EPISODE 23

Family Series 439762

Maria menghantar lelaki yang di bayar ke muka pintu. Wajahnya sedikit monyok kerana terpaksa membenarkan lelaki itu beredar pergi walaupun ia sudah mencegah dari tadi.

"Sayang.."

"Jangan sentuh.. I"

"Hm. Janganlah merajuk, I akan datang bila you mahukan lagi.." Anuar memeluk tubuh Maria dengan senyuman.

"No! I akan merajuk dengan you, Baby."

"Janganlah merajuk. I tak reti main pujuk tau."

"Yes! I akan merajuk juga dengan you. Tak kira."

"I janji esok I call you semula. I akan bagi servis yang terbaik untuk you ya, sayang.."

"Promise me..?" Maria tersenyum suka dengan kata-kata lelaki itu.

"Yes! I promise you.." Anuar mengangkat sumpah sebagai janjinya pada Maria.

"Okey.. Take care Baby, Jangan lupa untuk call I okay.." Maria mengurut bahagian kekar lelaki itu di luar seluar.

"Oh I well.. Bye.." Anuar terus beredar pergi meninggalkan Maria sendiri di depan pintu rumah.

Anuar masuk ke dalam kereta.

Apa yang dia mahukan dari wanita itu sudah pun ia dapat. Wang dan rantai belian Maria sudah menjadi miliknya.

"Hahaha, Maria Maria, kau memang tak tahu untung tengok lah kau bagi benda ni tanpa paksaan."

"Kau memang bodoh Maria. Memang aku takkan call kau kalau tak ada apa-apa yang aku mahukan lagi dari kau.."

"Hahaha. Kesian dekat kau wahai perempuan tua tak sedar diri.." Ia terus memandu kereta keluar dari perkarangan rumah Mikael.

"Bye Baby.." Maria melambai tangan dengan gembira.

Tetapi lelaki itu langsung tak menghiraukan Maria sama sekali. Ya lelaki itu hanya mahukan wang dan berlian dari wanita itu saja.

"Bibik !!!"

"Bibik !!!"

"Ya Puan, Saya datang.." Laila sudah berdiri di belakang Maria.

"Kemaskan semuanya semula. I nak mandi and ingat kalau Qalsum tanya nanti cakap saja lah kawan-kawan I datang. Faham.."

"Baik, Faham Puan." Laila segera berlari anak ke ruang tamu.

Ia segera membereskan ruang itu menjadi kediaman asal yang di tetapkan Mikael.

"Buang sama botol-botol arak tu keluar sana, jangan simpan di belakang pula. Faham tak ni..?"

"Baik faham, Puan.."

"Perempuan tua tu bila-bila saja boleh muncul nanti ugh. Menyusahkan." Bebel Maria dengan menaiki anak tangga ke atas.

"Baik Puan.." Laila menjelir lidah pada belakang tubuh Maria.

Ia malas nak ambil pusing lebih-lebih kerana mereka berempat sudah tahu siapa Maria selama ini.

"Banyaknya !!!"

"Weii ini bukan kaleng-kaleng mabuk ni.."

"Ssshh.. diam lah mak Singa ada dekat atas tu. Tolong sini cepat.."

"Okey okey. Aku ambilkan plastik besar dulu." Mereka bertiga pun mulai mengemas sekitar ruang tamu tersebut.

Sudah dua hari Qalsum di masuk kan ke hospital kerana tekanan darahnya mendadak tinggi.

Anak-anak angkat nya yang lain juga turut hadir beramai-ramai. Kecuali Maria!

"Mama.."

"Mama miss you."

"Mama, Kenape sampai masuk wad ni.." Masing-masing menghadiahkan beberapa barang berharga pada Qalsum.

"Susahkan korang saja datang sini. I tak apa-apa.." Qalsum cuba imbangi diri untuk duduk di anjung katil."

"Bukan selalu kitorang datang jumpa Mama, macam ni. Masing-masing sibuk dengan kerja luar."

"Mama apa khabar..?" Arif memeluk tubuh Qalsum kejap lalu di salam tangan wanita itu.

"Mama nak salam juga." Aila juga menyalami tangan wanita tua itu dengan memeluk juga.

"Wafi juga nak salam.."

"Atif pun nak salam dengan Mama juga."

"Jangan berebut. Mama masih tak sihat tu." Dato' Fikri menepuk bahu anak-anak angkatnya dengan senyuman.

"Kitorang dah lama tak jumpa dengan, Mama. Rindu.." Ke empat-empat anak pungut itu memeluk tubuh Qalsum dengan erat.

"Guys, Mana Maria..?" Qalsum terus melihat kearah pintu wad itu.

Ke-enam enam anak angkatnya mendiamkan diri.

Mereka juga buntu akal nak cakap macam mana lagi dengan Qalsum.

Wanita bersuami itu langsung hilang dari radar sejak nikah dengan Mikael beberapa tahun lepas.

Hampir dua jam menemani Qalsum.

Adrianna dan Hawa keluar dari hospital. Mereka harus masuk kerja semula memandangkan tetamu Qalsum sudah ramai yang hadir.

"Mana Kak Maria, eh.?" Adrianna ke pintu kereta.

"Entah. Tak datang jenguk ibu mertua pun.."

"Hm tak kanlah tak tahu, Mama kesayangan dia masuk hospital. Pelik bukan..?" Hawa membuka pintu kereta lalu tubuhnya di bawa masuk ke dalam.

"Aku heran dengan si Maria tu."

"Kenapa pula?"

"Maria tu takde lah cantik mana pun. Tapi Mama Qal tu tak henti-henti nak lebihkan dia dari kita-kita ni. Tak pelik ke?"

"Hahaha, Gurl. Kau nak pelik apenya.?"

"Eh.."

"Kau jangan nak eh sangat! Mama Qalsum tu bukan biasa-biasa nak rawat kita ni."

"Maksudnya..?" Adrianna melihat kearah Hawa dengan tatapan pelik.

"Kalau kau miskin! Kau jangan harap nak di ambil lalu di jadikan anak angkat dia tu."

"Ah jangan kata anak angkat !! Dia nak tengok kau sebelah mata pun tidak." Hawa menepuk dada.

"Serius lah tapi macam tak mustahil pula.."

"Ya, Aku sangat-sangat serius dan mustahil lah gurl."

"Sebab tu Mama Qalsum nak sangat-sangat kita kahwin di usia dua puluh satu tahun."

"Kata-kata kau tu aku setuju lah tapi.."

"Sini aku cakap baik-baik dengan kau. Maria tu sudah berumur tiga puluh tahun untuk di simpan lama-lama."

"Nak di jadikan cerita Maria kena pikat hati Mikael sampai lelaki kasanova tu tunduk patuh pada Maria and diorang berkahwin."

"Sebab tu sampai je part kite berumur dua puluh tahun nanti. Kau bukan milik kau lagi. Kau faham tak.?"

"Oh faham.." Adrianna mengangguk kepala berkali-kali.

"Aku ada idea" Hawa mengetik jari.

"What idea..?"

"Kite terjah ke rumah Kak Maria nak tak..?" Hawa menaikkan kening.

"Gile !!! Tak nak lah, aku."

"Alahai apa yang nak di takutkan? Akak Maria tu pun anak pungut macam kita juga.."

"Tak nak ah malas.." Adrianna menggeleng kepala berkali-kali.

"Jom ah." Hawa terus menarik lengan Adrianna sambil memujuk.

"Tak nak.. !! Tak nak.."

"Nak lah.."

"Tak nak.."

"Nak lah. Please"

"Nak lah.."

"Nak lah, Ya.."

"Yelah nak. Nasib baik aku sayang kau tau !! Kalau tidak jangan harap ya.." Andriana terus memusingkan stereng kereta ke bahagian persimpangan kanan.

"Horayy.. Ini yang aku semakin sayangkan kau Ad.. Hahaha." Hawa terus menepuk tangan dengan riang.

"Ish. Dasar kanak-kanak, Ribena.." Sempat Adrianna memerli sambil tersenyum lebar.

Hampir sejam perjalanan, Kereta yang di pandu Adrianna terus berhenti betul-betul di depan pintu pagar rumah Maria Elena.

Mereka mencari seseorang di depan laman rumah Maria. Tetapi tiada seorang pun yang ada di dalam pagar rumah besar Mikael itu.

"Macam takde orang.." Adrian masih mencari seseorang.

"Ada tu. Cuba kau hon mana tahu ada orang yang keluar ke?" Hawa terus menekan hon kereta Adrianna.

"Wei sabar lah. Kau ni.."

"Hehe sorry gelabah baby pula. Hahaha.."

"Hm.. Kelaku Ribena.."

"Ad.. Ad. Itu pun guard rumah kak Maria."

"Tahu lah.."

TOK

TOK

Cermin kereta di buka dari dalam.

Terjenggul lah dua ketul anak gadis Datin seri Qalsum.

"Cik Adrianna..?"

"Ah saya ni. Kak Maria ada dekat dalam tak..?"

"Ada tapi Puan Maria sudah nak keluar. Katanya beliau nak keluar dengan rakan-rakan yang lain.."

"Lah !! Habis tu kitorang macam mana en.." Hawa menjenguk ke bahagian pintu Adrianna.

"Maaf. Rasakan Cik boleh datang lain kali saja kerana Puan Maria akan keluar kejap lagi."

"Tapi.."

"En bagi lah kami masuk sekejap saja. Please" Hawa cuba memujuk.

Tetapi....

"Maafkan saya sekali lagi, cik saya minta diri dulu." Guard lelaki tadi segera masuk ke dalam pintu pagar semula.

Lalu di kunci dengan segera.

"Eh !!! Minah ni memang lupa daratan." Hawa mengenggam tangan seperti penumbuk.

"Sabar-sabar. Sebab itu tu lah aku malas sangat nak datang sini. Kita balik je lah." Adrianna terus memutar stereng kereta keluar dari laman depan rumah Maria.

"Maria sengal !! Berlagak !! Tak kenang budi dasar anak pungut !!!.." Hambur Hawa tanpa sempadan lagi.

"Ihhh benci !! Benci !! Bencinya !! Mariaa.."

"Sabarlah. Kau tu adik yang dia paling sayang dahulu kala. Tapi, tapi sayangggg hahaha.."

"Otak dia, sayang !! Maria sewel.." Hawa terus mengila di dalam kereta seorang diri.

"Pftttt. Hahaha kasihan anda.." Adrianna menggeleng kepala melihat tingkah Hawa macam kanak-kanak Ribena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience