EPISODE 48

Family Series 439762

Selesai Mikael dan Medina menjamah makanan di pagi hari, Ia terpaksa meminta diri untuk pulang ke rumah seketika.

"Pakcik, Makcik. Saya kena balik dulu sebabnya pagi ni saya masih ada hal di pejabat."

"Jadi saya boleh tinggalkan Medina sebentar dengan pakcik, makcik.?" Risau dia kalau-kalau Medina boleh keluar dari hospital dia tak ada bersama.

"Pergi lah Tuan Mikael, Ini anak kami. Kami berdua dah lama jaga Medina ni." Farhana tak melihat wajah Mikael pun.

Dia masih marahkan Mikael atas biadapnya Maria.

"Erk.. Baik lah kalau Medina..."

"Tuan Mikael, Kalau anak saya boleh discajj nanti pun saya akan bawa dia pulang ke rumah kami."

"Jadi jangan bimbang." Farhana menjelaskan sejujurnya pada Mikael.

"Hana. Kenapa dengan awak ni.?"

"Saya sebagai seorang ibu saya ada hak nak jaga anak-anak saya, abang."

"Maaf Makcik. Saya betul-betul akan ambil tindakan undang-undang pada Maria."

"Makcik jangan marahkan saya dulu, tak kahwin saya nanti dengan Medina ni."

"Maafkan saya ya.?" Mikael Lutfi menggenggam tangan Medina erat-erat.

Dia takut kehilangan Medina saat ini.

"Tuan. Jangan ambil tindakan undang-undang pada Puan, Semua ni salah Medi."

"Tuan balik dan kemaskan diri ya nanti nak pergi kerja pula. Hm.?" Medina tersenyum sambil mengurut bahu Mikael.

"Tapi.."

"Saya tolong pujuk Mama. Jangan risau okay." Medina mengangguk kepala.

"Baiklah, Aku pergi dulu."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Hanya Medina dan Dafizan saja menjawab.

Farhana duduk di sebelah Medina.

"Mama tak suka dengan majikkan kamu tu Lia, Mama kalau boleh nak kamu berpisah dengan dia."

"Lebih baik berhenti kerja." Farhana menjeling sekilas pada Medina.

"Awak tak boleh macam ni." Dafizan mendekat.

"Kenape saye tak boleh macam ni abang.? Lia ni anak kite, Bukan anak patung. !! Abang sedar tak.?"

"Abang tahu ini anak kita tapi Lia sudah besar dia tahu mana baik buruknya."

"Awak tak boleh macam ni Hana." Dafizan menggeleng kepala.

"Dia memang anak awak tapi saya yang kandungkan anak-anak awak abang."

"Mama.. kakak yang salah selama ni, Kakak degil sebab nak balik ke rumah Puan Maria."

"Padahal Tuan dah larang, Kakak yang degil." Medina mengetatkan genggaman tangannya dengan Farhana.

"Tapi."

"Semua ni salah Kakak. Kakak bukan sekadar tempah kemarahan tapi tempah maut juga, Kalau Tuan Mikael takde."

"Mungkin Kakak dah pejam mata dari semalam Mama." Ia menangis kerana kedegilan diri sendiri.

"Mama nak keadilan dari Majikan kakak, Mama tak kira." Farhana segera bangun dan berjalan pergi.

Farhana segera mendapatkan Mikael di parking lot kereta, ia harus bersemuka dengan lelaki itu.

"Mikael nanti dulu."

"Mikael." Farhana bergerak kearah Mikael dengan pantas.

"Makcik..? Em ada apa ya." Mikael tersenyum walaupun ia dapat rasa ada yang tak kena sekarang ini.

"Saya nak ingatkan, lebih baik awak jauhkan diri awak dari anak saya Medina."

"Selama-lamanya. !! Saya tak nak anak saya jadi apa-apa bila dia ada dengan awak Mikael."

"Boleh bukan.?" Farhana tersenyum sinis.

"Makcik. Saya sayangkan anak makcik dah lama, Kenapa makcik nak halang saya pula ni."

"Kalau makcik nak tahu dia masih pekerja saya, Saya tak pecat dia lagi jadi makcik tak ada hak nak suruh saya jauh dari dia. !!"

"Boleh faham bukan.?" Mikael bercekak pinggang.

Farhana terdiam kaku.

"Baik kalau macam tu awak pecat dia sekarang. Now.!!"

"Tak boleh !! Saya tak boleh pecat Medina sesuka hati saya, Makcik."

"Saya tak mahu pecat dia sebab dia tak buat apa-apa kesalahan pun pada kami yang sebagai Majikan dia."

"Kalau makcik nak tahu bil hospital ni saya dah bayar full tahu."

"Jadi makcik jangan nak halang saya dari jauh dari Medina. Hurmm." Ia segera beredar pergi.

Silap-silap bertekak mulut tak ada kesudahannya.

"Mikael.."

"Mikael, nanti.." Farhana bercekak pinggang.

Dia buntu akal hendak memutuskan hubungan mereka berdua.

"Mama." Nana mendekat.

"Kamu.? Bila sampai." Farhana menyambut salam dari anak keduanya.

"Dari kolej lah, Mama kenapa marah-marah ni."

"Mama bukan marah sesiapa pun tapi Mama baru bercakap dengan Majikan kakak kamu."

"Jom lah ke dalam." Farhana mengajak anaknya ke dalam.

"Tadi tu majikan kakak ke Mama.? Kacak." Nana tersenyum lebar.

"Kacak pun tak menjaminkan kebahagiaan, Kakak kamu masuk hospital sebab dia lah."

"Lah kenape pula Mama.?"

"Sebab dia bawa kakak kamu pulang ke rumah mereka sebab tu lah kakak kamu masuk hospital ni.

"Hmm. Aneh bukan." Farhana membuang keluhan berat.

"Sebelum ni kakak duduk mane.? And kenape pula Majikan dia nak marah sampai masuk ke hospital pula kan." Nana menghentikan perjalanan Farhana.

"Ha'ah.. tah-tah ada benda yang kita tak tahu ni." Farhana segera berjalan ke dalam bilik wad Medina dengan tergesa-gesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience