EPISODE 68

Family Series 439762

Qalsum hanya memerhati Medina di depannya yang masih membalut luka didahi.

Lukanya lumayan besar, Qalsum lebih selesa memanggil Medina ke rumah untuk merawat sakitnya.

Mikael masih berborak di luar rumah dengan Karl, Firdaus dan Fakri.

"Sejak bila mengandung..?" Qalsum melihat perut kempis Medina kejap.

"Baru lagi Datin Sri.." Ia sudah menutup peti kecemasan di atas meja.

"Kau makan vitamin tu..? Cepat betul melekatnya!! Tapi tahniah buat anak aku bahagia.." Ia memerhati wajah Medina sedikit lama.

"Erm.. tak.. Medina tak makan vitamin yang Datin Sri bagi. Medina tak berani ambil apa-apa ubat.." Terangnya lagi.

"Hurm..!! Jadi masa korang bersama tu, kau baru subur lah..?" Qalsum menjeling pada perut Medina lagi.

"Ye..." Medina mengangguk wajahnya sudah membahang tahan malu dengan Mak mertuanya saat ini.

"Hurmmm.. patutlah pantang turn kau, Mikael cari kau keliling rumah.."

"Apa rahsia kau selama ni..? Kau ada bomohkan anak aku ke Medina."

"Aku dapat tahu kau dah tak duduk serumah dengan Maria, selama ni memang kau nak kikis harta anak aku huh."

"Kikis duit Hubby..? Datin Sri. Kalau takde apa-apa lagi Medina minta diri dulu." Ia terus bangun berjalan ke dapur untuk meletak peti kecemasan di sana.

"Aku pun percayakan takdir tuhan. Tapi takde pula sampai nak berbagi kasih sayang pada suami orang.." Qalsum senyum sambil menyindir.

Medina memusingkan badannya jarinya memain di atas meja besar di dapur.

Imannya hampir di sita oleh Qalsum.

"Datin Sri.. Dengan hormatnya Medina disini, bukan nak cari gaduh dengan Datin Sri tau."

"Hubby yang bawa Medina ke sini.. sebabnya Datin Sri yang suruh." Ia segera keluar dari dapur.

"Aku..!!" Qalsum kehabisan kata.

Sampai saja di pintu gate pegawai polis membenarkan dia masuk ke dalam rumah itu. Langkah terus masuk ke bilik.

Pakaian di pack lalu dia membawa beg travel itu melangkah turun ke bawah kembali.

"Medina.. nak ke mana ni..?" Zara mengambil beg travel Medina di bawa ke tepi.

"Ermm.. Medina nak pergi rumah Mama Medina kejap, Medina nak rehat dekat sana." Ia tersenyum sendiri.

"Tiba-tiba macam ni..? Tuan tahu tak.?" Zara terus memegang tangan Medina.

Medina menggeleng kepala perlahan.

"Susah Makcik berkongsi kasih suami ni hihi.. Selalu tak ape je."

"T-tapi sekarang dah tak boleh nak terima dengan kata-kata Datin Sri Qalsum lagi. Sakit sangat sampai ke dalam ni.."

"Jangan buat macam ni Medina..!! Kamu nak Tuan mengamuk ke..? Nak Tuan Mika tu jadi tak tentu arah lagi ke sayang. Huh.." Pujuk Zara lagi.

"Bini pertama dia ada!! Biarlah diorang Medina, ni cuma menumpang kasih sayang Tuan Mikael je."

"Medina minta diri dulu. Assalamualaikum.." Ia menyalami tangan Zara beg travel ditarik keluar.

"Medina.. Medina.. jangan pergi nak. Abaikan jelah kata-kata Datin Sri tu.!! Medina..." Beg travel Medina dirampas kuat oleh Zara.

Medina terduduk sambil menangis sendiri.

"Hati Medina sakit sangat. Kata-kata Datin Sri tadi tu buat hati ni pedih macam nak mati jer.. hisk.."

"Medina, Datin cakap apa sampai awak terasa hati ni. Cuba bagitau Makcik ya sayang."

"Datin Sri cakap Medina, kikis duit Hubby. Hum padahal Tuan Mika yang nak anak dari Medina." Ia menangis semahu-mahunya.

Zara memeluk tubuh Medina dengan kuat.

Ia mula memberi arahan kepada Qila untuk menghubungi Mikael Lutfi secepat mungkin.

Qila berlari ke dapur semula.

"Sayang Makcik.. jangan cakap macam ni nak.. Awak tengah mengandung ni.."

"Perkara kecil macam ni pun awak memang akan terasa hati. Sabar ya.." Zara memeluk tubuh Medina yang sedikit terketar-ketar dari tadi.

*Mana Mikael ni..!! Ya allah baliklah cepat Mika.. ni je Makcik mampu untuk pun untuk melambatkan masa Medina pergi dari sini nak.* Zara mengurut rambut Medina lama-lama.

Hisk..

"Hurmm.. Medina pergi dulu.."

Hisk..

"Tak lama pun dalam seminggu dua macam tu jer.. Nanti Medina sendiri cakap dengan Tuan eh.."

Hisk..

"B-bye assalamualaikum.." Ia bangun dan terus meninggalkan rumah banglo itu.

"Nak.. jangan lah pergi. Medina !!!" Zara mengejar langkah Medina yang sudah meninggalkan gate depan rumah itu.

Sampai saja di depan muka pintu guard kereta Mikael Lutfi pun sudah masuk ke dalam.

Mikael keluar dari kereta dia mendapatkan Medina yang sudah keluar dari pintu hate besar.

"Sayang, kau nak ke mana ni."

"Tepi lah Hubby, sayang nak balik ke rumah Mama.."

"Nak balik ke rumah Mama boleh tapi ni dah malam. Esok saja okay jom masuk."

"Tak nak !! Hubby pergi lah jaga Datin Sri tu, dia masih sakit."

"Kau tengah bawakan budak-budak ni mestilah kau akan terasa hati. Sudah jom masuk." Mikael Lutfi terus mencempung tubuh Medina sambil berjalan masuk ke pekarangan rumah semula.

"Tak nak masuk.."

"Kau jangan degil dah malam ni sayang, esok aku cakap dengan Mama."

"Ih tak nak.." Ia cuba menjatuhkan diri.

Mikael lebih cekap dalam menguruskan hal-hal perempuan seperti Medina ini.

DUP

Mikael mendudukkan Medina di atas sofa empuk, ia membaringkan Medina.

"Ape." Ia memaling wajah kearah lain.

"Kenapa kau terburu-buru nak balik.? Mama tu Mama mertua aku juga sayang."

"Hye pandang sini." Wajah Cubby sang isteri di kepung dengan tangannya.

"Mama sayang tak jahat macam Datin Sri.." ia membebel sendiri.

Mata mereka bertentangan lama.

"Betul, Mama sayang tak macam Datin Sri. Jahat." Mikael tersenyum sendiri.

Sejak-sejak isteri nya mengandungkan anak-anaknya, mulut Medina kalah murai.

Apa ini terkenan kerana sikap bebel Mikael di turunkan pada Medina.

"Kalau kau terpaksa memilih antara satu, mana kau pilih."

"Aku atau wang.? Medina Atalia."

"Sayang pilih wang."

"What.?!!! Sayang kau betul-betul tengah marah ke ni."

"Wang boleh beli segalanya tetapi suami tak boleh beli."

"Okay, nampak di situ kau memang mata duitan sayangku."

Medina mendiamkan diri, dia masih geram dengan sikap Datin Sri Qalsum sejak tadi.

Jadi itu jawapan paling tepat, biarlah kena marah pun dia tak peduli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience