EPISODE 49

Family Series 439762

SEMINGGU KEMUDIAN.

Mikael Lutfi jadi tak tentu arah kerana ia ke hospital untuk menjenguk keadaan Medina dua hari lalu.

Lebih mengejutkan lagi Medina sudah tiada di hospital atau pun rumah yang dia pernah kunjungi sebelum ini.

Buntu akal dia mahu cari di mana lagi, kerana dia langsung tak kenal rapat dengan rakan-rakan Medina.

Lagi pula bila Medina cuti dia hanya tahu Medina keluar jalan-jalan selepas itu ia pulang semula ke rumah mereka.

"Tuan Mika air..." Qila meletakkan mug air di atas meja.

ruang tamu.

"Ya, terima kasih."

"Sama-sama.. Um boleh makcik tanya sesuatu."

"Tanya lah makcik ada apa..?" Mikael Lutfi beralih pandang pada Qila.

"Medina tak balik ke sini lagi kenape ye.? Medina ada di rumah Tuan yang satu lagi tu ke."

"Hurmm.."

"Saya juga buntu akal makcik, Medina tak ada di mana-mana pun."

"Puas saya cari dia. Sepertinya dia di telan bumi Makcik." Mikael Lutfi mengeluh perlahan.

"Astaghfirullah hal azim. Tuan Mika tak boleh cakap macam ni, itu dah di kira satu doa. Tuan."

"Astaghfirullah hal azim. Jahatnya mulut saya ni Makcik, harap-harap tuhan tak makbulkan kata-kata saya tadi."

"Tak apalah kalau begitu, makcik ke belakang dulu kalau Tuan masih nak apa-apa panggil kami ye." Qila menunduk wajah.

"Um baik lah." Mikael Lutfi mengangguk kan kepala.

"Masih tak jumpa ke Mika.?" Maria melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Belum." Sepatah kata saja dia menjawab.

Maria tersenyum lebar kerana dia dapat singkirkan Medina dalam sekelip mata.

Tak sia-sia dia membaling botol kearah Medina, dan sekaligus gadis itu hilang dari pandangan matanya..

"I akan tetap carikan Medina walaupun I terpaksa menempuhi segala hal."

"Dia bakal tunang, wife I tak lama lagi."

"What.?" Mati terus senyumannya.

"Dia masih pekerja I."

"I akan ambil tindakan undang-undang jika ada apa-apa terjadi pada dia, Kali ni I takkan mendiamkan diri lagi."

"Mika you.." Maria cuba menghalang Mikael Lutfi pergi.

Tetapi lelaki itu malah meninggalkan dia sendirian.

Mikael Lutfi ke balai polis berhampiran, ia terpaksa mengubah cara ini bila dia sudah buntu akal untuk mencari Medina.

Malah ia bermimpi bertemu dengan Medina, Medina dalam kesakitan yang panjang.

Ia takut Medina terancam oleh sesuatu.

Hampir empat puluh minit di dalam sana. Ia keluar dari balai polis dengan sepucuk surat.

"Medina ke mana kau sayang, Kau tak rindu aku ke.?"

DRRTT

DRRTT

Mikael Lutfi mengangkat panggilan telefon dari Adam. Telefon di letak pada telinga.

"Hello Adam."

"Assalamualaikum, Tuan. Tuan pernah datang ke rumah Medina tak.?" Adam bertanya pada majikannya.

"Waalaikumussalam, Pernah. Rumah teres setingkat tu tak ada orang Adam. Banyak kali orang cakap itu rumah sewa."

"Hulf... aku buntu nak cari Medina lagi." Ia berjalan ke kereta.

"Rumah teres setingkat..? Are you sure itu rumah mereka Tuan."

"Menurut saya, Medina takkan benarkan mak ayah dia duduk rumah macam tu." Adam mengikuti kereta Vios warna putih itu hingga ke rumah banglo mewah dua tingkat.

Agak jauh dari pekan.

"Maksudnya.?"

"Maksudnya Tuan kena scam lagi, saya ada betul-betul di depan rumah Medina ni."

"Apa !!!! Dekat mana..?" Mikael menjerit lantang.

"Aduh pekak telinga aku." Adam mengeras diri bila ia mendengar suara Mikael di corong sana.

"Lagi lima minit saya send location, saya tunggu di sini."

"Okay bro, hantar sekarang." Mikael Lutfi tersenyum lebar.

"Baik.." Adam meletakkan panggilan telefon.

Ia segera mematikan talian, aplikasi WhatsApp di buka.

Dalam beberapa saat ia menghantar location map pada Mikael secara langsung.

"Okay done." Ia tersenyum lagi.


Mikael memandu kereta ke jalan yang Adam send location padanya tadi.

"Ini macam aku pernah datang."

"T-taman ni, Shit. Aku kena scam. !!" Ia memandu kereta terus ke depan rumah tersebut.

Adam masih berada di sana.

Adam keluar dari kereta bila ia memandang kereta Mikael berada di belakang.

"Dam.."

"Tuan ini lah rumah Medina, Saya kenal benar dengan pembantu rumah Tuan yang cun tu." Adam tersengih panjang.

"Aku terajang kau nanti, biadap." Mikael menepuk bahu Adam dengan kuat.

Dia geram dengan kata-kata Adam tadi.

Dia dan Adam berjalan ke tepi dinding yang ada bell.

Di tekan sekali.

DING DONG

Mereka mendengar suara bell dari luar.

"Prgh hebat.." Adam mengangguk kepala.

Seorang makcik sebaya Zara keluar dari rumah dengan terburu-buru.

Dia menjenguk di tepi peti saja.

"Selamat siang Pak, ada yang boleh saya bantu."

Adam terkedu.

Begitu juga dengan Mikael Lutfi.

"Ini bukan rumah Medina ni, Kau silap orang ni dam.." Mikael menggeleng kepala.

"Encik."

"Huh ya, Boleh saya tahu ini rumah Medina Atalia ke.?" Mikael bertampi-tampi bertanya.

"Maksud saya rumah Tuan Dafizan, isterinya nama Farhana." Mikael kembali bertanya.

"Siapa encik berdua ni.?"

"Kami berdua ni kawan Tuan Dafizan."

"Saya kenal anak dia, Medina Atalia.." Mikael Lutfi tersenyum lagi.

Wanita itu berfikir sejenak lalu ia menggeleng kepala.

"Tidak ini bukan rumah yang anda maksudkan tu. Maaf sekali lagi." Mereka sudah di beritahu jangan buka pintu pada orang yang tak di kenali.

"Bibik.. buat ape tu.?" Medina keluar dari rumah dengan memakai kasut.

"Anu cik anu.."

"Anu.?!! Siapakah." Ia mendekat.

Mikael dan Adam kenal benar dengan suara lunak Medina.

"Mereka berdua bilang mereka kenal Tuan amat Puan, cik."

"Siapa nama mereka.?" Ia bergegas ke tepi peti.

Di jenguk sedikit.

Tiba-tiba.

Typo dan ma memang tak boleh berpisah. Ihik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience