EPISODE 52

Family Series 439934

SEBULAN KEMUDIAN.

Keluarga Mikael datang merisik khabar dan teruskan dengan pertunangan di antara dua mempelai sejoli.

"Tahniah bro bertunang lagi kau." Razif menepuk bahu Mikael.

"Terima kasih sebab kau datang juga walaupun jauh ni." Mikael bersalaman dengan rakan pejabat.

"Ah no hal, pagi jauh lagi beat jalan-jalan makan angin bro hahaha." Razif tergelak lucu.

"Papa, Paklong kahwin lagi ke.?" Arianda melihat pada wajah sang ayah.

"Ya, tapi kahwin lagi dua bulan depan sayang. Kenapa.?"

"Aunty tu cantik Papa. Macam arwah Mama. Ihik."

Mikael dan Razif terdiam seketika.

"Aunty.." Arianda dan Dilela berlari kearah Medina.

"Hi sayang, Come duduk dengan aunty." Medina memanggil.

"Tak boleh, Papa cakap kalau kite bukan pengantin tak boleh duduk sekali."

"Nanti pengantin perempuan mati." Arianda petah berkata-kata.

"Kenapa ni huh.?" Datin seri Qalsum duduk di sebelah Medina.

"Ah.. lari.." Mereka berdua ke tempat lain.

"Datin, dah lunch ke.?"

"Sudah kau kenapa lain macam saja ni, kau jangan fikirkan sangat tentang budak-budak tu."

"Budak-budak kan.." Qalsum mengibas rambut Medina ke belakang tubuh.

"Ye. Maaf.."

"Lagi dua bulan korang nak mendirikan rumah tangga. Aku tak nak kau buat hal dengan Maria faham bukan.?"

"Maksudnya Datin.? Medi tak faham."

"Macam mana pun aku tetap utamakan dia dalam segala hal, walaupun aku terpaksa membunuh."

"Datin.." Medina menunduk kepala.

"Aku cuma nak cakap saja, bukan nak ugut kau segala."

"Saya tak berani nak macam-macam dengan Puan Maria, sumpah Datin."

"Hm apa-apa saja lah." Qalsum terus bangun dari sebelah Medina.

"Boleh tahan rumah kau ni, patutlah anak aku tergila-gilakan kau. Mak bapak kau orang berada juga. Hahaha.." Qalsum melihat lelangit atas.

"Alhamdulillah berkat doa mak ayah saya boleh duduk di sini." Medina tersenyum lagi.

"Hm tapi kau tetap pembantu rumah Mikael, kesian juga." Qalsum mengibas selendangnya mengenai wajah Medina.

Ia segera keluar dari rumah itu.

"Nak.." Farhana membangunkan Medina di kerusi panjang.

"Kakak rase lebih baik kite putuskan hubungan Kakak dengan Tuan Mikael, Mama."

"Ya Allah kenapa ni.?"

"Kakak.. takut lukakan hati Puan Maria, Mama. Macam mane sekali pun Puan Maria tetap isteri pertama Tuan Mikael."

"Jadi.?" Farhana minta penjelasan.

"Kaka takut kalau-kalau Kakak ade lukakan hati dia, Mama." Medina berlari anak naik ke bilik.

"Sayang kenape tu.?" Dafizan mengemas pelamin di depan ruang tamu.

"Kakak sakit perut, biasa lah." Farhana menyembunyikan rasa was-was di benak sendiri.

Qalsum dan Maria berjalan ke tepi rumah Medina, mereka melihat sekeliling sambil bercakap-cakap.

Ketiga-tiga pembantu rumah itu melihat dengan jelas bahawa wanita tua itu tidak menyukai majikan mereka.

"Kamu lihat itu, dasar nenek-nenek."

"Jangan bilang begitu ih kamu."

"Apa kamu tidak lihat nenek sihir itu, lihat mereka pasti lagi mengatai tentang majikkan kita."

"Kamu diam sih, berbisik deh."

"Apa kamu mau kita serang mereka.?"

"Ih jangan lah inikan majlis majikkan kita, kamu jahat sekali."

"Tapi aku mahu mengerjai mereka kerana aku tuh tidak suka sama nenek sihir itu mbak."

Mereka bertiga naik ke bilik paling atas sambil membawa air sabun seorang satu baldi.

Sampai saja di tepi ampaian atas.

"Kita kira satu dua tiga." Ketiga-tiga Maid tadi mencurah habis air sabun cuci baju ke bawah.

BRUK

BRUK

BRUK

"Argh.."

"Hye !!!! Apa ni." Qalsum kelemasan di darat.

Ahli keluarga Medina terdiam, ada yang tergelak, ada juga yang menjauhkan diri dari mereka berdua.

"Ya Allah.. apa ni.?" Dafizan terus keluar dari dalam rumah.

"Datin, Puan Maria tak apa-apa ke.?" Dafizan mendekat.

Bibik ketiga-tiga tadi sudah melarikan diri ke dalam.

Pintu di tutup rapat.

"Hye bodoh ke buang air di sini hah !!! Setan." Maria mengibas rambut ke tepi.

"Mama, I nak balik !!.."

"Mari.." Qalsum terus keluar dari perkarangan rumah Medina.

"Datin.."

"Puan Maria.. Aduh siapa main air sabun ni."

"Bibik !!! Siapa buang air sabun ke bawah ni.. Bersihkan sekarang." Farhana hanya bersahaja memanggil ke tiga-tiga bibik.

"Allah, tengoklah maid Medina pun tak sukakan you Maria. Hihi."

*Nak harapkan Medina hm entah lah dia berani ke tak buat macam tu.? Haha.* Hatinya tergelak jahat.

Mikael nampak semuanya, tapi dia hanya tersenyum nipis melihat Mamanya dan Maria terima akibat daripada ketiga-tiga Maid Medina.

"Mikael, Papa minta maaf ini mungkin salah maid-maid Papa." Dafizan menyalami tangan bakal menantunya.

"Maria dengan Mama memang patut dapat balasan macam tu, Papa biarkan."

"Huh.?" Dafizan terkejut dengan kata-kata Mikael.

"Saya akan selesai semuanya, Papa jangan bimbang okay.?" Mikael memeluk tubuh Dafizan.

"Tapi..?"

"Tak ada yang serius tu. Biarkan jelah haha." Mikael tergelak kecil.

Qalsum dan Maria sudah berada di pusat salon, mereka harus kelihatan cantik berseri-seri di mata dunia.

"Mama.."

"Hm kenape.?"

"Mama rase siapa yang lakukan kerja bodoh tadi siang.? Medina ke." Maria memerhati ke sebelah.

"Mama rasa memang dia, sebab dia saja dengki dengan you."

"Dia tu busuk hati dengan you baby." Qalsum mengangguk kepala.

"Tapi, ape salah I sampai dia sanggup simbah air busuk tu ke kita.? I tak habis fikir Mama.."

"Sebab you tak masuk penjara, apa yang you buat pun Mikael tetap lebih sayangkan you."

"So you relaks saje, biar Mikael ajar perempuan tu cukup-cukup." Tambah Qalsum lagi.

"Okay.." Maria kembali tenangkan diri.

*Masuk penjara.. ?!! Tak mungkin aku di masukkan penjara kerana bunuh Alin !! Tidak aku lebih rela mati kena langgar daripada mati di gantung.*

orang cakap luck tak selalunya berpihak di sebelah kita saja. Mana-mana pun tetap ada musibah walaupun sedikit. Betul tak kesayangan-kesayangan Ma.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience