EPISODE 11

Family Series 439762

Sebaik saja kereta Mikael Lutfi melepasi trafik light yang di penuhi dengan kenderaan berat. Ia mula merancang sesuatu untuk Medina Atalia.

"Ehem.. Sebenarnya Medina aku nak bawa kau ke suatu tempat harap ni. Aku harap kau suka lah nanti.." Mikael terus memegang jari-jemarinya Medina.

"Oh faham, tapi tak jauh kan..?" Medina menarik tangannya lalu di genggam kasar.

"Tak jauh pun dalam setengah jam lagi kita sampai.. lagipun aku nak kau kelihatan cantik dekat Itali nanti.."

"Ouh Itali.. apadia Itali..?"

"Yup negara Itali, Kau penah pergi tak..?"

"Kejap!! Kenapa Medina kena ikut pula, sebelum ni tak pun."

"Sudah. Kau jangan banyak alasan sangat Medina."

"Tapi Tuan! Tiket mesti kapal terbang mesti mahal. Medina mana mampu nak beli.."

"Itu kau janganlah risau kau dapat gaji nanti aku potong lah gaji kau.."

"Apa..?? Tuan nak gaduh semula ke dengan saya. Medina penat lah macam ni. !!"

"Medina. Aku bawa kau ke sana sebab nanti kau kena bantu cari outfit untuk aku. Medina.. Lagipun bukan saja-saja aku nak usung kau ke sana ke sini wahai Medina.."

"Oh okay faham. Tapi ini kite dah sampai ke..?" Medina mengaru dahi lagi. Kenapalah majikannya tiba-tiba berhenti kereta di tepi jalan.

Takkan Majikannya nak main lumba-lumba lari pula kot.

"Belum lagi Medina, tapi ini hukuman untuk kau.." Tubuh Medina tarik hingga masuk ke dalam pelukannya.

Mikael Lutfi mengambil kesempatan untuk melumatkan bibir Medina Atalia dalam-dalam.

Sejak kejadian itu Mikael Lutfi tersengih nakal bila mata mereka bertentangan seketika di dapur.

Maria Elena bercekak lengan melihat belakang tubuh sang suaminya itu. Ia melihat suaminya sudah lain sejak Medina Atalia masuk ke hospital sebelum ini.

Sejak Majikannya dan Datin Sri Qalsum berada di dewan meja makan, tiada seorang pun bersuara.

"Bila nak timbang cucu ni..?"

Uhuk

Uhuk

"What..?" Maria terus mengambil gelas berisi air anggur di teguk sekali gus hingga puas.

"Maa ada apalagi ni..?"

"Tak ada apa Mika.. Mama cuma nak rasa timbang cucu dari you-all berdua ni saja. Salahke.?"

"Rasanya lama sangat korang berdua ni berkahwin.. Umur pun dah berapa ni. Harus lah ada masalah bagi keluarga besar kita Maria." Bidas Qalsum lagi.

"Mama!! Sekarang ni memang ada masalah ke dengan gelaran anak tu Ma..?" Maria pula menyampuk.

"Insha-Allah Maa, Adalah tu nanti resekinya janganlah terburu-buru dulu. Mama.." Mikael sekadar senyum sendiri.

"Untuk korang berdua.. Mama tak boleh lepas tangan macam ni saja. Adik-adik you yang lain pun dah masuk berapa dah anak. Mama segan diorang asyik tanya tentang you-all berdua saja." Qalsum melihat kearah Medina.

Entah kenapa dia rasakan lain sejak Medina Atalia pulang bersama anaknya tadi. Ada apa.?

"I tak bersedia lagi, sorry Mama.." Maria mengangkat kaki pergi dari situ.

"Tengok lah tu biadap.." Qalsum menggeleng kepala. Sikap begini lah dia paling tidak suka.

"Maa, janganlah asyik memaksa sampai macam ni sekali. Maria dah cakap dia tak bersedia lagi. Sabar ya." Mikael menggeleng kepala melihat pada wajah Medina.

"Medina, Kau subur tak..?"

Uhukk

Uuhukk

Mikael Lutfi berlari anak ke dapur. Dia tersedak dengan kuat hingga hampir-hampir tercekik dibuatnya.

"Datin Sri.."

"Aku tanye ni jawab jelah. Setiap bulan kau datang bulankan..?" Qalsum sudah bercekak tubuh.

Medina Atalia hanya mampu mengangguk kepala dengan kekok, dia risau kalau wanita itu membuka gelanggang wwe lagi.

"Good.."

Medina Atalia dan Qila memandang sesama sendiri. Mikael Lutfi kembali ke meja makan, sempat dia melihat wajah Medina Atalia sambil duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Erhmm.. Siapalah sebut me-malam ni.." Mikael kembali menjamu selera.

"Maa, buat masa sekarang ni I harap kita jangan ungkit tentang hamil dulu boleh tak..?"

"Kenape..? You sebagai suami sepatutnya kena bertegas dengan Maria tu bukan biar dia buat apa saja.. Kita ni bukan orang biasa seperti bibik-bibik you ni, Mikael."

"Maaa, Jangan campur hal ni dengan diorang boleh tak..?" Mikael tak jadi menjamu selera. Kakinya melangkah keluar dari situ dengan sedikit kesal dihati.

"Ni semua salah Maria. Ugh Dasar penghabis beras.." Qalsum menghempas sudu di atas piring kaca itu dengan kuat.

Sebaik saja Medina Atalia menghidangkan beberapa makanan ringan di dalam piring kaca, ia membawa makanan dan minuman ke loteng. Di situ lah tempat kerja Majikkannya setiap hari, ia tahu kenapa Majikannya mogok lapar dengan emak sendiri.

Tok

Tok

Tok

"Siapa..?"

Medina Atalia tersenyum lega Mikael Lutfi masih ada di dalam.

"Tuan, Medina masuk boleh tak..?"

"Ya masuklah Medina pintu tak berkunci tu.." Pen di jari di letak di atas buku ia terus menutup aplikasi cctv di dalam laptop.

"Tuan, Tadi Tuan tak sempat nak makan malam pun. Ini Medina ada bawakan makan malam untuk Tuan." Beberapa keping roti bakar planta dan Kopi o suam di letakkan atas meja kerja lelaki itu.

"Aku tak lapar, Medina.." Pinggang Medina di tarik untuk duduk di atas ribanya, Mikael meraba perut Medina dari luar baju.

Ulat bulu naik daun begitulah kejadiannya..

"Tuan.. !! Medina geli jangan pegang perut ih gelilah."

"Shhtt.. Teman aku buat kerja boleh tak? Aku bosan lah sorang diri dekat sini.." tangannya sudah meraba tak lepas dari perut Medina.

"Boleh tapi jangan macam-macam eh nanti kena sekeh dengan Medina tak tahulah.."

"Yela, Jangan risau aku tak minum arak pun.."

"Banyak lagi ke kerja pejabat Tuan kena buat ni..?" Medina membelek fail-fail projek yang bertimbun di atas meja.

"Boleh lah setakat nak peningkan otak tu.." Dahinya di tekap di belakang tubuh Medina seketika.

"Banyak eh.. tapi berjuta-juta ringgit juga lah Tuan dapat kalau siapkan satu projek ni ek..." Fail di buka.

Medina Atalia membaca beberapa ayat untuk hadam sedikit kerja-kerja Majikkannya. Tetapi tulah dia langsung tak pandai bab-bab ini.

"Tuan.. Tuan.."

"Hurmm.. Lima minit saja.." Matanya di pejamkan seketika.

*Sumpah sedap pula tidur begini tak perlu bantal pun.* Mikael senyum sendiri.

Datin Sri Qalsum dan Maria Elena berjalan ke bilik kerja Mikael Lutfi. Mereka tahu siapa yang ada di dalam sana sejak semalam.

BRAK

Maria Elena dan Datin Sri Qalsum melopong mulut. Mereka melihat Mikael Lutfi lagi memeluk erat tubuh Medina Atalia di dalam dakapannya.

Wajah Medina Atalia pula terperosok ke dalam dada Mikael Lutfi tanpa pakaian atas. Mereka juga tidur dengan nyenyak sekali di atas sofa panjang.

"Astaghfirullah!!!! Mikael Lutfi."

"Mama!! Tengoklah anak kesayangan you tu! Berani mereka buat onar di depan I begini. Isk.." Maria menangis di belakang Qalsum.

"Hye! Bangun bangun lah dasar pelacur murahan!!" Qalsum merentap tangan Medina dengan kuat. Hinggakan gadis itu jatuh ke lantai.

"Mama.!!! Ada apa ni.?" Mikael segera bangun dari baringnya.

*Mati aku!!! Matiiii.* Medina sudah kecut perut dengan wajah bengis wanita itu.

"Kau!!! Dasar pelacur tak tahu diri. Hye sedar lah diri tu sikit kau tu tak layak langsung dengan anak aku ni. Sial.." Suara Qalsum bergema hebat di seluruh pelusuk bilik itu.

"Mama!!! Apa masalah Mama lagi tak habis-habis nak buat kecoh aduh tak malu ke Mama?"

"You cakap sekarang apa hubungan you dengan perempuan ni. Cakap !!!"

"Kitorang tak buat apa-apa pun.!! Mika cuma tertidur saja kami bukan buat maksiat pun."

"B-betul tu Datin.. Med.." Medina melihat atas bawah pada tubuh Mikael. Dia juga melopong mulut..

"Kau diamlah Medina dasar pembantu tak sedar diri malu lah sikit setakat muka cantik tapi hati kau busuk!"

"Mika. You tu dah punya isteri kenapa you masih lagi jadi seorang kasanova..? Huh.!!! Buanglah jauh-jauh kasanova you tu Mikael."

"Maria!!! Ini pasti kerja you bukan you jangan buat menangis di depan I lah.." Mikael terus menarik tangan Medina ke belakang tubuhnya.

"B-bukan.!!! I tak tahu apa-apa langsung tentang hal ni.. sumpah Biy.." Maria segera memeluk tubuh Mikael dengan erat.

Benar dia takut kehilangan Mikael Lutfi.. tetapi bukan kerna kasih sayang dari lelaki itu. Tetapi kerana kekayaan lelaki itu saja dia masih bertahan sehingga sekarang.

"Bukan salah I Biy tolonglah percaya cakap I please." Ia menangis semahu-mahunya.

"Medina! Tak malu ke kau.?? Sedar diri sendiri kau tu cuma pembantu saja tengok tu macam mana sekalipun Mikael! Anak aku tetap pilih isteri dia." Hambur Qalsum lagi.

"Mama!! Tolong jangan rendahkan martabat orang Ma. Please jangan malukan keluarga kita."

"Oh!! Habis ini apa Mikael..?? Apa!!! Sepatutnya you pecat saja perempuan ni keluar dari sini bukan simpan lagi."

"Mama.. Please pulanglah dulu. Biar kami bincangkan dulu hal ni ya.." Maria mengertap gigi. Dia terpaksa menghalau Qalsum pergi.

Semua ini demi kebaikan dia di depan Mikael Lutfi, Dia masih belum puas dengan harta-harta yang lelaki itu punyai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience