EPISODE 25

Family Series 439762

Mikael membawa Medina ke keliling Itali. Sempat juga lah lelaki itu membawa Medina ke beberapa tapak projek untuk kali terakhir sebelum mereka kembali ke tanah air.

Untuk buah tangan.

Mikael membawa Medina ke shopping mall terdekat dengan hotel itu.

Beriringan tangan masuk ke dalam sana.

"Medina, kita masuk ke dalam sana dulu. Jom.." Mikael memeluk pinggang Medina.

Mereka dua masuk ke dalam salah satu premis perniagaan barangan mewah.

"Wah.. besarnya mall ni.." Medina ke satu ruangan.

Sudut itu menempatkan barangan berharga seperti jam tangan bersalut emas dan barangan lain.

"Pilih lah Medina.." Mikael menunduk sedikit wajahnya.

Mikael terus mencium pipi Medina.

"Ek. !!" Medina terdiam sendiri.

Malah hanya mata saja mampu memerhati tindakan Majikkannya saat ini.. setiap gerakan Mikael membuat diri nya kaku seketika.

"Hey patung lilin jangan kaku lama-lama nanti diorang letak kau dalam cermin tu baru tahu. Hahaha.." Mikael tergelak besar.

"Sini aku nak peluk.." Mikael terus menarik tubuh Medina masuk ke dalam dakapannya.

Rindu.

"Tuan ni ! Medi bukan patung lilin lah pe-pandai je panggil orang patung lilin. Debik kang.." Wajah nya sudah monyok panjang.

"Kau patung lilin aku. Sampai bila-bila faham.." Dia terus membawa Medina ke dalam untuk mencuba sesuatu di sana.

"Apa-apa jelah.." Medina segera berjalan seiring dengan Mikael.

Hampir sejam mereka mengelilingi mall terbesar itu.

Mikael membeli beberapa barangan di dalam sebuah butik terkenal yang pastinya sangat mahal harganya.

"Harap-harap Puan suke lah dengan barangan yang Tuan pilih ni ye." Medina membelek beberapa helai pakaian yang di tayang depannya.

"Kau pula..? Tak suka ke."

"Tuan bukan beli untuk Medi. Haish apa lah Tuan ni.."

"Sebab tu aku tanya tadi kau nak apa-apa tak.? Tapi kau tak nak jadi aku beli dekat isteri aku jelah.."

"Lagipun dia memang suka barang kemas, ni." Jari jemari Medina di genggaman dan di tarik untuk berjalan sama-sama.

"Medi boleh jalan sendiri lah Tuan. Tuan Mika.."

"Hm apa.?"

"Lelaki kat sini semua tinggi-tinggi, Medi suke sangat lelaki tinggi-tinggi macam mamat tu tau. Nampak kacak gila.."

"Diam lah kau Medina.." Mikael mula panas telinga.

"Tapi ini kenyataan, Tuan.." Medina melihat seorang lelaki yang tersenyum kearahnya.

Ia turut tersenyum juga.

"Ih kacak wey.."

"Sudah ! Kita pergi sekarang." Mikael mengenggam tangan Medina dengan kasar.

"Eh !! Sabar Medina nak ke sana.."

"Sudah. Aku nak balik rehat ni, Medina."

"Tapi...."

"Diam.." Ia pantas menyeret tangan Medina keluar dari sana.

"Cepatlah sikit jalan tu.." Ia panas hati dengan kata-kata Medina tadi.

"Ish boleh sabar tak..? Kaki Medi sakit, Tuan Mika !!!.."

"Aku heran dengan kau punya sakit tu.? Masuk.." Tubuh Medina di tolak ke pintu kereta.

"Tuan ni dah kenapa..? Boleh bawa bersabar tak."

Medina mahukan keadilan.

"Aku tak suka kau cakap pasal lelaki lagi lepas ni.. Medina.."

"Pulak !! Habis Tuan tu ape perempuan jelmaan ke..?"

"Kau!!!! kau cakap lagi macam tadi siaplah aku akan bagi kau hukuman yang setimpal nanti. Faham." Gertak Mikael dengan nada geram.

"Masuk.."

"Sakitlah...!! Sewel ke dia ni.?" Medina terus membuka pintu kereta dengan kuat.

Sebaik saja Medina melangkah masuk ke dalam kereta belum apa-apa lagi Mikael terus menutup pintu kereta di sebelah Medina dengan kuat.

"Auch, aduh kaki aku.." Cepat-cepat ia mengesat tempat sakit tadi.

Kakinya sakit kerana di hempas pintu kerana Mikael. Apa lelaki itu sudah hilang ingatan ke?

Mikael terus masuk ke dalam kereta di sebelah Medina. Hatinya semakin panas apabila Medina tidak lagi melayan kerenah dirinya.

"Kenapa tak melawan cakap aku Medina..?" Mikael menjeling tajam pada bonjolan bulat yang ada di dada Medina.

Dia menggigit bawah bibirnya lama.

(Kenapa aku juga jadi mangsa dia! Apa salah aku Tuan..?) Medina memejam mata.

Bahunya di usap berkali-kali hingga terasa hilang sedikit rasa sakit itu.

"Medina nak tidur kejap Tuan. Nanti sampai kejutkan Medi ya.." Ia melihat keluar tingkap.

(Kenapa kau cemburu sangat ni Mikael..?)

(Kau tahu sendiri lah dia memang lagi cantik dari Maria, sampaikan kau gelar dia sebagai patung lilin.)

(Tapi kenapa kau harus cemburu sampai macam ni sekali..? Apa jangan-jangan kau suka kan Medina tak..?)

"Kau lapar tak, Medina..?" Suaranya kembali kendur.

Sesaat

Dua saat

Apa patut dia lakukan selain melelapkan mata sebelum dia menangis atau lain pula jadinya nanti.

Hatinya sakit.

"Tidur dah..?" Mikael menggeleng kepala.

"Medina, bangun kita pergi makan dulu.." Kejut Mikael.

"Huh..?"

"Bangun. Tolong Google dekat mana makanan paling sedap dekat Itali ni.." peha Medina ditepuk beberapa kali sebelum Medina terjaga dari tidurnya.

Medina hanya mengangguk perlahan, dia tak lagi pandang wajah lelaki di sebelahnya.

"Nak makan dekat mana..?"

Medina menggeleng kepala perlahan, dia kembali lelapkan mata.

Tak ada selera.

"Medina. kau nak makan stik tak..?" Mikael cuba mengumpan selera Medina.

Sejak mereka di sini satu pinggan stik pun tak pernah Medina pesan.

Belanja makanan mewah-mewah lagi tak ada.

Mikael selfish!

"Ikut suka Tuan lah.. Medina makan je apa-apapun"

Mikael terus tak sedap hati dengan kata-kata Medina. Ya suara gadis itu sedikit serak basah.

"Kau tak lapar..? Kalau kau tak lapar kita balik hotel terus ni.."

Sejam meredah hujan tiba di depan laman hotel tadi. Medina terus keluar dari kereta tanpa pedulikan Mikael lagi.

"Hi Sir.." Seorang pelayan membantu Mikael untuk meletakkan kereta di parkir.

"Hi.." Sempat Mikael berborak sedikit panjang.

Medina terus membawa barang-barang tadi naik ke lobby hotel tanpa pedulikan Majikannya lagi.

Kakinya terlalu sakit jika di biarkan berdiri terlalu lama, ia sudah tak perduli lagi kalau di pecat sekalipun jadi ia pergi terlebih dahulu tanpa pamit.

Sudah dua jam lebih Mikael berjalan di depan cabinet tv. Sudah lama ia memikirkan tentang Medina.

Gadis itu tak lagi galak berkata-kata walaupun dia bertanya soalan bodoh pada Medina. tapi Medina hanya memberi respon mengangguk dan menggeleng kepala saja.

"Aku sayangkan kau, Medina.."

"Aduh apa aku cakap ni.?"

"Medina, Please jangan buat aku macam ni.." Rambut nya semakin serabut akibat di tarik tadi.

Selepas apa yang berlaku Karl Hakimi memberi tahu tentang Maria padanya. kali ni Medina takkan akan terlepas dari genggaman nya lagi.

Dirinya sudah sediakan beberapa plan yang terbaik untuk mengajar Maria di rumah nanti.

"Maafkan aku Medina.. aku terpaksa heret kau sekali dalam masalah rumah tangga aku. Tak salahkan..? Aku ada alasan sendiri."

"Lagipun kau masih muda cukup lah selama ni kau buat aku sentiasa geram dengan kau, sayang.." Mikael senyum sendiri sambil menjilat bawah bibirnya perlahan.

Mikael Lutfi gatal.

TOK

TOK

TING

TONG

Pelayan hotel menekan bell di bilik Medina.

"Kejap.." Medina segera membuka telekung.

Ia segera melipat lalu di letak atas tilam.

TING

TONG

"Haish sabar lah.." dia berlari kearah pintu.

"Tuan. Eh !! Tersilap orang pula hehe.." Medina sengeh sendiri.

"Miss .. I'm sorry, someone ordered this special meat steak for you.."

"But.."

"Take and please enjoy okay.." Wanita itu membawa masuk dulang berserta air ke dalam bilik Medina.

"Sorry to ask.. who ordered all this? I didn't order anything.." Medina mengaru dahi.

"Oh. Someone.. but he just wants you to enjoy this food.. in half an hour I will bring another food to you."

"Seriusly..?"

"Yeah, Thank you.." Wanita itu terus melangkah pergi meninggalkan Medina sendiri.

Medina terus menutup pintu dan mengunci sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience