EPISODE 17

Family Series 439922

Adam melangkah kaki ke kolam renang, dia kenal siapa yang berada di sana. Gadis itu masih berpakaian lengkap dengan reben arnab di kepala.

"Hi Medina..?" Sapa Adam.

Medina terus menoleh ke belakang yelah suara macho sedikit garau menyapanya begitu, siapa tak terkejut bukan.

"Eh encik, aaa Adam.." Medina mengangguk kepala, kakinya masih bermain di dalam kolam.

"Buat apa tengah-tengah hari dekat sini..?" Adam mendekati Medina,.ia terhidu haruman perfume di pakaian gadis itu dari dekat.

"Encik Adam, Sebenarnya Medina dah errrr... maksud Medina. Medina nak ambil udara segar kejap hehe.."

"Ouh.. Jadi dah guna sunblock ke? Kang terbakar kulit tu nanti dah tak comel, haha.." Adam tak mahu perbualan mereka setakat itu saja. Sah dia mula tertarik dengan gadis bertocang tinggi itu.

"Er. Sudah, encik Adam.." Medina senyum sambil mengangguk kepala entah apa nak di bual lagi dia blur.

"Dari mana ni..? Maksud saya sebelum berkerja dengan Tuan Mikael." Adam mengaru kepala sambil duduk di sebelah Medina.

"Dari.. erm.. dari rumah lah, Hehe.." Medina mengangguk kepala lagi.

"Hah..?" Adam blur.

"Hahaha saya tahu lah dari rumah. Tapi awak tu asal mana..?" Adam sudah menarik muncung sedepa.

"Eh.. eh.. Kenapa nak tanye saya dari mana pula? Encik Adam jangan buat hal eh!!."

"Ish budak ni aku tanya lain jawab lain.."

"Medina..."

"Ya.. ada apa lagi encik. Ih !!! Penat lah asyik kena panggil jer nangis karang.." Medina sudah menarik muncung sedepa.

"Hm sorry lah ganggu awak dekat sini, saya pergi dulu.." Adam terus bangun tanpa melihat Medina lagi.

Entah tiba-tiba hatinya sakit dengan perilaku dengan sikap gadis itu.

"Awak.. awak nak ke mana ni..? Takkan merajuk kot macam perempuan sangat awak ni.." Medina terus bangun dan berlari mendapatkan Adam.

Dalam pujuk kena perli. Terhenti langkah Adam di tepi kolam renang itu.

"Awak ni!! Awak nak perli saya lagi bukan?" Ia tak henti-henti menggeleng kepala dengan sikap pelik si Medina.

"Awak..!! Ish.." Medina menghentak kakinya, mahu saja dia memijak kasut lelaki itu.

"Awak ni nak pujuk saya atau nak perli-perli..?" Adam bercekak tubuh. Dia mulai geram dengan Medina.

"Ded... Hehe maaflah Medina tak sengaja pun nak gurau kasar dengan awak Tuan. Maaflah."

"Hmm perempuan dengan perli memamg tak boleh di pisahkan." Hambur Adam lagi..

"Eh!!!!!! Sorry sikit ya encik. Tuan Mikael tu lagi teruk tau kalau dia main perli!! Saya tak suke perli-perli tepi tolong sikit. Satu lagi statment tu kena betul. Eleh poyo.." Terburu-buru ia melangkah kaki tanpa sempat pakai kasut. Kesal dia dengan sikap Adam!

"Cakap sikit sentap itulah namanya perempuan. Haish." Ia terus melangkah ke dalam semula.

Terburu-buru Medina Atalia berjalan masuk ke dalam bangunan itu semula. Kaki basahnya membuat beberapa mata-mata nakal lelaki yang ada di sana tergelak kecil.

Siapa tak kenal Medina Atalia. Model cantik dan ia sangat-sangat di gilai orang-orang ternama, termasuknya Tengku Putra muda dan anak-anak teruna, duda VVIP

"Nak ke mana kau Atalia sayang..? Haha aku datang..!!" Lelaki itu menundukkan pandangan bila ia melihat gadis itu membebel panjang tanpa arah tujuan asal.

Sebaik saja lelaki itu mendekat tiba-tiba.

"Medina.."

"Sial.." Lelaki itu melangkah kaki ke tempat lain.

Stefani melihat dengan jelas yang lelaki itu cuba menghampiri Medina Atalia.

(Siapa dia..? Apa dia kenal sama Atalia..) Stefani sempat melihat kelibat lelaki misteri itu tiba-tiba keluar dari kawasan hotel itu dengan tergesa-gesa.

"Medina.."

"Eh Tuan..?"

"Sini.. Jangan halang orang nak lalu tu.." Lengan Medina di tarik ke tepi.

Memandangkan tetamu asing terlalu ramai di kawasan itu. Mikael Lutfi tak mahu mereka jadi tumpuan di tengah-tengah lobby itu.

"Ada apa ni, Tuan..?" Medina menunjuk keluar hotel.

"Kau dari mana ni..? Tu siap berkaki ayam lagi, Ya tuhanku. Medina kau dari mana ni basah kaki tu..."

"Dari kolam.."

"Huh! Serius lah.." Mikael semakin pelik.

"Hey, ada apa ni Medina..? Bagitahu aku apa jadi tadi. Please.." Bahu Medina di usap lembut.

"Tuan.. Nanti kalau Tuan nak keluar dinner tuan call Medina eh, bye.." Medina sudah berlalu pergi.

"Dinner..? Sekarang baru tengahari, buat hal betul budak ni.." Mikael terus mendapatkan Medina.

Dia tahu benar. Medina Atalia tak pernah badmood melainkan ada orang buat gadis itu sakit hati.

"Medina tunggu." Mikael menarik tangan gadis itu dan di bawa masuk ke dalam pelukannya.

Adam hanya memerhati.

"Apelagi Tuan. Ish ganggu jelah." Medina menolak tubuh Mikael menjauh, dia tak suka dengan haruman perfume lelaki ini.

"Medina ada apa ni..? Cakaplah.." Sekali lagi Mikael membawa tubuh Medina ke dalam pelukkannya lagi.

"Hisk.. hmm... hisk.. Medina rindu makcik.."

"Ssshhht.. Cakap baik-baik ada apa ni..?" Mikael mengusap rambut panjang Medina beberapa kali sebelum dahi gadis itu di ciumnya.

"Hisk.. Sebenarnya Medina lapar nak makan stik rusa yang popular dekat hotel ni. Boleh order tak..?" Terkebil-kebil Medina membuat wajah sedih.

"Stik rusa..? Kau pernah datang sini ke sebelum ni! Medina.." Mikael semakin pelik dengan sikap maid yang seorang ini.

"Janji tinggal janji!. Sudah lah, bye.." Medina sudah tolak tubuh Mikael sedikit jauh.

Apalagi dirinya tak tinggal diam ia mula mengambil langkah laju untuk pergi dari situ.

"Pakai kasut Medina..!! Haish budak ni.." Mikael sempat melaung kata-katanya dari jauh.Ia berharap-harap Medina dengarlah.

"Hm. Stik! Stik! Mengada betul kau ni, Medina.." Mikael merapikan pakaiannya semula.

Ia tersenyum suka kerana bauan perfume Medina Atalia masih melekat di bahunya. Dia kembali mendapatkan kawannya yang masih menanti dirinya sejak tadi.

"Bro.. She girl so pretty women, but I..." Terhenti kata-kata Stefani.

"But what, Huh..?" Mikael terus menegakkan tubuhnya.

"Oh nothing, I wrong girl.." Ia menyambung kata-katanya lagi.

"Are you, serious..?" Mikael sudah panas telinga.

Lelaki bernama Stefani memuji Medina Atalia di depannya. Siapa saja yang tak mengelegak otak.

"Yeah.. I serious boy Mika what wrong man..?"

"Hm nothing, Sir." Mikael mengemaskan pengelangan tangannya.

Adam yang berada ada bersama mereka sejak tadi, Dia pula mampu mendiamkan diri saja.

Di lain tempat Qalam memandu kereta dengan kurang waras, ia tahu peluang untuk mendapatkan Medina Atalia tadi sangat-sangat tipis..

"Kau yakin nak buru dia sampai ke lubang cacing nanti.?" Seorang lelaki yang berada di sebelah nya bertanya dengan tenang.

"Aku yakin, Medina Atalia hanya aku yang punya!!! Sial siapa lelaki tu.?! Aku tak pernah tahu dia berkerja atau dah berkahwin selepas aku masuk ke penjara tahun lepas." Qalam menumbuk stereng kereta dengan geram.

"Hahaha!! Alam.. kau tahu tak, sebenarnya Medina Atalia nak main-main tarik tali dengan kau.. Mungkin dia sengaja tu." Lelaki itu tersenyum lebar..

"Main tarik tali.? Maksud kau.."

"Mungkin dia nak perhatian dari kau, yelah.. maybe dia tahu kau tergila-gilakan dia selama ni. So dia ambil keputusan untuk jauh-jauh dari kau Alam, aku yakin dia nak sangat-sangat bersemuka dengan kau lagi Alam.. hahaha.."

"Aku pun teringin nak bersemuka dengan dia lagi bro, tapi hati aku tak kuat.. tatapan mata dia benar-benar buat aku mengila! Hahaha..."

"So apa plan kau lepas ni.? Still nak kejar dia ke, kau jangan lupa maybe dia dah ada dalam jagaan seseorang yang berpangkat tinggi."

Qalam menghembus nafas panjang dia masih fikir-fikir untuk membawa Medina Atalia ke syurga bersama-sama. Ia tak mahu kehilangan gadis itu..

"Aku sarankan kau jangan bunuh dia dulu." Fahri melihat ke sebelahnya.

"Kenapa pula.?" Qalam membelokkan kereta ke parking.

"Aku dah usha semua tentang dia, sekarang ni dia bukan keseorangan tetapi dia ada majikan. Kau faham-faham jelah apa yang aku sampaikan ni."

"Maksud kau, dia berkerja dengan orang.? Macam tu.."

"Yes.. kau rileks dulu, kau harus bersihkan nama kau di dalam keluarga kau dulu bro.. dapatkan kepercayaan mereka, lalu kau guna kesempatan ni untuk hancurkan perempuan yang kau gila-gilakan tu. Orait ke tak.?"

Qalam mengangguk kepala, ia setuju cadangan yang di beri rakan karibnya itu..

"Thanks bro, aku betul-betul sayangkan Atalia.. aku sanggup mati sebab perempuan tu." Qalam menganggam stereng kereta dengan kuat.

Fahri Afri mengangguk kepala, dia tahu benar rakannya yang satu ini benar-benar tergila-gilakan Medina Atalia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience