EPISODE 61

Family Series 439762

Maria membelakangi Anuar. Dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu lagi.

Semuanya kerana seminggu lalu dia di panggil oleh pegawai polis untuk menyoal siasat tentang kes kematian Alin.

"Sayang ada apa you ajak I ke sini, malam-malam pula tu." Anuar bercekak dada.

"I tak boleh nak teruskan hubungan ni dengan you, I rasa serba salah sangat dengan Alin."

"Kenapa you nak rasa serba salah ni.? Apa you yang sengaja nak bunuh dia ke hari tu."

"NO.. !!!! I tak pernah fikir nak bunuh Alin atau sesiapa pun."

"So apa masalahnya dengan hubungan kita ni."

"An.. you tahu tak suami I dah sekat duit belanja I selama ni."

"So..?"

"So..? You ingat selama ni you yang belanja I beli itu ini ke..?!!!" Ia sudah bangun dari tempat duduk.

"I know, tapi you nak bayar bukan I nak beli.." Anuar tergelak sinis.

"I nak barang-barang kemas itu semula."

"WHAT.? Oh no I dah jual dekat orang lain sebab I tak pakai semua tu."

"Anuar.. !!!!! How dare you jual semua barang kemas I.."

"Barang-barang tu my husband yang belikan untuk I.." Maria menjerit kuat.

Menangis dia di situ.

"I don't know.. I balik dulu bye.." Anuar mengakat kaki beredar pergi dari situ.

"Anuar !! Anuar you tak boleh buat macam ni." Maria mengejar langkah Anuar hingga ke kereta.

"Stop it perempuan tua !! Aku baik dengan kau sebab aku nak semua yang kau ada."

"Kau saja bodoh sebab aku ni panggil kau sayang, baby bagai. Berambus." Anuar terus menolak tubuh Maria hingga jatuh ke tanah.

"I hate you Anuar !!!!!!!!.."

"Argh... !!!! I really really hate you. Kau pasti akan menyesal kerana berani tolak aku begini."

Isk..

Maria terus bangun dan berjalan ke kereta semula.

SEBULAN KEMUDIAN.

Datin Sri Qalsum terus ke dapur rumahnya. Ia melihat belakang tubuh Medina lagi memasak untuk makan tengahari.

Medina yang berada di rumahnya tak kalah seperti pembantu rumah.

"Medina.." Qalsum duduk di kerusi bar.

"Ya Datin Sri.." Medina berhadapan dengan Qalsum.

Wajahnya di tunduk penuh hormat.

"Ni vitamin untuk kau. Korang dah lalui malam pertama sebagai pengantin baru, bukan...?" Vitamin di lempar pada dada Medina.

"Erm.. ya Datin Sri." Medina masih menunduk sambil mencari botol vitamin tadi yang jatuh entah ke mana.

"Aku nak kau makan sampai habis, lagipun vitamin tu memang bagus untuk besarkan janin dalam kandungan kau tu nanti.." Qalsum menjeling lama pada perut nipis Medina ia terus beredar dari dapur.

Medina segera membaca di slip botol tersebut, berkerut dahinya.

"Vitamin mengemukakan bayi. Masalahnya dalam perut ni dah ade baby ke.?"

"Dengan suami sendiri pun tak jumpa lagi." Ia kembali ke dapur untuk memasak.

Selepas balik dari Bali..

Qalsum terus tak benarkan Medina pulang ke rumah. Katanya Mikael sibuk berkerja di luar sambil membawa Maria bercuti.

Medina hanya mengikuti kata-kata Qalsum.

Beberapa fail di atas meja di lempar di tengah meja panjang di bilik mesyuarat.

"Aku dah cakap banyak kali tapi korang tetap degil.."

"Asal korang ni tak makan anggur ke masa kecil-kecil dulu..!!"

"Hoi asal korang ni bodoh sangat hah..?" Mikael membuang rasa geramnya pada mereka di depan.

"Tuan sabar.." Adam cuba tenangkan diri Mikael.

"Aku kena bersabar..? Kalau aku bersabar sampai bila company kita ni nak maju ke depan macam orang lain. !!!"

"Jawab soalan aku ni, jawab Adam.. !!!" Mikael jerkah Adam di depan beberapa orang di dalam sana.

"Hm.. kita tak boleh paksa diorang macam ni Tuan.."

"Ni memang tak adil bagi kakitangan kita. Tuan." Adam memerhati sekeliling.

ia terus menunduk.

Kau diam Dam !! Aku boss atau kau boss..? Kalau kau rasa kau dah cukup hebat."

"Aku nak korang quit.. !!" Mikael terus melangkah kaki keluar dari bilik mesyuarat itu dengan perasaan yang sangat marah.

Barannya sudah tak dapat di kawal lagi.

"Korang sabar okey, teruskan saja semua ni.. siap nanti bagi audit.." Adam segera mendapatkan Mikael di luar bilik mesyuarat.

"Tuan... nanti dulu.." Adam terus menghalang langkah Mikael.

"Apalagi.?"

"Tuan.. jangan macam ni lah tolong lah sabar banyak-banyak.."

"Masuk kali ni dah berapa ramai kru Tuan pecat. Kesian diorang Tuan." Adam cuba tenangkan Mikael sekali lagi.

"Kau siapa nak bagi nasihat.?!! Boss besar.."

"Nak dapat pangkat tinggi boleh, Sila berambus dari sini dengan segera ya. Tq.." Bahu Adam ditolak kasar dengan bahunya.

"Korang semua ni tak mahu kerja berambus.. !!" Terdengar suara Mikael kuat jerkah kru-kru didalam pejabatnya.

Fakri terpaksa masuk campur dalam urusan Mikael. Ia dari tingkat enam terus ke tingkat dua puluh.

"Adam.. Mika ada..?" Fakri mendapatkan Adam di meja kerjanya.

"Ada Dato.. silakan masuk.." Ia ingin bangun tapi.

"Tak apa biar saya saja ke dalam." Fakri memberi isyarat di suruh duduk kembali.

"Baik lah kejap lagi Dam bawakan air ye.. silakan masuk Dato.." Adam tersenyum lebar.

"Hmm terima kasih.." Fakri terus melangkah ke bilik Mikael..

Tok.. tok..

Sesaat.

Tok.. tok..

"Masuk.." Arah Mikael lantang..

*Assalamualaikum.." Fakri membuka pintu ia terus berjalan ke arah Mikael.

"Erm! Papa.. Waalaikumussalam.. ada apa datang sini?"

"Mika sibuk ni.." Hampir penuh fail diatas meja dibeleknya.

"Kenapa tak jaga diri baik-baik ni kamu tu muda lagi Mika, masa depan kamu masih panjang nak."

"Huh muda.? Papa melawak apa-apa tenggahari macam ni.."

"Baru bangun tidur ke apa..?" Pen di buangkan dalam tong sampah.

"Papa ke sini sebab Papa dapat aduan terlalu banyak orang."

"Kenapa kamu pecat orang sesuka hati ni. Kenapa Mika..?" Fakri terus duduk di depan Mikael.

"Mika banyak kerja lagi ni..!! Papa pulang lah ke pejabat dulu.."

"Nanti ada masa lapang datang lah ke rumah eh.." Wajahnya di usap kasar.

Janggut yang tumbuh lebat tak di trim langsung..

Dia suka begitu.

"Mika.. dah sebulan lebih kamu macam ni.."

"Ya allah papa!! Kalau you datang sini nak nasihatkan I lebih baik pergi jelah dari sini."

"Sumpah !!!! I sibuk sangat ni.. just go.." Mikael menghalau ayah nya keluar dari sana dengan segera.

"Kenapa kamu biadap sangat ni Mikael..? Apa masalah kamu niha.."

"Papa tahu kamu lagi rindukan Medina, dia baik-baik saja di sana nak." Fakri menggeleng kepala sambil menundukkan kepala.

"Nak jumpa Medina pergi lah ke rumah, dia ada di sana Mika.." Perlahan kata-katanya.

Mikael tersandar di seat belakang, dia memejamkan mata dengan rapat.

Wajah cantik si isteri selalu bermain di mindanya seperti tayangan kaset.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience