EPISODE 07

Family Series 439762

Sebulan kemudian.

Sudah matanya masih tak mahu pejam rapat. Nafas di tarik panjang lalu di hembus perlahan.

"Ni semua salah Mama. Ih benci lah macam ni.." Selimut tebal di genggam erat.

Ia kembali bangun tak kuasa hendak melayan mata.

"Baby.. you masih tak tidur lagi..?" Mikael bangun dari baring, ia menciumi belakang bahu Maria dengan kasih sayang.

Kedua-dua tangannya memeluk pinggang Maria Elena.

"I ni isteri you tau Biy, Bawa lah I sekali please.." Suara di tekan manja lagi.

"Hmm! Habis tu you nak kawan dengan bibik kita dekat sana ke Baby..?"

"Sayang. I tahu bawa diri lah Biy, You jangan risau tentang I hurm please. I'm promise you, tak ganggu kerja you dekat sana boleh lah ya.." Ia menggenggam kedua-dua tapak tangan Mikael.

Dia mengharapkan lelaki itu membawanya bersama. Mikael Lutfi mengelus rambut nya sendirinya bila Maria Elena tetap berdegil.

"Baby I pergi sekejap saja tak lama pun cuma tiga hari saja. Jangan merajuk okay."

"I tetap merajuk dengan you Biy. Jangan peluk I lagi.." Maria menolak tangan Mikael dari perutnya.

"Hmm, You nak apa Baby..? Nanti habis saja kerja dekat sana I akan beli sesuatu yang special dan mahal untuk you. You nak tak..?"

"I nak ikut.." Paksa Maria lagi.

"Okey lah kalau macam tu.. I hantar you saja pergi sana ya. I ada banyak lagi kerja dekat KL ni." Mikael menarik selimut ke tepi dia bangun dari katil.

"Baby !! You ni.."

"Nanti I suruh Adam tempah tiket untuk you.. you ganti tempat I saja.. okay." Terasa malas betul dia mahu bertekak dengan isteri yang super degil tambah dengan ego melangit seperti Maria Elena.

Ego dan degil tak pernah berubah.

"Biy! Ee you ni memang keras kepala tau. I tahu lah you masih marahkan I. Cakap jelah jangan main-main pusing ayat pula." Maria meluru ke arah sang suami.

"Suka hati you lah, degil!" Mikael Lutfi bergegas ke bilik mandi.

Sebelum subuh menjelma. Zara, Minah dan Qila termasuk Medina Atalia juga bangun untuk solat subuh bersama.

Yelah selama ini Medina Atalia yang tak pernah solat sibuk dengan dunia modelnya sana sini pun sudah mulai solat bersama-sama di dalam bilik itu.

"Shit dah lewat ni.." Mikael terus berlari anak untuk ke suatu tempat.

Orang pertama bangun tidur awal ialah Mikael Lutfi. Dia terus menyelusupi ke kamar kerjanya.

Sejam kemudian ia bangun dari lenanya. Mikael Lutfi membuka laptop dan cctv di on sekitar ruang tamu, dia yakin Medina Atalia sudah ada di sana. Jam di dinding hanya dikerling saja.

Belum cukup masa lagi dia nak menyakat budak mentah itu sementara itu ia kembali ke sofa langsung di lelapkan mata seketika.

"Medina.. Medina, tolong makcik kejap nak.."

"Nakkkkkkk. Astaghfirullah hal azim. Medina !! Allahuakbar." Zara bercekak pinggang melihat Medina tak endahkan dia langsung.

"Ya allah anak oii.." Zara mendekati Medina.

Bahu gadis itu di tepuk beberapa kali sebelum Medina Atalia tersedar daripada menari begitu rancak sekali lagi di ruang tamu.

"Oi copot mak lampirr ops..." Laju saja Medina membuka headfree lalu tersengih di depan Zara seperti tak bersalah pula.

"Anak oi.. Makcik panggil dari tadi kamu tak dengar ke Medina..? Habis semua suara lunak Makcik ni keluar nak.."

"Erk tak kenape eh.. Makcik? Hehe.." Dahi nya di garu.

"Itu lah main fhone lagi makcik panggil dari tadi tak dengar. Haih nak kena babap dah gamak nya ni.." Zara geleng kepala.

"Eheh maafkan Medina, makcik ku sayang. Makcik nak minta tolong ke tak ni..?"

"Ya. Makcik nak minta tolong kamu tengokkan bahan basah dekat dalam stor tu."

"Oh and then..?"

"Pergi tengok ade lagi ke tidak bahan-bahan tu sebab nantinya makcik nak tambah stok baru." Terang Zara panjang lebar.

"Arrk oh ya okey-okey..." Medina terus menutup mesin vecuum. Dia terus mencabut suis utama lalu di bawa benda alah itu ke ruang dapur. Ia meletakkan semula vacum tadi ke tempat asal.

"Ni kalau ada pig ni konfirm aku paling awal lari. Ugh gisau.." Terhendap-hendap dia.

"Biismillah.."

Zara hanya senyum melihat kelaku Medina Atalia. Jarang budak zaman sekarang nak dengar cakap orang tua ya. Tambah-tambah secantik anak angkatnya ini..

"Baik-baik nak.." Qila menghampiri Medina di dalam stor barangan elektrik disana.

"Baik makcik.. Argh !!! Pig.." Laju saja Medina lari keluar dari stor tersebut.

"Apaa... apa..?" Minah dan Zara meluru kearah Medina.

"Pig.. pig..!! Itu..." Laju Medina menunjuk ke atas lampu.

Tiba-tiba lipas itu terus terbang.

"Lariii..." dengan langkah seribu mereka bertiga terus melarikan diri ke singki dapur.

"Medinaaaa.. tu bukan pig! Itu lipas lah.." Minah terus menyembur dengan penyembur racun serangga ke dalam stor itu.

"Tapi Makcik Minah bila dia dah terbang. Itu bukan lipas lagi tapi PIG.." sempat lagi Medina membela diri.

"Apa pig..pig ni. Medina kau mencarut ke..?" Suara garau seorang lelaki yang masih tak gosok gigi. Terus berjalan menghampiri mereka berempat di dapur.

"Ini lagi lah teruk Makcik tengok lah Tuan Mika tu. Yak beserabai kalah kingkong terlepas dari zoo pula tu.." pantas Medina menekup mulutnya sendiri.

"Ish kamu ni.." Zara terus melibas peha Medina dengan tangannya perlahan.

"Medina! Awas kau ya.." Mikael mengecilkan matanya sambil bernafas perlahan.

"Alamak. Matilah nakkkkk.." Medina terus melarikan diri ke stor belakang tanpa melihat sesiapa lagi.

"Maafkan anak angkat makcik ya Tuan. Biasa lah tu budak-budak lagi.." Zara senggeh panjang.

"Budak apa nya makcik, Medina dah boleh kahwin tu."

"Erk.. Betul lah tu Tuan, Hihihi.." Aminah turut tergelak kecil.

"Hm. Medina siapkan pakaian aku. Cepat !!" Mikael terus masuk ke bilik air yang ada di ruang dapur.

"Baik Tuan.."

"Cepat nak nanti Tuan bising lagi. Hihihi.." jampuk Zara dengan tawa halus.

"Baik makcik. Medina nak naik dulu nanti bapak kingkong yang ada kat dalam tu bising pula. Haha.."

"Ih kamu ni."

"Lari.." Medina sudah melarikan diri ke ruang tamu rumah.

"Hati-hati nak.." Qila tersenyum lebar melihat langkah Medina sudah menghilangkan diri.

Medina Atalia pula sudah bergegas menaiki satu persatu anak tangga untuk ke tingkat paling atas.

Semakin hari Maria Elena seperti pemburu mangsa buas, dia selalu perhatikan kerja yang di lakukan Medina Atalia sejak kejadian lepas.

Kerna gadis kampung itu, hubungan ia dan Mikael Lutfi tidak seerat dulu lagi. Sedangkan dia tahu itu semua berpunca daripada dirinya sendiri..

"Medina.. sini kejap." Maria sempat melambai tangan kepada Medina yang sudah menapak ke atas tangga terakhir.

"Ya Puan.." Medina meletakkan beberapa barang kelengkapan cucian di tepi dinding putih itu. Dia menghampiri Maria.

"Nanti lepas habis cuci di bilik loteng atas, datang jumpa I disini ye.." Maria memaniskan wajah.

"Ada apa lagi tu baby..?" Mikael berjalan mendekati mereka di depan bilik perpustakaan sendiri.

"Sayang, I berhajat nak bagi barang-barang yang I dah lama tak guna.. you okay tak.?" Maria memeluk lengan Mikael.

Sebenarnya dia mahu menunjukkan kasih sayang mereka kepada Medina Atalia, dia yakin Medina Atalia ada menaruh hati kepada suaminya yang kaya raya ini.

Medina Atalia pula sudah terkebil-kebil memandang wajah majikkannya, ia tersenyum simpuh kerana sempat melihat Maria Elena lagi bergayut manja di lengan lelaki itu.

"Bolehlah baby.."

"No sayang.!! Pakaian you masih baru tu, takkan nak bagi dekat orang gaji kita pula."

"Hum.. lima helai je.. I'm promise you sayang."

"Haish. Tak boleh!! Pakai you semua baru baru lagi and limited, you jangan buat hal! Faham.." Mikael sempat menjeling tajam kepada Medina.

Dia berharap agar gadis itu pergi meninggalkan mereka yang mempunyai pertengkaran kecil itu..

"Engkau pun tunggu apa lagi, pergi buat kerja sana!!! Pergi.." Mikael bercekak pinggang.

Dia menghalau pembantu rumah itu bergegas pergi meninggalkan mereka.

"Huh.? Erm baiklah Medina keatas dulu." Medina cepat-cepat berjalan ke bahagian barang-barang yang di letak di tepi dinding tadi, dia berjalan pergi.

Maria Elena tersenyum puas melihat Mikael Lutfi memarahi Medina Atalia begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience