EPISODE 15

Family Series 439762

Mikael Lutfi tak henti-henti untuk terus mengetuk pintu bilik air bertalu-talu, entah apa yang di buatnya pembantu rumah yang seorang itu di dalam sana sehingga membuat dirinya sedikit risau pada.

"Medina. Kau ada dekat dalam ke..? Medina.."

"Ada Tuan.. Kejap." Medina terus keluar dari bilik air, getah rambut masih tersedia di mulut kedua-dua tangannya mengurus rambut yang masih belum di tocang kan.

"Lah! Kau lambat keluar sebab buat benda ni saja. Takkan dari tadi..?" Getah rambut berwarna maaron serta bereben di tarik dari mulut Medina.

Medina Atalia hanyalah mengangguk perlahan.

"Bak sini rambut kau tu Medina. Aku nak ikat rambut kau ni tapi keluarlah dulu ada orang nak masuk tu.." Pinggang Medina sudah ditarik keluar dari situ.

"Huh.. Okay-okay. Tuan reti buat ekor kuda yang tinggi tu tak..?" Ia masih memegang rambut dengan kedua-dua belah tangan.

"Pro. Sudah kau berdiri di sana cepat.." Arah Mikael tanpa rasa bersalah.

"Yeayy.. Cepatlah tuan.."

"Diam-diam.." Mikael terus membelakangi Medina.

Getah rambut ditarik sedikit sebelum dia mengikat tinggi rambut panjang mengurai gadis itu. Wangian perfume itu membuat aura jantannya sedikit bangkit.

*Wangi sangat minah celup ni. Haish.* Hati Mikael sempat memuji wanita lain selain Maria.

"Okey dah tinggi ni.." Mikael membelek kiri kanan rambut bertocang kuda yang di buat sendiri. Kemas dan cantik.

"Wah.. Hebatlah tuan.." Medina membelek ketinggian rambut itu dan mengangguk sambil melebarkan senyumannya.

"Tengok orang lah.. Ini Mikael Lutfi tau, sudah pergi duduk sana jangan nak goyang-goyangkan sangat rambut tu.."

"Hihi. Thank you tuan majikanku yang super baik dan kaya ini.. untung Puan Maria hihi.." Cepat-cepat Medina berjalan ke tempat duduk semula.

"Nasib baik kita duduk belakang sekali tau Medina. Kalau tak comfirm orang belakang potong rambut kau ni!"" Mikael menolak tubuh Medina kembali ke seat.

"Yelah.." Medina mengenakan sedikit bedak pauder made muabella lalu di letak sedikit pemerah pipi langsung di kenakan sedikit lipstick collagen treatment dari muabella di bibir.

"Okey guys. Medina done cantik hihi.." Medina melihat ke cermin kecil sebelum di simpan semula ke dalam bag tangan.

"Tengok bibir kau sikit Medina.." Pipi Medina ditarik hingga mendekati wajahnya.

"Hmm Tuan janganlah kacau!! Medina tak larat nak pakai lipstik balik nanti..." Bibir Mikael sudah di tolaknya jauh.

"Haha aku geram bibir kau ni Medina." Jujur Mikael.

Sejak mereka di dalam kapal terbang itu, sudah beberapa kali bibir Medina Atalia di gomol nya hingga hilang terus kesan lipstick dibibir gadis itu.

"Tak nak kawan dengan Tuan!! Medina nak nangis ni haaa.. Tuan tu suka buli-buli Medina.."

"Halolo.. Merajuk pulak dia ni! Meh sini nak peluk." Sekali lagi pinggang Medina ditarik untuk mendekat. Gadis itu sudah pun berada dalam pelukannya.

Mikael Lutfi tergelak kecil sambil mencuit pinggang Medina Atalia. Ia memang suka menyakat gadis kecil ni dengan cara begini.

"Kau suka makan apa Medina..?"

"Stik.." Dengan pantas Medina menjawab, yelah sejak dia jadi model terkenal di suatu masa dulu. Uncle Bob selalu membawa dirinya terbang jauh-jauh semata-mata untuk mencari stik yang terbaik dan susah untuk di jumpai di Malaysia.

"Haha! Amboi demand. Selain stik.."

"Stik kambing.."

"Haish!! Selain stik..? Apa yang kau suka lagi.. Jangan cakap stik lagi! Kalau tak aku cium semua yang ada dekat wajah kau ni Medina!" Mikael terus mengugut.

"Errr.. Ape je ek..?" Medina terus berfikir panjang.

"Apa Medina..?"

"Haaa... Dapat! Nasi kerabu ayam bakar."

"Itu saja..? Makanan kegemaran kau pula..? I mean makanan yang jarang-jarang kau jumpa and kau sanggup pergi jauh-jauh semata-mata nak dapatkan makanan tu.."

"Dulu Fahmi selalu belikan Medina asam laksa dari Sabah. Diorang Frozen kan masakan tu and bawa ke sini. Sumpah kuah sedap giler."

"Yang penting kuah yang diorang buat dekat sana memang tak same langsung dengan kuah yang ade dekat Malaysia ni, Tuan."

"Siapa Fahmi. Boyfriend kau ke..?" Mikael terus memandang wajah Medina dengan tak puas hati.

"Eh! Be-baik sikit.. Fahmi tu erk kawan Medina tapi kami dah jarang sekali berjumpa sejak Medina pindah and kerja dengan Tuan. Hehe.." Ia terpaksa berbohong. Jika Tidak habislah pecah tembelang..

"Sebelum kerja dengan aku. Kau kerja dekat mana? Kau tak pernah cerita pun pengalaman kerja kau sebelum ni.." Sedikit sebanyak ia cuba mengorek rahsia dari Medina.

Dia tahu ada sesuatu yang gadis itu sembunyikan dari dia. Takkan gadis secantik bak model ini sanggup berkerja sebagai pembantu rumah.

Mustahil!

"Er... Eh makanan. Tuan.. Medina lapar lah, boleh tak kalau tuan belanja?" Medina mengalihkan pandangan ke arah pramugari yang lagi berjalan kearah mereka dengan troli makanan.

"Hm.. Hello miss come here please.." Segera Ia memanggil pramugari itu untuk mendekat.

"Yeayy makanan dah sampai.." Cepat-cepat Medina melepaskan keluhan kecil sambil tersenyum kearah pramugari tersebut.

"Wahh.. Macam sedap jer nampak. Harap-harap halal lah ekk.." Di tepuk tangan dengan riang sebelum makanan di dalam tray itu berlabuh di atas meja depan mereka.

"Halal tu Medina. Apalah kau ni cakap bukan-bukan hm.." Mikael kerling pada sisi bibir gadis itu sekilas.

"Ouh hihi.. Baik tuan majikanku yang kacak.. lagi bergaya ni thanks ya."

"Hm.. Thanks.."

"Thank you, miss.."

"You welcome Sir and Maam. Please enjoy you food okay.." Pramugari itu terus berjalan ke arah belakang untuk ke kerusi seterusnya.

"Okay sambung cerita tadi.." Mikael terus membuka penutup makanan yang berada di atas meja Medina dengan senyuman sinis.

GLUP

Sudah naik pucat wajah gadis itu bila Mikael Lutfi tak lupa tentang hal tadi.

"Ha...? I-itu.. Medina lapar hehe.."

"Makan sambil cerita.. Tak cukup ini banyak lagi aku beli untuk kita so kau takkan lapar lagi lepas cerita sikit hal kau tu. Boleh..?" Mikael tersenyum lebar melihat kearah Medina yang sudah kaku dengan kata-katanya tadi.

"Ou... Awan!! Wah tebalnya awan tu.. Eyyyhh siap ada burung berterbangan lagi. Tapi mana datangnye burung setinggi ni peliknya aduhai hahaha..."

"Kau kena pakai spek berkanta tu Medina.."

"Erkk.. Oh yaya hehehe.." Cepat-cepat ia mencapai sudu dan garfu langsung di jamah makanan itu dengan sedikit lahap.

"So. Sebelum ini kau kerja sebagai apa..? Dekat mana."

"Errrr.."

*Ya tuhan!! Dugaan apakah ni..* Di kerling pada sisi tingkap kaca itu.

"Medina.. Dulu." Ia buntu akal nak jawab apa yang boleh buat majikannya berhenti menyoal tentang hal tadi.

"Kau tak kerja ke sebelum ni Medina...?" Mikael tahu apa yang bermain di dalam kepala Medina sekarang.

Tetapi dia lebih mahu jawapan tepat dari gadis itu. Sudah tiga tahun Medina Atalia berkerja dengannya. Semakin hari dia semakin pelik dengan yang seorang ini.

*Apa Medina bukan manusia biasa..? Jangan-jangan Medina makhluk aneh yang tiba-tiba muncul di dalam kereta aku dulu, dan dia juga telah menyamar menjadi seorang manusia malah menyumpah dirinya untuk menjadi seseorang gadis yang cantik..?! Tapi pelik..* Tak habis-habis dia berfikir tentang gadis itu.

"Ha'ah. sebelum ni Medina tak kerja pun, saya duduk kampung tanam kangkung.. Hehehe."

"Duduk kampung tanam kangkung.?" Ia berkata sendiri, hendak pelik tetapi.

"Medina.." Tiba-tiba Adam menjengah mereka.

"Huh! Ya.." Medina terhenti untuk menjamu selera,ia tersenyum senang sambil mengangguk kepala.

"Awak nak makanan ni tak.? Saya terbeli lebih ni." Adam memberi dua bungkus makanan kepada Medina.

Tetapi Mikael Lutfi cepat-cepat menolak.

"Aku dah belikan dekat dia ni macam-macam makanan pun, kau makan sajalah sana."

"Eh!! Jangan tolak rezeki ni.."

"Kau ni, tadi bukan main tanya makanan ni itu ini. Sekarang kau sebat semua.. Apa cerita ni.?"

Adam mengaru kepala, dia lah menjadi penyebab majikannya bergaduh dengan gadis cantik ini.?

"Tuan.. tak apa, saya cuma tanyakan pada Medina.. saya ambil semula.."

"Eh janganlah!! Tak baik buruk siku nanti, bagi sini."

Kini mereka bertiga berebut makanan itu hingga seberkas makanan tadi tertumpah atas baju Medina Atalia.

Medina Atalia tergamam! Dia sendiri terkejut besar bila makanan yang di rebut tadi tertumpah terus keatas pakaiannya.

"Er... saya ke depan dulu." Adam cepat-cepat melarikan diri ke tempat duduk semula.

"K-kau tak apa-apa ke Medina.?" Mikael mengelap wajah gadis itu dengan tisu kering.

Medina Atalia pula jadi serba salah untuk bangun atau terus duduk, kerana pakaiannya sudah comot dari dada hingga ke betis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience