EPISODE 03

Family Series 439762

Maria Elena berjalan ke arah pondok yang diperbuat dari kayu jati berdekatan dengan Medina Atalia dan pekerja yang lain.

Ia duduk di sana, angin pula bertiup lembut ke arahnya. Sempat dia melambai tangan kepada Medina Atalia yang lagi membuat kerja di tepi rumah.

"Medina.. you kesini kejap I nak cakap sikit ni."

"Ya Puan.. Medina nak cuci tangan dulu ye.."

"Baiklah.." Maria mengangguk sambil tersenyum.

Fikirannya ligat untuk mengatur strategi yang sesuai untuk Medina Atalia.

"Puan.. ada ape ye?" Medina berdiri di depan Maria.

"Erm sebenarnya I nak tanya you sesuatu perkara boleh tak..? Tak lama pun I harap you tak marahlah. Hehe.."

"Er.. Puan tanya je nanti Medina jawab. Hehe.."

"You suke pakai dress tak..? Maksudnya pakaian tidur malam.." Lengan Medina di tarik hingga gadis itu duduk bersebelahan dengan nya.

"Err suka tapi.."

"Maksud you.. You memang suka pakailah ni." Bercahaya mata Maria melihat Medina di sebelahnya.

Medina Atalia pula hanya mampu tersenyum, ia agak takut tentang sesuatu.

"Okey.. okey.. Sebenarnya I nak bagi you dress pakai tidur you tahu bukan, pakaian tidur I ni terlalu banyak di dalam almari tu. Semuanya baru-baru lagi tau.."

"Tapi Puan Maria. Tuan dah larang sebelum Medina berkerja di sini lagi, bibik tak boleh berpakaian terbuka."

"Eh dia siapa nak marah-marah you all semua. Remember ye I tak jual harta dia pun propa jelah suami I tu hmm."

"Tapi puan.."

"Let's go you mesti ada pakaian tidur yang bagus Medina. Takkan malam-malam pun dia nak sibuk tanya you pakai apa malam ni, pelik.." Jari jemari Medina di tariknya hingga masuk ke dalam rumah.

Zara dan Minah hanya mengerling sekilas pandang pada Maria Elena dan Medina Atalia yang sudah menapak ke tangga.

"Dah kenapa tu..?" Minah mendekati Zara yang sedang mengelap bucu sofa yang berada di ruang tamu.

"Tak tahu. Happy semacam jer tu Puan kita macam pelik.." Zara mencebik bibir.

Sampai saja di bilik tidur pasangan itu. Maria Elena menarik tangan Medina Atalia masuk ke dalam bilik beradu mereka.

"Puan kita nak buat apa dekat sini..?"

"Ambil pakaian I lah.. You tunggu dekat sini. I nak ambilkan pakaian di almari sana you tunggu tau.." Maria terus keluar dari situ.

"Lagi dua minit ni. Bebel lagi bapak singa tu aduhai.."

"Hehe habislah kau Medina.." Maria terus ke bilik persalinan.

Perlahan-lahan ia menutup pintu bilik persalinan dengan agenda jahatnya.

Mikael Lutfi membuka kasut, dia terus masuk ke dalam rumah seperti biasa cuma tampak sedikit keletihan. Kepala dipicit-picit lagi.

"Medina..."

Sesaat..

"Sekali aku panggil memang tak pernah dengar perempuan ni. MEDINA...!!!" suara Mikael kuat memanggi.

Medina Atalia tidak juga datang padanya.

Sepi..

"Ya allah mana perempuan ni..?" Mikael memerhati sekeliling, dia hanya melihat Zara mendekatinya.

"Tuan. Medina ada di atas dengan Puan Maria." Zara jujur pekak telinganya bila Mikael menjerit memanggil nama Medina dari tadi.

"Di atas..?"

"Iya Tuan.." Zara mengangguk lagi.

"Hurmm.. baiklah." Kakinya terus melangkah ke arah anak tangga satu demi satu untuk ke biliknya.

"Dasar Mikael! Kau tu tak habis-habis panggil Medina dari tadi benci." Maria bercekak tubuh.

Sampai saja didepan pintu bilik. Mikael Lutfi terus masuk ke dalam bilik kepalanya kembali sakit, anak mata samar-samar melihat belakang tubuh seseorang.

"Medina. Kau buat apa dekat sini..?" kaki Mikael semakin mendekati Medina.

"Tuan..?" Tergagap-gagap bibirnya menutur kata-kata. Ia pula melangkah kaki ke belakang.

"Kau..." Mikael terus menolak tubuh Medina ke atas katil.

Dia terus mengunci tubuh Medina sekuat-kuatnya.

"Argh.. Tuann..."

"Kau tunggu aku ke huh..? Cantiknya kau ni Medina tapi sayangnya kau biadap.." Pipi Medina di kucup bertalu-talu, lalu dia mengigit pipi pau gadis itu hingga naik ke kemerahan.

"Argh Tuan, sedarlah ada apani..!!" Meronta-ronta Medina di tindih oleh majikkannya sejak tadi.

"Tuuuan.. jangan! Argh!! Medina tunggu Puan tadi.." Mengigil tubuhnya.

"Hmm.. Jadilah bantal aku kejap Medina, kepala aku sakit sangat ni hmm.." Mikael menjatuhkan diri di atas tubuh Medina.

Hari ini kepalanya betul-betul sakit tiada kompromi lagi.

"Tuan.. Tuan.. ya allah Tuan demam ni.." Pipi Mikael dicuit banyak kali tapi lelaki itu sudah terlena dengan keadaan badan panas.

Dengan susah payah Medina Atalia terus menolak tubuh Majikkannya ke tepi.

Tergesa-gesa dia bangun dari katil langkahnya lari pantas turun satu persatu tangga hingga ke ruang tamu.

Ia berlari pula ke dapur dengan termengah-mengah nafasnya, dia kawatir dengan lelaki di atas sana.

"Makcikk!!! Makcik.. Makcik Zara tolong.."

"Haaa ada apa ni, Medina..?" Zara dan Minah termasuk Qila juga berlari anak ke arah Medina.

"Tuan.. tuan Mikael demam.." Nafasnya tercungap-cungap tinggal tak hilang Nyawa saja.

"Apaaaa.!!!" Mereka terus berlari mendapatkan bahan untuk membuat bubur untuk Mikael.

Hampir dua puluh minit Medina Atalia di dapur tanpa membuat apa-apa di sana. Mereka sudah melarang Medina Atalia ke dapur dalam keadaan begini.

Tiba-tiba bahunya di cuit seseorang dari belakang.

"Oi mak kau lemak! Opss maaf.. Tuan Mika..? Kenapa turun ni Tuan tak sihat ni." Medina beralih ke belakang.

"Hmm.. Buatkan aku kopi. Aku hauslah Medina." Dagunya terus melarat di atas bahu Medina.

Dia suka dengan haruman perfume di pakai Medina Atalia. Memang ini kesempatannya untuk menghidu bauan itu habis-habisan.

"Ye baiklah, Tuan duduk dulu Medina buatkan kopi okay.."

"Ermm gebu sangat bantal tadi.."

"Erk..." Takasima tubuh Medina manik-manik peluh mula membasahi dahinya.

"Bantal..? Tuan ada beli bantal baru ke tadi, Medina tak tahu pun."

Mikael Lutfi memeluk tubuh Medina Atalia kuat-kuat, dia sudah geram dengan bibirnya yang seorang ini.

Tiba masanya dia beri pengajaran kepada Medina Atalia sekarang. Ia terus mengigit bibir Medina Atalia dalam-dalam.

"Auuchh! Sakit-sakit maaf Tuan.." Lehernya digigit kuat dan kasar oleh Mikael.

Medina Atalia terpaksa tolak tubuh majikannya jauh. Dia harus menjauhkan diri daripada lelaki itu kerana majikkannya mengokak lehernya hingga berdarah.

"Tuan. Medina tahu Medina salah tapi.."

"Aku ni masih waras Medina! Asal kau masuk ke bilik aku masa aku dan Maria tak ada! Jawab atau teruk aku kerjakan kau nanti."

Zara yang ingin ke meja makan bersama dulang berisi bubur dan Panadol, last-last dia berpatah balik ke dapur dulang di letakkan di atas meja.

Telinga dikeluarkan sedikit.

"Medina tak masuk sorang diri pun tadi tuan.."

"Jangan bohong! Dah berapa lama kau kerja dekat sini tapi pernah ke aku suruh kau masuk ke bilik tu tanpa aku atau isteri aku hahh!!"

"Medina dah cakap Medina tak masuk sorang-sorang ke dalam sana Tuan, tolonglah percaya."

"Baik!! Kalau ada apa-apa barang yang hilang di dalam bilik aku nanti siap kau, gaji kau bulan ni pasti aku potong habis. Ingat tu.." Mikael terus menerus menuduh Medina tanpa bukti.

"Be-baik tuan, maafkan Medina sekali lagi.." Medina menunduk wajah. Dia benar-benar terkejut dengan sikap majikkannya yang seorang ini.

Dia fikir Majikkannya akan faham dengan kata-katanya tadi. Tetapi ini sebaliknya pula di mana dia harus menanggung rasa sakit hati ini. Mungkin ini kerana kecuaian diri sendiri..

"Berambos! Kau tu tak layak nak angkat wajah kau depan aku macam ni faham. Menyusahkah!!"

Perlahan-lahan Medina Atalia mengesat wajahnya yang sudah comot dengan airmata.

"Faham Tuan... Medina minta diri dulu." Ia terus berjalan ke belakang rumah dengan wajah merah padam.

Zara melihat semua itu dengan mata kepala sendiri, dia takkan pernah maafkan Maria Elena kerana telah membuat Medina Atalia jadi begini.

"Tuan, ini bubur dan panadol. Silakan jamah ye.." Zara meletakkan dulang di atas meja dengan cermat.

"Siapa suruh buat ni. Maria ke..?"

"Tak. Tapi Medina.."

Mikael Lutfi melepaskan keluhan panjang ia sudah terlajak memarahi bibik mudanya tadi.

"Makcik nampak sendiri Puan Maria bawa Medina naik ke atas. Tapi makcik tak tahu mereka ke mana petang tadi."

"Jadi! Bukan Medina sendiri yang naik lah ni..?"

"Bukan. Makcik-makcik yang lain pun nampak Puan heret Medina tadi. Makcik Zara tak menyebelahi Medina tetapi Medina bukan budak-budak nakal Tuan."

Mikael Lutfi mengertap bibir, dia sudah tersilap langkah kerana memarahi bibik mudanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience