EPISODE 46

Family Series 439934

Dengan langkah laju. Maria terus naik ke bilik tidur mereka di atas.

Ia tahu Mikael simpan barangan berharga di dalam bilik itu.

"Tak mungkin! Aku sebagai isteri aku mahukan hak aku juga.." Maria terus mengeledah semua tempat di dalam bilik tidur mereka.

"Argh sial..!! Mana orang tua ni letak barang kemas tu."

"Tak boleh jadi aku mesti cari sampai jumpa tak kira aku mahukan, hak aku.." Ia terus berlari ke kamar persalinan pakaian pula.

Pintu dibuka kasar.

Ia terus berjalan ke arah beberapa kabinet. Tangannya pantas membuat kerja.

"Tak ada sini pun tak ada.."

"Argh tak guna betul berani orang tua tu sembunyikan barang kemas tu dari aku. Bodoh." Maria terduduk sambil menangis sorang diri.

"Arghhh you tak adil Mikael."

"I cuma mahukan hak saje." Barang kemas miliknya sudah di gadai.

ke semuanya wang diberikan kepada Anuar. Kini tiada lagi barangan berharga di dalam hidupnya.

"I tak mahu hidup macam ni. Please jangan siksa I lagi.."

"Please I nak Mika I kembali.." ia terus bangun dan berjalan ke loteng atas.

Bilik kerja Mikael.

"Mama.. I takde ape-ape lagi! I dah miskin.." Bilik kerja Mikael digeledah.

fail-fail penting di dalam laci di buang ke lantai. tapi tiada satu barang kemas yang ada di sana.

"I hate you Mikael Lutfi..!!!"

Mikael bercekak pinggang melihat belakang tubuh Medina. Zara dan Minah juga kembali kerja di rumah Mikael.

"Hey Medinaaa..!!" Mikael mendapatkan pinggang langsing Medina.

"Oi mak kau malaun eh Tuan ni.."

"Hahaha. Melatah." Mikael gelak mengekek bila Medina melatah begitu.

Jarang betul dia mendengar latahan dari Medina.

Ia terus mencium pipi kanan Medina dalam-dalam.

Medina terus menjeling pada Mikael.

Prang.

Medina dan Mikael terkejut dengan bunyian pecah didalam rumah.. Mereka berdua terus berjalan pantas ke ruang itu..

"Puan..?"

"Ada apa ni.?" Mikael berlari naik ke laman rumah.

"Ya Allah, Hati-hati Medina."

"Kaca banyak ni.." Medina hampir terpijak kaca yang dibaling Maria dari tingkat atas.

Nasib baik Mikael sempat menarik tubuh Medina jauh dari situ.

"Ya allah, banyak betul kaca ni.." Medina terus beranjak jauh dari situ..

"You ni dah kenapa Maria..?" Jerit Mikael sekuat hatinya.

"I kenape..? hey Mika.. I ni masih isteri you tau.. I nak barang kemas sekarang macam Medina punya.." Ia juga menjerit kuat.

Huh..

"Cukuplah Maria."

"You dah lupa tentang cadangan you tu, cukup lah berdrama dekat sini.." Mikael bercekak pinggang.

Mikael terus membuka lampu, di luar sudah pun hujan lebat.

"I still you wife.. wife yooouuu Mikael understand.." Maria kembali membaling botol kaca entah dari mana dikutipnya.

"Stop'it now Maria..!! Bahaya tahu tak."

"You dah gila ke apa Maria. !!!" Jerit Mikael dari tepi dinding.

Mikael sudah berganjak jauh..

"Yes!! memang I dah gila.!!" Maria menjerit lantang.

"Maria.. Maria.. you memang mental..!!" Mikael bercekak pinggang melihat Maria masih membaling botol kaca kearahnya.

"Stop it Maria.!!" Mikael sudah jerkah Maria dari tadi..

"Kita kemas sini dulu.." Dengan segera Zara memberi arahan pada Medina dan Minah, Qila juga turut membantu.

"Hehe.. Medina.." Maria sudah aim belakang tubuh Medina lama-lama dalam sesaat ia terus membaling botol itu kearah Medina.

Krekk

"Arghhhh.. Puann.. ya allah."

"Medina.." Mikael dan pembantu rumah terus mendapatkan Medina yang sudah terbaring kaku di lantai.

Darah mulai keluar dari belakang tubuh Medina.

"Ermm.. Sakit." Matanya sudah layu.

"Medina.. Medina. Sedarlah.." Mikael terus menepuk pipi gebu Medina.

tapi malangnya gadis itu sudah tak sedarkan diri lagi.

"Korang kemaskan semua ni..!!" Mikael terus mencempung tubuh Medina keluar dari rumah itu.

dalam tak sedar gadis itu mengalirkan airmata.. kesakitan yang dirasainya amatlah sakit.

"Haahaha.."

"Medina. Medina.. rasakan itu baru sikit.."

"Hahaha sikit sangat Mikael.." Maria terus berlari masuk ke dalam bilik pintu bilik di kunci rapat.

"Selagi kau tak bagi hak aku! Jangan harap Medina selamat dalam rumah ni.."

"Aku Puan besar dalam rumah ni."

"Sedar diri sikit.!" Maria terus membaringkan tubuhnya diatas katil.

Sejam kemudian.

Qalsum dan Fakri menghampiri Mikael di ruang tunggu dihospital, Farhana dan Dafizan juga turut berjalan pantas kearah Mikael.

"Mika.. macam mana dengan Lia..?" Dafizan segera bertanya ia amat risaukan keadaan anaknya ketika ini.

"Medina.. ada di dalam Pakcik, Makcik.." ia kembali duduk kepalanya sedikit berat mengingati kejadian tadi.

"Mama dah cakap! Jangan bawa Medina balik ke rumah dulu.."

"Engkau ni memang degil tahu tak..!!" Bahu Mikael ditunjai Qalsum.

"Medina cakap dia bosan duduk rumah sorang-sorang lagipun kalau dia merayu bukan biasa-biasa Ma.."

FLASHBACK.

"Tuaan.. boleh lah Medina masuk kerja balik macam biase ek...!! Please.." Medina melutut di depan Mikael dengan mata bundar sejak tadi.

"Tak boleh, Medina.. kau tahu Maria masih tak waras sebab aku melamar kau, Dua bulan lepas."

"Hm. Tolonglah jangan degil Medina Atalia.." Ubun-ubun Medina dikucup lembut.

"Nak juga! Tuan tahukan Medina perlu berkerja untuk keluarga Medina, Adik-adik Medina masih sekolah tau."

"Aku tahu.. tapi kau kena ingat kita ni bakal bertunang tau." Mikael mencubit pipi Medina.

"Hmm..!!" Medina sudah menangis sambil memegang lutut Mikael..

"Ya allah, Medina.. janganlah macam ni. Okay, aku bawa kau kerja sana semula! Degil.." Dagu Medina diangkat dan mata mereka bertentangan seketika.

"Hisk.. janji..?" anak jari Medina diangkat tinggi separa dadanya.

"Hmm.." Dagunya digaru kejap..

"Yeay.. I win.." Medina terus berlari naik ke bilik dengan girang sekali.

Mikael terus blur.

"Tadi bukan kau menangis ke.? Medina !!!"

"Argh sampai hati kau." Mikael menepuk dahi sendiri.

Begitulah ceritanya.

Fakri duduk disebelah Mikael. Dia kasihi anak sulong nya itu. Berkahwin tetapi gayanya masih seperti bujang.

"Papa tahu tak Maria tu dah macam tak waras lagi.."

"Mika takut dia dah tak boleh beza mana suami dia saja nanti.." Wajah ibu bapa Medina dipandang sepi.

Farhana menjauh keluarga itu. Farhana mengamit tangan pada suaminya dengan isyarat.

"Ya.." Dafizan terus berjalan kearah isterinya.

"Hana risaulah dengan isteri Mika tu.. silap-silap anak kita tak sempat kahwin dengan Mikael nanti." Farhana meluah perasaan yang terbuku dihati.

"Kita fikir positif sudah Hana.. mungkin apa yang terjadi ni allah dah atur dengan baik sekali.."

"Kita sebagai ibubapa berdoalah semoga anak perempuan kita tu tak apa-apa.." Bahu isterinya diusap-usap lembut.

"Tapi bang !!! Ni dah teruk boleh melibatkan polis dah ni."

"Kite jaga anak-anak kite dari dalam perut Hana ni sampai ke besar tau.."

"Sekali pun kita tak pernah cederakan diorang sampai macam tu sekali."

"Hana tak rela.." Hana mengelap airmata perlahan ditepi bibir

"Sayang.. dah.. sudah.. bawa istighfar banyak-banyak.. kita tunggu sampai doktor panggil ya.."

"Hana nak Lia balik duduk dengan kite. Hurmm."

"
"Sayang hey, janganlah macam ni.." Dafizan terus memeluk tubuh Farhana.

Mikael sudah bangun dari duduk ia melihat jam di tangan sudah sejam Medina di dalam sana.

Langkah terus ke kaunter pendaftaran hospital.

"Maaf tumpang tanya Medina masih di dalam ke Nurse..?" Ia memerhati sekeliling.

Mana tahu Medina sudah di benarkan pulang.

"Tuan.. cik Medina masih berada di dalam."

"Ia masih menerima beberapa jahitan di belakang tubuh kerana, koyakkan nya agak besar."

"Harap bersabar ye.." Nurse bernama Nafisa hanya tersenyum nipis.

"Aduh! Kena jahit pula.." Semakin risau hatinya..

"Abangg..!! Lia.. ya allah.." Farhana terus jatuh ke lantai, Dafizan tak sempat sambut isterinya.

"Ya allah.. Farhana.."

"Ya allah, Makcik..!! Kenapa ni Pakcik..?" Mikael dan Fakri turut membantu Farhana yang sudah pengsan di dalam pelukkan Dafizan.

"Makcik kamu dengar tadi Nurse tu bagitau kamu."

"Itu yang dia jatuh pengsan ni.." Terang Dafizan sebelum ia membawa isterinya ke bilik rawatan.

"Saya daftar untuk Makcik sekarang.." Mikael terus ke kaunter pendaftaran semula.

"Baiklah.. terima kasih Mikael.." Dafizan dan seorang Nurse membawa Farhana ke sebuah bilik yang agak jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience