medina ade masak sikit tu.." Farhana duduk disebelah Dafizan.

"Tak mengapa Makcik.. saya dah breakfast sebelum ke sini tadi, hee." Ia masih senyum kekok

yelah Medina masih diluar. Kelu lidahnya seketika.

"Medina.. Masuklah nak.. buat apa dekat luar tu..?" Dafizan segera bangun dari duduk

ia terus berjalan keluar rumah.

"Kejap ayah.."

"Tuan ni namanya siapa..?"

"Dah punya isteri ke..?"

"Anak..?"

"Dan tinggal di mana..?" Farhana menuang air ke dalam cawan berlapik.

Lidah Mikael hampir tercekik!

Medina tak pernah cerita dirinya pada orang tuanya kah.

"Erm.. Janganlah panggil tuan, lebih baik panggil Mika saja." Ia hanya senyum nipis melihat kearah Dafizan yang sudah duduk di depannya.

Tiba-tiba.

Medina juga terus duduk di sebelah Mikael.

Mikael memberi menjeling maut kepada Medina kerana meninggalkan dirinya sorang-sorang di situ.

"Oh Mika.. sedap nama tu.." Farhana menepuk tangan suaminya perlahan.

"Saya dah ada isteri tapi tak ada anak lagi.." Ia menundukkan kepala perlahan.

"Tuan.. Janganlah segan-segan.. Mak Ayah Medina tak apalah, Sebenarnya diorang dah tahu tentang ni." Medina senyum.

sambil memberi peluang untuk Tuannya. bernafas tenang seketika.

"Medina tolong ambil tisu.." Mikael terus mencuit tangan Medina disebelahnya.

"Hah... okay kejap.." Ia tergelak kecil melihat Mikael sudah sedikit berpeluh.

dia terus mengambil tisu dan memberi kepada Mikael.

"Terima kasih.." Darahnya sudah panas, sikit lagi mesti tumbang.

"Tuan, tenang dulu.."

"Ayah dengan Mak nak ke dapur kejap, Medina nanti ajak Mika ke sana ya.." Dafizan mengarah isterinya bangun.

"Erkk.. baiklah Ayah.."

Farhana hampir tergelak.

tapi Dafizan pantas menolak isterinya terus ke dapur.

"Tuan tak apa-apa ke ni..?" Ia terus melutut didepan Mikael.

tisu di ambilnya lalu di lap di wajah lelaki itu dengan lemah lembut.

"Fuh.. entahlah Medina, tetiba badan aku ni rasa gerumuh semacam."

"Hihihi.. takut eh..? Itu baru ibubapa Medina tau, yang lain-lain Tuan tak berjumpa lagi.." Medina sempat kenyit mata sebelum ia memberi cawan berisi air kepada Mikael.

Ehem.. !!!

"Tadi call siapa..?" tangannya sudah melarat di telinga Medina.

"Adeh.. adeh Tuan! Maafkan Medina."

"Tadi Medina dapat dapat call dari adik Medina. Aduh sakiitt..." Terteleng kepalanya sedikit.

"Huh.. adik.. ingatkan boyfriend.!!" tangan sudah terlepas dari telinga Medina.

"Aduh putus telinga aku macam ni dah tangan macam hulk.." Medina mengurut telinga sendiri mungkin sudah merah.

"Sedap sayang..?" Mikael tergelak kecil bila Medina merungut macam tu.

"Sedaaaap sangat. Harghhh larikk.." Ia tahu bila-bila masa saja Mikael mampu buat apa saja padanya.

"Mulutku tiada insurans.." Medina menepuk dahi sendiri.

"Siaplah kau nanti Medina.." Ia tergelak sendiri sambil melangkah terus ke dapur.

"Jemput duduk Tuan Mika.." Ia sengeh sendiri melihat Mikael serba tak kena.

Mikael pun sudah geram dengan Medina selagi ia tak dapat menberi hukuman setimpal kepada Medina kerana mengoda tuannya sendiri.

Selagi itu ia tak senang duduk.

"Terima kasih Medina.. banyak masak ni.." Ia terus melabuhkan punggung di atas kerusi..

makanan yang terhidang didepan membuat perutnya sedikit berbunyi.

"Lia ambilkan air anggur tu.. Mama ade letak dalam peti ais tadi.." Arah Farhana sambil menunjuk ke arah peti sejuk.

Berkerut dahi Mikael.

"Baik Ma.." Ia segera ke peti ais.

botol air dikeluarkan ia terus menuang ke dalam jug besar lalu dibawa ke meja makan.

"Hati-hati nak.." Dafizan senyum melihat Medina masih menuang air ke dalam gelas.

"Ayah.. harini adik-adik memang tak balik ke..?" Medina melabuhkan punggung di sebelah Mikael.

"Tak, diorang tu jarang boleh balik kalau tak ada hal penting.. macam kamu juga.." Dafizan senyum lagi.

"Alamak kene setempek. Hehehe.."

Mikael tergelak kecil..

Sungguh kelakuan Medina membuat dia selesa.

"Lia kerjelah Ayah.. lagipun..." Ia melihat wajah Farhana dan Dafizan serentak.

Mikael memerhati wajah Medina lama..

Dia mahu Medina lanjutkan kata-kata yang tergantung tadi. Tapi nampak gayanya tidak..

"Erm.. Mika macam mana dengan kerja semua okey ke.?" Dafizan beralih kepada Mikael dari tadi terdiam sepi.

"Kerja semua okey Pakcik alhamdulillah.. oh ya.. kalau tak ada apa-apa nanti jemputlah datang ke rumah."

"Bagitahu Medina dulu boleh lah saya suruh bibik masak apa-apa nanti." Nasi putih di ceduk dengan sudu terus masuk ke dalam mulut.

"Insha-Allah ada masa nanti kami sampai."

"Mari jemput makan, semua ni Makcik kamu.. dengan Medina masakan tadi."

"Harap kena lah dengan selera Mika ye.."

"Saya selalu makan masakan Medina, Pakcik.. kadang-kadang dia mogok tak mahu masak untuk saya walaupun seketul maggie pun.." Mikael sengeh sendiri.

"Ya allah.. Atalia.. kenapa buat macam tu tak baiklah."

"Ayah tak ajar kamu buat macam tu tau.. bagi kahwin dengan anak kawan Ayah baru tahu."

Uhukk..

uhukkk..

"Ya allah.. Tuan.. minum air dulu.." Medina terus bangun.

air di sebelah Mikael diambilnya lalu di hulurkan pada Mikael.

"Hmm abang pun! Diala datang nak berkenalan dengan kita."

"K-kenapa cakap macam tu..?" Marah Farhana..

"Ehem.. tak apa Pakcik.. Makcik.. mungkin isteri saya sebut ni, rindu gamaknya hee."

"Tuaan.. ini tisu.." Tisu di ambil lalu diberi pada Mikael.

tapi lelaki itu hanya melihat tak pula dia mengambilnya.

Medina pelik Mikael langsung tak bercakap dengannya.

"Hum terima kasih." Mikael terus merampas dengan sedikit kasar..

wajahnya sudah panas tiba-tiba.

"Pakcik minta maaf nak.. Pakcik cuma bergurau saja tadi.." Ia tahu Mikael sudah bengang dengannya.

"Oh tak apalah Pakcik biasa'lah tu!" Tisu dilap dibibir sedikit..

"Saya dah lambat ni sebenarnya, Saya minta diri dulu.. Assalamualaikum.." Mikael terus bangun.

dan berjalan meninggalkan keluarga Medina yang masih disitu.

"Waalaikumussalam.." Mereka bertiga menjawab serentak.

"Abang !!!! Kenapa cakap macam tu sayang tak suke abang bergurau kasar begitu.." Farhana meletak sudu di atas piring dia mengeluh perlahan.

Medina tak terkutik dari tadi, ia tahu sangat perangai Majikkannya macam mana! Merajuk.

"Macam mana ni Lia..?" Farhana menepuk meja.

"Erm !!! Tak tahu.. bagi sikit masa dekat Tuan eh.. dia merajuk tak lama tu ehee heemm.." Medina sudah senyum kekok di depan orang tuanya.

"Maafkan Ayah Lia, Ayah tak sengaja tadi.."

"Ayah janganlah minta maaf, Ayah tak salah pun."

"T-tuan tu memang kuat merajuk sikit.. nanti dia okeylah tu.."

"Sudahlah tu jomlah sambung makan.. Lia lapar ni." Medina kembali menyudukan nasi ke dalam mulut dengan lauk-pauk yang sudah berada didalam pinggan.

Medina masuk ke dalam rumah, langkahnya sudah didekatkan dengan Mikael.

Ehem..

"Tuuan. Masih merajuk ke..?" beberapa bekas makan terisi di letak di atas meja ruang tamu.

Mikael menutup mata ia membaringkan tubuhnya disofa panjang sambil menutup wajahnya dengan bantal bulat.

"Dont talk to me.." tangan di depa pada Medina.

"Hihi. Comelnye." Medina tergelak.

"Ayah cakap sembilan belas hb ni Tuan boleh masuk meminang Medina.." Dia berlutut di depan Mikael.

"Apa..? Boleh masuk meminang ni.. Serius..?" Pantas ia bangun.

tapi dia memerhati sekeliling mencari kelibat Medina tapi Medina berada tak jauh dari situ.

"Betul lah.. Medina tak tipu."

Mikael terus duduk di bawah dengan Medina. Wajah Medina di tarik ke dalam pelukannya.

"Terima kasih Medina.." Pipi montel gadis itu di kucup di gomol dalam-dalam.

"Sesama Tuan.." Ia terus memeluk tubuh Mikael.

"Kena kahwin cepat-cepat macam ni Medina.."

"Jom ke dapur, Ayah dengan Mak ade bagi bekal untuk Tuan ni.." Medina memuncungkan bibir pada taparwe di atas meja.

Kriukk..

kriukk..

Perut Mikael sudah berbunyi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience