EPISODE 01

Family Series 439762

Beberapa kali Medina Atalia melambai tangan pada majikkannya. Tetapi Mikael Lutfi pula sudah hanyut dengan dunia hayalannya.

"Tuan.. tuan Mika. Haaaa sudah dah kenape pulak dengan Tuan Mika aku yang sorang ni? Aduh." Medina melambai tangan pada Mikael.

PAP

Medina Atalia menampar tangan majikannya itu.

Mikael Lutfi tersedar dari lamunannya entah apa yang dia tengah lamunkan sejak tadi.

"Ada apa Medina?" Wajahnya di usap beberapa kali sebelum ia menumpukan perhatian kepada maidnya yang seorang ini.

"Er.. Tuan tak sihat ke..? Kalau Tuan tak sihat Medina nak ambilkan ubat panadol ni."

"Aku okeylah cuma letih sikit.. aku penat kerja seharian tanpa cuti, bulan depan aku ada hal penting lagi. Hmm.."

Ehem.

Mikael Lutfi sengeh senget, entahlah dia masih fikirkan apa sejak tadi.

Besar biji mata Medina Atalia bila melihat wajah gatal Mikael Lutfi begitu.

"Pelik lah Tuan ni." Medina terus membuka stokin di kaki Mikael.

Sungguh tak ingin dia nak lama-lama macam ni.

"Jangan mengeluh, kejap. Mana Maria..?"

"Puan tengah memukbang dari tadi dekat kolam renang, Tuan nak Medina panggilkan Puan ke..?"

"Hm tak payahlah. Aku ni balik kerja penat-penat macam ni bukan dia nak raih, asyik makan makan.. tak pernah kenyang."

"Bela saka gamaknya." Macam biasa Maria Elena yang salah. Medina yang menanggung.

Medina Atalia tak melayan. Dia tahu sangat perangai bebelan tuannya ini kalau buka saja mulut tu pasti adalah jelah benda yang tak kena di matanya.

Namanya juga lelaki.

"Tuan.. Medina minta diri ke dapur dulu ye.."

"Hmm.." Mikael hanya melihat punggung Medina sudah menjauh.

Maklum lah sebulan berpuasa. Sejak tadi Maria Elena menghilangkan diri.

Bila malam menjelma baru lah nampak kelibat sang isteri tercinta turun entah dari mana, mungkin dari kayangan.

"Eh you bile balik sayang..?" Maria mendekatkan diri pada Mikael.

Dengan berbikini berlapikan cadigan bunga sakura nipis di sarung ke tubuhnya. Ia tersenyum lebar sambil tersenyum menggoda.

"Hmm I dah lama balik, you tu dah habis mukbang ke..?" Kopi di dalam mug di hirup perlahan.

"Baby.. You tu janganlah marah I.. I'm sorry.." Dada bidang suaminya di sentuh manja.

Ia mahu mengambil hati sang suami. Mikael Lutfi hanya mendiamkan diri sambil melihat kaca tv yang di pamerkan berita Jepun.

"Tuan, Puan makan malam sudah tersedia di dapur, silakan.." Qila menghampiri pandangannya di tunduk seketika.

"Sorry.." Mikael terus bangun dari duduk dalam sengaja dia menolak tubuh Maria ke tepi.

"Eee you ni.." Maria Elena mendengus kecil. Dia berlari anak untuk mendapatkan suaminya yang sudah menjauh ke meja makan.

"Mana Medina..?" Laju saja matanya melirik ke dapur untuk mencari sosok seseorang tapi tak pula dia temuinya.

"Oh.. Medina ada di luar Tuan.."

"Di luar buat apa malam-malam buta macam ni?" Berkerut kulit dahi Mikael.

"Bagi makan kucing Puan Maria tapi tak lama tu.." Jujur Qila sambil melirik matanya pada Maria.

"Halaa baby ni.. Cat I pun kena juga diet baby, biarlah Medina buat kerja dia sendiri. Lagipun cat I lagi mahal dari gaji dia tau.." Maria mencebik bibir.

"Dia tu pembantu rumah saja, bukan pembantu kepada kucing kurap you tu Maria. Adoi.." Kepala Mikael digeleng laju.

Mikael Lutfi terus letak garfu dan pisau di dalam piring agak kuat. Dia bangun dan berjalan ke hujung dapur.

"Bibik!! I nak makan hidangkan sekarang.." Maria mendengus.

"Baik Puan.." Qila menghidangkan makanan di depan Maria seperti yang di arah wanita itu.

Jujur dia tak kisah tentang Mikael Lutfi langsung. Apa yang penting dia cuma mahukan kekayaan lelaki itu saja.

*Berlagak..!! Suami sendiri pun dah tak suka dengan kau Maria, ingat seksi sangatlah tu.* Bebel Qila dalam hati.

Pintu dapur dibukanya kuat hingga Medina Atalia sempat memaling wajah kearah Mikael Lutfi.

"Kau buat apa dekat situ Medina.?!!"

"Tuan.. Medina teng.."

"Kau keluar sekarang dari situ sekarang. Keluar.." pantas kaki Medina ditariknya.

Amarahnya kian memuncak. Bila melihat Medina Atalia lagi tersenyum pada kucing itu.

"Argh sakit Tuan! Kenape Tuan marah-marah ni.?" Medina terus bangun, pakaian kerjanya di kibas kasar.

"Aku dah cakap sebelum ni.. time aku ada di rumah. Kau hanya perlu layan aku, bukan jaga kucing kurap tak guna tu.."

"Ini! Sekarang siapa yang nak bayar gaji kau huh? Jawab !!.." Tengking Mikael dengan kuat.

"Maafkan Medina Tuan. Tapi sejak kucing ni dibeli oleh Puan minggu lepas. Puan ada cakap suruh bagi makan ikut waktu. Jadi Medina ikutkan jelah.." Medina tundukkan wajahnya.

"Habis tu dia suruh kau masuk dalam ni jugak..? Kau masuklah. Oh esok-esok dia suruh kau tidur dengan kucing kurap di sini sampai ke pagi pun kau turut lah hah.!!! Jawab."

"Tuan.. Puan Maria takkan buat macam tu cume Puan nak kucing ni makan sampai habis itu saje."

"Adoiii... Boleh masuk ICU aku macam ni dengan kau Medina." Mikael menepuk dahi sekuat hatinya.

"Sudah pergi masuk." Halau Mikael dengan geram..

"Baik Tuan. Tapi biar Medina tutup pintu sangkar ni dulu takut kucing ni terlepas pula nanti.." Medina menunduk sedikit.

Ia segera menutup pintu sangkar itu malah dikunci rapat dengan mangga. Bila selesai semua kerjanya terus dia berjalan meninggalkan Mikael Lutfi seorang diri di belakang.

"Ehemm.. Masuk terus jangan singgah mana-mana pulak tu.." Terdengar suara Mikael dibelakang.

Medina Atalia hanya mengangguk tanpa melihat belakang lagi.

Sesekali Mikael menjeling tajam pada susuk tubuh Medina di sebelahnya.

"Puan nak tambah nasi lagi..?" Qila menghampiri Maria Elena.

"Harini I dah kenyang.. esok macam biasa, you all tahu bukan I ada job di tiktok."

"Tahu Puan.."

"Good.. I dah kenyang sangat ni apa-apa pun sediakan seperti yang I catatkan okay, thank you." Maria segera beredar pergi tanpa pesan apa-apapun pada Mikael.

Mikael Lutfi akan menghalau beberapa orang maidnya ke bilik belakang. Dia mahu lakukan sesuatu kepada Medina Atalia.

Ketiga-tiga bibik perempuan yang ada di situ sudah tahu apa Mikael Lutfi akan buat dengan Medina Atalia di meja makan nanti.

"Medina sini.." Tangan kekar itu menarik pinggang Medina untuk mendekatinya.

"Ya kenape Tuan?" Medina agak blurr sejak tadi.

Agenda Tuan muda Mikael Lutfi diperhati lama oleh beberapa orang bibik di dapur.

"Tengok lah tu tuan Mikael kite bibik.. bibik.. sekalian.." Qila senyum sendiri.

"So romantik auuch.." Bibik Zara juga menghendap.

"Alaaaa manisnya Tuan Mikael kitew tu..." Minah sempat memuncungkan bibir.

"Bodohkan Puan Maria tu.. Ada suami sweet macam tu pun tak reti nak jage baik-baik."

"Nanti bila suami kena culik dengan Medina, baru lah nak mengadu domba dekat Datin Sri Qalsum tu.." Qila berbisik sesama sendiri.

"Ish tak baik kata macam tu, macam mana pun Puan tetap majikkan kita juga." Minah menampar tangan Qila.

Zara hanya tersenyum melihat anak angkatnya berada di pangkuan majikan mereka. Dia sangat berharap agar Medina Atalia dapat suami sebaik Mikael Lutfi..

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-07-06 09:37:58 

sweet btl lah tuan mikhael ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience