EPISODE 63

Family Series 439762

Qalsum hanya bersahaja di depan muka pintu matanya melihat pembantu kebun Mikael membuat kerja di luar bangunan rumah itu.

"Hey Zara, Minah dan kau Qila. Sini." Qalsum berjalan masuk ke dapur.

"Selamat petang Datin Sri." ketiga-tiga mereka menunduk hormat.

Sudah dua hari mereka di sini untuk mengurus rumah isteri pertama Mikael Lutfi.

"Sejak bila Mikael beli rumah baru untuk Medina. Huh.?"

"Kami tak tahu Datin Sri sejak bila."

"Betul."

"Kami bertiga hanya jalankan tugas kami bila Tuan Mikael menyuruh saja."

"Mama. Lama dah ke datang ni..? Sorry I baru bangun tidur ni." Maria menyalami tangan Qalsum.

Qalsum sedikit pelik bila anak angkatnya berkelakuan begitu padanya.

"Baru sampai ni.. I ada call Mika tadi dia cakap dah sampai ke Thailand."

"Diorang dah ada di hotel sekarang ni.." Qalsum berjalan terus ke laman dipenuhi tumbuhan pokok bunga.

Zara mengecilkan saiz mata, dia tahu pasti mereka sedang rancang sesuatu untuk kepentingan peribadi.

"Yeke...? Baguslah.. I rasa lebih tenang sikit selepas Mikael maafkan I selepas beberapa kejadian berlaku minggu lepas. Tapi.." Maria duduk di depan kolam ikan.

"Tapi ape.. Maria..? You rasa tergugat dengan Medina ke..? Huh."

"Maria. You jangan bimbang I dah settlekan sesuatu bagi pihak you tau.." Ia tersenyum sendiri.

"Maksud Mama..?" Maria beralih pada Qalsum sambil membalas senyuman.

"I yakin Medina takkan mengandung dalam masa terdekat ni. I takkan biar dia lebih dari you Maria.."

"Mama.. please jangan sesekali libatkan I dalam apa-apa masalah lagi."

"Sungguh I tak mahu Mikael benci dengan I lagi." Kulit tangan Qalsum di tepuk perlahan.

"Don't worry Maria, Mama takkan libatkan you pun dalam hal ni."

"Well Maria you tahu tak..? Rosnah kena empat jahit di dahi dia sebab Mika mengamuk malam tu.."

"I tak tahu kenapa Mikael terlalu sayangkan Medina sampai macam tu sekali.. Pelik kan..?" Qalsum terus menabur makanan ikan ke dalam kolam.

"Medina ada ubatkan Mikael tak Maa..? Tapi perempuan tu miskin."

"Mane ada duit nak bomohkan Mika tu.." Kakinya pantas bersilang.

"But.. kenapa sekarang baru you nak cakap Medina bomohkan Mika..?"

"Sedangkan sebelum ni you rileks sangat bila Medina mengoda suami you Maria.."

"Hmm. You dah terlambat pun.." Sinis betul kata-kata Qalsum pada Maria.

"Hihi Mama..!! Jangan main cakap dulu sebelum lihat hasil nya nanti.." Ia bangun dan terus berjalan masuk ke dalam rumah semula.

Qalsum hanya memerhati tak pula ia membantah kata-kata Maria tadi.

"Medina.. Kau bahagia lah dulu puas-puas ya." Maria tergelak kecil.

Zara mendengar semuanya perbualan Qalsum dan Maria di laman rumah sebentar tadi.

Hatinya semakin sakit bila Qalsum mengatur ayat yang semua orang rasa perempuan sihir tu harus pergi dari dunia ini.

Zara membebel sendiri di dalam bilik, dia tak percaya yang Maria masih tak puas hati dengan apa yang dia dapat selama ini.

"Apa salah Medina..? Dia pun tak mahu kahwin dengan anak kau lah perempuan sihir.. !!"

"Bagusnya kerana Medina tu baik orangnya, kalau tidak habis duit anak kau kena kikis. Argh.."

"Woi kau dah kenapa ni bebel sorang diri dalam bilik ni.? Perempuan sihir ada di depan rumah tau tak.." Qila menepuk bahu Zara sedikit kuat.

"Aku tahu.." Ia terus keluar dari bilik dan terus ke dapur.

Mop dan baldi di ambil lalu ia meletak sabun serbuk banyak-banyak lalu di bawa ke ruang tamu.

"Uitt nak ke mana tu..?" Minah pelik dengan Zara.

Sudah dirinya tak di edarkan langsung di dapur.

"Kenapa dengan Zara tu..?" Minah terus menarik lengan Qila untuk mendekat.

"Aku tak tahu tiba-tiba Zara badmood gitu."

"Tahulah Medina pergi honeymoon jauh tapi.. Zara nampak pelik ah hari ni.." Qila pandang Minah lama.

BRAK

BRUK

Qalsum jatuh.

Punggungnya terhentak di lantai dengan kuat.

"ADUH. Zaraaaa.!!! Kau buat apa ni..? Kau buta ke apa.. !! Kau tak nampak ke aku lalu sini hah..."

"Mana mata kau bodoh... !!" Qalsum mengesat punggung yang masih terduduk kerana air sabun itu.

Zara tak sedikit pun ingin membantu wanita sihir itu.

"Maaf ya Datin Sri Qalsum. Zara memang tak nampak pun."

"Sebabnya mata Zara tengok lantai bawah ni.. lainlah Datin Sri Qalsum yang jadi lantaikan." Zara tersenyum lebar.

Dia puas hati melihat wanita itu kesakitan begitu.

Rasakan.

"Kau tunggu aku akan report benda ni dekat Mikael. Siap kau nanti."

"Biar kau kena pecat dan kau boleh berambus dari sini. Celaka." Qalsum terus bangun.

Langkahnya berhati hati kerana kaki agak licin dengan kesan air sabun di atas lantai.

"Sakit Datin Sri..? Maaf ya.." Zara tergelak kecil melihat langkah Qalsum terjengket-jengket ke dapur.

"Rasakan.. geram betul aku, itu baru satu kali kau rasa. Huh dasar perempuan sihir tua.."

"Tua-tua pun masih tak sedar diri lagi.. tak malu." Zara tergelak lucu.

Selepas makan malam Zara dan lain-lain berjalan masuk ke kamar masing-masing.

Minah dan Qila juga turut mengikuti langkah Zara ke dalam.

"Zara." Minah menepuk belakang tubuh Zara.

"Haish kau ni, terkejut lah." Zara tersenyum lebar.

"Terkejut, tapi kau tersenyum lebar.?" Minah sedikit ketakutan dengan wanita itu.

"Kau baik-baik sajakan Zara, tolong jangan takutkan kami ya." Kini giliran Qila pula bertanya.

"Hemm baik sangat.. Tadi dalam makan malam diorang aku letak sulap.."

"APA?!!! Kau gila ke Zara." Mereka berdua tersentak dengan kata-kata Zara.

"Hahaha. Kau rasa diorang happy tak.?" Zara kembali melipat baju dan di taruh ke dalam almari.

"Kau jangan main-main Zara, kalau Medina tahu ni pasti dia marah tau."

"Memang aku akan ceritakan benda ni pada Medina sendiri. Sebab aku sayangkan anak kita tu, dia tak berdosa."

"Kalau kaorang sayang sangat dengan Puan Maria dengan Datin tu sila pergi beli ubat siap-siap, sebab aku tak main-main." Zara berjalan keluar dari bilik itu.

"Astaghfirullah-hal-azim." Minah tercengang sendiri mulutnya ternganga luas.

Maria terus berlari pantas ke kamar mandi. Sejak sejam tadi dia asyik berulang alik ke bilik air.

Kali ini saja sudah enam kali dia berulang alik ke tandas.

"Aduh kenapa dengan perut aku sakit sangat ni.? Aduh berapa kali dah aku asyik ulang alik ke tandas dari tadi."

"Argh aku makan apa tadi eh...? Rasanya semua sedap-sedap belaka, tak mungkin aku silap makan ni."

"A-arghh dia datang balik.." Maria berlari ke bilik air semula.

Di bilik tetamu pula.

Qalsum mengesat peluh di dahi, turban yang di pakai tadi di buang ke atas katil.

"Hadoii.. adoilaaa.. kenape lah dengan perut aku ni dari tadi asyik nak membuang je.!!"

"Sakit tahu tak..?? Aduh dia datang lagi.." Qalsum berlari anak sambil pegang perut terus ke bilik mandi.

"Hahaha.. rasakan." Zara tergelak jahat di depan pintu bilik Qalsum..

Ia terus mengetuk pintu.

Ia tunggu selama lima minit dan ia melihat wanita itu keluar dari bilik air semula.

TOK

TOK

di atas dulang sudah berisi air kosong dan buah-buahan segar.

"Datin Sri.. Zara datang bawa buah-buahan ni.."

Sesaat..

Dua saat..

Tiga saat..

TOK

TOK

"Masuk.." Arah Qalsum dengar suaranya sedikit tersekat-sekat.

"Zara masuk ya.." Ia terus masuk ke dalam bilik beradu Qalsum.

"Ada apa malam-malam kau datang sini..?" Ia bercekak pinggang sambil menahan kesakitan di dalam perutnya.

"Oh ini.. Zara bawakan buah-buahan segar baru beli pagi tadi."

"Sila di makan ye sebelum nak tidur nanti.." Ia tersenyum.

"Kau taruh sana kejap lagi aku makan.." Ia berjalan seperti biasa ke kamar mandi.

"Baik lah, Selamat menjamu selera Datin Sri.." Zara terus keluar dari bilik itu dengan sempurna.

Hampir jam tiga pagi Maria dan Qalsum baru dapat lelapkan mata selepas bertungkus lumus di dalam bilik mandi sejak jam 10 malam tadi.

Dan Zara orang pertama menyukai semua itu terjadi.

Siapa puas hati part ni..? Dah boleh angkat jari. Hahaha, MA pun puas hati sebab Zara orang pertama membalas semua perbuatan mereka sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience