EPISODE 32

Family Series 439762

Ulang alik Mikael di depan rumah. Ia masih menghubungi Medina dari tadi. Tiba-tiba ia melihat ada sedikit cahaya di belakang seat belakang.

Mikael bergegas mendapatkan keretanya semula.

Pintu di buka ia melihat fhone dan headfree berada di seat belakang.

"Argh macam mana aku boleh tak perasan benda ni."

"Biy."

"Hm."

"You okay tak ni."

"Kenapa kalau I tak okay ke tak? Nak ketawa depan I ke.?"

"Biy. Jangan marah I lagi. I cuma nak tahu keadaan you saje." Maria terus memeluk belakang tubuh Mikael.

"Isk.. I minta maaf biy."

"I busy Mar."

"I tahu you saja jer nak sakitkan hati I selama ni biy. I minta maaf.."

"Hye.. !!" Mikael menolak tangan Maria menjauh.

"What.? You gunakan Medina semata-mata nak balas dendam pada I bukan.! Say it' Mika."

"I gunakan Medina untuk nak balas dendam pada you..?"

"Mar !! Dengar baik-baik, I tak pernah gunakan sesiapa untuk dapat apa saja yang I mahu selama ni."

"Tapi you pula.. !!! You curang dengan I you bawa jantan lain di luar sana tidur di atas katil kita. Maria.!!!"

"Isk.. Mika.. I'm so sorry.."

"You memang tamak, Maria." Mikael bergegas masuk ke dalam rumah semula dengan fhone Medina di tangan.

"Tak guna.." Barang yang berada di dekatnya di hempuk hingga pecah.

"You. Jangan pecahkan semua ni, semua ni mahal biy." Maria ingin tenangkan Mikael.

"Semua ni milik I kepunyaan I. Suka hati I lah.." tatapan mata lelaki itu tajam menikam anak mata Maria.

Maria mengundurkan diri jauh dari Mikael.

Zara, Qila dan Minah menunjuk wajah, mereka bertiga menjauhkan dari Mikael Lutfi.

"Sayang mana kau pergi huh. Balik lah Medina." ia mengambil pasu hiasan di atas kabinet terus di humban ke dinding.

"Argh ya Allah, Tuan Mika." Ketiga-tiga Maid terus lari jauh dari tempat tadi.

"Biy.." Maria menangis sambil menutup wajah.

Medina tak senang duduk, kadangkala dia duduk adakala ia membaringkan diri di atas tilam.

Fikiran agak berkecamuk di saat ini.

Ia mengingati Majikannya.

"Ya allah kenapa lah aku rasa tak tenteram ni. Apa Tuan tengah marah aku ke sekarang ni.?" Ia terus berjalan keluar dari bilik.

Perlahan-lahan ia berjalan ke ruang tamu.

"Hmm berapa ek nombor rumah. Argh time genting macam ni lah kau nak lupa, Medina."

"Lia.." Farhana dan Dafizan memanggil nama Medina serentak.

"Mama, Ayah.." Dahinya di garu lagi.

"Kenape ni..? Kakak nak call sesiapa ke." Farhana mendekat.

"Kakak rasa tak sedap hati lah Mama, ayah." Medina senyum kekok.

"Kenape ni."

"Ha'ah kenapa nak."

"Sebenarnya kakak ke sini Majikan kakak tak tahu pun."

"Hah.?" Farhana dan Dafizan terkedu sendiri.

"Hurm kalau macam tu kakak call Majikan kakak sekarang, bagitahu dia yang kakak ada di sini. Ya nak." Farhana tersenyum sambil menepuk bahu Medina.

"Nak bagitahu Majikan kakak yang kakak ada di sini.?"

"Yelah. Bagitahu dia. Mana tahu dia benarkan kami cuti sehari, esok pagi ayah bawa kamu ke rumah dia ya."

"Ayah. Majikan kakak bukan majikan yang sopan. Dia baran orangnya.." Medina sedikit berbisik kepada sang ayah.

"Kakak tak baik cakap macam tu." Farhana menggeleng kepala sambil berjalan ke sofa.

"Maaf Mama." Medina menunduk wajah.

Rasa bersalah sangat bila mengutuk Majikan sendiri. Adeh!.

"Kamu call dia cakap kamu ada di sebuah tempat sejak tadi. Ayah yakin majikan kamu takkan marah."

"Percayalah ayah ya nak." Dafizan mengelap darah di dahi Medina.

"Baik ayah." Ia segera mendail nombor telefon Majikan dengan segera.

Sesaat mendail

sesaat mendail

Tetapi tiada siapa yang menyahut di sana. Berkali-kali Medina mendail nombor lain pula, tetapi tak ada dalam talian.

"Berapa ya nombor telefon Tuan Mika ni."

Ia menekan butang bernombor itu. Tetapi seperti tadi juga tiada yang menjawab.

panggilan di matikan.

"Hush.." Dadanya berdebar kuat.

Sekali lagi ia menekan butang bernombor lagi ia berharap ini memang nombor telefon majikannya.

"Harap-harap ini betul-betul nombor Tuan Mika. Fuh."

TUT

TUT

TUT

CLACK

"Hello.. Mikael Lutfi bercakap.."

"Fuhh.. betul.. alhamdulillah.."

"Hello.."

"Hello.."

"Siapa ni..? Cakaplah kau jangan main-main, aku ada di balai polis ni." Mikael memerhati lama di screen.

Ia panggilan masih bersambung.

"Erk Tu..an.. Meee..di.."

"MEDINA.. Kau pergi mana hah !! Kau berani ponteng kerja sekarang." Dada Mikael terus naik turun emosinya terus tak stabil.

"Tuu..an.."

"Balik sekarang! Hantar location aku pergi ambil. cepat.."

"Tua..nn.. Medina ada dekat rumah seseorang ni. Kaki Medina melecet tadi sebab kejar Tu..ann juga."

"Huh..? Kau kejar aku." Hilang kemarahannya.

"Ye tapi Tuan jalan laju sangat sampai kaki Medina melecet ni."

"Medina.." Luluh hatinya bila mendengar suara serak basah Medina.

"Haa kenapa kau tak call aku, Medina.. kau tahu tak aku risaukan kau."

"Balik ya, sayang aku pergi ambil." Suaranya sudah kendur.

Walau apapun ia harus bawa Medina pulang dulu.

"Baiklah.." Medina tersenyum kelat.

Farhana dan Dafizan hanya memerhati sesama sendiri.

Dafizan dan Farhana hanya di benarkan menghantar Medina ke depan taman permainan saja.

"Betul ke nak Mama dengan ayah teman kamu sampai sini saja."

"Ye ayah, Mama cukup lah sampai sini nanti kantoi dengan Tuan Mika pula. Hehe.." Kedua-dua tangan orang tuanya di salam penuh kasih sayang.

"Bye Mama,ayah assalamualaikum."

"Hati-hati nak, waalaikumussalam."

Medina segera bergegas keluar dari kereta Vios warna hitam miliknya.

Ia menunggu Mikael di depan tiang lampu, Kakinya masih sakit tapi di tahan saja.

Kereta Mikael laju menghampiri Medina, Pintu kereta di bukanya ia terus berlari mendapatkan Medina.

"Medina.. Kau okey tak ni..?" ia berlutut di depan Medina.

"Auh.. Tuan. Medi tak apa-apa cuma melecet sikit je."

"Sini aku tengok kan." Mikael menyinting seluar palazo yang di pakai Medina.

"Teruk ni berbalut dah kaki kau sayang." dia melihat sekeliling kaki gadis itu sudah berbalut.

"Tuan bangun, jangan berlutut. Medi tak apa-apa." Bahu Mikael di pegangnya.

"Mana orang yang bawa kau pergi hospital tu aku nak jumpa dengan dia."

"Aku nak berterima kasih ni.." Mikael terus bangun dan membawa Medina ke dalam pelukkannya.

"Dia dah pergi lah Tuan.. Dia takut kalau-kalau Tuan buka gelanggang WWE nanti. Ihihi.." Medina terus memeluk tubuh Mikael

"Aku bukan spesies Mama, sayang." Pandangan mata mereka bersatu seketika.

Bibir Mikael terus mendarat di bibir Medina lama. Rambut panjang Medina di lurut berkali-kali.

Ciuman mereka berakhir setelah ia rasakan ada mata-mata sedang memerhatikan mereka

"Kita balik ya." Mikael tersenyum sendiri.

"Baik Tuan Mikael.." Medina tersipu-sipu malu.

"Jom.." dia terus mencempung tubuh Medina masuk ke dalam kereta.

Ibu bapa Medina masih perhatikan agenda hangat tadi, Farhana dapat rasakan Majikan anakanya benar-benar sudah mabuk pucuk muda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience