EPISODE 06

Family Series 439922

Mikael Lutfi sempat bebel panjang kepada Medina Atalia kerana makanan yang berada di dalam piring masih banyak tersisa.

"Makan banyak sikit boleh tak Medina, kau tu kurus sangat.. Haish."

"Tuan.. Medina dah kenyang sangat-sangat ni."

"Kau nak habiskan ataupun tidak? Jawab.."

"Aduh.." Medina mengusap perut perlahan.

"Medina nak sikit jer tak nak banyak-banyak sebab mulut ni masih sakit, Tuan.."

"Hmm baiklah meh sambung makan.." Mikael senyum sorang diri.

"Tuan tak kerja ke? Dah tengahhari ni.." Jam di pergelangan Mikael sempat ia perhatikan sekejap.

"Cuti period.." Ia tersengih panjang.

"Huk huk apa period..?" Tersembur segala nasi keluar dari mulut Medina habis mengenai baju Mikael.

"Ya allah! Hati-hatilah Medina.." Laju saja tangan Mikael capai tisu langsung di usap pada bibir Medina.

"Tuan period ke..? Seriuslah.."

"Apa punya soalan kau ni, Medina..? Aku tu cuma gurau jelah. Ish.." Tisu di ambil lagi lalu di libas sedikit pada pakaiannya.

Ia kembali duduk bersebelahan dengan Medina Atalia. Rambut hitam mengurai gadis itu di tolak ke belakang telinga.

Medina Atalia kembali mengaru dahi.

"Suka sangat garu dahi tabiat dari kecik ke apa tu.? Medina.."

"Bukan tabiat Tuan, tapi dahi ni ade sejarah lampau hehe.." Hampir-hampir ia ingin mengaru dahi.

"Jangan Medina. Ih.." Terus di tempis oleh Mikael.

"Tapi ini dah terbiasa lah Tuan tak ganggu kerja harian saya pun.." Medina menolak kasar tangan Mikael ke sisi lain.

Mikael Lutfi menjeling tajam pada bibir Medina Atalia, kepalanya di geleng laju.

"Susah cakap dengan budak universiti tak habis ni. Cakap orang matang langsung tak mahu dengar.." Bebel Mikael lagi.

"Matang ke tua...? Opss sorry.." Medina terus menekap mulut sendiri.

"Yelah aku sedar diri aku dah tua nak masuk ke dalam lubang kubur dah pun.." Mikael sengeh senget.

Oloo merajuk pulak majikan.

"Tuan terima kasih tau sebab sudi hantar makanan untuk Medina tadi.. Ermm by the way tuan.."

"Hmm.."

"Sebenarnya masakan dekat sini tak sedap langsung tawar, kedekut bahan pulak tu."

"Hahaha sengal kau ni, Medina.." Mikael tergelak besar.

CLACK.

Datin Sri Qalsum dan Maria Elena terus berjalan ke arah Mikael Lutfi. Mereka berdua berdiri di belakang Mikael Lutfi dengan perasaan yang tak dapat sesiapa bayangkan pun.

Sudah tentu ada saja benda nak sembur pada Medina Atalia lagi dan lagi. Kerana hal semalam masih belum selesai.

"Di sini rupanya you Mikael.."

"Mama..?" Mikael beralih ke belakang. Ia agak terkejut tetapi dia tahu kenapa ibu dan isterinya ke sini. Pasti bersebab lagi.

"Ada apa Mama ke sini dengan Maria. I agak sibuk nak uruskan pekerja I sekarang ni. Mar ada apa ni..?"

*Ya allah janganlah buka gelanggang WWE lagi please.* Medina sudah gugup.

"I ke sini sebab tadi I dengan Maria ke office you. Tapi tadi PA you cakap you cuti. Oh rupanya cuti sebab pembantu rumah ni ke Mika..?"

"Memang I cuti Maa.. Please jangan buat kecoh dekat sini. Sini hospital bukan rumah.."

"Wah, Sebab perempuan ni you sanggup cakap macam ni. Hebat !!.." Qalsum tepuk tangan depan Medina dan Mikael.

"Masa you sakit ke mana dia pergi..? I ask you Mikael ! Don't you bling my boy, you have wife !! Please understand this."

"Yes I have wife but her my maid home! Not you maid home. What are you problems with her Mama..?"

"Mama jangan lah mulai lagi. Please.." Maria mula merayu pada Qalsum.

Jelas ia terasa bila Mikael Lutfi membela Medina Atalia di depan Mama mertuanya.

"Huh.. I tak kira. I nak perempuan ni berambus secepat mungkin. Perempuan ni terlalu melampau dan tak kenang budi langsung. Jangan di sebabkan dia, you lawan cakap I Mika.." Qalsum mulai langkah setapak ke depan.

"Ha.. ha.. ha.. Tak kenang budi.? Excuse me. Mama rasanya Mika tak salah dengar kot tadi apa tak kenang budi..?"

Qalsum terus mendiamkan diri.

"Mama dengar sini.. Jangan sampai Mika ambil tindakan undang-undang terhadap Mama sebab Mama dah cederakan Medina.. Ni nampak bukti masih ada ni.." Wajah Medina disentuhnya.

"Ehem, Maria let go.. I dah muak dengan semua ni." Tangan Maria di tarik keluar dari bilik wad dengan terburu-buru.

Isteri dan Mama nya sudah menghilangkan diri dari hospital itu tak sampai sepuluh minit.

"Tuan.. tak baik lah buat macam tu dekat Datin tadi. Hm macam mana pun dia tetap Mama kandung Tuan tau. berdosa tau tak..?"

"Aku terpaksa.. kalau tak diorang takkan pergi dari sini selagi Mama aku tak cederakan kau lagi. Nak ke rasa benjol dekat tempat lain pulak..?" Mikael menjongket kening.

"Tak nak sakit ni pun tak habis lagi.."

"Tahu pun kau! Lain kali orang matang bercakap tu dengar dan hadam cukuplah.."

"Tak cakap pape pun.."

"Aku puk karang! Biasee dia.."

"Yelah. Maafkan Medina ya Tuan."

"Jom main kawen-kawen, Medina. Nak tak..?"

"Apa...?"

"Tak ada apa-apa, ni habiskan makanan yang ada lepas tu makan ubat." Arah Mikael dengan tegas.

"Um sikit je Medina boleh habiskan, perut Medina dah betul-betul kenyang ni."

Mikael Lutfi mengangguk kepala, dia baru teringat Medina Atalia tak pernah makan banyak. Jadi dia maafkan gadis muda itu.

"Tuan.. tuan jangan marahkan Datin lama-lama ye, macam mana pun dia tetap ibu kandung tuan sejak azali lagi."

"Yelah. Nak mandi ke tak ni aku boleh tolong." Mikael cepat memintas kata-kata Medina.

"A-apa!! Tuan dah sewel ke.?" Medina terkedu hingga bebola matanya membulat dengan sempurna.

"Hahaha.. aku gurau jelah kau ni gelabah sangat."

Medina Atalia mencebik bibir, dia tahu dia masih sakit tetapi sejak-sejak majikkannya buat perangai seperti kanak-kanak ribena. Sakitnya terus hilang..

Beberapa orang Nurse dan seorang doktor masih merawat keadaan Medina Atalia, beberapa keping gambar di ambil untuk membuat pembuktian di lain hari.

Mikael Lutfi membawa Zara dan Qila ke hospital.. mereka masih menunggu di luar wad hampir dua puluh minit.

"Lambat lagi ke tuan.? Makcik tak sabar nak jenguk Medina ni." Zara sudah bangun dari duduk. Dia menghampiri pintu wad Medina Atalia.

"Kejap lagi mereka keluar lah tu, makcik sabar lah kejap lagi ya." Mikael juga bangun dari duduk. Dia juga resah sendiri.

"Betul kata Tuan Mikael tu Zara. Medina masih di dalam, doktor pun ada tu.." Qila menghampiri Zara, dia tergelak lucu melihat wajah seorang demi seorang.

Mikael Lutfi berjalan ke kaunter pendaftaran dia bertanyakan tentang Medina Atalia. Dia tidak canggung untuk bertanya khabar gadis itu melalui nurse perempuan itu.

"Cik Medina Atalia masih di rawat. Tuan.. bawa bersabar ye."

"Macam mana saya nak sabar Nurse, saya ada di sini pun hampir setengah jam lalu. Takkan tak sudah-sudah lagi. Adoi!!" Mikael berjalan semula ke wad tadi.

Maria Elena berjalan sendiri ke ruang wad Medina Atalia. Dia mahu tunjuk perihatin kerana dia tahu suaminya sudah ada di sini.

"Benar tekaan aku, Mika ada di sini.. apa specialnya perempuan tu?! Dia hanya pembantu rumah saje. Hm." Ia berjalan mendekati Mikael.

"Baby.."

Berkerut dahi Mikael Lutfi dan lain-lain. Mereka Terkebil-kebil melihat Maria Elena berjalan kearah mereka.

"You buat apa disini Maria.? Bukan ke you di pihak Mama." Mikael menjeling sekilas pada Maria.

"Baby, I kesini sebab maid I lagi sakit di dalam, salah ke kita sama-sama melihat keadaan Medina.?" Maria memeluk tubuh Mikael.

Dia tersilap kerana mengikut Mamanya datang serang Maidnya dua hari lepas.

"Tak salah tapi I masih tak boleh fikir dengan tenang bila you kesini dengan tiba-tiba. You and Mama ada agenda lain ke.?"

"Sayang!! Sampai hati you fikir bukan-bukan tentang I.. You tahu tak I benar-benar ikhlas nak datang melawat ni."

Mikael Lutfi mengangguk kepala, dia cuba untuk berfikir lapang tentang sang isteri.

"Baiklah I takkan fikir bukan-bukan tentang you, maafkan I ya baby.."

"Ha macam ni lah baru suami yang terbaik untuk I.. Hihi.."

Zara melihat Maria Elena mengedik di dalam pelukan suaminya, sedikit sebanyak dia pun tak dapat fikir untuk apa majikkan wanitanya kesini.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-07-23 08:08:29 

guna bahasa Melayu je author.


NovelPlus Premium

The best ads free experience