EPISODE 69

Family Series 439762

Medina masih menanti seseorang di luar rumah, kebetulan ia sudah ada janjian dengan pemilik nama lelaki bernama Fahmi Alam.

"Medina.." Zara mendekat sambil tersenyum rapi.

"Ye makcik Zara, ada apa ni.?" Medina bangun dari duduknya.

"Erm.. kamu tengah tunggu siapa.? Boleh makcik tahu. Sebabnya jarang betul kamu tunggu di luar macam ni."

Medina tersenyum sambil memeluk tubuh Zara.

"Medina tengah tunggu seseorang ni, dia bakal jadi drive Medina tak lagi."

"Maksudnya.?"

"Maksudnya Medina akan bagitahu Hubby yang medina perlukan pemandu kereta."

"Sebenarnya bukan ape senang sikit makcik atau yang lain nak ke mana-mana nanti."

"Nak, makcik sarankan kamu jangan ambil sesiapa yang tak kenal."

"Makcik risau kandung kamu masih muda Medina."

Medina mendiamkan diri.

"Itu pun dia dah sampai."

"Hi.."

Zara masih berada di belakang Medina dia akan pastikan majikannya baik-baik saja.

"Assalamualaikum hi Puan Medina."

"Waalaikumusalam, hi encik Fahmi jemput duduk."

"Terima kasih, wah besar juga rumah awak ya Atalia."

"Terima kasih, ini rumah suami I. Oh by the way betul ke you nak jadi driver I ni..?" Ia sudah tersenyum segan.

"Ye lah.. bukan ke saya dah cakap masa di on call tadi.? Awalnya Puan Atalia kita ni pelupa." Fahmi menggeleng kepala.

"Eh.. Makcik buatkan lah air untuk kitorang, tetamu dah sampai ni." Medina terus melihat ke belakang.

"Makcik rasa lebih baik kamu tak perlukan driver, makcik dengan yang lain boleh naik teksi saja untuk ke mana-mana pun Medina." Zara terus terang.

Jujur dia tidak suka sama sekali dengan lelaki di hadapannya saat ini.

Ia melihat jelas ada aura jahat di tubuh lelaki itu.

"Makcik.. ape ni.?" Medina bangun dari tempat duduk.

"Nama dia Fahmi Alam. Dia orang baik dia pernah berkerja dengan Medi dua tahun lepas."

"Makcik jangan macam ni." Suara Medina sudah naik lantang.

"Kamu ingat orang yang dua tahun lepas masih sama dengan orang sekarang ni ke Medina.?"

"Kamu benarkan orang luar ke sini tanpa Tuan Mikael."

"Mana kami nak terangkan kalau ada apa-apa jadi pada awak nanti.?"

"Dia bukan muhrim kamu Medina. Kamu sedar tak.?" Kini suara Zara juga jelas lagi lantang.

"Atalia.. it's okay, saya tak perlukan kerja ni. Kalau di sebabkan saya, awak dengan pembantu rumah ni bergaduh."

"Hm saya minta diri dulu." Fahmi terus bangun dari tempat duduk.

"Fahmi tunggu.." Medina terus menyekat langkah lelaki itu.

"Medina.. !!!"

"Lebih baik makcik masuk ke dalam jangan nak sibuk uruskan hidup Medi."

"Sedar diri sikit awak tu cuma pembantu rumah Tuan Mikael."

Zara tersentak dengan kata-kata Medina. Dia langsung tidak sangka begini sikap Medina yang sekarang.

Maria dan Qalsum berjalan ke depan rumah Mikael. Mereka menjuih bibir pada depan laman rumah itu.

"Boleh tahan rumah yang Mika belikan pada Medina ya." Qalsum mengibas selendangnya ke belakang.

Hooknya di perbetulkan semula.

"Sepatutnya rumah ni jadi milik I Mama bukan milik perempuan perampas tu." Maria sudah berdiri tegak di depan pintu rumah Medina.

CLACK

"Selamat datang Datin Sri, Puan Maria." Zara membuka pintu dengan terbentang.

Terbeliak mata mereka berdua.

"Wah ini surga dunia Mama.. See ini rumah ke istana..?" Maria berjalan ke ruang tamu dengan memakai kasut.

"Puan Maria, Datin Sri sila tanggalkan kasut sebelum ke dalam ya." Zara melangkah ke ke depan mereka.

"Amboi !! Kau siapa nak arah kami berdua huh." Qalsum menolak bahu Zara ke tepi.

"Maaf Datin, Tuan Mika tak benarkan sesiapa pun memakai kasut di dalam rumah ini."

"Melainkan isteri keduanya Tuan Mikael Lutfi." Suaranya agak tegas terhadap mereka.

"Mengada. !!" Maria berjalan semula ke depan pintu rumah yang agak jauh itu.

Ia dan Qalsum membuka kasut.

"Terima kasih.." Zara menundukkan kepala tanda hormat.

"Siapa makcik.?"

"Datin Sri dan Puan Maria datang, Datin Medina."

Medina menuruni satu-persatu anak tangga ke ruang tamu.

Ia memakai pakaian yang sesuai yang di kehendaki sang suami.

Ia harus menghiasi diri dengan cantik dan sempurna walaupun berada di rumah saja.

Sejak dirinya mengandung Anak-anak kembar, Mikael Lutfi melabur segala-galanya pada pada dengan senang hati.

"Wah sudah ada pangkat Datin kau ya, Medina."

"Datin Sri, maaf lah Makcik Zara memang suke bergurau."

Qalsum menggeleng kepala melihat wajah Medina yang cantik.

Pakaiannya juga terlalu sempurna berbanding dengan Maria.

Ia membandingkan Maria dan Medina, matanya masih tertancap pada Medina yang lagi menuruni tangga dan berjalan dengan sopan sehingga ke ruang tamu.

"Jemput duduk Datin Sri, Puan Maria." Jemput Medina dengan sopannya.

Zara ke belakang untuk membuat manisan pada tetamu.

"Datin Sri.." Medina memanggil dengan sopan.

Ia melihat kedua-dua kelopak mata Qalsum tak henti-henti memandang dirinya.

Apa ada yang pelik dengan diri sendiri.?

"Mana you dapat pakaian secantik ni Medina.? Pembantu rumah macam you pakai macam ni."

"Hahaha. Macam pelik saja."

"Mama I tengok you sebab pelik." Maria mula menyindir dalam.

"So you jangan fikir positif sangat ye. Hihihi.." Maria bersilang kaki di depan Medina.

Medina tergelak kecil dengar kata-kata lancang keluar dari mulut isteri pertama Mikael Lutfi.

"Puan Maria, hihihi awas mulut tu jangan terlalu lancang sangat."

"Saya kenal rapat dengan Puan Maria dan Datin Sri Qalsum ini."

"Segala kekurangan Puan Maria masih tersimpan rapi di hati saya tau. Hihi."

"Kau..!!!!" Qalsum terus menegakkan diri.

"Saya tahu ape yang saya buat Datin Sri. !! Puan Maria, Datin ingat saya tak tahu apa rancang korang datang sini."

"Datin kena ingat saya masih simpan rahsia Datin pukul saya di Bali." Wajahnya masih tersipu dengan senyuman.

"Dan awak Puan Maria, awak yang rancang untuk pisahkan saya dengan Hubby Mika."

"Awak juga benarkan Datin Sri bawa saya ke Bali, bukan." Matanya terus melihat wajah bujur sirih Maria.

"Medina. Kau jangan biadap dengan kami ya.. !!!" Qalsum mengetap bibir.

"Datin Sri Qalsum jangan lupa yang Puan Maria tak boleh mengandung anak Hubby Mika walaupun seorang."

"Tapi saya boleh.." Medina berjalan ke dapur tanpa pedulikan tetamu di depan.

Puas hati aku.. geram betul masuk ke rumah orang dengan memakai kasut bagai. Karate baru tau hahaha.. Salam jumaat semua kesayangan Ma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience