EPISODE 34

Family Series 439762

Karl dan Firdaus mengaru kepala sedikit kuat. Mikael hanya mendiamkan diri, dia malas hendak menyampuk perbualan adik-adiknya dari tadi.

Sampai saja di hujung jalan depan rumah yang Medina sewa Karl dan Firdaus memerhati kearah Mikael lama-lama.

"Serius lah ni rumah Medina, Mika..?"

"Erk.. aku tak tahu." Mikael kaku sendiri.

Sumpah rumah Medina ter-sangatlah buruk, jika mereka masuk ke dalam rumah itu pasti roboh sepenuhnya nanti.

(Mama dah cakap Medina miskin, you saje gatal sangat nak pucuk muda. Rasakan hahaha.) Maria menjeling sinis pada Mikael.

"Itu Medina dah keluar, mesti dia lagi tunggu kita tu." Karl menunjukkan pada tubuh Medina yang sudah menunggu mereka di luar rumah.

Ketiga-tiga manusia itu tergamam di dalam kereta pantas brek ditekan rapat.

Mikael blur.

"Mama call ni.." Firdaus melihat panggilan dari Mamanya.

"Kita balik jelah buruk betul rumah dia ni.." Maria bercekak tubuh di sisi Mikael.

"Macam mana Mika..?" Firdaus memerhati lama kearah Mikael.

"Erk.. aku rasa lebih baik kitaa err.." Mikael terus pandang seorang demi seorang dia perlukan bantuan adik-adiknya saat ini.

"Balik.. I letih lah baby. Dari tadi tau kita duduk dalam kereta ni.." Maria terus pandang wajah Mikael lama.

"Okay kita balik." Mikael mengundur kereta sedikit ke belakang.

Maria tersenyum sendiri.

"Kau sure nak balik sekarang..?" Karl melihat kearah Mikael.

Mikael mengenggam stereng kereta kuat. Terkeluar urat-urat di lengannya.

"Mika. Aku sarankan kau tak perlu fikir panjang-panjang, baik kau abaikan jelah niat kau untuk peristerikan Medina tu okay." Firdaus menepuk bahu Mikael perlahan.

"Shit.! Semua tak membantu." Kepalanya di pegangnya erat.

Dia amat mahukan Medina. Tetapi kaki nya pula berat untuk melangkah ke sana.

"Kita balik jelah Baby, I dah lengguh ni dari tadi asyik duduk je.." Maria mengurut kakinya.

"Hmm okay.." Dengan perlahan-lahan stereng kereta di pusing.

Pandangannya masih memerhati wajah Medina yang masih menanti mereka di depan rumah sejak tadi.

"Maafkan aku Medina.." kereta mereka terus berlalu pergi.

Qalsum tergelak jahat. Dia kenal sangat siapa anak-anaknya, Walaupun di mata orang anak-anaknya kelihatan humble tetapi mereka tak bodoh.

"See anak kesayangan I tu, Mikael tak hadap punya dengan maid macam Medina tu. Hahaha kesian bukan."

"Tak baiklah you gelakkan anak kita tu. Mungkin Mikael nak beli apa-apa dulu tu." Fakri menggeleng kepala.

Sungguh dia tak faham tentang isterinya.

"I tahu sangat. Sebenarnya Mika saje nak permainkan perasaan budak bodoh tu."

"Cumanya Medina tu yang bodoh, Perasan cantik."

"Dasar miskin tengok macam tu huh ade hati nak mengoda Majikkan sendiri tak malu." Qalsum melepaskan semua yang terbuku dihati dia puas..

"Tak baik cakap macam tu Qalsum. Allah tahu segala-galanya, You jangan lupa you pun dari mana dulu." Fakri terus memberi jelingan sinis pada Qalsum.

"Itu pun you yang kejar I kan. Dulu pun you macam Mika juga sebelum dapat."

"Lepas dapat tahu I papa kedana terus pergi, and tak kesudah kejar I balik.. nasib baik I tak kahwin dengan anak kawan Papa I tu huh."

Fakri menelan air liur kesat.

"Cerita lama takkan you nak ungkit lagi..?" Fakri memerhati diluar jalan ia terciduk..

"Of course I nak ungkit lagi sebab you yang mulakan dulu.. right..?" Qalsum menjeling tajam pada suaminya sambil tersenyum.

Ia tahu Mikael dan ahli keluarganya datang tadi. Tapi ia pura-pura tak tahu dan tak nampak, padahal fhone ada saja di tangan boleh je call tapi ia lebih handal.

"Done ihik." Medina melarikan diri naik ke atas rumah.

"Nak, macam mane. Diorang datang tak..?" Dafizan menarik tangan anaknya terus masuk ke dalam rumah buruk itu.

"Datang tapi dah balik.." Medina tersenyum sendiri.

"Hurmm maksudnya tak jadi lah ni.?" Farhana memerhati di luar tingkap kejap..

"Yes, tak jadi. Baguslah hehe alhamdulillah.." Medina terus ke dapur untuk ke bilik air di bawah.

Farhana dan Dafizan menggeleng kepala mereka dua pelik dengan Medina. Selalunya kalau tak jadi tunang ni si perempuan tu pasti sedih nangis-nangis.

Tetapi anak mereka yang seorang ini pula sangat pelik siap bersorak gembira pula tu.

"Dah tak jadi maksudnya kita dah boleh balik ke rumah kan. Abang..?" Farhana sengeh sendiri.

"Hm awak pun tak mahu tinggal sini ke sampai habis tempoh tiga hari tu.?"

"Erk tak nak, kite balik eh abang.." Farhana mengangguk kepala laju-laju.

Ia pun takut nak berjalan di dalam rumah papan begini dengan sedikit berbunyi pula tu.

Siapa tak seram..

"Hmm baik lah kita balik petang ni.." tangan Isterinya di genggam erat

"Terime kasih, abang.." Farhana terus memeluk tubuh suaminya.

Medina menghubungi Mikael dia harus pura-pura sedih dan bertanya pada Mikael yang sudah habis miang ke belum.

dia mahukan kepastian dari lelaki itu.

Clik..

"Hello assalamualaikum, Medina.." Mikael masih di hotel berdekatan dengan kampung Medina.

Hissk..

Hisk..

"Waalaikumussalam Tuan tak datang ke harini..?"

Mikael tergamam kerana Medina menangis.

"Maafkan aku Medina. Sebenarnya."

"Aku tak pergi pun ke rumah kau tadi sebab aku ada kerja harini sibuk sikit."

"Entah lah tetiba pula Adam hantar e-mel pagi tadi terus aku pergi pejabat dulu." Mikael terus bohong dan bohong.

Hurm..

Iskk..

"Tak apalelah macam tu hehe esok Medina boleh masuk kerje macam biasakan..? Isk."

"Boleh Medina." Mikael terduduk di atas sofa rambutnya di ramas kasar.

"Okey bye, assalamualaikum.." Medina terus mematikan talian.

"Waa..."

TUT

Ia tersenyum sendiri di tangga dapur.

Ehehe

"Kau nak kahwin dengan aku sangat konon ahaha ambik kau Mikael, eh dasar sorang bini tak pernah cukup ni." Medina terus naik ke atas rumah dengan riang.

Kite balik KL harini eh Mama, Ayah.. Diorang takkan mahu datang sini dah.." Medina terus berlutut di depan Ayahnya sambil tersenyum lebar.

"Nak, patut ke kita buat macam ni..? Macam mana kalau diorang tahu kamu menipu mereka tadi."

"Bukan kamu tak tahu tambah pula si Mikael tu." Dafizan mengurut rambut anaknya.

Ia sedikit risau dengan keselamatan Medina. Anaknya bukan remaja yang kaku, anaknya ia anak yang cerdik.

"Diorang takkan tahu kalau kite bertiga ni tak bagitahu diorang, Ayah."

"Lagipun Tuan takkan ambil tahu tentang bibik-bibik dia. Medina tahu lah semu tu."

Farhana senyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience