EPISODE 72 [ AKHIR ]

Family Series 439762

Datin Sri Qalsum dan ahli keluarganya yang lain masih menanti doktor yang masih berada di dalam wad, mereka tahu Medina dalam kritikal.

Mikael Lutfi terpaksa menandatangani surat perjanjian untuk membedah kandungan Medina secepat mungkin.

Qalsum mengesat air mata bila mengenangkan Maria pelakunya.

Dia tak mahu menganggap Maria Elena anak kesayangannya lagi.

"Mikael. You mesti selamatkan Medina, kesian dia menangung kesakitan begitu." Qalsum berjalan mendapatkan Mikael.

"Betul tu Mikael. Mama rasa betul kata-kata Datin tu, kesian Medina." Farhana memujuk hati Mikael.

"Tapi Mama.."

"Tolong lah ini demi keselamatan Medina, cucu-cucu Mama. Mika." Qalsum menangis semahu-mahunya.

"Datin bawa bersabar ye, Mikael yang layak lakukan semua ini.." Farhana terus menyembamkan wajahnya pada bahu Dafizan.

"Mika.. Medina sakit di dalam nak, kamu jangan seksa dia begini. Sign ya.." Fakri juga memujuk.

"Betul tu bang. Kesian Kak Medina dia pasti sakit menanggung semua ni, Please buatkan semua ni demi anak-anak kau bang.." Khai menepuk bahu Mikael.

"Baik lah.. Mika akan sign." Ia terketar-ketar untuk menandatangani surat itu.

"Ini Dr. Pergi lah cepat sebelum aku ubah fikiran.." Mikael Lutfi beredar jauh dari wad itu.

"Bang.."

"Mika tunggu.."

Khai dan Firdaus mengejar langkah Mikael yang sudah menjauh.

Ketiga-tiga Dr tadi sudah selesai membedah kandungan Medina.

Anak-anaknya selamat di lahirkan walaupun tidak cukup bulan, mereka yang berada situ cepat-cepat meletakkan anak kembar itu ke dalam peti.

"Bagus.. kerja kita berjaya."

"Alhamdulillah syukur, saya risau kerana Puan Medina langsung tak sedarkan diri tadi."

"Ye, semoga sang ibu dan anak-anak kembar itu baik-baik saja."

CLACK

"Dr..."

Mereka berlima terus berlari mendapatkan ketiga-tiga doktor tadi.

"Tepi.. jangan halang." Qalsum orang pertama berdepan dengan ketiga-tiga doktor tadi.

"Dr macam mana dengan keadaan Medina, anak-anak dia.. mereka selamat dari pembedahan bukan.?"

"Sabar Datin.."

"Kami bertiga berjaya selamatkan Puan Medina dan anak-anak kembar itu."

"Ye betul. Anak-anak kembar itu kacak belaka."

"Alhamdulillah.. alhamdulillah cucu-cucu aku selamat di lahirkan." Qalsum terus duduk bersyukur.

"Qalsum.."

"Terima kasih ya Allah.. Terima kasih kau telah selamatkan semuanya."

Fakri memeluk tubuh Qalsum.

Dia juga bersyukur seperti Qalsum juga.

"Mama.. macam mana dengan keadaan Medina.?" Mikael Lutfi segera berlari ke depan wad.

"Tuan Mikael.. Puan Medina dan anak-anak kembar sudah selesai di bedah."

"Mereka masih di dalam jika Tuan nak masuk melawat boleh saja."

"Tetapi buat masa sekarang seorang saja boleh melawat.." Marissa tersenyum lebar.

"Saya nak masuk Dr." Mikael terus berjalan masuk ke dalam.

"Baik lah, jika tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu."

"Terima kasih Dr." Khai menunduk kepala.

"Sama-sama.." mereka bertiga berjalan pergi meninggalkan wad itu.

"I tak percaya semua ni kerja Maria. I tak didik dia jadi jahat Fakri.."

"Qalsum. Semua ni dah jadi pengajaran buat kita semua, selama ni I tak mahu buka mulut sebab you yang didik dia selama ni."

"Now you sendiri lihat, dia bukan seperti anak-anak kita yang lain Qalsum.." Fakri mengesat air mata di pipi Qalsum.

Jarang dia melihat Qalsum serapuh ini.

"I menyesal.. I tak kisah selama ni dia buat macam-macam di belakang kita."

"Mulai hari ni I takkan menyebelahi satu pihak saje. I sayangkan cucu-cucu kite, you.."

Hampir empat orang polis menghampiri mereka sekeluarga.

Mereka mengangguk kepala dengan adanya keluarga itu sekarang.

"Selamat petang Datin, Dato'.."

"Selamat petang.. ada apa Tuan." Fakri beralih belakang.

Dafizan dan Khai mendekat.

"Kami dari pihak polis, kami dapati ada satu surat waran tangkap yang di keluarkan atas nama Maria Elena. Dia ada.?"

"Kenapa ni Tuan..?" Khai berdiri di sebelah Qalsum.

"Kami dapati Maria Elena, telah membunuh seorang wanita di depan trafik light."

"Ada pihak melihat beliau menolak dan membiarkan mangsa meninggal di tempat kejadian."

"Ya Allah.. !!!!! Maria.."

Dengan tiba-tiba Qalsum terus jatuh pengsan di atas lantai.

"Qalsum.. !!!"

"Mama.. !!! Kenapa ni.?"

"Mama bangun Ma."

"Papa, nadi Mama lemah ni." Firdaus menekan nadi di pengelangan tangan Qalsum.

"Kita bawa ke bilik dulu."

Dafizan dan Farhana mendekat.

"Tuan polis, sebenarnya Maria Elena dah meninggal dunia semalam." Dafizan memeluk tubuh Farhana.

Dia tahu perkara ini pasti sangat sulit. Semua ini kerana Maria Elena.

Dia yang penyebabnya ramai mati.

"Dia di tembak oleh beberapa pegawai polis di Bali." Farhana menunduk kepala.

"Innalillah.."

"Sebab apa ya Puan.?"

"Maria Elena cemburu kerana anak kami mengandung anak suami dia."

"Dia dah lama berdendam dengan anak kami Tuan.." Farhana membuka pekung Maria depan mereka.

"Farhana tak baik, orang dah tak ada.."

"Tidak mengapa lah Tuan. Puan.. Jika hal ini sudah selesai nanti, kami harap keluarga Puan Maria boleh datang ke pejabat polis berdekatan untuk kemukakan siasatan ini ya."

"Baik.. Terima kasih Tuan.."

"Sama-sama kami minta diri dulu."

Mikael menggeleng kepala melihat kegedikannya Medina di atas katil sambil tersenyum lebar.

Hubungan mereka seperti setahun lamanya tak berjumpa padahal Medina baru saja di bedah.

Anak-anak sudah di pindahkan ke dewan penjagaan khas.

"Terima kasih sayang, perut sayang dah kecil semula." Mikael mencubit pipi Medina dengan tawa halus.

"Hihi.. tapi pipi sayang masih montel, tengok ni.." Medina menempel kan pipinya pada bibir Mikael.

"Aw..."

"Haaa kan dah sakit.. hati-hati sayang."

"Hubby lah ni. Nasib baik sayang sempat beranak kan anak-anak Hubby tau. Ihik.."

"Hubby, Puan Maria tak apa-apakan.?" Medina membuka cerita semalam.

"Sayang bawa bersabar banyak-banyak okay, sebenarnya Maria dan Fahmi meninggal di tempat kejadian."

"Sayang pula pengsan lepas masuk ke dalam kereta."

Medina mengigit bibir.

Hendak menangis semuanya sudah terlambat, kerana Fahmi dan Maria bersekongkol untuk membunuh dirinya.

"Sayang, maafkan Maria ya.." Kini pandangan mata mereka bertentangan.

"Sayang tak pernah salahkan Puan Maria, sebab sayang yang salah dalam hal ni Hubby."

"Sayang jangan cakap macam ni."

"Kalau sayang tak goda Hubby, pasti Puan Maria tak bersengkokol dengan Fahmi."

"Sayang bersalah dalam cerita ni Hubby.." Ia sudah menangis.

"Sayang.." Mikael terus memeluk tubuh erat erat.

Dia tak mahu isterinya menangis dalam keadaan begini.

Dia masih perlukan Medina.

Jika di berikan kesempatan untuk menjelaskan kedudukan sebenar siapa di hatinya sejak dulu.

Dia akan mengatakan depan-depan bahawa Medina Atalia lah orang pertama yang berjaya bertakhta di hatinya.

Sejak pertama kali mereka bertentangan mata di malam itu pun Mikael sudah jatuh hati dengan cara dan sopannya gadis itu.

Kerana itu dia mengambil Medina Atalia berkerja di rumahnya sehingga mereka sah bergelar tunangan dan menjadikan hubungan mereka berdua halal di sisi Allah.

•TAMAT•

Selesai sudah untuk novel "Isteri Muda Tuan Mikael Lutfi." Dengan segala rendah hati. Terima kasih kepada semua kesayangan Ma. Jika berpeluang nanti kita berjumpa lagi kesayangan Ma.. bye bye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience