EPISODE 10

Family Series 439934

Mikael Lutfi memeluk erat tubuh Maria Elena walaupun ia tak mencapai kepuasan seperti yang di kehendaki nafsunya.

Bagaimana pun Mikael Lutfi tetap menyayangi Maria Elena, ia tetap mencintai sang isteri..

"Baby.." Mikael memeluk tubuh Maria sambil mengiring badan.

"Ye sayang ada apa ni..?" Maria memeluk kembali leher Mikael.

"Baby, Bila kita nak ada anak sendiri.? I ni betul-betul teringin sangat nak timbang anak sendiri selama ni.."

"Maksudnya you nak anak ke?" Maria sudah bangun dari atas katil.. ia berdiri di depan meja solek.

"Tak kan kita asyik nak tengok anak orang lain sajakan, I pun teringin sangat nak anak dengan you.."

"Biy, bukan I tak mahu melahirkan anak untuk you.. tapi I ni masih muda. I nak cantikkan dulu, bukan ke selama ni you mahu I sentiase cantik.. lupa ke..?"

Mikael Lutfi mengeluh perlahan, Buntu.

"You marahkan I ke Biy..?"

"No baby, I semakin sayangkan you lagi ada lah.." Mikael terus masuk ke kamar mandi dengan hati yang kecewa.

"I know you love me, sayang.."

"Yeah I love you more, Baby.."

Zara dan Minah mendekati Qila serta Medina Atalia di dapur, Medina Atalia pula lagi mengopek kulit buah limau oren.

"Amboi Minah kau tengok anak dara kita yang sorang ni makan tak ajak kite pun. Kan?" Zara terus duduk di sebelah Medina.

"Err ehehe, Jemput makan Makcik-Makcikku. Sorry tak ajak tadi.."

"Macam mengidam je ni ada apa-apa ke..?" Sambung Zara sambil mencuit pipi pau Medina.

"Makcik, Don't touch eh.." Medina pura-pura marah padahal dia lah yang selalu menyondol pipi pada ketiga-tiga Makcik itu.

"Haha amboi Minah tengok tu. Okey takpe lah Makcik pun nak mogoklah.." Qila memeluk pinggang Zara sambil menjelir lidahnya pada Medina.

"Makcik! Huaa tak adil... Habistu sape nak kiss pipi Medina ni setiap malam sebelum Medina tidur hah.. Jawab.. jawab.."

"Tuan Mukael Lutfi.." Minah mula menyakat..

"Yekk tak naklah. Sudah tua tak handsome pula tu takmo.." Medina terus memuncungkan bibir sendiri.

"Eh jangan cakap macam tu Medina sayang. Mane lah tahu nanti-nantikan Si Tuan kite tulah jadi suami Medina."

"Siapa untung, awak juga yang untung tau hahaha.." Zara menyampuk sambil gelak mengekek.

Medina Atalia terus menyembamkan wajah nya atas meja lalu ia pura-pura pengsan.

"Eh Tuan datang.. Tuan datang.. !!" Minah berdiri tegak

"Tuan.." Medina terus bangun dengan pantas kepalanya sudah mengangkat dengan tegak.

"Pffft Hahaha. Medina terkena.." Zara kembali gelak mengekek.

Medina Atalia sudah menunjuk wajah masamnya.

"Makcik..!!! Medina tak nak kawan lah macam ni.."

Minah Dan Qila hanya sengeh sendiri malas sebenarnya nak menyakat Medina Atalia lebih-lebih. Kasihan.

"Alaaaa. Kenapa tak nak kawan pula..? Mengadu dengan Tuan karang biar dia cium sini, sini, baru tahu hee.." Zara memeluk tubuh Medina.

"Takmooo..!! Makcik tak sayang Medina kan..?" matanya sudah berkaca.

"Medina. Makcik Zara gurau jelah.."

"Hiks.. hiks.. Makcik tak sayang Medina." Medina mula membuat bunga-bunga tangisannya.

"Haa haa tak tahu Medina menangis, bagitahu Tuan Mikael ha.. ha.. tak taau.." Minah menunjuk jari pada Zara.

"Jangan lah menangis sayang." Qila menghampiri Medina yang sudah mengesat airmata yang masih mengalir ke pipi.

"Medina period ni Zara, sebab tulah cuaca tak dia menentu aje.." Qila kembali mengelap air mata di pipi Medina.

"Hisk.. Makcik ni saje tau."

"Alamak. Maaflah sayang.." Zara mengigit kuku sendiri.

"Hurm.. Makcik sayang Medina ke tak..?" Merah hidung Medina menangis kena sakat dengan Zara.

"Uish mestilah sayang, Sayang sangat ni.. Makcik nak mintak maaf eh.." Zara mencium kedua pipi montel gadis itu.

"Hihihi hisk.. tq.." Medina terus memeluk ketiga-tiga makcik kesayangannya.

"Dah jangan menangis lagi tau. Nanti kecutlah pipi montel anak kesayangan makcik-makcik awak ni Medina.." Minah mencium dahi Medina dengan penuh kasih sayang.

"Ehehe hisk hmm.."

"Makan.. makan.. makcik buatkan air okey.." Zara terus ke peti Coway untuk membuat air panas.

Tekaknya dahaga.

TOK

TOK

Qila meluru pintu besar di ruang tamu, dengan pantas dia memulas tombol mengunakan kunci rumah. Terbukalah pintu besar di depannya.

"Ouh Datin Sri. Jemput masuk.." Qila mengambil sebuah beg di ujung pintu, pantas dia mengikuti langkah Qalsum dari belakang.

"Mana perempuan tak guna tu..?" Qalsum berjalan dengan berlagak terus masuk ke dalam rumah.

"Siapa Datin Sri maksudkan..?"

"Perempuan tak sedar diri tulah. Kau ingat siapa lagi." Qalsum menjeling tajam pada Qila.

"Maksud Datin Sri, Medina ke..?"

"Huh entah.."

"Oh takde, Medina keluar dengan Tuan Mikael tadi.." Qila hanya menunduk kepala.

"Tak gunaaa.!!! Perempuan tu selalu buat aku naik hantu tau, Celaka.."

Qila hanya mendiamkan diri malas nak melayan.

"Habis ke mana pula si Maria tu..?" Qalsum duduk di sofa. Sebuah beg tangan Dior di letakkan atas meja matanya mencari kelibat Maria Elena pula.

"Puan ade dekat luar Datin Seri, tengah mukbang ulam-ulaman nak diet katanya." Beg Qalsum di bawa ke bilik tetamu.

"Mukbang apa bende tu Qila..?"

"Puan cakap Mukbang tu macam makan banyak-banyak dalam satu menu." Jelas Qila lagi.

"Ish makan ape macam tu..? Bahaya makan macam tu. Tak apa lah kau boleh pergi." Qalsum bangun ia berjalan ke luar jendela.

Dia sangat terkejut dengan apa yang dia nampak saat ini.

"Ya allah Maria!!! You buat ape ni.? You dah gila ke apa makan sebanyak ni."

"Mama..? Eh bila Mama sampai ni..?" Maria terkedu seketika.

"You makan apa ni..? Macam kambing. Tak malu ke dengan jiran-jiran tengok you macam ni dengan pakaian ni lagi.?"

"Mama, janganlah marah dulu.."

"Maria!! Maria!! You buat semua ni pernah tak you berfikir tentang air wajah kite Maria."

"Tapi Maa, Mikael tak pernah marah pun I buat macam ni.." Maria masih membela diri.

"You ingat dengan perangai hauk you macam ni orang nak pandang kite dengan sanjungan tinggi ke hmm..?"

"Maa!! Jangan marah I dulu please."

"Aduh!! Memamg Mikael tak nak tegur you sebab you kuat sentap. Fikirlah sikit please.." Hambur Qalsum lagi.

"Dengar sini ya Maria! Kalau suatu hari nanti Mikael cari yang baru you jangan cuba-cuba nak cari back-up. Mama tak nak masuk campur."

"Mama.!! How dare you.."

"Jagalah penampilan Maria, jangan sampai Mikael cari baru. I takut silap-silap dia dah bersedap dekat luar sana nanti."

"Hahaha. Tengok-tengok nanti I dah timbang cucu dari isteri ke dua Mikael. Teruk sangat you ni." Qalsum terus meninggalkan Maria.

"Mama. Kenape you layan I macam ni huh..? I ni menantu you tahu tak!! I tak rela di perlakukan begini.."

*Nak mengadu domba konon ambik kau. Hahaha..* Zara tersenyum puas melihat pertengkaran tadi.

Datin Sri Qalsum terus masuk ke dalam bilik tetamu yang agak jauh dari ruang tamu. Hatinya sangat panas hari ini agaknya Medina Atalia lah punca segalanya.

"Patut lah tak mengandung dari dulu rupanya ini perangai you Maria.." Qalsum keliru dengan menantunya yang seorang ini.

Minah membawa dulang berisi air soya dan makanan ringan ke bilik tetamu. Ia kasihani dengan Datin Sri Qalsum yang dari tadi berada di dalam sana.

TOK

TOK

"Masuk lah! Siapa..?"

"Bibik Minah ni.. Datin Sri.." Minah masih di depan pintu kamar.

"Haa masuklah Minah.."

"Baik.." Tombol pintu di pulasnya perlahan. Minah segera masuk ke dalam sana dengan satu set dulang.

"Datin Sri jemput ye, Sebentar lagi Minah jemput Datin Sri ke ruang makan. Zara baru nak masak untuk makan petang ni.."

"Hmm.. okey, nih aku nak tanye Medina tak balik lagi ke.? Dah berapa lama diorang keluar tadi."

"Sudah balik Datin Sri. Medina ada di dapur makanan dan minuman ini juga di sediakan oleh Medina, Datin Sri."

"Oh okey, kau boleh keluar sekarang.." Qalsum kembali membaringkan tubuhnya di atas katil embuk sambil berfikir sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience