EPISODE 33

Family Series 439762

Keadaan di kediaman Mikael Lutfi sudah kembali pulih seperti biasa sejak Medina pulang ke rumah di malam itu.

Pada malam itu Mikael membawa Medina ke tepi tasik untuk melihat bulan penuh bersama-sama, sedangkan pada masa itu Mikael masih memarahi Medina.

Jarang Mikael membuat baik dengan seseorang jika seseorang itu lagi membuat masalah dengannya.

FLASHBACK.

"Medina."

"Ye Tuan."

"Minggu depan kau nak ikut aku dengan keluarga balik ke kampung kau sekali ke, atau kau nak balik dulu.?" Mikael membawa tubuh Medina ke dalam pelukannya.

Jika dulu ia tak gemar begini dengan Maria. Kerana Maria mempunyai bauan perfume yang kuat.

Dia tak suka dengan bauan perfume keras. Bauan seperti itu boleh membuat dirinya merasa loya tekak dan pasti jatuh sakit ke esok paginya.

Ia pernah lalui sebelum ini.

Sebab itu dia tak gemar dengan perempuan yang meminati perfume keras.

Tapi tidak dengan Medina.

Dia suka dengan bauan di pakaian Medina, Bauan perfume yang di pakai Medina tidak melampaui batas.

"Medi nak balik ke kampung dulu sebabnya Medi nak beli barang dapur sikit."

"Hm.."

"Nanti bila Tuan dengan keluarga dah sampai, Kite boleh makan-makan dulu. Ye tak.?"

"Medina nak jage perut Tuan dengan keluarga Tuan dulu. Jadi bolehkan Medi balik ke kampung dulu eh.?"

"Boleh. Asalkan kau bagi alamat dulu. Melalui E-mailkn saja nanti ya."

"Tapi Tuan tak kisah ke kalau Tuan sampai ke kampung Medi nanti.?"

"Aku tak kisah, asalkan kita dapat bersama nanti. Aku bersyukur sangat aku ni jenis kasanova yang tak pandang rupa dan kekayaan."

"Ye ke.?" Medina terus menolak dada Mikael menjauh.

"Ya Medina. Apa kau tak percaya dengan kata-kata aku yang jujur ni." Mikael menarik tangan Medina untuk ke dalam dakapan semula.

"Bukan Medi tak percaya tapi. Puan Maria juga kaya raya. Tuan tetap bersama dia juga."

"Hm sebab aku cintakan dia, aku sayangkan dia sebab tu lah aku berkahwin dan tetap bersama dia."

"Walaupun sekarang ni dia berani curang di belakang aku."

"Apa kau pun bakal sama macam dia akan curang di belakang aku.? Sejujurnya aku tak mandul."

"Aku lelaki normal Medina, tapi Maria tak mahu lahirkan anak buat aku sepanjang kami bersama ni." Panjang lebar ia meluahkan perasaan hampa dan kecewanya pada Medina.

"Jadi sekarang ni Tuan nak jadikan Medina isteri muda Tuan Mikael ke.?"

"Hum. Selayaknya begitulah Medina, harap kau faham lah okay."

"Ouh."

Mikael menarik dagu Medina agak sama paras dengan wajahnya.

Ia melihat ke dalam anak mata Medina dalam-dalam, ia langsung tak jumpa sedikit ragu-ragu pun di mata itu.

"Tuan."

"Ya."

"Erk. Sekarang dah pukul dua belas tengah malam tau. Tak nak balik lagi ke.?" Medina tersengih kaku.

GLUP.

Baru Mikael memerhati di sekitar bandar sepi itu, agak menyeramkan cepat-cepat ia mencium ubun-ubun Medina lalu ia memanas enjin kereta semula.

"Kita balik okay."

"Okay Tuan, Dah lewat betul ni." Medina memakai seatbell semula sebelum ia duduk seperti biasa.

"Maaf. Aku dah buat kau mengantuk ni." Mikael menarik pinggang Medina untuk menepel kepadanya lagi.

"Tak ape asalkan Tuan tak marah-marahkan Medina lagi."

"Pandai kau 'Jack' aku Medina. Hahaha.."

Medina dan Aqila masuk ke dalam sebuah pusat membeli belah.

Mereka berdua mengambil troli barang sorang satu masing-masing sudah membaca bahan-bahan apa yang harus mereka membeli sebentar nanti.

"Okay Medina, Kita berpecah ya." Aqila mula mengeluarkan dua sampul surat.

"Baik Makcik." Medina Mula melihat sekeliling.

Bahan-bahan mentah yang mereka inginkan ini terlalu banyak. Yang pastinya stok ini boleh tahan ke dua bulan seterusnya.

"Tepat pukul satu tengahari nanti kita jumpa di depan kaunter semula, okay.." Aqila memberi sepucuk surat kepada Medina.

"Baik."

"Credits cad ni makcik pegang tau, apa-apa nanti terus call eh."

"Okay.." Medina segera mengusung troli tadi ke tempat Frozen.

"Agak banyak juga bahan Frozen yang Puan mahu ni." Ia mengambil daging lembu dari new Zealand sebanyak sepuluh pack besar lalu di bawa masuk ke dalam troli.

"Daging arnab pun nak erk." Ia mengedik ngeri.

Seumur hidupnya ia langsung tak sentuh namanya daging arnab.

Daging rusa dia sudah merasa banyak kali. Yang paling sedap daging rusa di Jepun.

Restoran mee rusa halal.

BRAK

"Aaaw. !!" Medina menarik tangan yang terkait di tepi troli.

"Sorry miss." Seorang lelaki memakai mask ninja terlanggar Medina di tepi dinding.

"Buta ke.?"

"I dah minta maaf bukan ! Sorry lah." Lelaki itu sangat mengenali gadis itu.

Ya walaupun Medina memakai mask hitam. Dia merindui gadis itu sesungguhnya dia tak pernah kisah jika harus jadi lelaki yang tak di kenali.

Asalkan dia mengenali sisi Medina Atalia dari dulu hingga sekarang sudah lumayan lengkap.

"Ih... dah buat salah masih berani nak tengking I eh.?"

PLAK

Medina terus menampar wajah lelaki itu tanpa menunggu lelaki itu berbalas kata-katanya.

"Kau nak, aku potong tangan kau ke Atalia. ?!!" Lelaki itu menarik pegelengan Medina dengan kuat.

"K-kau. Macam mana kau ta-." Medina mengenali suara lelaki itu.

"Shhh. Untuk pengetahuan kau Atalia."

"Aku lah malaikat maut yang tuhan kirim untuk kau Atalia. Hahaha."

"Kau. Lelaki tak guna."

"Ape kau nak dari aku huh.?" Medina masih cuba melepaskan diri dari lelaki misteri itu.

"Nyawa kau."

"Gila. !! Kau bukan siapa-siapa nak rebut nyawa aku tak guna." Medina terus membagi bawah perut lelaki itu dengan lututnya.

Baguslah juga dia memakai seluar Jins dan baju T.shirt lengan panjang hari ni.

BRAK

Terlepas genggam tangan Medina dari lelaki itu.

"Argh Atalia." Qalam terjatuh ke lantai kerana bawah pusatnya sangat-sangat sakit sekarang ini.

"Atalia.."

"Atalia, kau takkan boleh lari dari aku sayang. Argh sial."

Medina segera berlari ke tempat orang ramai. Sungguh dia takut, Ini bukan mimpi ngeri lagi.. tetapi ini benar-benar kenyataan yang selaku atas dirinya sekarang.

Done new chapter. "Semoga sistur terhibur selalu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience