EPISODE 50

Family Series 439762

Lama Mikael Lutfi dan Adam memerhati tingkah kekok Medina di depan mereka saat ini.

Bukan kerna takut, takut sudah dua kali ia menipu majikannya hidup-hidup.

(Kau memang nak kena dengan aku ni Medina. !!! Awas kau nanti.) Mikael mengetap bibir dengan kuat.

"Maaf kami berdua lama di atas, solat kejap." Dafizan dan Farhana duduk di sebelah Medina.

EHEM

"Tak apa, kami boleh tunggu lagipun saya dah lama tak gigit orang ni." Mikael mengecilkan saiz mata.

"Huh.? Tuan macam lain sangat perginya tu hehehhe." Adam gelak mengekek di sebelah Mikael.

"Diam lah kau, Ni hal.aku dengan Medina." Ia masih tak lepas pandang wajah Medina sejak tadi.

Dia mahu seksa gadis itu begitu rupa.

"Bila nak masuk kerja.?"

"Macam nak cuti lama saja, cukup ke gaji nak sewa rumah ni belanja mak ayah, adik-adik lagi..? Huh."

"Tuan.. saya yang tak benarkan Medina kerja di rumah Tuan lagi."

"Saya tak nak anak saya sakit lagi sebab isteri Tuan, saya harap Tuan faham lah." Farhana bangun dan duduk di sebelah Medina.

"Hana, kenapa cakap macam tu tak baik lah." Dafizan menggeleng kepala.

"Pakcik. Harini saya datang bukan dengan tangan kosong."

"Saya datang nak ambil Medina, dia masih pekerja saya."

"Medina boleh sabitkan kesalahan kerana berhenti kerja tanpa alasan dan dia tak kemukakan surat menyurat yang kukuh kenapa dia berhenti."

"Pakcik faham bukan.?" Panjang lebar ia meluahkan rasa geram di hati.

"Mungkin Medina juga boleh di penjara kerana tak beri keterangan lengkap pada majikan."

"Bagaimana.? Medina." Ia tersenyum lebar.

"Ma.. Kakak kena masuk kerja, ini sudah seminggu kakak tak kerja."

"Habis gaji kakak kena potong dengan Tuan Mikael nanti." Ia berterusan dengan sang ibu.

"Tapi, Mama takut kalau isteri majikan kamu buat hal lagi."

"Mama tak sanggup nak kehilangan kamu kakak." Farhana memeluk erat tubuh Medina.

Isk

Isk

"Mama takut.."

Dafizan mendekat Farhana.

Ia menepuk bahu isterinya yang lagi memeluk Medina, dia faham bagaimana perasaan sang isteri bila tahu anaknya terluka kerana majikan.

"Mama nak buat report polis untuk keselamatan kamu nak. Mama takut."

"Mama.. ajal maut ketentuan Ilahi, kite jalani apa yang dah tertulis ye, Kakak tak nak Mama Papa hidup susah macam dulu." Ia tersenyum lebar.

Ia menahan rasa nak menangis tetapi di pendam saja. Dia anak sulong dia tahu bagaimana rasa sakit hidup susah dahulu.

"Saya sudah buat report polis untuk keselamatan Medina Makcik."

"Ini buktinya." Mikael meletak sudah bersampul di atas meja depan Farhana.

"I-ini.." Farhana membuka surat tersebut.

Dafizan juga memerhati lama pada surat putih itu.

"Alhamdulillah.." Farhana tersenyum lebar kerana majikan anaknya tak main-main.

"Dan ini sebuah cek untuk keluarga makcik. Saya beri sumbangan sikit tak banyak."

"Harap Pakcik Makcik terima sedikit sumbangan dari majikan Medina ya." Sebuah cek di tolak pada Farhana.

"Kami cuma mahukan anak kami baik-baik saja Tuan." Farhana mencium ubun-ubun dan pipi kiri kanan anaknya.

(Aduh semua di kebas !! Aku pun nak haish.. tak boleh tahan ni.) Benaknya mula membebel.

"Tak ambil lah buat belanja semasa Medina ada di sini, boleh saya bawa kesay.. maksud saya pekerja saya.?" ia mengetap bibir.

Terlanjur lagi.

Barang-barang keperluan Medina di bawa masuk ke dalam bonet kereta. Mikael Lutfi mencari jari-jemari Medina dari tepi pintu kereta.

"Aku rindu kau Medina." Ia berbisik di telinga Medina.

"T-tuan.." Medina menepis tangan Mikael.

"Rindu.." Mikael merengek minta simpati dengan Medina.

"Medina nak tolong mereka Tuan."

"Tak payahlah. Sini kerja kau layan aku huh. Boleh.?" Ia melagakan ubun-ubunnya dengan ubun-ubun Medina.

"Gedik.." Medina tergelak kecil sambil memalingkan wajah kearah lain.

"Dah siap Cik.." Mereka berdua menunduk hormat.

"Terima kasih.." Medina melepaskan tangannya yang masih di genggam Mikael.

Ia berlari anak memeluk kedua orang tuanya.

"Mama. Papa jaga diri okay, nanti Medina cuti Medina datang melawat lagi ye."

Isk

Isk

"Majikan kamu memang gatal ke kakak.? Asyik berkepit saja dari tadi." Farhana memeluk tubuh Medina lagi.

"Erm gatal nak anak tu. Ihik." Medina tersenyum sambil menutup mata.

"Mama tak dia jadi menantu Mama."

"Hana. !! Jaga lisan awak tu.." Dafizan menepuk bahu Mikael semasa mereka bersalaman seketika.

Mikael menggigit bibir, dia dengar semuanya dia tunggu masa saja nak culik Medina dari Farhana.

Nikah tetap nikah. Titik !!!!

Mikael membawa Medina pulang, tapi pulang ke istana keduanya. Dia takkan benarkan Medina kerja lagi.

"Tuan.. kenape bawa Medi ke sini.?" Tercengang ia melihat rumah besar di hadapannya.

"Ini rumah kau, milik kita dua Medina. Jom." Mikael membawa bakal isterinya ke dalam.

Dan beberapa maid menunduk hormat kepada Medina dan Mikael.

Mereka segera ke bonet kereta untuk mengambil barangan di dalam kereta.

"Tuan yakin nak suruh Medi duduk sini.?"

"Ya sayang, aku yakin seratus peratus. No choice again."

"Habis macam mane Medi nak dapatkan gaji kalau Medi tak kerja Tuan Mikael Lutfi."

"Hahaha.. apa kata kalau aku kerjakan kau jelah." Mikael terus mencempung tubuh Medina nak ia berlari ke ruang tamu.

"Argh Tuan Mikael.. !!!!" Terkejut beruk Medina dengan tindakan suami orang yang satu ini.

MASIH ADA YANG BACA NOVEL NI.? KALAU TAKDE MA NAK UPDATE TIGA HARI SEKALI. ADE TAK.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience