EPISODE 14

Family Series 439762

FLASHBACK.

"Kita terpaksa membuangnya sebelum you mendirikan rumah tangga Maria.." Doktor Iv berkata jujur. Apa-apapun terjadi dia tak mahu pesakitnya menanggung apa-apa risiko selepas berkahwin nanti.

Setiap perkahwinan pasti suami mahukan anak dari isteri tercinta.

"Baiklah I setuju.." Maria hanya senyum hambar.

"Baiklah jika begitu I akan buat temu janji you dengan pakar bedah puan dengan segera ye.."

Maria Elena hanya mengangguk kepala dengan perlahan sekali. Kedua tapak tangannya dikepal menjadi satu. Dia amat-amatlah takut menghadapi ini sendiri.

Tetapi demi sayang dia pada Mikael Lutfi yang terlalu tinggi itu, ia sanggup membuang sesuatu yang ada pada wanita di luar sana.

Ingatan nya kembali ke realiti. Airmatanya diusap, jarang sekali dia menangis begini.

Sejujurnya Mikael Lutfi lah penguat semangat untuk dia terus berjalan di dunia nyata ini. Tetapi pembohongan ini tlah memakan dirinya sendiri.

Dia benci kehamilan.

Bantal tidur Mikael Lutfi diambil. Ia mendakap bantal itu seperti dia mendakap tubuh suaminya saat ini.

"Sayang, I tahu you mahukan anak dari keluarga you sendiri but I tak ada kudrat untuk hamil. Sayang."

"Apa yang terjadi selama ni jujur I cakap I benar-benar rasa I lah paling malang di dunia ni you know. Isk."

"Jika suatu hari nanti jika ada perempuan cuba rampas you dari I.. I bersumpah akan bunuh dia, kerana dia sudah buat you berpaling tadah dari I."

"I hope, you akan faham bila I cemburu dengan orang lain yang boleh beri anak kepada suaminya. Tetapi tidak bagi diri I, Mika.. I'm sorry. I love you sayang, jangan pernah tinggalkan I okey.." Dalam tangisan begitu, ia tertidur kerana merindui Mikael Lutfi.

Sebaik saja Mikael Lutfi tersedar dari tidur ia rasa ubun-ubun kepalanya sedikit mengerut sendiri.

Hendak kata sejuk mereka sudah di selimuti kain yang cukup tebal oleh para pramugari tadi.

"Ada apa ni..?" Mikael memerhati tubuh Medina yang sudah merekod kesejukkan dibawah selimut disebelahnya.

Dia teringatkan sang isteri yang berada di rumah pula, mereka rajin bertengkar beberapa bulan ini. Semuanya kerana satu kesalahan saja.

"Baby..?" Ubun-ubun di usap berkali-kali sebelum dia kembali memerhati pada Medina.

"Ya allah.. jangan kau buat jiwanya tak tenang demi hamba, ya allah.. Aku terlalu menyayangi dirinya lebih dari diri hamba sendiri ya allah.." Sempat Mikael berdoa bersendirian.

"Maria dah tidur ni.." Mikael melepaskan keluhan kecil dia mula teringat Maria di rumah.

Hampir saja Mikael Lutfi mahu lelapkan mata, suara Medina Atalia kedengaran di sebelah telinganya.

"Medina.. bangun.." Mikael mengusap dahi gadis itu beberapa kali hingga Medina hampir-hampir tersedar dari mimpi ngerinya.

"Hmm sakit! Tak nak.. dia jahat."

"Medina.. Hey bangun-bangun.." Mikael terus mengusap seluruh wajah Medina dengan tapak tangannya.

"Huh. Apa-pa Tuan..?"

"Kau mimpi buruk tadi.." Mikael terus menarik tubuh Medina masuk ke dalam dakapannya.

"Hmm mengantuk.."

"Dah shhtt tidur balik.. Okey..?" Rambut yang ditocangakan Medina sudah buka oleh Mikael. Dia rimas mungkin.

Medina Atalia kembali tertidur di dalam dakapan Majikannya. Matanya terpejam rapat tapi ia masih sedar mimpi tadi bukan mainan tidur semata-mata. Tetapi itu sudah terjadi kepadanya.

Beberapa tahun lepas mimpi itu masih menghantui hidup dia bertubi tubi. Sampaikan dia harus meninggalkan zaman kegemilangan yang ia idam-idamkan selama ini.

Tapi di sebabkan lelaki misteri itu. Dia terpaksa mengundur diri dan berkerja di bawah orang korporat untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga.

"Medina Atalia!!!!.. Jangan lari Atalia!! Atau aku bunuh ahli keluarga kau nanti.."

"Hahaha!! Mana kau nak lari Atalia..? Kau milik aku. Nyawa kau akan bersemadi dengan nyawa aku. Atalia.."

"Kau lari kau mati.. hahahaha. Jangan takut aku bakal bunuh kau dengan berhati-hati supaya kau takkan rasa sakit Atalia.."

Suara-suara lantangnya lelaki itu masih segar di ingatan nya. Apa telah terjadi selama ini padanya hanya Allah yang tahu. Bukan ini yang dia mahukan.

Bukan cita-citanya untuk menjadi bibik di rumah orang kaya itu. Tetapi keadaan telah memaksa dirinya untuk bertahan hidup sebagai pembantu rumah majikannya itu.

DUP

DAP

DUP

DAP

"Tolong jangan bunuh aku!!"

"Atalia, aku mesti bunuh kau supaya tiada satu manusia pun dapat melihat kecantikan kulit kau Atalia.!!"

"Argh!!! Tolong.."

Clip

Clip

Ia mendengar saja lock kereta terbuka yang berada di parking, ia terus melarikan diri dan merobos masuk ke dalam sebuah kereta.

Nafasnya turun naik dengan cepat, ia amat takut jika lelaki itu dapat menangkap dirinya di salah satu kereta di situ. Pasti nyawanya jadi taruhan.

"Ya Allah aku takut.. Hurmm tolong sesiapa pun bantu lah aku.."

Clack.

Medina Atalia terkejut kerana pintu kereta depan di buka seseorang.

"Aduh dah lewat sangat ni, hmm.."

Clack.

Pintu kereta di tutup semula dari dalam. Enjin kereta di hidupkan..

Tok

Tok

Lelaki itu membuka pintu kereta, ia berbual sebentar bersama seseorang di luar.

"Cari orang.? Oh saya tak nampak pulak sebab saya memang nak balik ni. Pukul satu dah kan."

"Ermm.. betul ni tak nampak gadis berpakaian satin datang kearah sini.?" Ia bertanya lagi.

"Tidak, saya sendiri saja di sini.. lagipun memang saya dah lama di sini rakan-rakan saya yang lain pun dah pulang ni tapi saya tak nampak sesiapa pun."

"Ouh baiklah maaf jika menganggu."

"Tidak apa.. saya minta diri dulu."

"Baik.. silakan."

Sebaik saja perbualan itu berakhir. Lelaki itu masuk ke dalam kereta semula. Ia memandu kereta keluar dari parkir tersebut.

Sampailah di pertengahan jalan, Medina Atalia terus menampakkan diri di seat belakang lelaki itu.

"Terima kasih Tuan, sebab tak buka pintu belakang tadi."

Strttttttt..

Mikael Lutfi menekan break dengan kuat hingga kereta yang dipandu laju tadi hampir-hampir membagi tiang trafik light di tepi jalan.

"Kau!! Kau siapa ha?!! Apa kau buat dalam kereta aku ni."

"Saya sesat Tuan, saya tak tahu jalan pulang. Kawan-kawan saya pun dah pulang ke hotel."

"Kau keluar dari sini sekarang!! Keluar." Mikael keluar dari kereta, ia membuka pintu belakang kereta.

Tangan Medina Atalia di rentap kasar hingga gadis itu terjatuh di atas jalan.

"Tuan.. saya mohon, sangat-sangat tolong jangan halau saya keluar dari sini. Saya takut Tuan.."

"Aduh!!! Masalah betul dengan kau ni, kau lari dari siapa ni hah?!"

"Saya tak lari dari siapa-siapa pun Tuan, kawan-kawan saya dah pulang ke hotel. Saya sesat Tuan." Medina memohon agar dirinya di kutip demi keselamatannya.

Dia menarik tangan lelaki itu dengan mata berair, ia melihat keliling tempat itu dia amat berjaga-jaga kerana dia takut ada yang mengekori dirinya sampai ke sini.

"Tuan.. Saya nak kerja dengan tuan, jadi pembantu rumah pun jadi lah. Saya takut sorang-sorang dekat kl ni.. Isk lagipun saya tak kenal sesiapa pun. Please."

Lama lelaki itu berdiam diri di depan Medina Atalia, akhir sekali lelaki itu mengangguk kepala sambil tersenyum.

"Bangunlah, aku akan bagi kau kerja di rumah aku saja memandangkan kau sesat dan masih baru di kota raya ni." Ia membangunkan Medina. Lantas dia membawa gadis itu ke dalam perut kereta semula.

"Isk.. terima kasih Tuan, semoga Tuan dan Puan nanti sentiasa di murahkan rezeki yang melimpah ruah hingga ke anak cucu Tuan selalu aminn."

"Aminn.. masuk lah berehat nanti sampai di rumah aku kejut kau Hurmm..?"

"Isk baik.." Ia amat bersyukur kerana ada lagi orang baik di dunia ini.

Memori itu masih terbayang jelas di ingatannya di mana majikkannya yang satu ni menyelamatkan dirinya dari ancaman itu.

Setelah dua bulan ia berkerja di rumah besar itu. Apa yang dia ingatkan sejak dari kejadian itu, majikkannya tidak lagi pulang ke rumah dengan keadaan mabuk-mabuk.

Ia juga turut bersemangat untuk menjalankan kerjanya sebagai pembantu rumah segera di rumah lelaki itu, dia akan ingat jasa majikkannya sampai ke nafas akhir.

Dalam samar-samar dia tersenyum manis kerana mengingatkan tentang kenangan manis itu.

"Hurmm.. Medina, kau terjaga ke.?"

Cepat-cepat Medina Atalia beralih wajah kearah majikkannya. Ia tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Tidurlah, apa yang kau fikir ni sampai segar wajah kau tu huem.?"

"Medina mula teringatkan sesuatu yang buat otak Medina happy. Tuan."

"Hurmm.." Mikael memilih untuk memeluk tubuh Medina dengan erat.

"Tidurlah dah lewat ni, nanti kau tak cukup tidur macam mana nak kerja hurm.. apa kau rindukan boyfriend kau ke Medina.?"

"Saya tidak ada boyfriend Tuan. Kerja macam Medina ni sape je yang nak. Betul tak.?"

Mikael Lutfi hanya mengangguk kepala, mengantuk masih berlegar-legar di ruang matanya. Jadi dia memilih untuk memejam mata dan bermimpi indah-indah saja bersama Medina Atalia di alam bawah sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience