EPISODE 53

Family Series 439762

Karl merapikan pakaian Mikael di depan cermin. Ia tergelak lucu bila mengingati abangnya menikah lagi.

"Apa gelak-gelak.." Mikael memandang tajam pada adiknya yang berada di belakang.

"Kau tu, bakal berbini dua bang." Karl menepuk bahu Mikael.

"So..?"

"So tak lama lagi abang kita yang kacak dan macho ni sudah ada dua bini." Fir menambah kata-kata pada abangnya.

"Ermm.." Mikael agak gemuruh, kerana tak lama lagi dirinya akan menikahi gadis bernama Medina Atalia.

Keluhannya di buang sedikit kasar.

"Jeng Fir !!! Baju nikah Mika dah basah dah woi hahaha.." Karl gelak guling-guling di atas katil.

"Diamlah kau Karl. Aircond sini yang tak sejuk aku nak saman hotel ni, nanti.." ia melihat sekeliling sambil mengelap peluh di dahi.

"Saman ?? Kau nak saman hotel aku Mikael. Amboi. !!!" Karl menumbuk bahu Mikael.

Agak kuat.

Mikael terus berjalan keluar dari bilik dengan langkah biasa.

Beberapa langkah sudah sampai dibilik Medina.

Tok..

Tok..

Tok..

Ting tong..

CLICK

Pintu di buka dari dalam.

"Hi bidadari saya." Mikael tersengih lebar.

"Eh Tuan.. Dah siap ke..? Masuk lah dulu." Medina terus memanggil Mikael masuk ke dalam bilik hotel.

"Cantiknya kau malam ni.. berseri-seri.." Mikael terus masuk ke dalam bilik Medina.

"Hiiiiii Tuan Mikael..." Rakan karib Medina melambai tangan pada Mikael.

GLUP

GLUP

Terkejut beruk dia dengan rakan-rakan bakal isterinya yang agak ramai di atas katil.

"Erk hii.. alamakk ramainya..!!" Mikael tergamam.
ia tak sangka semua seusia Medina tapi di matanya hanya Medina paling cantik dan berseri-seri.

"Medina we to talk.. NOW!!" Mikael terus menarik tangan Medina jauh dari mereka.

"Okey, Sabarr..." Medina terus berjalan dengan lagak catwarknya.

"Cepat-cepat..!! ada hal ni.." Mikael terus menutup pintu bilik.

mereka berdua sudah berada diluar bilik Medina.

"Ada apa Tuan..? Sabar boleh tak! Eih dia ni kan.."

"Aku.. aku... erkk.. erm.. sebenarnya.." Ia melihat sekeliling mencari kekuatan di hati..

"Ada apa Tuan..? Tak jadi nikah ke hari ni.?" Cincin di jari dibelek lama.

tak lama kemudian ia melihat dahi Mikael sedikit berpeluh.

"Tuann... Tuan tak apa-apa ke ni..?"

"Erm.. sebenarnya aku, aaku rindukan kau Medina.." Mikael terus memeluk tubuh Medina.

"Eh.. rindu pula dia. Sebelum ni tak rindu pun. Tuan tak sihat ke?"

"Tuan nak panadol tak.?" Wajahnya terus ditekap pada dada kanan Mikael.

"Aku cuma perlukan kau kejap.." Matanya dipejam seketika untuk mencari nafas baru.

"Tuan.. kenapa kuat sangat jantung ni berdegup..? Nervous eh.."

"Nervous lah. Lagipun kejap lagi kita dah nak jadi suami isteri." Ia ingin mengurut rambut Medina.

Rambut Medina terlapik dengan tudung bawal berwarna putih bercorak bunga-bunga kecil.

Di tambahkan pula butiran cristal, Sangat cantik.

"Hihi.. Tuan.. gemuruh sangat ni.." Medina tergelak.

ia tahu Mikael sedang gemuruh saat ini lagian majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tak lama lagi.

"Nasib baik bilik kita ni dekat Medina.. Kalau tidak dah lama aku datang culik kau, bawa lari tau tak..?" Mikael terus memberi ciuman hangat di dahi Medina.

"Hahaha..!! Dah nak bernikah pun ade hati nak culik bakal isteri sendiri..? Ish gelojoh betul Tuan ni.." Medina tergelak kecil.

"Mesti lah.." Mikael kembali memeluk tubuh Medina.

Qalsum dan Farhana berlari anak ke arah Medina dan Mikael disitu.

"Hye apa semua ni ya Allah.. Mikael. !!" Qalsum belari mendapatkan mereka di depan pintu bilik Medina.

"Oh mak kau..!!" Mikael terus melepaskan pelukan di tubuh Medina.

"Ish anak aku sorang ni! Boleh sabar tak..? Sabar Mikael. Lagipun Medina ni dah nak jadi isteri sah you dah pun tahu tak..?"

"wahai MIKAEL LUTFI.." Qalsum bercekak pinggang di depan Mikael.

Medina tergelak kecil melihat wajah Mikael sudah monyok..

"Maa.. tahu tak bertapa gemuruh hati ni..? Sebab tu lah Mika datang jumpa Medina.."

"Mika ke sini bukan nak buat apa pun.." Tangannya masih ingin mengapai tangan Medina.

"Hihi.." Medina tergelak di belakang Farhana.

"Tengok tu.. gatal hey sudah.." Qalsum terus menolak bahu Mikael jauh dari Medina.

"Hihihi.. kesian Tuan kena marah dengan Datin, werkk..." Ia berkata-kata tak pula bersuara.

Farhana menepis tangan Medina.

"Maaf hihi.." Medina menutup mulut perlahan sambil tergelak lagi..

"Pergi masuk bilik sekarang go.." Tubuh Mikael di tolaknya oleh Qalsum.

"Maaa kejap je.."

"Sayang! Tolonglah cakap dengan Mama, kau nak speedtime dengan aku. Tak lama..!!" Tangan Medina hampir mengapai tangan Medina.

"Sudah-sudahlah.. !!! Haish pantang betul anak siapa nihaa..? Suka ambil kesempatan macam ni.." Qalsum terus menarik tangan Medina kembali masuk ke dalam bilik mereka.

"Bye.. bye.. Tuan Mikael yang kacak, muah.." Langkah diambil terus masuk kedalam bilik kembali dengan senyuman bahagia.

Qalsum bercekak pinggang melihat rakan-rakan seusia Medina masih di atas katil.

"Dah.. korang semua boleh turun sekarang!! Biar kitorang pula dulu di sini.."

"Alasan, tapi datin.."

"Takda !! Keluar.." Qalsum memberi ruang untuk Medina dimake-up sekali lagi..

"Datin Sri macam ni pun dah cantik sesangat.. Terima kasih.." Medina tak berani menatap wajah bakal ibu mertuanya.

"Memanglah cukup tapi tuh Mikael tak pernah cukup tengok kau tahu tak Medina..?"

"Engkau sebagai pengantin baru, kau mesti kena lebih lagi cantik lain dari yang lain. Faham tak..?" Qalsum terus duduk di sofa.

"Faham Datin Sri.." Medina tersenyum rapi..

Farhana hanya senyum melihat Qalsum dan anaknya.. walaupun Qalsum agak tegas dalam semua hal..

Tentang Medina ia tak pernah terlupa sedikit pun.

"Nanti.. lepas angkat nikah kita terus naik ke sini lagi lepastu tukar baju baru.."

"I tak mahu satu pun tertinggal okey..?" Qalsum bercakap di fhone.

Mungkin Fakri yang dihubunginya.

Sejam kemudian.

Mikael Lutfi, Firdaus, Karl dan Fakri dan juga Dafizan turut berada di dewan.

Pengantin perempuan sudah duduk di belakang Mikael bersama keluarga mertua dan keluarganya.

"Ya allah permudahkanlah segala urusan aku.." Sesekali Mikael mengerling pada wajah Medina lama, dia tersenyum sendiri.

Maria memakai spek hitam jauh dia duduk..

"Okey. Macam mana kalau kita mulakan sekarang..?" Dafizan menepuk bahu Mikael perlahan.

"B-baik lah kita teruskan.." Terketar-ketar tubuhnya ingin berjabat tangan dengan pak mertuanya saat ini.

"Bersemangat bang, pengantin perempuan cantik tu.." Karl segera bangun dan duduk di sebelah Mikael.

"Oii orang dah nak nikahlah gila." Firdaus sudah menepuk dahi perlahan.

"Nombor dua hehe.." Karl hampir tergelak tapi sempat diseka Fakri..

"Diamlah.." Mikael menarik nafas panjang..

"Hihihi sorry.." Karl menekup mulutnya sendiri.

"Baiklah.. kita mulaikan sekarang ya.." Dafizan senyum.

lalu ia berjabat tangan dengan Mikael.

"Baik.." Mikael menunduk sedikit lalu dia mengangguk perlahan.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Sempat ia membaca bismillah walaupun tangannya terketar-ketar dari tadi..

"Baiklah.. Mohd Mikael Lutfi bin Mohd Fakri Saarani.." Dafizan mengenggam tapak tangan Mikael erat.. panas tangannya.

"Ya saya.." Mikael sudah kecut perut..

"Aku.. nikahkan kau dengan anak aku bernama Medina Atalia bintikan aku Dafizan Adha dengan mas kahwin empat puluh ribu ringgit tunai."

Kedua tangan mereka dicgoncang sekali dengan lafas.

"Bismillahirrahmanirrahim.. Aku.. Mikael Lutfi.. terima nikahnya Medina Atalia berbintikan Dafizan Adha dengan hantaran emas kahwin empat puluh ribu ringgit tunai.." Peluh di dahinya sudah menitik.

Sesaat..

"Macam mana saksi.. sah..?" Dafizan masih mengenggam tangan Mikael kuat.

"Sah.. sah.. sah.."

"Alhamdulilah.." Dafizan senyum sendiri, Merah matanya menahan tangis..

"Erhmm.. terima kasih Mika.. sudi jadikan anak ayah sebagai isteri kamu nak.." Dafizan mengenggam tangan Mikael lagi.

"Sama-sama ayah.."

"Saya akan jaga dan rawat Medina seperti saya rawat dan jaga diri saya sendiri.."

"Itulah janji saya pada ayah insha-Allah.." Tangan pak mertua dicium lama.

"Baiklah.." Dafizan terus menepuk bahu Mikael.

airmatanya terus mengalir perlahan turun ke pipi tuanya..

Selesai upacara angkat nikah.. beberapa baca doa diiringi oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dewan.

Beberapa orang tergelak kecil melihat Karl masih belum puas menyakat Mikael dari tadi.

"Pengantin perempuan cantik bang.." Karl berbisik lagi..

"Aku tahu! Kau jangan cuba-cuba nak crosline Karl.. aku sewpak kau karang.." Tegas suaranya.

"Hehehe..." Karl terus bersandar pada belakang Mikael.

"Sayang.. Meh sini."

"Mama Kaka ke sana kejap."

"Baik lah.." Farhana tersenyum.

"Tuan.." Medina duduk di sebelah Mikael.

"Sayang sain sini, lepas tu jawab beberapa soalan. Hurm.." Mikael menunjuk borang didepan Medina..

"Baik Tuan..." Ia mengambil pen dan beberapa borang didepan segera ditulis.

Mikael hanya tersenyum melihat tulisan Medina sambil mengangguk, ia juga mengisi borang mereka berdua.

"Cantik sangat kau malam ni Medina.." Sempat Mikael menyakat isterinya.

"Tuan ni behave please.." Ia terus menyiku lengan Mikael yang sudah berada di pinggang.

beberapa keping gambar di ambil oleh Karl dan fotografer dari tadi.

"Amboi.. tak batal lagi air sembahyang kita ni sayang.." Mikael terus mencuit pinggang Medina.

Tuuuan!! Nak kena tinju ek..?" Medina terus menjauhkan diri dari Mikael..

"Kita tinju kejap lagi ek Medina.." Mikael terus menjeling tajam pada tubuh isterinya.

"Werk.." Medina sudah tarik monyok sambil mengisi borang beberapa bab di muka surat itu.

Selesai mengisi borang Mikael terus kearah Medina yang sudah duduk seiringan dengan keluarga mereka di belakang.

"Assalamualaikum..." Mikael sengeh gatal..

Qalsum menjeling tajam sambil menggeleng kepala melihat tingkah laku anaknya.

"Waalaikumussalam Tuan.."

Karl dan Firdaus menepuk dahi sesama sendiri..

"Eh Medina tu bukan Tuan awak lagi lah, dia dah jadi suami awak tau.." Karl terus mencelah.

"Kau yang kahwin atau aku yang nak kahwin ni..?" Mikael bercekak pinggang.

"Oh sorry-sorry teruja pulak..!! Hehehe teruskan.." Karl terus duduk di belakang Mikael.

"Sayang. Sini jari tu.." Mikael tersenyum lebar.

Kelihatan ia terlalu kacak di mata orang-orang.

"Mana satu ni..?" Medina terus menayang jari jemari kirinya pada Mikael.

"Yang ni.." Mikael terus menyuakan cincin permata di jari Medina.

"Alhamdulillah.. sah.. sah..." Karl menepuk tangan sendiri..

"Oi gila.. sejak bila kau ada card kuning niha..?" Firdaus menepuk belakang tengkuk Karl di pukul kuat.

"Terima kasih sayang.." Mikael terus mencium dahi Medina lama.

Tak lupa belakang Medina di usap lama..

"Hiskk Terima kasih.. Tuan.." Medina terus menangis sambil mengelap airmata dipipi.

Shh.

"Jangan menangis lagi.." Mikael juga mengalirkan airmata jantannya setitik.

"Ayah pun nak peluk juga.." Dafizan terus mendapatkan anak gadisnya.

"Silakan ayah.." Mikael terus senyum sebelum ia melepaskan pelukan dari tubuh Medina.

"Ayah..." Ia menangis tak henti-henti..

"Jaga suami baik-baik, layan dia seperti kamu layan kami sebelum ni ya, nak.." Dafizan terus memeluk tubuh Medina..

airmatanya mengalir laju turun ke pipi..

"Baik ayah, terima kasih rawat Lia selama ni.." Ia membalas pelukan ayahnya..

Dafizan melepaskan pelukan ditubuh Medina sambil tersenyum lebar..

Airmata anaknya dibawah dagu pantas diseka.

"Hisk.. hihi.. ayah ni.."

"Cantik sangat anak ayah ni.." Pipi montel Medina diusap-usap lagi.

"Selamat pengantin baru nak selamat berbahagia hingga ke anak cucu.." Dahi Medina dikucup lembut.

"Terima kasih atas doa ayah.. hisk.." Medina tersenyum dalam tangisan.

Mikael masih menanti giliran untuk kembali memeluk tubuh isterinya, tetapi Fakri lebih bijak ia membawa Mikael ke tempat lain seketika..

"Tahniah Medina.. Beranakkan anak Mikael banyak-banyak okey.."

"kalau boleh secepat mungkin. Aku tak sabar nak timbang cucu ni.." Qalsum terus memeluk tubuh Medina lama.

"Baik Datin Sri insha-allah.." Medina sudah menangis sambil berbalas pelukkan tubuh Qalsum..

Selang itu ibu dan adik-adik juga dipeluk cium lama..

"Mama.. hisk.. Lia dah jadi isteri kedua Tuan Mikael tau.. hmm Lia takut ni.." ia terus memeluk tubuh Farhana.

"Sabar.. Mika dah jadi suami kamulah Lia nak takut ape..?"

"Betul kata Datin Sri tu cepatlah bagi Mama cucu eh heheh.." Farhana terus menerus menenangkan Medina.

"Mama ni ada-ada jelah hihi.. Insha-allah.. Lia bagi Mama cucu ramai-ramai." Medina tergelak kecil.

ia tahu Mamanya hanya menyakat dirinya.

"Malam ni ek.." Farhana mengangguk pantas sambil mencuit pipi Medina..

"Maaa...!!" Terbeliak mata Medina mendengar kata-kata Mamanya tadi.

THE ENDING, bye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience