EPISODE 02

Family Series 439922

Zara berlari mendapatkan Medina Atalia di luar rumah. Pelik benar dia kerana di pagi hari begini gadis muda itu lagi makan buah limau lipis cicah cili kisar.

"Ya Allah.. Medina kamu buat apa ni nak.." Zara bertanya kepada Medina dengan sedikit kerisauan di hati.

"Erk maaf makcik, Medina lapar.."

"Kalau iya pun lapar kenapa pepagi menicah macam ni. Auhai sakit perut nanti, sudahlah tuan Mikael tu suka panggil awak anak oi."

Medina Atalia hanya sengeh sendiri, sudahnya dia pun blur kenapa teringin sangat ia mahu makan begini.

"Sudah.. Sudah bangunlah nanti kalau Tuan tengok ni pasti dia bising, jomlah masuk makcik dah masak tu.." Zara membantu Medina bangun dari duduk.

Usai Medina Atalia dan Zara selesai makan di dapur ia sempat mengemas sedikit sebanyak barangan yang berada di dapur sebelum dia naik ke loteng utama untuk membuat kerjanya.

Mikael Lutfi yang di dalam bilik kerjanya tersenyum nipis melihat keadaan Medina Atalia di dapur melalui cctv.

"Kau sabar kejap Medina. Hehehe.." Mikael terus bangun lantas ia berjalan keluar dari bilik itu.

Banyak benda menarik perhatiannya selama ini, semua benda yang di buat Medina Atalia tersangatlah tersemat di dalam memorinya.

"Makcik jangan bagitahu Tuan eh tentang Medina makan buah pagi-pagi tadi. Medina cuma takut Tuan kite tu bising saja nanti."

"Kenapa pula..?"

"Takkan makcik tak tahu kalau-kalau satu benda dia tahu! Menjadi-jadi pula bebelnya sampai ke malam.."

"Hik.. hik.. Tahu pun takut! Makcik ingatkan awak kerja lama di sini awak dah lali dengan Tuan Mikael kite tu.." Perli Zara sambil tergelak.

"Hahaha.. Tuan tu mood berbeza, Ghisauuuu...!! Silap-silap dia boleh berubah jadi kingkong nanti, habislah bergegar rumah besar ni nanti hahaha.." Medina terus beralih ke belakang beberapa kali. Mana lah tahu time gosip macam ni Mikael Lutfi menjelma dibelakang mereka.

"Seronok bergosip..?" Mikael terus berjalan ke arah Medina.

Kejung kedua-dua orang bibik disitu.

"Maafkan bibik tuan, Bibik tengah masak ni untuk breakfast kejap lagi."

"Hmm.. Habis tu budak ni buat apa pula pepagi buta datang dapur? Sepatutnya kerja dia tu dekat atas sana.. ambil pakaian majikan dia.." Mikael terus tarik Medina keluar dari dapur.

"Tu baju aku belambak dekat bilik pergi ambil.."

"Ye.. ye. Medina naik sekarang kejap nak ambil bakul dulu.." terjengket-jengket langkahnya kembali ke dapur.

"Depan aku bukan main penakut. Belakang aku main lagi seronok bergosip korang. Dasar pembantu hantu." Mikael melangkah pergi meninggalkan dapur.

"Youu... awalnye turun.." Maria meraih lengan Mikael.

Dia masih merajuk dengan Mikael Lutfi. Belum apa-apa berlaku semalam suaminya dah terlena tak sempat nak bermanja.

"I turun kejap nak tengok pokok di belakang rumah tu.. nak suruh Paklah tebang dah naik berimbun sangat tu." Ia berdiri di tengah-tengah ruang rumah.

Majikan katakan.

"Morning Tuan.. Puan.."

"Hey you.. Morning too. Nak naik dah ke tu." Maria senyum mesra dengan Medina.

Sedangkan Mikael Lutfi hanya mengangguk tanpa melihat kearah Medina Atalia pun.

"Medina nak minta izin nak naik keatas dulu, boleh ke.?"

"Oh baiklah Medina hati-hati buat kerja tu.." Maria melambai tangan kepada Medina yang lagi baik satu persatu anak tangga ke tingkat atas.

Sejam telah berlalu. Mikael Lutfi masih sibuk dengan iPad di tangan.. Bukannya dia sibuk apapun, tetapi ssngaja saja dia nak mendera mental Medina Atalia nanti di atas sana nanti.

Maria Elena melihat jam di dinding lagi bergerak pantas, ia melihat pula kearah suaminya yang terbaring lagi masih sibuk bermain game di ipad.

"Sayang. You ni tak bersiap lagi nak ke pejabat hari dah lewat ni. Nanti bila dah lambat baru you nak panggil bibik tolong buat itu ini! Argh I stress." Maria membalingkan bantal sandar kearah Mikael.

"Well sayang. You tahu sajalah kita memang kena ada tabiat begitu.. Baru lah kita ni di namakan majikan yang berjaya, macam you.." Mikael sempat meneliti jam di dinding sudah lapan suku.

Mikael Lutfi dan perlian tiada pisah.

"Eh you ni! I ni bukan macam you sikit-sikit bibik!! Sikit-sikit Medina. Sakit kepala I bila dengar you jerit panggil diorang tu." Maria menjeling tajam pada Mikael.

Dia takkan mengaku kalah dengan si Mikael Lutfi, lawan tetap lawan.

Zara tergelak kecil dengar Maria Elena memarahi suami kesayangannya begitu.

Sungguh jarang Maria Elena naik hantu kalau suaminya main perli-perli dengannya.

"Kenape tak jawab? Habis dah part you hurm, tadi bukan main seronok lagi perli I pepagi buta ni.."

"Bising you ni. Alamak aku dah lambat.." Mikael terus melarikan diri naik ke bilik bila ia melihat jarum jam sudah berginjak lebih jauh dari tadi.

"Tahu pun lari.. I pun ade kuasa vito tau jangan main-main dengan wanita seperti I ya haha.." Maria menjelir lidah.

Pintu bilik persalinan di buka dengan kasar. Sudah tiba masanya dia mahu susahkan Maidnya dengan memanggil dan memanggil.

"Medina..!!!"

"Ah sudah apalagi Tuan aku nak ni.."

"Medina!!.. Ish pekak sungguh pembantu aku ni."

"Ya tuan Medina datang ni.." Terburu-buru ia keluar dari bilik mandi.

"Kau ni asyik hilang je pergi mana?" Mikael tarik tangan Medina untuk mengikat tali lehernya sebelum turun ke lantai bawah.

Ia melihat wajah Medina Atalia yang sedikit berpeluh kerana membuat kerja sejak tadi. Ingin saja bibirnya mendarat di bibir gadis manis itu.. perasaan kasanova masih melekat di hatinya hingga susah untuk dia membendung di depan Medina Atalia yang seorang ini.

"Medina ada jer tengah kemas bilik mandi tadi nasib baik dengar.."

"Mmm.. kau berpeluh ni, nanti rehatlah dulu sebelum memulakan kerja lagi. Okay."

Medina Atalia hanya mengangguk kepala sambil membetulkan apa yang sepatutnya dia lakukan setiap hari.
Hampir dua puluh minit berjalan akhir nya semua sudah rapi. Pakaian Mikael Lutfi di pandang dari atas hingga ke bawah sebelum ibu jari Medina Atalia menaikkan isyarat terbaik.

"Thanks Medina, pantas kau buat kerja.. kalau aku ni tah-tah boxer pun tak tahu nak cari dekat mana huhu.."

Terbeliak biji mata Medina Atalia bila majikannya berkata begitu tadi.

"Tuan tak pakai ke sekarang ni..? Wow ehh. Astagfirullah-hal-adzim sorry terlanjur pulak.."

"Pakailah.. kau dah sediakan tadi. Lagipun aku ni memang malas nak cari." tali leher di ketatkan sedikit.

Dia terus berjalan keluar dari bilik tersebut.. tinggalkan Medina Atalia seorang diri di dalam sana.

Medina Atalia masih mengemas barang-barang dan termasuk tempat tidur majikkan sebelum ia turun ke bawah untuk menyudahkan kerjanya di tingkat atas.

Selalunya petang Mikael Lutfi akan masuk saja ke mana-mana ruang yang dia mahu.

Jadi dia akan pastikan di setiap ruang di dalam rumah ini bersih, sebersih-bersihnya tanpa ada kesan kotor sedikit pun.

Ting.

Mesej dari fhone Medina Atalia berbunyi. Ia membuka kekunci aplikasi dia membelek seketika mesej yang di hantar seseorang yang tidak di kenali.

[Hi sayangku, Medina Atalia..]

Dadanya berdebar kencang seperti yang dia pernah lalui dahulu.

[Lama betul kau menghilangkan diri bukan, aku ingatkan kau dah mati. Hahaha.]

"Ya Allah kenapa lagi ni.?!!" Airmata Medina pantas mengalir laju turun ke pipi, kalau tak di sebabkan lelaki misteri ni.

Dia takkan membawa diri jauh dari keluarganya. Ia takkan mengabdikan dirinya sebagai pembantu rumah di sini selama dua tahun.

"Hiks.. hiks.. kenape kau masih ganggu aku, kau memang lelaki tak guna.." fhone digenggam erat seperti hendak dibaling ke dinding.

[Aku rindukan kau Atalia..]

Cukup ayat lelaki itu membuat hatinya kembali tak aman. Dia risau jika lelaki itu bakal menganggu ketenteraman ahli keluarganya pula.

Deringan fhone memeranjatkan Medina Atalia yang lagi mengelamun jauh.

"Tuan Mika..?" Airmatanya di seka, suaranya di dehem sedikit sebelum berangkat panggilan dari majikkannya.

"Hello assalamualaikum, Tuan.."

"Waalaikumussalam. Kau dah breakfast..?" Mikael melihat di cctv ipadnya.

Lepas apa yang dia lihat tadi. Ingin sekali dia nak bertanya beberapa soalan pada gadis itu, tetapi ada tikanya dia juga risaukan keadaan Medina Atalia yang lagi menangis sejak tadi.

Ada apa dengan gadis muda ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience