EPISODE 13

Family Series 439762

Datin Sri Qalsum berjalan didepan Maria Elena berulang alik. Dia sebagai seorang ibu masih tak faham tentang tentang seorang anak lelakinya yang sudah bergelar suami kepada anak angkatnya itu.

Tapi anaknya pula seperti sudah di pukau oleh pembantu rumah mereka ia takut semua harta-harta Mikael Lutfi jatuh ke tangan pembantu rumah itu saja.

Bagaimana pula dengan nasib Maria Elena kelak..?!

"Maa boleh duduk tak..? Penat lah I tengok Mama macam ni dari tadi.." Maria mencebik bibir

Ia menyampah dengan Datin Sri Qalsum yang seperti tiada rumah sendiri. Ia segera melihat kearah lain.

"Maria ! You tak rasa pape ke huh..? Suami you bawa perempuan tu keluar negara tau.. Tolonglah rasa khawatir sikit, Maria." Qalsum mengertap bibir tanda geram masih menguasai diri.

"Mama! Diorang dah naik flight pun biar lah diorang tu haish, bebel tiap-tiap hari.." Maria bercekak tubuh.

"You ni memang teruk tahu tak." Qalsum menjeling tajam.

Tiba-tiba dia meluru duduk disebelah Maria Elena.

"You tak takut ke kalau Mika kahwin lagi Maria..?"

"Maaa, Please listen me okey. I tak marah kalau Mika nak kahwin baru sebab ape je yang I buat apa je yang I mahukan dia turuti. Thatt why Mama nak bising-bising pula. Aneh."

"So kenape time dia sekarang ni I nak marah pula.?" Maria mengangkat kening sambil senyum senget.

Datin Sri Qalsum terdiam seketika.

"Jadi kalau dia nak kahwin dengan perempuan tak guna tu pun you setuju lah, but why Maria..? You dah tak sayang Mikael lagi ke. You tak mahu harta-harta Mika jatuh ke tangan you ke Maria..?"

"Mama pekak ke..? Disebabkan sayang I tak mahu dia kecewa, Mama and!!! Please lah jangan memakse.." Maria terus bangun langkahnya terus ke dapur.

Datin Sri Qalsum berjalan mendapatkan Maria Elena didapur.

Maria Elena menuang air kosong ke dalam gelas lalu di teguk perlahan terasa dingin sangat menuruni ke tekaknya.

"I tak percaya semua ni! You tak boleh buat macam ni Maria.. I takkan benarkan dia menduakan you." Qalsum bercekak pinggang.

"Up to you Mama.."

"Ape dah jadi dengan you niha..? Otak you ke mane Maria Elena?!! Berfikir lah please bila-bila masa saja perempuan tu dapat pikat suami you nanti tau.." Marah Qalsum.

Sungguh dia tak dapat terima keputusan menantunya saat ini.

"I takkan pernah halang dia untuk mendapatkan isteri baru, Mama kena ingat sesuatu. Syurga seorang Isteri di bawah tapak kaki sang suami tau.." Maria kembali ke ruang tamu.

"Otak you sekarang ni langsung tak boleh pakai lagi Maria.." Qalsum bertutur kasar.

Sungguh dia mahu Maria Elena merasakan cemburu seorang Isteri. Tetapi.

"Suke hati Mamalah, Itu anak Mama not my son..." Maria hanya senyum sendiri. Maria sudah meninggalkan Qalsum di situ sendiri.

"Mama takkan cakap tentang cucu lagi Maria!! I.. minta maaf sesangat.."

"Dah terlambat Maa.. Mama, Apa kata kalau Mama pergi balik jer.. kesian Papa sorang diri dekat rumah tu. Mane lah tahu Mama asyik control Maria and Mika jer hari-hari."

"Hihi. Silap hari bulan di rumah Mama tu sudah ade bala sedang menanti pergi lah balik Mama.. Nak mengadu silakan.." Maria melangkah kaki naik ke bilik.

"You.. kenape sikap you berubah sampai macam ni sekali eh! I ni Mama mertua you tau.."

"Balik lah Ma.." Halau Maria kali kedua.

"You !! Sampai hati kan halau I dari sini." Qalsum mengeleng kepala beberapa kali sebelum dia melangkah pergi dari ruang tamu.

Maria Elena sudah tak melayan lagi kerana dia tidak mahu di kongkong begini. Apa yang pasti dia lebih suka sendirian..

Cukup lah dia masih ada bibik-bibik yang lain untuk membuat kerja dirumah ini.

Datin Sri Qalsum menangis sendiri. Dia langsung tak sangka Maria Elena sanggup menghalau dirinya keluar dari rumah maha besar dan gah bagaikan istana ini kerana dia kuat membebel.

"Hissk.. sampai hati kau halau Mak mertua kau keluar dari rumah anak sendiri..!! Mikael you terlalu manjakan Maria.."

Tok..

Tok..

Datin Sri Qalsum mengesat airmata hingga kering sepenuhnya..

"Siapa..?"

"Zara ni Datin Seri.."

"Ya allah.." Qalsum kembali menangis dia tak sangka Maria betul-betul menghalau dirinya keluar dari situ.

"Masuklah Zara.."

"Baik Datin Seri.." Zara memulas tombol pintu lalu dia mendekati Qalsum.

"Datin Seri tadi Puan bagitahu Datin Seri nak berangkat ye..?"

"Ya.." Qalsum mengangguk perlahan.

Zara mendekati almari maha besar yang sedikit jauh dari ruang santai dengan berhati-hati Zara mengeluarkan beg.

Zara membuka almari untuk memasuki barangan peribadi Qalsum ke dalam bag itu.

Hisk..

"Why..?" Qalsum menggeleng kepala lagi melihat Zara memasukkan pakaiannya ke dalam beg yang sudah hampir penuh itu.

"Zara, Kau suka berkerja di sini..?"

Zara hanya mengerling tak pula dia menjawab.

"Macam mana Maria layan korang selama ni. Dia tak berubahkan...?" Qalsum mengesat air matanya perlahan.

Zara mula rasa kasihan pula kepada wanita itu, bagaimana pun dia tetap seorang ibu..

"Selama ni Puan Maria memang layan bibik seperti kitorang ni dengan baik sekali Datin Sri.." Jujur Zara sambil tersenyum.

"Macam mana dia layan Medina..?"

Zara tersentak bila Datin Sri Qalsum memetik nama anak angkatnya.

"Sangat baik Datin Sri, setiap tahun Puan Maria akan selalu bagi bonus yang banyak untuk Medina.." Zara meletak beg di ambang pintu..

"Jadi Maria baik lah dengan Medina tu..?" Qalsum masih duduk disofa.

"Ye Datin Sri.."

"Hm baguslah." Qalsum tersenyum nipis dengan kenyataan Zara.

"Baiklah kalau begitu, tolonglah bawa barang I keluar ye I nak cuci wajah dulu sebelum pergi.."

"Baik Datin Sri.." Beg di bawa keluar dari bilik tetamu itu.

Maria Elena hanya mengerling tak pula dia menyapa Mama mertuanya yang berlalu pergi meninggalkan rumah itu.

"Jangan pernah jijak kaki kesini lagi selagi Mika tak balik Malaysia Mama! Take note ye.."

"Maria, Sampai macam sekali you marahkan I.!! I ni masih mahu you jadi menantu kesayangan Mama sampai bila-bila Maria.." Qalsum terus pergi dari rumah itu.

"Just go Mama! Menyusahkan.." Dia sudah berfikir esok mahu mukbang apa.. Mama mertuanya ada semua itu membuat hati perutnya tak tenang.

"Hah. Aman sangat bila orang tua tu tak ada dekat sini.. Memang ini rumah anak dia! Tapi I ni isteri kesayangannya Mikael."

"Haha dia tu tak kan sesekali berani nak buat hal dengan I sebab hanya ada I di hati dia selama-lamanya.. meskipun kalau dia nak mengandungkan Medina pun perduli apa aku. Sekurang-kurangnya seronok lah sikit orang tua tak sedar diri tu. Hahaha.." Maria bergegas naik ke biliknya di atas.

Ketiga-tiga pembantu rumah Maria Elena mengedik geram di tembok dinding di tepi ruang tamu. Masing-masing sudah menahan geram dengan sikap majikan perempuan itu.

"Kenapa dengan Puan Maria tu eh!! Peliklah." Minah kembali ke dapur untuk menyediakan makan malam di sana.

"Kau tak payah pelik, Puan Maria tu cuma baik di depan Tuan Mikael saja. Dibelakang memang dia tunjuk belang pun." Qila menghampiri Minah dia memotong beberapa sayur untuk di buat gorengan nanti.

"Puan Maria tu tak salah, tapi disebabkan Datin Sri selalu kongkong kehidupan Puan Maria. Beginilah jadinya.." Zara pula hanya melihat belakang tubuh Minah.

"Kau yakin Puan Maria berubah sebab Datin Sri.?" Minah beralih ke arah Zara.

"Ya. Aku yakin.. selama ni Datin Sri tak pernah ungkit tentang anak. Tup-tup sekarang ni Datin Sri cakap tentang anak. Melenting lah Puan Maria tu." Zara mengangguk kepala sambil memotong bawang besar.

"Korang memang tahu ke apa yang Puan Maria fikirkan tu, tah-tah selama ni Puan Maria tak pernah cintakan Tuan Mikael kite tu.. mungkin dia bertahan kerana kekayaan Majikan kita saja.." Qila tersenyum sinis.

Dia yakin Maria Elena hanya mengambil kesempatan kerana kekayaan Mikael Lutfi saja. Jika tidak, kenapa wanita itu membuang ovarinya beberapa tahun lepas.

"Tak baik kau fikir bukan-bukan tentang majikkan kita Qila, aku yakin pasti ada sebab kenapa sampai sekarang puan Maria tak nak mengandung.." Minah dengan yakinnya menentang kata-kata Qila.

"Yakin ya kau Minah! Cuba kau duduk di tempat Majikkan kita tu apa kau rasa.? Silap-silap kau pun tak sanggup nak hadap wanita licik seperti Puan Maria tu." Qila bercekak pinggang sambil melibas sayur kangkung di bahu wanita itu.

"Sudah.. apa korang ni, kalau Puan Maria kita dengar tu mahu sedih dia sebab mulut-mulut kita ni tau. Haish hormatlah sikit dengan majikkan kita.. Sudah!! Buat kerja masing-masing.." Zara memberi arahan tegas kepada Qila dan Minah dengan serentak.

Dia tak mahu dalam perbualan begini Majikkannya terasa hati lalu Maria Elena akan berbuat hal dengan mereka bertiga pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience